Tuesday, October 27, 2009

EVENT 28 OCTOBER 2009

MOU SIGNING CEREMONY AMONG UKM & THE HARVARD UNIVERSITY ASIA CENTER & LAM KIN-CHUNG MORNING SUN CHARITY FUND
&
"HARVARD EZRA F. VOGEL MALAYSIA/SINGAPORE INITIATIVE PUBLIC LECTURE SERIES"


''The idea of Asia in modern history'' public lecture series by Prof.Sugata Bose (Harvard Univ)

Time:2.00 pm
Venue:Senate Meeting Room 5th Floor Chancellory UKM

Sunday, October 25, 2009

BAJET 2010 RAKYAT DI DAHULUKAN MAHASISWA DIUTAMAKAN

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.


15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Saturday, October 24, 2009



Salam 1 Sahabat 1 Malaysia. Isnin hadapan bermulanya musim peperiksaan bagi semester ini. Sehubungan itu, masing-masing memasang nawaitu yang sama iaitu ingin cemerlang dalam pelajaran. Setiap individu akan mengorak langkah untuk mengulangkaji dengan sebaik-baik mungkin bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang nanti.Bagi yang beragama Islam jangan lupa untuk berusaha,berdoa, dan bertawakal kepada yang Maha Esa.Bahawasanya tuhan akan memberikan ganjaran yang setimpal di atas segala usaha dan titik peluh sewaktu kita menuntut ilmu dan mengulangkaji pelajaran.

Justeru, Aspirasi UKM ingin mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada seluruh pelajar UKM. SELAMAT MAJU JAYA.

1MALAYSIA 1 ASPIRASI

selaras dengan pelancaran Logo baru Aspirasi disini kepimpinan baru Aspirasi ingin menyatakan sekali lagi prinsip dan perjuangan Aspirasi kepada semua warga UKM





PENGENALAN

Aspirasi bertanggungjawab mewujudkan masyarakat universiti yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah serta memupuk semangat bersatu padu antara semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Aspirasi ini berperanan penting dalam usaha menyemai rasa cintakan universiti ke arah merealisasikan aspirasi universiti tidak kira di peringkat kolej, universiti, mahupun di peringkat yang lebih tinggi.

VISI

Memupuk semangat kepimpinan dengan menghayati nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai perpaduan kaum secara universal dan terbuka di kalangan mahasiswa

MISI

Melahirkan mahasiswa beridentiti, berkemahiran dan berketrampilan berasaskan perpaduan sejagat dengan mengembangkan budaya “Bersama Ke Arah Kecemerlangan”

ASAS PENUBUHAN

Untuk menjadi satu medium pengantara universiti dan mahasiswa.

Cetusan idea daripada Naib Canselor sendiri iaitu Dato’ Mohd Salleh B Mohd Yasin yang ingin satu badan mahasiswa yang dapat memenuhi aspirasi dan citra universiti

Bersama-sama mewujudkan mahasiswa yang selaras dengan aspirasi universiti dan dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti anjuran universiti

Mengiktiraf serta memberi penghargaan kepada mahasiswa yang aktif di kolej bagi bersama-sama membantu membangunkan mahasiswa supaya keterampilan individu tersebut dapat diketengahkan.

DASAR

Mendokong aspirasi universiti bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdaya saing.

Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kesedaran sivik kepada mahasiswa sebagai benteng dalaman dan jati diri yang kukuh.

Membentuk semangat perpaduan tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.

Membantu ke arah pembangunan mahasiswa melalui program-program universiti.

Menentang idealisme-idealisme yang berfikiran sempit bagi memelihara keharmonian masyarakat kampus.

Memupuk hubungan dan kerjasama yang erat di kalangan mahasiswa dengan pihak pengurusan kolej, fakulti, dan universiti.

Memastikan imej graduan terpelihara daripada persepsi negatif masyarakat luar kampus.


PERJUANGAN ASPIRASI

Membina masyarakat kampus yang harmoni selaras aspirasi universiti dengan menerapkan dasar seperti di atas.

Tidak mencampuri urusan yang tidak memberi kepentingan kepada mahasiswa sebaliknya lebih menumpukan terhadap membentuk mahasiswa cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Bersama-sama universiti di dalam apa jua keadaan dan membawa imej yang baik kepada masyarakat luar




Wednesday, October 14, 2009

PELANCARAN LOGO URUSETIA ASPIRASI DAN PELANCARAN SAHABAT 1 MALAYSIA


Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera diucapkan. Urusetia ASPIRASI kini akan berwajah baru dengan pelancaran logo ASPIRASI yang baru dengan persetujuan sebulat suara dari semua kolej di UKM. ASPIRASI juga mendokong hasrat Perdana Menteri kita sekarang iaitu YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan semangat 1 MALAYSIA iaitu menjadi SAHABAT 1 MALAYSIA yang akan dilancarkan bersama-sama logo ASPIRASI. Dengan ini saya selaku wakil ingin menjemput saudara/saudari dari pihak ASPIRASI untuk sama-sama hadir memeriahkan sempena pelancaran program ini.

TARIKH : 18 OCT 2009
TEMPAT : PANGGUNG SENI
MASA : 8.00 MALAM


TENTATIF PROGRAM

8.00 pm : Ketibaan Pelajar
8.15 pm : Ketibaan Pegawai UKM
8.20 pm : Ketibaan Pegawai Seranta
: Nyanyian Lagu Negaraku,Varsiti
: Bacaan Doa
8.40 pm : Ucapan Presiden Aspirasi
8.50 pm : Ucapan Wakil PMUKM
9.00 pm : Ucapan Perasmi
: Gimik Perasmian
9.30 pm : Tayangan Multimedia
9.35 pm : Penyerahan Tabung Kemanusiaan
9.50 pm : Penyerahan Buku 1 Malaysia
10.00pm : Jamuan
: Majlis Bersurai