Sunday, January 11, 2009
SEJARAH MEMBUKTIKAN SEGALANYA
Posted on 12:11 AM by ASPIRASI UKM
Salam sejahtera rakan-rakan mahasiswa/i UKM,
Bahang PRK kali ini bertambah hangat kan? Anda ada baca laman blog GM-UKM yang konon mampu menyediakan calon terbaik untuk kita? Kalau belum baca saya harap anda baca supaya anda boleh menilai kepincangan yang ada.
Antara post terbaru yang mereka utarakan ialah tentang "kegelabahan pihak ASPIRASI". Sila baca ini http://gm-ukm.blogspot.com/2009/01/aspirasi-menggelabah_09.html. Sekali lagi mereka ini melakukan kecaman tidak berasas. Ya, sememangnya pihak yang berketerampilan untuk menjadi pemimpin terbaik itu selalu "nampak" akan kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri dilupakan seolah-olah diri sendiri sempurna.
Bahang PRK kali ini bertambah hangat kan? Anda ada baca laman blog GM-UKM yang konon mampu menyediakan calon terbaik untuk kita? Kalau belum baca saya harap anda baca supaya anda boleh menilai kepincangan yang ada.
Antara post terbaru yang mereka utarakan ialah tentang "kegelabahan pihak ASPIRASI". Sila baca ini http://gm-ukm.blogspot.com/2009/01/aspirasi-menggelabah_09.html. Sekali lagi mereka ini melakukan kecaman tidak berasas. Ya, sememangnya pihak yang berketerampilan untuk menjadi pemimpin terbaik itu selalu "nampak" akan kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri dilupakan seolah-olah diri sendiri sempurna.
Biar saya ceritakan cerita disebalik kecaman pihak GM-UKM ini.
"......Ini jelas membuktikan bahawasanya pihak ASPIRASI kini begitu gelabah terhadap gelombang yang telah dibangkitkan oleh GABUNGAN MAHASISWA. Ini juga menunjukkan bahawa Aspirasi sangat takut dan tidak yakin dengan kemampuan mereka sendiri untuk bertanding dalam PRK kali ini apatah lagi untuk berdepan dengan pihak lawan mereka iaitu GMUKM. Mereka juga takut kehilangan sokongan atau undian dan disebabkan itulah mereka berusaha untuk menyekat sebarang kempen atau pengaruh yang dilakukan oleh GMUKM......"
ASPIRASI: Kami bukan gelabah. Kami hanya menjalankan kewajipan menjaga keselamatan para pelajar di kolej-kolej kediaman daripada sebarang gangguan pihak luar. Hasil pengalaman lalu, ada pihak yang membuat provokasi dan kempen pilihanraya melampau sehingga lewat malam hingga menggangu pelajar lain. Kecurian pun ada berlaku. Persoalan kami adalah kenapa pihak GM-UKM begitu gelabah mengecam kami sedangkan perkara yang sama berlaku di kolej kediaman Idris Al-Marbawi. Kami ni yang kononnya pro ASPIRASi dilarang masuk kesana waktu malam sepanjang kempen PRK. Jadi apa bezanya?
".....mereka telah menerima tamparan hebat dimana 3 kerusi diwakili calon GMUKM telah menang tanpa bertanding....."
Sesungguhnya kami sedikit pun tidak terganggu dengan kekalahan ini. Ini kerana sejak bertahun lamanya 3 kerusi ini memang menjadi milik kaum kerabat GM-UKM. Cuma kali ni mereka menang awal. Sama ada 3 kerusi ini dipertandingkan semasa hari mengundi atau pihak GM-UKM menangi awal, tidak ada bezanya bagi kami dan mereka. Walaubagaimanapun ASPIRASI ingin mengucapkan tahniah kepada GM-UKM kerana mampu mempertahankan 3 kerusi ini pada PRK kali ini. Mujur tidak terlepas ke pangkuan ASPIRASI-=)
".....BUKTIKAN ANDA ADALAH MAHASISWA YANG MAMPU untuk menentukan siapakah pemimpin anda dan siapakah yang layak untuk menjadi wakil suara MAHASISWA yang akan dibawa ke pihak atasan."
Inilah cara kaum kerabat GM-UKM sejak sekian lama. Begitu yakin untuk menjadi terbaik dan menganggap diri sendiri layak memimpin. Persoalan kami, kalau GM-UKM begitu layak kenapa tak diceritakan sahaja sejarah pilihanraya yang telah terpahat ini?
