Friday, February 6, 2009

Wacana Mahasiswa

Posted on 7:44 PM by ASPIRASI UKM


(sumber gambar: http://gm-ukm.blogspot.com)

Persatuan Mahasiswa Fakulti undang-Undang (PERUNDANG) akan mengadakan forum yang bertajuk

"Analisis Pemilihan Majlis Perwakilan PelajarUKM Sesi 2008/2009"

mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Febuari 2008 (Selasa)
Masa: 8 - 10 malam
Tempat: Dewan Anwar Mahmud, FST


Ahli Panel:
1) Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman
Pensyarah Sains Politik FSSK, UKM

2) Saudara Mohamad Nasir Mohamed Nazri
Presiden PMUKM

3) Saudara Hisyamuddin Che Ali
MPP Kerusi Umum Tahun 3

4) Saudara Ahmad Deniel Roslan
Exco Penerangan dan Informasi PERUNDANG

Moderator: Prof. Madya Dr. Faridah Abdul Jalil (Pensyarah FUU, UKM)

Pelajar-pelajar dijemput hadir.


13 Response to "Wacana Mahasiswa"

.
gravatar
Anonymous Says....

Hmmm...this forum smells very fishy. GMUKM seems to have planned their agenda very well.
Well, i'm going to attend this forum for sure. I'm sure it's going to be very interesting and 'panas'.

.
gravatar
Anonymous Says....

haruslah panas.. mungkin semua nak pertahankan isu masing2...

kali ni mungkin NASIR akan tersungkur oleh hujah2 budak2 GM..

hahahaahahaha...

.
gravatar
Anonymous Says....

huhuhu satu lg propaganda gm... huhuhu... sehari sebelum angkat sumpah... apakah bakal terjadi...

.
gravatar
Anonymous Says....

Diambil daripada blog Gabungan Mahasiswa..

Wacana Mahasiswa

Thursday, February 5, 2009
Kenyataan Pengerusi GMUKM
KENYATAAN GABUNGAN MAHASISWA (GMUKM)
BERKAITAN ISU PERTUKARAN KERAJAAN DI PERAK
Krisis politik di Perak semakin bercelaru apabila berlakunya sindrom lompat parti antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Isu lompat parti bermula apabila ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin mengumumkan keluar daripada UMNO dan masuk ke dalam PKR sebelum isu ini menjadi lebih kontroversi apabila ADUN Bota itu, dan 3 lagi ADUN PR istiharkan menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN untuk menumbangkan kerajaan PR Perak pimpinan YAB Ir Nizar Haji Jamaluddin.
Rakyat Malaysia sekarang sedang menghadapi satu perasaan jelik terhadap isu ini dan ia menjadi semakin muak dengan isu penyeberangan ramai-ramai ADUN PR ke dalam BN dan menubuhkan kerajaan ‘katak’.
Walaupun Perkara 10 (c) Perlembagaan Malaysia membenarkan si katak ini dan ia dikuatkan lagi dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nordin Salleh v Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi dari segi moral dan konvensyen politik, jelas tindakan lompat parti adalah satu tindakan yang menimbulkan kebencian rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khususnya.
Juga kegagalan mengadakan pilihanraya kecil adalah bercanggah dengan Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Jelas dalam peruntukan ini menyatakan bahawa sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri, yang dijangka bersidang pada 14 April ini.
Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dengan ini menggesa agar diadakan segera pilihanraya seluruh DUN di Perak, bagi memberikan kuasa penilaian kepada semua rakyat Perak dan bukannya kepada 59 ADUN yang boleh disogok dengan berpuluh-puluh juta pada bila-bila masa sahaja.
Hal ini amat penting kerana nilai sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada rakyat dan bukannya ADUN atau Ahli Parlimen. Walaupun diperkatakan bahawa Pilihanraya Kecil akan menelan kos yang banyak, tetapi dari faktanya, kos itu akan ditanggung oleh parti-parti politik yang terlibat, bukannya rakyat.
Justeru itu, GMUKM menggesa agar pilihanraya kecil wajar diadakan di seluruh Perak dan kembalikan kuasa menentukan kerajaan kepada rakyat. GMUKM berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara win-win situation dan hak rakyat diutamakan berbanding hak parti-parti politik yang mkempunyai agenda peribadi. Apa yang paling penting ialah kembalikan kuasa rakyat, dalam mewujudkan sebuah pemerintahan good governance yang diidam-idamkan oleh rakyat pada hari ini.
Hishamuddin Abdullah Pengerusi GMUKM 5 Februari 2009

Posted by Gabungan Mahasiswa at 7:04 PM 0 comments Links to this post


GM MEMANG PANDAI CAKAP...TAPI BERCAKAP MACAM TAK BERFIKIR..

.
gravatar
Anonymous Says....

ala.. masa ANuar nak tubuhkan Malaysia baru tu dia org x bising pon.. nak kecoh plak bila ada org PKR n DAP lompat parti.. nak kecoh buat ape beb..

