Wednesday, January 12, 2011
'Pendatang' KBH dikecam
Posted on 1:17 AM by ASPIRASI UKM
Salam Aspirasi
Sebagai respon kepada kepada entri kurang menyenangkan tentang 'pendatang baru' di kolej burhan. Boleh baca di sini. Aspirasi UKM telah menemubual beberapa individu yang telah mendepani hal ini beberapa hari sebelum ia dijadikan sentimen politik.
JAKSA Kebajikan Kolej Burhanuddin Helmi telah terlebih dahulu melaporkan perkara ini kepada Ketua Pengawal Wisma Aman, MEJAR (B) HOUSSAINI AB. GHANI. Menurut beliau, pihaknya akan mengabil tindakan secepat mungkin bagi menyelesaikan isu ini yang dilihat berpotensi untuk merebak ke tempat-tempat lain di UKM.
JAKSA Burhanuddin Helmi juga menjelaskan bahawa masalah ini berpunca dari tempat pembuangan sampah yang telah diselerakkan oleh monyet yang kemudiannya menarik perhatian binatang lain seperti anjing dan khinzir untuk mencari makanan. 'Pendatang' ini akan lebih aktif di antara jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi. Pengurus kolej juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini telah diutarakan kepada pihak pentadbiran kolej.
Aspirasi UKM mengucapkan terima kasih kepada JAKSA Kebajikan Kolej Burhanuddin Helmi kerana telah mengambil langkah awal untuk menyelesaikan isu ini. Aspirasi UKM juga menasihatkan kepada para pelajar untuk berhati-hati dan jangan panik sekiranya berdepan dengan 'pendatang' ini.
"Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Response to "'Pendatang' KBH dikecam"
Apsirasi kecam je? babi tu mana la faham. dia haiwan, tak faham bahasa manusia. dia cuma nampak makanan, dia makan je la.
org dah bangkit isu baru nak bgtau kata korang dah buat..ini bukan sikap pemimpin yg kita nak....dah lambat bertindak cakap la lambat bertindak..ini isu keselamatan yg sgt penting...dok bilik main game ,FB n sbgnya je..adoi...apa lah korang ni
ko pegi la basuh motor ko tu.. sebok kat sini..hahaha
kami telah terlebih dahulu melaporkan perkara ini sebelum ada pihak yang cuba menggunakan ia sebagai sentimen.. pada mula nya kami tidak mahu menjadikan ia isu yang harus di publisitikan... namun setelah ia dimainkan oleh pihak lain.. kami tampil memberi penjelasan
kau pon bodoh gak
duk cakapje pandai
tapi xbuat pape
lagi satu bodohnyer kau ni
kecam 2 cuma tajuk
harian metro pon buat tajuk hebat2
kalau cakap "hai" pon
babi 2 pon xpaham
kah,kah,kah,kah
Post a Comment