Wednesday, September 16, 2009


Salam Aspirasi..

Hari ini hari Rabu..

Dah ramai mula nak balik dah nampaknya..

Agaknya ponteng kelas la tu..

Xpe2 raya punya pasal semua pun boleh kan??

Ada juga yang tinggal jauh nun di sabah dan sarawak yang x balik..

Kesian diorang..

Bagi yang bercadang balik harini esok ke atau rasa2 paling last balik jumaat kan?

Pulanglah dengan selamat dan beretika..

Bagi yang memandu pastikan dapat cukup tidur..

Jangan lupa pegi sembahyang raya..

Jangan lupa minta maaf dengan ayahanda dan bonda di pagi raya..

Jangan lupa jugak yang UKM cuti seminggu je..

Jangan lupa jugak buat assignment ye..

Kita santai sikit harini..

Lupakan segala sengketa..

Maaf Zahir dan Batin..

SELAMAT HARI RAYA!!






Monday, September 14, 2009

"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)

Dengan harapan moga artikel kali ini dapat menyedarkan kita dimana kedudukan kita sekarang. Bukan untuk menimbulkan ketegangan kaum, tetapi dengan kedudukan UKM sebagai universiti yang ditubuhkan dengan asas Melayu dan majoriti pelajarnya adalah melayu. Maka dengan ini terdetik rasa untuk berkongsi ucapan daripada mantan perdana menteri kita, dengan harapan agar jika pelajar - pelajar melayu UKM dapat bersatu, maka bolehlah kita bergerak seiring memacu kejayaan universiti tercinta ini.

Ulasan lanjut daripada ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara yang mengingatkan orang Melayu agar sedar bahawa keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai rasis. British pun tidak panggil kita rasis. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di Semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.

Kata Tun Mahathir lagi: Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

Keadaan sekarang samalah seperti di Barat apabila Yahudi secara sistematik mencipta satu protokol bahawa sesiapa yang bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Tidak pasti pula, siapa di negara kita ini yang merangka 'protokol yang seumpama itu'. Apabila kita bercakap mengenai diri kita sendiri - orang Melayu atau mengenai bangsa lain atau berkias mengenainya atau cuit mengenai mereka, walaupun ia adalah fakta, maka - itu adalah rasis, perkauman.

Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman. Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu.

Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu? Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka?

Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini:

Golongan Melayu Liberal.

Mereka ini sudah hilang ''semangat dan roh'' (the spirit and soul) orang Melayu. Orang Melayu aliran itu sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang ditanam oleh datuk nenek mereka. Mereka tidak peduli siapa yang menerajui pemerintahan, asalkan ia sama rata. Golongan terpelajar hasil kelahiran DEB ini makin bercambah. Mereka ini menganggap bukan DEB itu yang menjayakan diri mereka - menghantar mereka belajar ke luar negara, tapi sifat merit yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan, golongan pelajar di universiti, tokoh-tokoh korporat, profesional dan berada di mana-mana sahaja.

Golongan Melayu Ulama.

Mereka menolak UMNO. Kata mereka UMNO itu tidak berlandaskan Islam, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pas aliran Nik Aziz. Aliran antiassabiyah Nik Aziz memang jelas dari dulu lagi, iaitu jika UMNO mahu bersatu dengan Pas, UMNO perlu ikut cara Pas. UMNO perlu nyahkan semangat kebangsaannya. Bagi Nik Aziz kebangsaan UMNO adalah mengenai Melayu dan ia bukan Islam. Aliran Nik Aziz hanya membenarkan Islam semata-mata, tidak termasuk Melayu. Bagaimanapun, mutakhir ini, aliran Nik Aziz nampaknya bertentangan pula dengan aliran Hadi. Hadi dikatakan mahu bekerjasama dengan UMNO demi Melayu. Nik Aziz memberi amaran dia ialah nakhoda dan Hadi perlu dengar cakapnya. Golongan aliran ini semakin banyak, dan ia terdiri daripada golongan muda.

Golongan Melayu PKR.

