Monday, February 9, 2009

Penghayatan Rukun Negara

Posted on 8:14 PM by ASPIRASI UKM

Assalamualaikum.. salam sejahtera..


Sementara menunggu tarikh 11 februari 2009, dimana MPPUKM akan mengangkat sumpah selaku MPPUKM bagi sesi 2008/2009, marilah kita sedikit sebanyak mengkaji dan menilai kembali beberapa perkara yang diperuntukkan di dalam Negara kita. Apa yang ingin di perbincangkan pada kali ini adalah mengenai Rukun Negara.


Selaku warganegara, kita seharusnya tahu mengenai Rukun Negara kita. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan kita, tetapi kita mesti sedar yang Rukun Negara inilah yang akan membentuk nilai peribadi yang tinggi dalam warganegara Malaysia..


Rukun Negara


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Ikrar


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut


Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA:



Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.



Keluhuran Perlembagaan


Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak social rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.



Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.



Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



Oleh yang demikian, marilah kita bersama2 memeastikan Rukun Negara ini di ikuti agar kemakmuran yang di capai sekarang daapt kita kekalkan.. jgn kita hancurkan Negara kita hanya disebabkan oleh sebilangan kecil manusia yang berkepentingan..


Salam Perjuangan…


ASPIRASI POWER!!

ASPIRASI LUAR BIASA!!

ASPIRASI MAHASISWA MEMANG POWER!!!

21 Response to "Penghayatan Rukun Negara"

.
gravatar
Anonymous Says....

rukun negara mesti dipatuhi..
baru hidup aman, terutamanyer mengenai kedaulatan raja2..
kedaulatan mesti terus dikekalkan.. jgn biarkan raja dihina.. karpal berani saman raja sebb ada sokongan.. penderhakalah seapa yg menyokong karpal secara langsung atau tidak..

DAULAT TUANKU...

.
gravatar
Ahmad Deniel Says....

betul rajaperlu dibela..

tetapi bagaimna kes ketika perlantikan 2 sultan di kelantan pada era 70an olej anuar musa, (UMNO), bagaimana pula kuasa sultan dan raja melayu yang dirobek oleh Tun Dr. mahathir pada tahun 1993(sultan hilang kekebalan), bagaimana isu perlantikan MB di perlis, bagaimana isu perlantikan MB di terngganu (dengan ayat keramat ;kami nak idris, natang' = natang dirujuk krpd sultan terengganu)..

boleh beri penjelasan dalam soal ini?

maka jangan terlalu emosi dalam soal ini, rujuk dan kaji kedudukan undang2..

dala soal di perak penyelesaian terbaik adalah di Mhakamh.sbb sultan,UMNO, dan Pas Nizar, masing2 ada hujah undang2..so mahakamh adalah terbaik..


soal sultan disaman, sila rujuk sejarah..Almarhum Yam Tuan N.9 juga pernah disaman dalam soal bisnes..pecah kontrak.

so,harap sblm memberi pendapat fikirkan dulu..Daulat Tuanku

Tidak perlu emosi..Sultan tetap di hati..

.
gravatar
Anonymous Says....

masalahnye yg nih bukan hal bisnes!!ini soal hak sultan menyatakan kata putus!!kata putus bukan bisnes!emosi atau tak,jangan derhaka!anak kecil gh tgk mcm mana bapak2 diorg.kalo derhaka,jgn nnt slhkn anak2 bila derhaka juga!

robek perut dgn keris terbang br tau!

.
gravatar
Anonymous Says....

ahmad denial tu petualang bangsa.. xya arr nk debat ngan die poyo pasal undang serupe ngan hisyamuddin.. xhabes ngaji nk bising!!

.
gravatar
Anonymous Says....

ups... apo lae ni... tuah, kalu keris x cukup gune la tongkat ni... huhuhu... ahmad deniel yg kononyer berkecuali...

