Thursday, January 15, 2009

PIlihan Di Tangan Anda

Posted on 1:42 AM by ASPIRASI UKM

Salam Perbincangan. Salam Perdebatan. Salam Aspirasi.

Tinggal kurang dari 6 jam lagi setiap pelajar akan menjalankan tanggungjawabnya untuk memilih calon yang terbaik untuk MPP UKM pada tahun ini. Adakah anda sudah bersedia atau masih lagi terfikir-fikir siapakah calon yang akan anda pilih? Sekiranya anda masih dalam dilema untuk memilih bakal pemimpin anda, mungkin artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan.

ASPIRASI Pelajar UKM diwujudkan atas dasar untuk membantu ke arah peningkatan kebolehpasaran graduan atau lebih dikenali dengan istilah global graduate, di samping membuka peluang graduan membangunkan diri, keluarga dan Negara. Sistem dan pendekatan akademik berkualiti tinggi serta komitmen dari setiap warga UKM dapat membantu melahirkan graduan yang mempunyai peratus kebolehpasaran tertinggi berbanding graduan daripada universiti lain di negara ini.

Berbeza dengan GMUKM, mereka menggunakan pelbagai pendekatan yang ekstrem dan tidak releven untuk mencapai matlamat ini. Mereka sering menggesa agar pihak KPT dan kerajaan menyelesaikan masalah pasaran graduan.; sibuk melaungkan ketidakpuashatian di sana sini. Namun ironinya, mereka langsung tidak sedar yang merekalah punca sebenar masalah ini berlaku. Sebagai contoh, semasa demonstrasi yang diadakan oleh GMUKM semasa Karnival Kerjaya UKM pada Oktober lepas.



Demonstrasi itu disertai oleh sekumpulan pelajar yang menggelar diri mereka Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkenaan tuntutan keadilan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK). Antara yang turut serta dalam tunjuk perasaan ini adalah mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diwakili oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Bayangkan sekiranya anda adalah seorang menteri yang hadir ke majlis dan diserbu oleh sekumpulan pelajar yang tidak dikenali, apakah tindakan anda? Pihak pengawal keselamatan UKM yang hanya ingin menjalankan tugas mereka dengan profesionalisma yang tinggi telah diburuk-burukkan oleh mereka, kononnya mereka telah disepak, ditumbuk, dicakar, disiku, ditampar sehingga menyebabkan kecederaan pada anggota tubuh badan. Ketika pihak keselamatan ingin mengambil gambar di tempat kejadian, tahu pula menutup muka. Kenapa? Takut ibu bapa di kampung melihat wajah anda terpampang di muka depan akhbarkah? Sekiranya anda ingin menegakkan perkara yang benar, mengapa harus takut?


Apakah yang ingin mereka buktikan pada demonstrasi itu? Bahawa mereka adalah bakal graduan yang lantang bersuara; tidak mengendahkan tatasusila dan peraturan? Adakah ini yang mahu mereka tunjukkan kepada majikan mereka? Ini cukup memalukan kerana bukan mereka yang sepatutnya mendapat liputan media tetapi program karnival tersebut, di mana 8000 peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh lebih 100 buah syarikat.

Dalam istilah ‘ASPIRASI PELAJAR UKM’, perkataan PELAJAR digunakan kerana warga UKM menitikberatkan kepentingan dan kepekaan gender dalam melestarikan dan mencapai ASPIRASI Universiti kerana mahasiswa dan mahasiswi mempunyai peranan yang sama penting dalam permerkasaan ASPIRASI Univerisiti. Berbeza dengan GM, perkataan MAHASISWA yang digunakan hanyalah merujuk kepada lelaki sahaja. Mereka seolah-olah tidak menghargai populasi pelajar wanita yang ramai di UKM. Di peringkat antarabangsa, tahap sosioekonomi wanita boleh dikatakan setaraf dengan lelaki di mana mereka mampu memberi sumbangan yang signifikan dalam penjanaan ekonomi Negara. Perkataan GABUNGAN MAHASISWA pula seolah-olah membawa idea yang konfrontasional,gah bercakap tetapi tiada hasil dan tidak realistik. Nama sahaja sudah menggambarkan imej yang pesimistik; bagaimana pula dengan ahlinya? Mereka berjuang mengikut dasar perjuangan negara-negara jiran seperti demonstrasi jalanan dan rusuhan motor; berjuang dengan pedang bukan dengan otak tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada masyarakat sekelilingnya.

