Wednesday, January 19, 2011
mesej BERAHI...
Posted on 10:54 PM by ASPIRASI UKM
Teknologi adalah untuk kemudahan dan sepatutnya digunakan ke atas kebaikan sebaliknya acapkali disalahguna oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan yang sama sekali tidak mencerminkan sikap mahasiswa ini sedikit sebanyak menggangu dan menggugat keamanan kampus.
Sepanjang minggu ini, beberapa ahli Aspirasi telah menghadapi gangguan siber berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang berunsur lucah. Mangsa kebanyakkannya telah diumpan dengan mesej ringkas yang bertujuan untuk berkenalan. Mangsa yang pada mulanya bersangka baik diatas perkenan itu menyahut tanpa syak wasangka namun lama-kelamaan mesej yang dihantar bertukar kepada mesej berahi.
Penghantar yang menggunakan pelbagai nama semakin berani dengan menghantar mesej yang menjengkelkan tanpa segan silu. Apabila tidak dilayan, penghantar mesej yang tidak dikenali ini secara terus menerus menggangu mangsa dan lebih teruk gangguan ini berlaku pada awal pagi di antara jam 1 pagi hingga 3 pagi. Hal sedemikian amat merunsingkan mangsa-mangsa yang merasakan privasi mereka telah diganggu dan ini boleh menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.
BELAJAR LEBIH BAIK...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Response to "mesej BERAHI..."
haha
lawak r korang...
da xde isu ke?
sape laa calon korg y hot sgt tu kan..
isu ar 2...
gangguan terhadap mahasiswa..
bkn isu ke??adoiii ke ko xtaw isu 2 ape?
report polis jew... tu hak kita sebagai pengguna...
tips:
1) jgn layan kalau ada org lelaki xdikenali nk berkenalan 'saje2'..
pesanan khusus utk smua perempuan terutamanya muslimat.
kita org perempuan mahal harganya..
jd buah epal di puncak pokok, susah digapai.orang benar2 layak saje dpt petik.
andalah tentukan orang layak itu bagaimana ^_^
BerGM Lebih Baik~!
nampak sgt lah dak2 aspirasi ni kuat melayan..ahakz..
hahahahahaha..
nk reka pon bia r best cket...
kata tunjang universiti..
adoiii..pancut je idea kowg nih..hahahahaha
Post a Comment