Tuesday, January 13, 2009

GM-IPU-MAMPU

Posted on 7:58 AM by ASPIRASI UKM

Salam Perpaduan, Salam pertemuan, Salam Perdebatan..

Menjelang hari pemilihan MPP yang hanya tinggal 48 jam lagi, kita dapat lihat keadaan atau situasi di sekitar UKM masih lagi tenang tanpa kekacauan yang selalunya kita dapat lihat di sekitar UKM ketika Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Tahniah Kepada GM-IPU-MAMPU kerana menyahut seruan ASPIRASI Universiti dengan memilih cara yang professional dalam menyuarakan suara mahasiswa..

Mahasiswa /i sekalian

Jika kita lihat kembali kepada sejarah penubuhan GM, mungkin dilihat ada kehebatan yang digembar – gemburkan di sebalik penubuhan tersebut.. tapi izinkan saya untuk berkongsi sedikit sejarah penubuhan GM.

Sebelum kewujudan Gabungan Mahasiswa, GM telah menggunakan pelbagai nama dalam kempen untuk merebut hati mahasiswa/I UKM.

Permulaan bagi mereka, mereka menggunakan nama IPU atau nama penuh mereka adalah Islam Penyelamat Ummah yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan ISI atau nama penuh bg persatuan mereka ialah Ikatan Studi Islam. Modus Operandi yang mereka gunakan ialah dengan menyatakan ASPIRASI sebagai kurang ISLAM berbanding dengan IPU. Sehinggakan, ada dalam kalangan mereka yang menangis setelah melihat kawan mereka sendiri menyokong ASPIRASI dengan alasan, kawannya itu telah SESAT.. Hanya ALLAH sahaja yang tahu.. Alhamdulillah, mahasiswa/I ketika itu bijak memilih antara yang BENAR dan SALAH. Mahasiswa memilih calon Aspirasi, Bukan mereka… Manakala warna tema yang mereka gunakan adalah warna HIJAU…

Selepas GAGAL dalam menggunakan nama IPU, mereka telah menukar nama kepada MAMPU dan mereka sekali lagi telah menggunakan Modus Operandi dengan mengatakan ASPIRASI tidak islam dan sanggup memulaukan kawan – kawan sendiri, kawan – kawan dari fakulti, dari Kelas, dari Persatuan sendiri dengan tidak memberikan kerjasama dalalm pelajaran @ akademik.. dan.. tindakan itu masih lagi berterusan sehingga sekarang. Buktinya, cuba tanyakan kepada mana – mana pelajar FPI yang menyokong ASPIRASI, sudah semestinya mereka akan di pulaukan di fakulti sendiri. Seorang calon FPI dikatakan telah tersalah mengisi borang kali ini, dan di batalkan kelayakan untuk bertanding. Agak – agak kenapa? Terpaksa menjadi calon atau takut dipulaukan?

Inikah demokrasi? atau dasar “perpartian” yang melampau..

Dan warna tema bagi mereka pada kali ini telah bertukar dari HIJAU kepada OREN.. beretukar nampak….

Mereka gagal sekali lagi, dan kini, mereka telah menukar nama mereka kepada Gabungan Mahasiswa dan dilihat mereka lebih agresif buat kali ini, mereka mempermainkan isu ASPIRASI sebagai calon sistem dan menabalkan diri sendiri sebagai calon mahasiswa. Sejauh manakah kebeneran bahawa mereka ialah calon mahasiswa? Dari mana mereka datang? Siapa menjadi dalang pejuangan mereka? Siapa?...

Sekali lagi nampaknya mereka telah menukar warna tema perjuangan mereka kepada unggu…

Sejauh manakah pendirian mereka sehinggakan nama dan warna perjuangan pun tidak tetap? Melangkahlah dengan yakin…

Akan tetapi, satu perkara yang menjadi persamaan bagi ketiga – tiga nama diatas dan jika digabungkan, GM-IPU-MAMPU adalah mereka suka menyuarakan suara mereka yang mereka labelkan sebagai ‘suara mahasiswa’ dengan mengadakan DEMONSTRASI tanpa mengira tempat dan masa.

