Tuesday, January 13, 2009

SIAPA "MEREKA"

Posted on 3:18 PM by ASPIRASI UKM

Salam Pertemuan, Salam Perbincangan, Salam Perdebatan,

Mahasiswa/i UKM,


Jika di lihat di laman blog ini, atau jika dikira - kira, tidak sampai 48 jam lagi kita akan menjalankan tanggungjawab kita semua sebagai seorang pemilih dalam memilih bakal Majlis Perwakilan Pelajar yang akan di membawa kita ke mercu antarabangsa selaras dengan hasrat aspirasi Universiti. Ingin saya perdengarkan kepada mahasiswa/i UKM dengan dua cerita dan saya harap, Mahasiswa sendiri dapat menilai dan mencari kebenarannya..

Jangan PERCAYA apa yang di BACA, akan tetapi, TERIMA , KAJI dan akhirnya NILAI…


Jangan menutup ruang pemikiran anda…

Pertama :

Gabungan Mahasiswa juga sibuk menuduh atau
dengan kata lain mengatakan bahawa ASPIRASI adalah “lembu” HEP atau lebih tepat pro kerajaan, dikatakan juga ASPIRASI di salurkan dengan duit sebanyak puluhan ribu untuk memastikan kejayaan ASPIRASI dalam pemilihan MPP kali ini. Cuba kita perhatikan, apa yang menunjukkan ASPIRASI
kaya dengan duit?

Jika dilihat dengan mata kasar, T-shirt bagi jentera pilihanraya pun tiada.. miskinnya..
Berlainan pula dengan Gabungan Mahasiswa yang me
mulakan kempen dari akhir semester lepas dengan pelbagai bahan seperti BANNER, STIKER KERETA dan MOTOSIKAL, JAKET serta POSTER mereka sendiri yang berwarna ungu. Waaaaaa.. banyak tu nak habiskan duit nak buat semua tu…

Kalau difikirkan balik la.. dari mana mereka dapatkan perbelanjaan semua tu…
Sekejap, mungkin juga duit itu duit mereka kan.. hebat pengorbanan mereka.. itu yang tidak cukup duit untuk bayar yuran pengajian. Duit
pergi ketempat lain.. lepas tu bising sana, bising sini nak kurangkan yuran..

Betul tindakan kurangkakan yuran, kami pun sokong, tapi bukan semudah dengan mengadakan DEMONSTRASI..


Akan t
etapi klu difikrkan secara mendalam sikit, dari mana mereka dapat duit – duit tersebut? Keluarga? Sahabat handai? Atau ada orang kuat di belakang mereka..

Fikir – fikirkan lah..


Kedua :

Di dalam blog Malaysia kini gempar apabila satu artikel di keluarkan mengenai “POSTER ANUAR BANJIRI UKM”. http://www.malaysiakini.com/news/96300


Jika dibaca berita tersebut, seolah – olah sesipa pun tidak mengaku bertanggungjawab dalam melakukan perkara berikut.

Apa yang igin di buktikan dengan poster tersebut?

Adakah betul anuar masuk UKM atau sekadar RETORIK semata – mata?


Alhamdulillah, setelah mendengar berita tersebut, saya meminta bantuan rakan unutk mendapatkan post
er tersebut dan rakan tersebut telah memberikan salah satu poster tersebut, dengar kata ada dua, mungkin yang satu lagi tidak sempat di ambil.

Apa yang ingin di buktikan dengan poster tersebut?


Adakah ingin megatakan ini provokasi dari Kerajaan? atau dari Siapa..


Fikir – fikirkanlah..

19 Response to "SIAPA "MEREKA""

.
gravatar
Anonymous Says....

dlm malaysiakini tu farid cakap takder kaitan??

betol ke...ke mahu menafikan kebenaran..ingt..kami juga MAHASISWA..bkn boneka...macam anda...

.
gravatar
hantusoleh Says....

salam semua...

Alhamdulillah...akhirnya terbukti juga kesalahan mereka melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) berkenaan dengan persatuan pelajar pelajar di Univeristi tidak dibenarkan utk terlibat dengan mana2 badan politik diluar kampus...

saya juga lama terfikir..dimanakah datangnya duit berduyun² selepas kemenangan PKR di selangor dan PAS di Bangi...anda perasan atau tidak..setelah dua parti politik ini menang di bangi dan selangor...mereka mendapat dana yg begitu mencurah2 ibarat hujan duit turun dari langit...

adakah ini fakta atau auta??adakah persamaan logo2 itu sekadar kebetulan atau telah dirancang??adakah dengan berkata "saya tidak tahu dari mana datang nya poster anwar dlm UKM nie" sudah cukup membukti kan bahawa mereka tidak disuap dari luar??

dengan ucapan "tidak tahu" boleh meyelesaikan perkara ini??ingt lah mahasiswa..tidak tahu dengan tidak boleh bgtahu adalah lain...ingt GM..kebenaran akan sentiasa ditegakkan..

mari mahasiswa..kita terjah lagi..kita siasat hingga benar2 terbukti hitam putih..kita bawak mereka ke muka pengadilan..(bkn muka parti keadilan..kerana mereka juga tidak adil..)

yg bersalah tetap akan dihukum...