Mereka menolak UMNO kerana ia menolak master mereka Anwar Ibrahim. Asalnya orang Melayu PKR adalah bekas orang UMNO. Kita tidak pasti sampai bila Melayu PKR ini akan terus wujud, tapi melalui perincian, golongan Melayu ini tidak akan kekal lama. Namun, lama tak lama, itu tidak penting - tapi yang penting ialah sejauh mana ia boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu. Aliran mereka ialah kesamarataan - sama dengan golongan liberal. Sudah tentu konsep sama rata mereka berbeza dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak lebih 50 tahun lalu. PKR bukan parti asas Melayu seperti UMNO atau Pas, ia adalah parti pelbagai kaum. Namun ramai orang Melayu (terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar) terkeliru menganggap PKR sebagai parti Melayu seperti UMNO dan Pas. Hakikatnya, di peringkat payung pakatan pembangkang, PKR dikuasai oleh bukan Melayu. Orang bukan Melayu melihat parti ini sebagai parti alternatif kepada mereka yang menolak MCA, MIC mahupun DAP.

Golongan Melayu DAP.

Adalah segelintir. Tapi sejarah dan rekod menunjukkan mereka tidak boleh ke mana-mana.

Golongan Melayu Atas Pagar.

Golongan ini cukup-cukup terkeliru. Kerana kekeliruan yang mereka hadapi - mereka tidak peduli. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada bangsa mereka, asalnya mereka boleh hidup seperti biasa. Golongan yang bersifat individualistik ini bagaimanapun amat bijak memerhati, tanpa banyak bercakap. Perkataan yang sering penulis dengar daripada golongan jenis ini ialah: ''Aku Sudah Muak''. Golongan ini boleh mengambil langkah berkecuali, tidak peduli atau pun memihak kepada pembangkang secara protes. Perlu diingat, dalam sesuatu pilihan raya, golongan ini adalah penentu kepada kemenangan. Bagaimanapun golongan ini boleh memasuki ke mana-mana aliran di atas jika tidak dirawati penyakit keliru mereka.

Golongan Melayu UMNO.

Golongan ini sekarang bukan seperti datuk nenek mereka yang berjuang pada awal, pertengahan sejak penubuhannya 63 tahun lalu. Golongan pejuang UMNO dulu adalah aktivis yang jati diri mereka cukup hebat. Mereka tidak mewah, mereka tidak gelojoh, mereka tidak tamak, tidak seperti generasi UMNO sekarang. Namun perkhidmatan mereka kepada UMNO, masyarakat, orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan. Orang Melayu, Cina dan India pada masa itu dapat disatukan - satu suara, satu hati. Semangat dan roh Melayu Islam terserlah di mana-mana. Hari ini (pada hari perhimpunan UMNO ke-59 ini) sikap negatif UMNO banyak diperkatakan. Kebanyakannya ialah berkisar kepada isu yang tidak mahu didengari oleh aktivis terdahulu.

Rumusannya, Melayu berpecah kepada enam kumpulan. Sama ada teori ini boleh diterima, terserahlah.

Jika itulah teorinya, UMNO bukan lagi sebuah pertubuhan yang boleh mendabik dada mengatakan ia adalah institusi siasah Melayu yang ulung. Jika dulu ya, sekarang masa dan keadaan telah mengubahnya.

Mengapa jadi begitu? Persoalan besar yang perlu dijawab UMNO sekarang ialah: Apakah UMNO masih lagi relevan? Apakah UMNO masih lagi menjadi tempat untuk bertaut? Apakah UMNO boleh diharapkan? Apakah UMNO adalah pejuang bangsa? Apakah UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Siapa pemimpin UMNO sekarang? Apakah mereka boleh membeli dan dibeli? Apakah kualiti mereka? Sukakah orang Melayu kepada mereka? Adakah golongan 'muak' tadi boleh menerima mereka semua? Akan berubahkah mereka? Jika ya, siapakah penyelamat UMNO?

Yang pasti semua kritik mengenai UMNO ialah menjurus kepada pembersihan dan pembaharuan UMNO. Mereka mahukan para pemimpin yang ikhlas. Ikhlas kepada perjuangan dan ikhlas untuk memimpin masa depan bangsa. Kritikan terhadapnya sepatutnya diterima secara positif dan parti itu sepatutnya berusaha untuk berubah.

Melihatkan kepada senario politik sekarang, sebenarnya UMNO masih menjadi harapan orang Melayu. Walaupun orang Melayu telah berpecah, tapi di dalam hati kecil mereka masih ada yang menaruh harapan kepada UMNO.

