Monday, January 26, 2009
TANHIAH UKM! UKM LUAR BIASA!
ISNIN, 26 JANUARI 2009 : UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) mempertahankan kejuaraan tahun lalu apabila dinobatkan juara Pertandingan Sistem Kuasa Elektrik (Electric Power System Competition 2009 - EPSCOM 2009) yang berlangsung di Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, baru-baru ini. BERITA SELANJUTNYA DI SINI : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20090119095048/Article/indexv_html UKM DI HATIKU!!
Pasukan UKM B yang terdiri dari pelajar tahun empat Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) iaitu Mohd Hairil A Karim, Diana Tan Hui Lyn dan Adilah Zaira Abu Bakar menewaskan 13 pasukan dari lapan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil bahagian.
Pertandingan yang dinilai berasaskan penyelesaian masalah tenaga elektrik anjuran bersama Institut Elektrik Elektronik Engineers (IEEE) Pes, Cigre, UKM, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) melayakkan pasukan UKM B pulang dengan hadiah wang tunai RM9,000, piala dan sijil.
Mereka juga dipilih menerima hadiah bagi Kategori Penyelesaian Terbaik dengan hadiah wang tunai RM900.
1 Response to "TANHIAH UKM! UKM LUAR BIASA!"
bangkitlah mahahsiswa bangkitlah!!!
buka mata, tegakkan keadilan. hapuskan kezaliman! tolak calon sistEM!!! undilah GABUNGAN MAHASISWA (^_^)v peace
Post a Comment