.
gravatar
Anonymous Says....

membazir kan amalan setan!poster bersepah2...pencemaran alam jerk.lu pikir la sendiri

.
gravatar
Anonymous Says....

SALAM SEMUA....

TAK SANGKA JUGAK BENDA MACAM NI BERLAKU? GMUKM..JAWAB LA...

.
gravatar
Anonymous Says....

salam,

bukan nak kata apa. org luar pun sudah mengetahuinya. terutama skali driver2 yg hntr ahli2 GM ke perjumpaan bersma2 pemimpin2 PAS di Bangi. mereka sendiri yang bercerita. ohhohohoho, wala!

hal ini dh berlaku lama. kerana sifat peramah dan juga menghormati sesama manusia, saya peroleh cerita ini semua daripada driver. terkejut juga waktu itu. dulu saya x percaya ada gerakan begini. tapi itulah. tuhan nak tunjuk kebenarannya.

hajatnya cuma mahu bertanya khabar semua. bagaimana kehidupannya. tiba2 beliau cerita pengalamannya menghantar sekumpulan student ke markas PAS yang boleh dikatakan setiap bulan.

bukanlah berdosa tindakan rakan2 ku itu. cuma, bukankah lebih baik mengulangkaji pelajaran atau pun menghadiri kelas. lepas kamu semua graduasi, suka hatilah nak pergi ke sana setiap hari. daripada habiskan duit untuk sewa van atau kereta ke sana bukankah lebih baik membeli buku atau jadikan simpanan. ke kamu semua disponsor?

fikir2kanlah. memang itu hak kamu buat begitu. cuma bila kamu menidakkan hakikat yg sebenar itu aku rasa tidak kena di situ. kalau kau betul2 percaya dengan gerakanmu itu jangan berselindung di sebalik kelambu. lontarkan saja. terima risiko yang bakal menjelma. bagi aku jika kau menidakkannya maksudnya kau tidak percaya sepenuhnya! hmmm...

sekadar pandangan :)

.
gravatar
hantusoleh Says....

alhamdulillah..

chici...Allah tetap syg kita..

saye nak bercerita dari pengalaman saya...HEP matriks saya dlu..selalu cerita...beliau selalu tidak siasat kes2 yg berlaku di matriks...kerana kebenaran akan timbul sendiri..byk kes2 yg kantoi sendiri..makcik cleaner nampak dan report..pengawal nampak report...Allah nak permudahkan hamba-Nya..

saudara/i chici..harap dapat bg maklumat lagi selepas ini...kerana kita yakin kita berada di jalan yg benar...

.
gravatar
Anonymous Says....

lor..patut la kaye nak mampos dorang tu..da sogokan dari luar...dorang cakap RM80,000 dorang abis sebab nak mansuhkan auku..patut la..sebab pasni dorang leh ajak PAS or PKR masuk UKM trus...kalo dorang mng..jgn terkejut dorang wat bilik gerakan PAS or PKR kat PUSANIKA..harap2 tak...

MAHASISWA TETAP MAHASISWA..
bukan jd mahaSISA masyarakat...
bukan BONEKA POLITIK LUAR!!!

.
gravatar
Anonymous Says....

korang nak pelapis PAS or PKR memerintah UKM??

ade kaliber ker???

kite tgk contoh...Kedah (bawah pemerintahan PAS) telah dilabel negara yg kotor...Sultan negeri Kedah telah membuat teguran terbuka di khalayak menyatakan masalah sosial di Kedah semakin melampau...negeri sudah kotor..(nie ape yg aku tgk dlm berita)

Kelantan dan Terengganu(PAS) sudah berapa lame negeri itu tidak maju...kemiskinan tidak terbela...pembangunan tidak ada..mane kerajaan negeri??makan gaji buta atau sebok nak bertekak dlm parlimen???

itu kat luar..anda mahu kat ukm nie jd camtu??pandai bercakap dan berhujah..tetapi tindakan tiada pon..kate org melayu...

GURU KENCING BERDIRI ANAK MURID KENCING BERLARI...

PERINGKAT NEGERI TAK TERJAGA MAHASISWA UNIVERSITI TAK TERBELA...