Kita percaya, satu kumpulan dalam Pas atau golongan di atas pagar, misalnya - masih mengharapkan UMNO melakukan sesuatu ekoran kekhuatiran yang sedang dilihat di hadapan mereka. Mereka amat bimbang kerana kumpulan yang mencabar Melayu dan raja-raja Melayu semakin melebar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hanya UMNO dan mungkin juga Pas dan orang Melayu yang bersatu padu sahaja yang boleh menjajarkan semula perjalanan yang berliku ini.

Sunday, September 6, 2009

Keutamaan Solat Berjemaah

Abdulah bin Mas'ud r.a. Berkata: Barangsiapa yg ingin menemui Allah pada hari Hisap sebagai seorang muslim, maka hendaknya dia menjaga shalat lima waktu dimana adzan dikumandangkan (yakni diMesjid), karena Allah Swt, telah menunjukan jalan2 untuk mendapatkan hidayah nya (Sunanul Huda) kepada Nabi Saw, dan shalat berjamaah adalah salah satu Sunanul Huda. Apabila kalian shalat di rumah2 kalian seperti orang yg biasa mengakhir-akhirkan shalat dan mengerjakannya di rumah, berarti kalian telah meninggalkan sunnah Nabi Saw, dan seandainya kalian meninggalkan sunnah Nabi Saw, niscaya sesatlah kalian. Dan tiadalah seseorang yg berwudhu dg sempurna lalu pergi kemesjid untuk shalat berjamaah, melainkan Allah mencatat pada setiap langkah yg dilangkahkannya sebagai satu kebaikan(pahala) Allah mengangkat dgnya satu drajat, dan Allah menghapus baginya satu dosa. Sungguh saya telah melihat orang2 di antara kami bahwa tidak ada seorangpun yg menunda-nunda shalat, dg melakukan nya di rumah, kecuali orang munafik yg jelas kemunafikannya. Dan sungguh pernah ada seorang lelaki (karena uzur) ia dipapah oleh 2 orang untuk ditegak dlm shaf shalat berjamaah dalam satu riwayat disebutkan sungguh saya telah melihat org2 diantara kami bahwa tiada seorangpun menunda2 shalat (dgn mengerjakannya dirumah)-kecuali org munafik yg jelas kemunafikannya atau org sakit. Ada kalanya seorang laki2 dipapah oleh 2 org sehingga ia bisa mendatangi shalat berjamaah. Ibnu mas'ud r.a berkata "Sesungguhnya rasulullah s.a.w telah mengajarkan kpd kami sunanul huda dan shalat berjamaah di masjid adalah sunanul huda" Hr.muslim-abu daud nasai dan ibnu majjah

Friday, September 4, 2009

MAJLIS MENGHAYATI NUZUL AL-QURAN
PERINGKAT UKM 1430H/2009M

Adalah dimaklumkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Majlis Menghayati Nuzul Al-Quran Peringkat UKM 1430/2009M seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 September 2009 (Kha
mis)
Tempat : Masjid UKM
Masa : 6.30 petang

Sehubungan dengan itu, kami berharap para pelajar dapat turun bersama mengimarahkan lagi majlis ini. Perkhidmatan bas akan disediakan jam 6.00 petang dan 10.30 malam untuk urusan pergi dan pulang. Para pelajar dikehendaki menunggu di perhentian bas kolej masing-masing.

Sekian.

Tuesday, September 1, 2009

Rasional penstrukturan subsidi minyak

Rentak kehidupan dan corak perbelanjaan keseluruhan rakyat terkesan dengan pengurangan subsidi minyak. Secara umumnya semua rakyat merasai kesan polisi baru ini. Namun, saluran impak dan kesannya berbeza, tertakluk antaranya berdasarkan kepada kelas pendapatan dan juga kawasan penempatan (bandar atau luar bandar).

Begitu juga bagi sektor perniagaan. Sama ada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau sektor korporat, semuanya terasa kesan penstrukturan itu, secara langsung atau tidak. Perubahan polisi sedemikian, umpama hujan yang turun dari langit membasahi setiap pelosok bumi, pastinya bukan tindakan popular untuk kerajaan semestinya didasari oleh hujah dan faktor penyebab yang kukuh.

Yang tersurat, tanpa penstrukturan semula subsidi yang diumumkan, jumlah subsidi minyak yang perlu dipikul kerajaan dijangka mencecah hampir RM33 bilion tahun ini. Bebanan subsidi yang melambung tinggi ini, sudah berulang kali dilaporkan media.