Ambil masa dan fikirlah sejenak para mahasiswa dan mahasiswi UKM. Siapakah yang layak untuk menjadi pemimpin anda? Pilihan di tangan anda.

3 Response to "PIlihan Di Tangan Anda"

.
gravatar
Anonymous Says....

Salam ASPIRASI...

saya sungguh ingin tahu...kepada siapa yang pergi ke Kursus Kepimpinan Calon di A'Famosa yg lepas...apakah pandangan ahli2 GMUKM yg bercakap di hadapan ketika itu..say rase..mereka berkata tentang,baiknya kursus itu..patut diadakan lagi..tpi.kenapa apabila balik pula...mereka kata kursus itu membazir...tiada satu input pon yg dapat...sedangkan mahasiswa dari aspirasi faham segenap ilmu dari situ..nampak sgt GMUKM nie dtg dengan kebodohan..pulang juga still bodoh...

mereka hipokrit...!!!depan cakap lain..blkg cakap lain...skrg..manifesto cakap mcam2..nnt wat mesti sume lain...mereka mempersoal kan tentang pembaziran di situ..

kita lihat..mahasiswa jenis apakah ini tak tahu bersyukur...atuapun hanya nak jadikan modal supaya org nmpk anda mulia..konon nye perjuangkan kebajikan mahasiswa...sudahkah anda tahu...pembahagian duit ini ada cara die..anda tidak boleh alihkan sesuatu peruntukan itu kepada bahagian lain..

inilah mahasiswa yg kononya nak memimpin..tak tahu berorganisasi...setakat hanya tahu di peringkat fakulti...di fakulti anda hanya meminta2 di pensyarah2...di pejabat dekan..itu sahaja..kalo jauh pon..anda mintak kat LEMBAGA PAS N PKR anda tu...

nmpk sgt kejahilan mereka dalam memimpin...yg mereka tahu..hanya memberoktak..membuat rusuhan...propaganda mengarut...memfitnah...

ingt GM..anda bukan lah satu kelab yg berdaftar secara rasmi...tunjuk bukti anda tu berdaftar...atau anda satu kelab yg HARAM!!sebab tu buat keje yg haram2...da la langgar auku..ingt..kami akan dedahkan perkara ini kepada mahkamah...

GM patut dimansuhkan...pelajar tak tahu diuntung..pandai bercakap tetapi otak kosong...nak kate anda bodo..anda marah...tak kate anda bodo..anda tak sedar diri..nak wat camne...LU PIKIR LA SENDIRI...!!!

.
gravatar
Anonymous Says....

GM mempersoalkan penganjuran Kursus Kepimpinan bakal calon di A Famosa Resort sebagai membazir.. Ya ker?

Tp Pada masa yang sama, lebih dari seratus ahli-ahli GM menyertai kursus tersebut..

Adakah mereka membawa bekalan roti ataupun nasi bungkus sendiri? Atau mereka keluar g mapley semasa kursus dijalankan.. Mereka makan dan guna juga kemudahan yang diberi.

Mereka ini seumpama, menjilat balik ludah sendiri!!

.
gravatar
Anonymous Says....

Salam


Cukup la...hentikan persengketaan.
Masing2 sama ja...asyk mengata antr satu sama lain.
Tak boleh ke berbsik n bkerjasama.
Masing2 da lebh n kurang so apa salahnya yg kurang sama2 perbaiki n yg baik sama2 amalkan.
Bersatu padu + bekerjasama adalah yg terbaik.
Jelas kedengaran ada sebilangan mhsswa yg tidak mahu mengundi kerana merasa muak dengan sgl mcm propaganda, provokasi dll.


Maaf andai teguran ini dirasakan menggangu atau melampau.
Sekadar teguran yg juga mengingatkan diri sendiri.