Wednesday, February 18, 2009
FITNAH - untuk renungan SEMUA~
SEJARAH Islam telah merakamkan beberapa insiden yang boleh menggugat hubungan persaudaraan dan melemahkan kekuatan akidah adalah berpunca daripada penyebaran fitnah atau tohmahan. Meskipun kita telah berada pada zaman kemajuan tamadun yang berasaskan teknologi tetapi fitnah tetap terus menular sehingga menjadi bahan paparan harian kepada masyarakat.
Antaranya Saidatina Aisyah r.a. isteri Rasulullah SAW merupakan mangsa sasaran fitnah. Begitu juga zaman pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin turut tidak terlepas daripada penyebaran fitnah sehingga mencetuskan peristiwa pembunuhan Saidina Uthman r.a.dan Saidina Ali r.a. Semuanya adalah akibat daripada kekurangan maklumat yang tepat dan cepatnya bisikan syaitan kepada manusia yang lemah imannya.
Mengapa pula kita tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut? Jawapannya mudah - kerana kita jahil menyaring maklumat yang tepat sebagaimana yang dianjurkan dalam ajaran Islam. Kita juga jahil untuk membuat penyelidikan fakta secara saintifik sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
Lantaran lemahnya kualiti iman dalam jiwa seseorang akhirnya mendorong untuk menerima segala cerita-cerita di sekeliling tanpa bukti (qarinah), rasional atau justifikasi yang mendalam.
Penularan fitnah yang disensasikan bersama pembohongan amat mudah diterima oleh manusia yang jahil semasa menyaring maklumat tanpa mengambil kira kredibiliti penyampainya. Manakala penerima maklumat pula dengan mudah mempercayai segala jalan cerita tersebut secara tidak langsung membuka ruang untuk menokok tambah dan seterusnya menjadi penyampai kedua pula.
Akibatnya fitnah akan menjadi isu yang disebarkan dengan apa jua cara sama ada melalui lisan atau tulisan. Apabila situasi ini berlaku maka kesan berganda yang membawa keburukan sama ada kepada mangsa fitnah mahupun kepada seluruh umat manusia.
Pada saat ini sistem perundangan tidak lagi dipedulikan kerana mengambil jalan mudah untuk membuat penghakiman sendiri berlandaskan hawa nafsu.
Mengapa pula Allah SWT mengingatkan umatnya mengenai bahaya fitnah lebih besar daripada membunuh (surah al-Baqarah; 191)? Selain itu Allah SWT juga memberi amaran akan menurunkan azab yang sangat hebat (surah an-Nur; 19) dan menyamakan penyebar fitnah seperti perbuatan orang fasik yang membuat tuduhan tanpa saksi (surah an-Nur;4).
Ini kerana ancaman yang paling melemahkan keimanan seseorang Muslim adalah ketika hati mereka dipenuhi dengan segala kekotoran jiwa yang sukar untuk dipulihkan. Apabila emosi dikuasai oleh nafsu menyebabkan manusia akan mengambil keputusan tanpa berlandaskan ajaran Islam.
Mereka yang terbabit dalam fitnah juga dianggap menjadi rakan karib yang berjasa kepada muslihat syaitan. Ini dapat difahami daripada sebuah hadis Rasulullah SAW. Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka." (Riwayat Muslim).
Agenda jahat penyebaran fitnah juga menjadi permainan syaitan untuk memporak perandakan kehidupan manusia. Keadaan ini telah diingatkan melalui hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: "Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Sehingga syaitan akan berkata: " Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?" Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Iktibar daripada sejarah Islam untuk menghalang penyebaran fitnah memerlukan daya ketahanan iman yang sangat kental serta usaha yang bersepadu membabitkan seluruh komuniti tanpa mengira sempadan dan masa.
Alangkah ruginya umat Islam yang leka dan menghabiskan masa dengan penyebaran cerita-cerita fitnah sedangkan umat yang lain mengejar waktu dan bersaing untuk terus maju ke hadapan. Sekiranya keadaan ini berterusan kita boleh mengandaikan pelbagai gejala negatif akan menjadi musibah kehancuran umat Islam.
Justeru usaha ke arah memerangi bahana fitnah wajar dilakukan segera sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah; 193 maksudnya; "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah belaka". Tidak ada jalan mudah untuk menjamin fitnah ini tidak akan tersebar lagi di kalangan masyarakat melainkan dengan daya usaha yang konsisten dalam meningkatkan ketahanan iman semata-mata kerana Allah SWT.
7 Response to "FITNAH - untuk renungan SEMUA~"
RUANGAN KOMEN MASIH DIBUKA.GUNALAH SEBAIK MUNGKIN.JANGAN BIARKAN NAFSU MENGAWAL AKAL DAN IMAN.BE WISE.LET MANLINESS COME THROUGH WISDOM.KEBIJAKSANAAN ITU MUTU MANUSIA.SALAM.
aduyai..penat la GMUKM nie..ade je propaganda nak rosakan pemikiran mahasiswa....
camne nak jd professional...MPP GMUKM pon tak professional....
nak lahirkan mahasiswa ukm yg cemerlang dari sudut sahsiah camne...GMUKM pon takder sahsiah..fitnah sana sini...di mana sahsiah anda GMUKM...
nampak sgt GMUKM da takder isu...masuk bakul angkat sendiri...dlm bakul tu lak ada mak ketam tgh ajar anak die jalan lurus...itu lah GMUKM...
salam singgah dari ana...ksmpatan boleh buka blog ana...
MPP GMUKM buat lawak???
da bace blom blog GMUKM...sebelum nie dorg (MPP GMUKM) cakap ade wat VMO apo ntah...
pastu baru2 nie dorg lak bg respon...kalo respon tu bkn dorg takpe...org umum ke...org bkn GMUKM ke...takpe la gak...nie MPP GMUKM sendiri..org wat wat bg respon...nampak sgt hidup takat tu je...org yg same je...
GMUKM...anda nak UKM berubah...anda berubah la dahulu...
menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah belaka"
betul ke ni?
cuba baca buku fiqhud daulah, hazad din, aqidah dan perjuangan dll
x abis ngaji ni...
...menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah belaka"
betul ke huraian nta ni?
cuba baca buku fiqhud daulah, hazad din, aqidah dan perjuangan dll
x abis ngaji ni...
good artikel.,.
sama2 kita renung artikel ini..
sbgmn artikel diatas fitnah berleluasa dek kerana iman kita semakin tipis.. saya harap lepas ini pihak kepimpinan lebih peka untuk melaksanakan program.. saya amat mengharapkan klu boleh hapuskan semua prgram yang menjauhkan kita dengan iman.. hiburan biarlah yang mendidik jiwa..Islam x menglarangkan hiburan tapi biarlah ada batasnya..
utamakan prgrm ilmiah..perkasakan intektual mahasiswa dengan prgrm ilmiah..
saya agar tertarik dengan tulisan yg menyatakan;
Pada saat ini sistem perundangan tidak lagi dipedulikan kerana mengambil jalan mudah untuk membuat penghakiman sendiri berlandaskan hawa nafsu.
justeru itu, kita sama2 mengembil hukum Allah sebagai landasan bukannya cari alasan..
harap pihak aspirasi yang menulis artikel ini cuba menyelesaikan masalah yang diutara..
jazakumuAllahukhairan
Post a Comment