Semua sudah tahu, tapi masih ramai mungkin tidak menyedari jumlah RM33 bilion ini hampir menyamai (secara purata kasar) pembinaan 4,700 sekolah rendah baru, 55 hospital baru, 41 kampus universiti baru atau 4,100 kilometer jalan baru.

Perbelanjaan subsidi minyak oleh kerajaan bukan percuma. Tinggi kos di sebaliknya. Setimpalkah manfaat subsidi yang diterima dengan apa yang terpaksa kita korbankan?

Minyak di pam murah, namun bagaimana pula aspek kualiti hidup lain? Kita juga menanggungnya. Berapa ramai murid yang tidak mendapat kemudahan pendidikan berkualiti? Masyarakat luar bandar masih dibelenggu kemudahan dan infrastruktur yang terhad.

Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti masih tidak dapat dinikmati sebilangan besar masyarakat dan bermacammacam lagi. Ini yang tersurat. Bagaimana pula yang tersirat?

Kebergantungan sesebuah ekonomi ke atas polisi yang memerlukan subsidi ditanggung oleh kerajaan secara berpanjangan (tiada had tempoh) dan meluas (meliputi semua lapisan masyarakat) umpama dadah ekonomi yang berbahaya.

Dalam dunia perubatan dadah ada gunanya. Namun kalau penggunaannya tidak dikawal, ia boleh membunuh. Subsidi juga sama. Kalau berleluasa dan keterlaluan, ia mengkhayalkan ejen ekonomi (pengguna, firma dan kerajaan) dan melemahkan sistem saraf ekonomi untuk bertindak balas dengan sesuatu tekanan atau perubahan.

Kemajuan ekonomi memerlukan sesebuah negara memastikan sumber terhad, dapat diagihkan dan digunakan secara cekap yang menghasilkan pulangan terbaik. Sejauh mana ini dapat dicapai amat tertakluk pada kewujudan isyarat yang tepat, iaitu harga pasaran didasarkan pada faktor permintaan dan penawaran yang sebenar dan tidak dicemari gangguan manipulasi.

Naik turun harga adalah isyarat sangat penting yang seharusnya mendorong tingkah laku pembeli (permintaan) dan penjual (penawaran). Sebelum penstrukturan semula subsidi diumumkan, rata-rata masyarakat tidak banyak memikirkan alternatif menjimatkan penggunaan minyak atau mencari kaedah pengangkutan lebih murah.

Tidak ramai yang tahu apa itu gas asli kenderaan (NGV). Dana yang disalurkan untuk mewujudkan alternatif baru (swasta atau kerajaan), sama ada dari segi penyelidikan mencari teknologi baru atau infrastruktur pengangkutan alternatif adalah terhad.

Tidak menjadi keutamaan yang tinggi. Perniagaan pengangkutan awam sering dibelenggu kerugian. Tiada permintaan maka tiada penawaran. Masyarakat dan firma hidup dalam suasana yang tidak hakiki, didorong oleh isyarat harga yang tidak lagi berfungsi.

Sumber yang terhad tidak dapat diagihkan secara berkesan. Lampu isyarat kereta yang rosak menyulitkan pemanduan. Harga yang dikawal pergerakannya secara keterlaluan dan berpanjangan bukan saja tidak berfungsi, malah memberi isyarat salah.

Harga minyak dipam yang terus kekal rendah sedangkan harga minyak mentah global meningkat melebihi 300 peratus (2003 - 2008). Keadaan sedemikian gagal merangsang pengurangan permintaan minyak dalam negara.

Rentetan kenaikan harga begitu banyak sektor perniagaan secara mendadak akhir-akhir ini jelas sekali mengesahkan betapa sistem subsidi diamalkan selama ini, sudah menular dan menyebabkan pengoperasian banyak perniagaan dan kos kehidupan dalam suasana tidak hakiki.

Polisi subsidi yang berleluasa sebenarnya banyak menghalang sektor perniagaan Malaysia mempertingkatkan tahap daya saing jitu yang mampu bertahan lama. Ketidakmampuan untuk bertindak terhadap perubahan harga disebabkan kelesuan saraf ekonomi yang disuntik subsidi terlalu lama perlu diubati segera.

Malaysia mensasarkan 2020 untuk menjadi negara maju. Segenap lapisan masyarakat perlu segera memperbaiki kelesuan ini. Kerajaan perlu menangani permasalahan ini dan anjakan paradigma pengurusan ekonomi negara perlu disegerakan.