Sahabat-sahabat GM-UKM, qulilhaq walaukanamurro! Anda tentu faham maksud ayat ini kan? Jangan sampai niat menghalalkan cara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Response to "SEJARAH MEMBUKTIKAN SEGALANYA"
saya setuju 100% tentang provakasi yang dinyatakan di atas
ia berlaku di kolej kediaman saya
penyokong2 GM beramai2 naik motor menghalang laluan masuk x x ubah macam mat2 rempit di KL
macam orang zaman batu yang x bertamadun
dah la bising pagi2 buta tuh dengan deruman enjin motor
menyusahkan pihak keselamatan UKM
pengetua kolej saya yang berada di tempat kejadian pun mereka x endahkan
memang x tahu nak hormat orang tua
kawan2 tahun 1 yang nak tahu tentang apa yang berlaku pada masa tersebut
boleh cari di youtube
taip 'rusuhan ukm' atau ikut link ni http://www.youtube.com/watch?v=Kv7Eofr72V8
erm..mmg bagus pendapat dan juga apa yg dijawab oleh saudara aspirasi..tp sy kurang setuju bila blog ini seolah2 menjadi satu perang blog..ataupon perang post..sudah hilang professional kpd para pembaca..tidak perlu untuk 'counter' balik dgn apa yg diutarakan oleh GMUKM..anda mengutuk tindakan mereka yg seperti mencabar anda..tetapi tidak perlu dgn membalasnya di post blog ini..niat anda sungguh baik tp alangkah baik nya jika wujudkan satu ruang forum untuk sama2 bincangkan..bukan dgn cara membuat post yg semakin lama semakin berunsurkan negatif dan seterusnya mngkin terjadinya pergaduhan sesama sendiri..saya yakin selepas sahaja pilihanraya nanti xakan aktif blog ini.. manifesto2 ataupon segala janji2 yg ditaburkan baik dari aspirasi mahupun GMUKM..segala2nya akan diam seribu bahasa..
pikir2kan la..
ASSLAMUALAIKUM.
kepada anonymous di atas dan seluruh pembaca,
bg sy,biarlah kemudahan yang ada ini diguna pakai sebaik mungkin oleh kedua2 belah pihak..
sama ada perang blog,perang poster,perang manifesto,dll,ini semua sudah menjadi lumrah pilihanraya..bukankah begitu?
bg sy,ada baiknya juga diberi peluang ASPIRASI utk menjawab apa yg dikatakan oleh pihak Gm..selagi kedua2nya menjaga tatasusila dan adab sopan,apa salahnya mereka berdebat di mana sekalipun..
mana yang lebih baik,saudara?mempertahankan diri atau menabur fitnah?pasti jelas jawapannya,bukan?sy lihat kematangan dalam blog ASPIRASI ini.selama ini pihak lawan mereka sering mengatakan mereka hamba sistem yg menjadi pak turut pegawai TETAPI selepas BERKALI-KALI membaca blog ini,sy dapat rasakan bahawa ASPIRASI yg ada kini jauh lebih MATANG dan MENYENGAT berbanding dahulu.
Hujah mereka professional,menjwab dengan fakta. Bertanya apabila mahukan kepastian. Tiada unsur fitnah. Semuanya fakta dan sebagai warga senior di sini saya melihat perkembangan ini sgt POSITIF bg ASPIRASI.
jd,sahabatku.pada pendapat sy lah,biarkan sahaja mereka meneruskan cara mereka ini.Biar mereka melakar sejarah cara mereka.Mereka juga mahasisha.Bkn GM shj mahasiswa. ASPIRASI yg ada kini sy lihat mampu membawa STUDENT POWER ke tempat yg sewajarnya.
kepada ASPIRASI : TAHNIAH. Sy dan rakan2 sgt bangga melihat kemajuan anda kini. Teruskan usaha tanpa hasad dengki. Berdoa. dan bertawakkallah kepada Allah SWT.
kepada GM yg membaca di sini : nasihat sy cuma satu, percayalah, ASPIRASI yg ada kini bkn lg spt yg anda sangkakan. mereka sudah MATANG. lihatlah dengan mata hati dan InsyaAllah anda akan nampak aa yg sy telah sampaikan td.
AKHIR KALAM,MENURUT BIARLAH BERAKAL. MENGIKUT BIAR PINTAR.
bukan masalah perang blog..tetapi kami ada maruah..kami tahu kami dipihak yang benar..dan kami ada hujah2 yg releven dan bukan sekadar hujah2 yg memutar belitkan hukum alam...seperti ada sesetengah pihak lakukan...kami yakin kami benar..sebab itu kami bersuara..dan bukan hanya bercakap dan bila disoal...putar belitkan...saya faham kerana itulah fikrah yang anda telah semai...
tiada demokrasi
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
KEPADA SEMUA,TERIMA KASIH KERANA MENJAGA TATA TERTIB ANDA DI BLOG INI.
KAMI MEMBERIKAN KEBEBASAN UNTUK ANDA BERDEBAT DAN MEMBERIKAN PANDANGAN TETAPI GUNALAH IA DENGAN BIJAKSANA.
SEMOGA PERJUANGAN KITA SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH SWT.
Post a Comment