.
gravatar
Anonymous Says....

GM......jawab isu ni,,,before jdk lebiyh parah...ini not remeh temeh.....xkn kot pkai wet biasiswa or pnjman ntok kempen sakan....kaye korag.....! xmo la da kne terjah msok KOSMO bwu nk gelabah jwab isu ini....mainan politik ibarat main yoyo di ats roda yg berputar..kejap d sanjung tinggi..sat g duk bwah sekali.......n lme2 haus roda tu...then owner roda pkai roda bru...yg da burok,,haus,, buang campak lm tong....pkir2 kn la wahai pemimpin2 semua,,,,

.
gravatar
Anonymous Says....

MAhaSISWA ptotye bebas mengetengahkn idea n bersuare tnpa mengikut corak2 batik ideologi politik luar....tu la AUKU wujud wahai GM n ASPIRASI......ni asyik sebot AUKU..AUKU...AUKU>...phm ke tdak AUKU tu pon kte xtw....skit2 ni xbley sebab AUKU....itu xpat buat sebab AUKU....dlu mahasiswa ok jer...AUKU ni ketat lg tw dlu2....PAK MENTERI bahas2 kt parlimen...kte HEnTAM2 kt cni....pa da....xkecian ke lau AUKU dihapuskn....bwape lme agakye dbazirkan ntok bhaskn kt parlimen...parlimen tu ad 4@5 thn jer nk bersidang...bahs isu2 rakyat...rakyat>masyrakat kampong,orang bandar,kakitangan awm,,peniaga2,petani,MAHASISWA,,pesara,anggota keselamtan,,,n len2...so tgok byk kn parlimen nk jge kebajikan rkyat..t xterbela rakyat2 yg lg rmai tu kt luar....korang enak2 jer perjuangkan AUKU@ ni....STOP politic da AUKU!!!!!! GM cmne?? lau ak tukis kt blog GM..konpirm r ni kne block!...sori aspirasi....

.
gravatar
Anonymous Says....

aku panas betul la...
nak komen kat blog GMUKM..kene sekat je I.D aku..
mereka takut ke?

baru je nak betulkan mereka..tapi xmahu?
pemimpin apa mcm ni??

jawab GM???!!

.
gravatar
pemerhati Says....

salam...betulkan diri dulu....jage adab percakapan...jgn terasa diri cukup bagus utk menilai....kebenaran akan dtg jua...Harap PRK kali ni adil....harap pemimpin2 yg berkaliber yg berjaya....Ya Allah ampunkan la dosa2 ku dan rakan2 perjuanganku di UKM ni atas ketaksuban kami Ya Allah...

.
gravatar
Anonymous Says....

insyaAALAH..

kita harapkan penggunaan bahasa yang baik2 sahaja..

x nak bahasa kesat..

x profesional..

:D

.
gravatar
Anonymous Says....

nak tanya,

betul ke calon Aspirasi kebanyakan akan habis semester ini..

...keliru...

http://politik-kampus.blogspot.com/2009/01/pilihanraya-paling-kotor-dalam-sejarah.html

.
gravatar
Anonymous Says....

setiap calon mesti mempunyai dua semester baki pengajian..

itu sekurang - kurangnya..

jadi, calon2 terbabit layak menjadi calon..

ape yg nak di pertikaikan?

sah dan nyata mereka layak dan blh berkhidmat selama dua semester..

x perlu nak mainkan isu ni sbb ini isu remeh temeh.. dalam syarat calon dah ada..

mmg x der isu ke nak dimainkan?

harap menjawa me

.
gravatar
Anonymous Says....

ok.

bukan nak main isu, tapi ingin tahu sahaja. jadi tidak salah pihak aspirasi.

maknanya salah pihak GM memberikan maklumat.

terima kasih

.
gravatar
Anonymous Says....

satu lagi..tlg semak calon2...sama ada mereka taun 3 itu tahun akhir atau ada lagi tahun 4...

jgn main fitnah sahaja...jgn sebabkan kuasa...anda sanggup fitnah org..

.
gravatar
Anonymous Says....

btul ckp hantu baik 2..
suka sangt la Gm nk fitnah org.. calon FEP (nasir ) tu memg la taun 3.. tp course die 4 taun... nk tuduh je diorg ni...lain kali klu nk siast 2, elok2 la... ni tak..

.
gravatar
Haf Says....

a'a,ID aku pon kene blog.walopon aku aspirasi aku ade rmi geng gm jgk.hehe...siapkan asemen bersame2 lg mlm2,kui3...(kenangan mase 1st n 2nd yr)

tp jgn laa hentam diorg gle2 sgt weh,kwn2 kte jgk.geng2 dlm kuliah jgk.