.
gravatar
Anonymous Says....

x salah nizar nak teruskan tugas..

tp klu dah keadaan mcm ni, nmpak sgt menentang sultan.

tgk masa rusuhan tu, semua org melayu, pakai jubah,, x kurang dengan perempuan, duk melalut sana, menjerit sini.. anak2 sekolah dijadikan perisai.. halang kereta tuanku..

kurang ajar namanyer..

ha.. yg kapal selam tu pun nak saman sultan.. sbb ape dia beani.. sbb tgk org melayu pun berani lawan sultan..

melayu sediri yg lawan sultan.. ape tah lagi kaum yg sememngnya nak tgk melayu begaduh...

kerajaan PR kat perak sekadar boneka.. nizar bukan blh ubah keputusan majoriti. semua cina dan india dalam tu.. elok la klu tukar kerjaann negeri.. sekurang2nyer ramai melayu yg memimpin..

pasal korupsi ke,, rasuah ke.. mkn gaji buta ke.. biar undang2 tentukan...

hormatlah sultan dan raja

.
gravatar
MoHFiR - Mohd Firdaus Says....

Kalau raja pun kita x leh nk hormat dan patuh... Apa ntah kan lagi kalo dengan Allah S.W.T... Allah S.W.T suh kita menghormati pemimpin selagi dia berlaku adil dan patuh kepada perintah kepada-Nya. Apa yang dilakukan oleh Sultan Perak adalah adil dan sudah pasti telah mengikut lunas Undang2 Malaysia, Perlembagaan. Kita pun tau Baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara 1982 dan seorang yang sangat2 Pakar dan digeruni dalam Undang2 dan Perlembagaan Malaysia.

Bayangkan, Selipar Jamban pun boleh tergamak diorang baling ke arah Raja Nazrin, Pewaris Kesultanan Perak. Sib baik baginda dalam kereta. Apa dah jadi dengan orang melayu kita? Raja pun x nak dilindungi malah dihina dengan selipar jamban? Bayangkan anda dibaling dengan selipar jamban.. tak terasa ke betapa hinanya kita diperlakukan begitu? Lainla BUSH sebab memang dia dari dulu memang biadab!!! Ni dah nak samakan Sultan kita mcm BUSH. dahla Kapal Pecah nak saman Sultan. Sama macam nak saman orang Melayu. Tak sedar2 lagi orang melayu. Memang B****** tulla!!!

Ada orang kata, Kejatuhan Perak adalah Kejatuhan kerajaan Islam. Halooo... cuba kira bape ramai ADUN PR Perak dulu yang beragama Islam. PAS je dah 5. PKR 6 dan DAP 17. UMNO 27 MCA 1 dengan kelebihan Bebas 3. Fikir2kanla sapa yang menguasai Perak dulu.

Demo jalanan tidak dapat menyelesaikan pape. Dan yang pasti orang kita banyak dipengaruhi oleh politik luar mcm indonesia. Demo pastu buat rusuhan.

Rukun negara perlu dihayati... mcm kes di Perak Rukun ke2-ke5 dah x dipatuhi. Ala buat apa diorang nak patuh. Sebab bagi diorang Rukun Negara dicipta oleh BN. Apa yang BN buat adalah salah. PR sahaja yang betul.

p/s: Ini pandangan peribadi saya...

.
gravatar
Anonymous Says....

"Apa yang BN buat adalah salah. PR sahaja yang betul."



cam ader yg terkena jer... kui3...

.
gravatar
Anonymous Says....

Ape yang ASPIRASI buat adalah salah, GM sahaja yang betul..


hahahahahahaha

.
gravatar
Anonymous Says....

sy setuju dengan mohfir

konsep yg perlu diterapkan di sini adalah menghormati pemimpin

tp malangnya apabila kepentingan diri diutamakan, matlamat telah menghalalkan cara. bukan begitu caranya.

kita orang melayu ada adat.

ikut hati mati, ikut rasa binasa.

sy cuma harapkan yang Perak akan aman semula.

.
gravatar
Anonymous Says....

Dari Hudzaifah bin Yaman bahwa Rasulullah saw bersabda

"Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia"

Aku (Hudzaifah) bertanya: "Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?"

Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu."