Masyarakat perlu jelas kesan yang tersirat dalam polisi pemberian subsidi berpanjangan dan meluas. Dalam tempoh jangka panjang, sistem subsidi sebegini merugikan kita semua. Ini yang tersirat.

Adakah ini bererti subsidi perlu dihapuskan semuanya? Jawabnya, tidak. Sebaliknya yang kita perlukan ialah sistem subsidi yang efisien. Pakej subsidi yang efisien perlu benar-benar jelas dalam empat persoalan iaitu;

Mengapa memberi subsidi? Siapa yang patut menerimanya? Bagaimana subsidi akan dibayar? Bilakah subsidi ini akan disemak? Pada masa sama, sistem subsidi yang efisien juga perlu memastikan yang isyarat harga tidak terhalang dan berfungsi dengan sempurna.

Harus kita ingat bahawa tidak semua dapat menahan daripada dibasahi hujan. Bagi yang berpayung, mungkin hanya tempias dirasai. Bagaimana pula yang tak berpayung atau lebih ekstrim lagi, tetapi tidak berkemampuan untuk membeli payung?

Kepada yang berpayung tidak perlu dibantu. Tempias tidak memudaratkan. Pada yang tidak berpayung, kita perlu mengenalpasti mengapa mereka tidak berpayung. Kalau mereka mampu tetapi dengan sengaja memilih tidak mahu membeli payung dan sanggup basah, biarkan saja mereka basah kuyup.

Setiap individu berkemampuan dan mempunyai pilihan wajar dibiar menentu hala tuju sendiri. Kalau dilayan dengan subsidi, sifat buruk ini akan menjadi semakin mudarat. Subsidi hanya perlu disasarkan pada golongan tidak berkemampuan untuk membeli payung atau yang payungnya agak kecil dan tidak berupaya melindungi ahli keluarga yang ramai.

Dari sudut ilmu ekonomi, dalam ekonomi atau pasaran yang sempurna atau ideal sifatnya, iaitu, semua pihak setara dan setanding, semua pihak mempunyai peluang berkualiti, pilihan dan kemampuan sama, subsidi adalah gangguan mutlak kepada pasaran.

Ia hanya merugikan. Namun, ekonomi yang sempurna dan ideal seperti digambarkan adalah suasana ekstrem yang jauh daripada dunia realiti. Hakikatnya, dalam sesebuah ekonomi, ada miskin dan kaya, ada besar dan kecil, dan ada bandar dan luar bandar, sifat kesempurnaan ekonomi yang menjadikan subsidi sebagai gangguan mutlak tidak mungkin wujud.

Oleh itu ada ruang untuk subsidi. Subsidi diperkenalkan bukan untuk membelai masyarakat tetapi khusus untuk menangani golongan berdepan dengan ‘kegagalan pasaran’ iaitu kelompok masyarakat yang secara semula jadi (bukan salah mereka) dihimpit oleh perubahan pasaran.

Pilihan yang ada terlalu terhad atau tidak berkemampuan mencari alternatif lain untuk mengharungi perubahan pasaran.
Mereka yang berpendapatan rendah, miskin, di bandar dan juga di luar bandar adalah kumpulan yang berkemungkinan termasuk dalam kategori ini.

Mengekalkan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran dengan pembayaran subsidi bukan jalan keluar, walaupun untuk membantu masyarakat. Nampak mudah tetapi amat merugikan.

Dengan mengekalkan harga dipam murah untuk semua melalui subsidi, bukan saja kosnya tinggi, malah kumpulan disasarkan berkemungkinan besar bukan penerima utama. Mekanisme bantuan dan subsidi secara yang lebih terus hanya kepada kumpulan sasar lebih banyak membantu dan lebih rendah kosnya.

Ditokok dengan kesan subsidi yang tersirat, kelesuan saraf ekonomi akibat kegagalan isyarat harga berfungsi, pastinya memerlukan kita menilai semula sistem subsidi minyak sedia ada. Dalam konteks lebih luas, penstrukturan semula subsidi minyak dan kenaikan harga minyak bukan sekadar menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Bukan sekadar menangani kenaikan harga minyak global. Bukan sekadar memastikan kumpulan sasar menerima bantuan, namun, lebih daripada itu. Dari sudut pembangunan ekonomi, anjakan paradigma polisi pengurusan ekonomi negara ini umpama ubat pahit yang perlu ditelan agar kelemahan saraf ekonomi yang dialami dapat diubati. Pahit ditelan tetapi mudah-mudahan membawa kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.