Friday, August 28, 2009

Posted on 8:16 PM by ASPIRASI UKM


logo hari kemerdekaan 52

LOGO SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-52


SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita hidup dengan aman dan sejahtera di bumi Malaysia ini yang diambang kemerdekaan ke-52.disamping perbezaan agama, budaya dan bangsanya yang berbilang.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam jahiliah kepada alam yang berasaskan ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita berada di pengakhiran bulan Ogos iaitu beberapa hari sahaja lagi negara kita akan menyambut kemerdekaannya. Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini.


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang akan diadakan di Dataran Parlimen, Isnin ini dijangka berlangsung selama 40 minit dengan jumlah pesertanya terhad kepada kira-kira 8,600 orang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sambutan sederhana tahun ini mengambil kira keadaan wabak Influenza A (H1N1) dan bagi menghormati bulan Ramadan.

"Walaupun sambutannya sederhana tapi impaknya tidak kurang," katanya dalam sidang media khas mengenai sambutan itu di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini Khamis.

Beliau berkata kira-kira 1,600 orang termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, anggota jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ketua pembangkang dan anggota Parlimen serta duta dan perwakilan asing akan berada di perkarangan Parlimen.

Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen.

"Sekitar 1,000 orang lagi terlibat selepas (pintu) gerbang sehingga perkarangan Parlimen. Orang ramai juga boleh turut serta dalam gerak lambai itu tetapi terhad sehingga di pintu gerbang Parlimen sahaja," katanya.

Beliau berkata sambutan kali ini turut diserikan dengan pertunjukkan lintas udara dan kawad hormat oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

1 Response to " "

.
gravatar
aminFST Says....

lupakan politik kampus buat sementara.. hayati kemerdekaan negara yg ke-52.. hidup ASPIRASI! opps..