Hadith Riawayat Muslim,babul Imarah,

pemimpinyg onar boleh diansihati tetapi bukan cara memalukan

.
gravatar
Anonymous Says....

sy pn stuju dgn tongkat ali bkn che ali n anonymous.ape aspirasi buat semua salah.tp kalau GM buat semua betul.korg tgk je la.dulu ms prk sesi lepas..bile aspirasi anta calon bkan dr agama Islam..dikatanye "pilihlah pemimpin dr klgn yg beragama Islam".siap ckp lg berdosa berkempen utk calon bkn Islam.tp bila GM sndri anta calon bukan Islam..diorg ttp mulut je kan.GM salu ckp..niat tak halalkan cara.tp bila GM yg buat...semua niat menghalalkan cara.janji agenda diorg tercapai.pikir2 kanlah.

.
gravatar
Anonymous Says....

raja ni malaikat ke?nabi musa pernah lawan firaun.firaun tu rakyat biasa je ker?firaun=raja.nabi daud penah bunuh raja jalut yang jahat.jadi seme nabi ni derhaka?buka sikit minda anda

.
gravatar
Anonymous Says....

Raja-Raja tidak pernah wujud di zaman Nabi Muhamad. Dalam ajaran Islam tidak wujud konsep raja. Dalam Islam semua manusia sama disisi Yang Maha Esa. Islam pada awalnya dianggap radikal dan revolusiner kerana menentang feudalisma dan penindasan. Malah konsep kesamaan darjat di kaca mata Tuhan inilah yang menjadi daya tarikan untuk membuka Zaman Pencerahan dan meruntuhkan kuku besi kaum feudal dan kaum agamawan di Eropah.

.
gravatar
Anonymous Says....

mendokong rukun negara.....
rukun Islam pun yang menjadi kewajipan kita.. sering kita langgar..ini plak rukun negara..
tapi klu lah kita betul mendokong rukun negara.. harap lepas nie ape yang kita laksanakan ikut ape yang diterapkan rukun negara.. kepercyaan kepada tuhan no 1.. tapi kbykan pgrm yang kita wat seolak kepercyaan kpd tuhan yang di dalam Islam dipanggil Iman tiada dalam agenda kita..
bagaimana yang no 1 pun kita x boleh nak patuhi nak patuh yang lain..?/

.
gravatar
Anonymous Says....

salam, bang..\
kalu nak bela raja atau lindungi raja mcm mane?
jika kesultanan melayu melaka, dimana raja menjalankan hukum undang2 Islam,

Rujuk kepada Hukum Kanun Melaka, Undang2 temenggung di Johor..

Undang2 99 di Perak..

Rujuk Balik..\
Undang2 Adat Pepatih di Negeri Sembilan, tgk kesinambunagn pemerintah dengan Hukum Islam, xlari..

Ni kalu raja tonggak, pi mebazir, slalu pi luar negara, rumah setinggan xmo tgk sbb tanah haram... rumah org miskin xmo pi, sbb makannn xsama standard..

dulu Sultan kat melaka tangkap sendiri pencuri pd wak2 malam.

Saidina Umar sendiri pi round kota mekah tgk keadaan rakyat smpai rakyat sanjung ngan die..

pemimpin yg baik ialah pemimpin zuhud,
lihat perbandingan Umar al-khatab, Sallahuddin al-ayubi, umar abdul aziz.. tgk cr hidup mereka, bju bertampal... zuhud..

rujuk kepada TG Nik aziz, zuhud, mcm ho chi minh di vietnam perdana menteri Vietnam yg pertma, rujuk Tok Janggut juga seorang ulama, siap mati mmbela agama dan negara,
pemimpin umno??? pd 1957??? tonggak arak??? lihat mcm mane Tunku Abdul Rahman ketika berlaku 13 Mei, ade yg diktakan main mahjung ngan toggak.. bleh rujuk wikipedia..

Nak jdi pemimpin bukan mudah.. TG Nik Aziz solat mlmnya 2/3 utk rakyat..

Ingat, pesanku..ini

.
gravatar
Anonymous Says....

pakat-pakat la join KELAB RUKUN NEGARA UKM.. tambah2 penulis artikel nih.. jgn ckp jerk..bertindak tak pun..