Anuar siap hantar org g taiwan lagi tu..

agak2 guna duit sape tu.. duit rakyat jugak..

cara ape dia org nak tubuhkan MAlaysia Baru?

jwpn : lompat parti..

Anuar jugak yang ajar cara lompat parti boleh ubah malaysia.. habis tu.. sekarang mmg terbukti.. lompat parti boleh ubah kerajaan..

nik aziz plak keluarkan statement kerajaan kat perak sekarg haram, masa anuar nak wat malaysia baru tu.. x timbul plak soal haram..

hurm.. cakap x serupa bikin, bikin x serupa cakap.. memang sawa la dia org nie..

sama ngan kes perlantikan jwtn MPPUKM kejap ckp tu, kejap ckp nie, wat kecoh dalam meting, pastu tuduh org tu itu ini.. apa da...

.
gravatar
hantusoleh Says....

kerajaan kat perak haram...

hmm...bile lak nik ajis tu dianugerahkan Allah utk jatuhkan hukum?pahal lak die nak kater haram halal?ingt pakai serban kat kepala tu da cukut kuat agama?singh pon pakai serban gak ape...

blaja agama tinggi2...tp gune agama utk kepentingan sendiri wat pe...

.
gravatar
Anonymous Says....

Hu3 ayat best Nik Aziz yg aku baca masa berita pukul TV3,8 malam,
9 febuari 2009...

klu melompat masuk kat pakatan rakyat tu BAIK...

Klu melompat masuk Barisan Nasional tu HINA....

Pelik2, jujur aku cenderung kat arah kerajaan,cuma aku dulunya respect keperibadian Nik Aziz...tapi sekrang ni,sebab politik...dia leh wat statement macam tu..ap kes?

.
gravatar
Anonymous Says....

sama mcm aku.. aku respect kat nik aziz.. tok guru tu..

tp keluarkan statement mcm tu..

x elok rasanyer.. nape nak keluarkan statement mcm tu..

.
gravatar
Anonymous Says....

aku pun respect gak kt nik aziz

kna make sure betul ke dia keluarkan statement tu

kekdg media ni putar belit gak

.
gravatar
Anonymous Says....

kalu brite besenyer rakaman... rakaman bley diputarbelitkah?

.
gravatar
hamba Allah Says....

salam..
astaghfirullahala'zim..maaf ya, ak sakit hati bile ade yg kutuk tok guru kat atas2 tu.. korang tau x, panas hati aku ni..sakit sgt..
astaghfirullahala'zim...
bercakap biar berpada..
*ade mksd disebalik kata2 tok guru.. klu nk tau, belajar dgn tok guru.
*jgn wat suke2 nak mempermainkan ulamak seperti tok guru. xbaik..
ttg serban tu..xbek ckp cmtu. sunnah nabi tu.suke2 ko je nk samakn dgn singh, fikir2kan lah ye.
*1 lg ttg "utk kepentingan sendiri"??? klu tok guru nk jlnkn Islam utk kepentingan sendiri, aku rse, tok guru xde nk perjuangkan Islam kt Malaysia ni. dia leh je duk wat haji n umrah tiap2 tahun, duduk kt rumah banglo..cube ko tgk betapa sederhananya beliau.rumah korg lagi besar kot.dia mkn duk bwh.xde kerusi pun.betapa empatinya dia terhadap org2 yg xmampu. ak pn xsggup tgk tok guru cmtu. tp itulah dia..aku RESPECT dia. dialah IDOLA aku. dia perjuangkan ISLAM kerana tanggujawab dia.nak kita semua sedar akan tanggujawab kita hidup kt dunia ni. Allah jdkn kita sbg dai'e/khalifah. (tgk la cara tok guru memerintah kelantan. ade ke disko?? lg ape tu..pusat2 judi??)
*ade lg..zmn skg da tersgt la maju. ape2 bentuk media pun sng ja nk putar belit.nk tau kebenaran carilah sumber2 yg blh dipercayai kesahihannya. jgn la asik dok tgk buletin utama, n bc berita harian ja. bacalah harakah daily. xpun, baca sume sumber. pandai2 la bezakan mana baik mana buruk.

ps: ak ni xbgus sgt.mmg xbgus pun nk dbndingkan dgn pejuang Islam yg lain. ap yg penting, aku berdoa agar Islam akn menjadi jln dan corak kehidupan kita semua. n semoga kita semua sentiasa berada dibwh lindunganNya.

wallahualam..

.
gravatar
Anonymous Says....

aku xpenah n xkan mungkin undi persatuan yang jauh menyimpang dari Islam.ingatlah, Islam agama Allah. Allah maha berkuasa.Allah maha berkuasa.aku sebagai student UKM mahu kan pemerintahan Islam di UKM. I WANT IT!!!!