Mungkin akan saya merungkaikan demonstrasi – demonstrasi yang pernah dilakukan oleh mereka pada post yang akan datang..

Jadi sama – sama lah kita fikirkan…

5 Response to "GM-IPU-MAMPU"

.
gravatar
Anonymous Says....

MEMANG...BUDAK FPI YG MENYOKONG ASPIRASI AKAN DIPULAU...APATAH LG YANG JD COLON...YG KOMFEM KALAH KT FPI...CIAN SAHABAT2 SAYA YANG MENJADI CALON..DARI DULU DIPULAU...NI KE STUDENT FPI???MALU AKU NK NGAKU AKU BDK FPI KLU CMNI..

.
gravatar
Anonymous Says....

jika dalam konteks akademik mereka x boleh jadi profesional.. inikan pula pentadbiran...

duk kutuk sana..

kutuk sini.
kutuk musuh islam x pe la jugak.. aku pun sokong...

ini sahabat dalam kelas sendiri di pulaukan..

.
gravatar
Anonymous Says....

memperjuangkan agam islam kunun~padahal islam menggalakkan hubungan silaturrahim yg erat!

.
gravatar
Anonymous Says....

biasa la tu,dak2 pemmbankng ni dah mcm anggap kelompok diorang je yang terbaik...dorang rasa martabat kelompok diorang tu lagi tinggi daripada orang lain...

.
gravatar
Anonymous Says....

Ada korang perjuangkan Islam?Tanya diri sendiri. Korang duk kutuk duk mengata orang perjuangkan Islam. Ada korang geng Aspirasi perjuangkan Islam? Tilik diri dulu. Apa sumbangan aspirasi pada Islam? Buat konsert jemput Farah A.F?Jemput Hujan?Jemput PakCik Husin? Kalau korang orang Islam pun tak perjuangkan Islam malah mengutuk dan menolak perjuangan Islam, why not korang perjuangkan Islam kat bumi UKM ni. Tengok apa dh jadi pada mahasiswa UKM sepanjang pemerintahan Aspirasi? Maksiat sana-sini. Ada nampak muka budak aspirasi mengimarahkan masjid-masjid, surau-surau? Korang klu dalam bab kutuk perjuangan Islam memang 1st class. Sedar xsedar kadang2 percakapan korang seolah-olah korang bukan Islam. Orang bwk Islam, korang akan kata dia ni mesti proksi pembangkang. Pemikiran korang ni memang kolot la.Macamana Islam nak maju? Terus-terang aku cakap,Aspirasi ni memang otak dah dibasuh oleh pemerintah yang juga tak mahu kepada Islam. Aku ada bukti apa yang aku ckp dan bukan omong kosong. Tak percaya lihatlah sendiri di sini Koleksi Ucapan Dan Kata-kata Yang Menghina Islam. Baru terbukak mata korang. Sedarlah, di Malaysia ni dh terang lagi bersuluh memang pemerintahnya menolak Islam. Apa komen? Kalau korang rasa korang terbaik, buktikan. Apa perjuangan korang terhadap Islam. Ingat..!!! Semuanya akan dipersoalkan di akhirat. Kita kena tanggung atas apa yang telah kita lakukan. Korang tak kutuk pulak program maksiat bahkan korang enjoy. Aku bukan nak sokong GM sbb kadang-kadang GM pun bukan betul sangat. Tapi aku respek diorang sekurang-kurangnya diorang ada matlamat dan ada kemahuan nak perjuangkan Islam. Sedar tak sedar sesungguhnya korng sedang menpersendakan agama Allah. Kalau rasa ilmu agama tak cukup lagi untuk perjuangkan Islam, pergi belajar. Pegi masjid dengar ceramah agama. Ni bila ada ceramah agama kat masjid korang kata tu ceramah politik la macam-macam. Belajar betul-betul. Tu la, mak ayah suh belajar korang duk sibuk nak berdating, sibuk nak bercouple, sibuk nak enjoy. Sedarlah wahai mahasiswa-mahasiswa UKM. Kiamat dh hampir sgt. Tup-tup kita tak sempat bertaubat. Baru nak menyesal? Menangislah airmata darah sekalipun,takde lagi dah pintu taubat buat mu....