Wednesday, January 27, 2010

BERSAMA UNIVERSITI MEMBANGUNKAN MAHASISWA TERBILANG




SELAMAT MENGUNDI

Undi Untuk Persaudaraan dan Kerjasama Pelajar-Pengetua-HEP-Universiti

Pada tahun ini sekali lagi pelajar diberi peluang untuk menentukan wakil mereka dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Hak ini termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan hak pelajar tidak boleh dinafikan. Walaupun ada tuduhan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap kepada pelbagai pihak termasuk  kepada HEP, pengetua dan pegawai-pegawai universiti lain namun pihak Aspirasi tidak pernah sama sekali mengeluarkan risalah-risalah haram menuduh atau memfitnah warga universiti. Pihak Aspirasi yang mementingkan konsep Hanya Yang Cemerlang memerlukan kita memahami bahawa kecemerlangan menuntut komitmen untuk membantu membawa Aspirasi Universiti ke jalan yang direstui oleh pelopor UKM dan pejuang dasar kebangsaan. Hanya Yang Cemerlang  menolak budaya anti kecemerlangan atau anti Aspirasi Universiti. Begitu juga ia menolak budaya pemikiran jumud, pemaksaan nilai, pengaruh politik luar yang anti-establishment dan keporakperandaan dalam memimpin.
Pilihanraya kali ini juga memperlihatkan berleluasanya penyebaran risalah haram melalui kertas dan internet. Walau bagaimanapun, Al-Bayan tidak akan terikut dengan kaedah ini. Dengan sebab itulah semua Risalah Al-Bayan  perlu mendapat kebenaran dari Pengetua  sebelum boleh diedarkan. Hanya mereka yang takut kepada kebenaran yang akan cuba menyekat maklumat sebenar dari tersebar kepada para pelajar.    
Pada pilihanraya kali ini, Barisan Aspirasi Universiti atau Barisan Universiti yang dipilih melalui prosedur pemilihan yang teliti oleh Search Committee telah mengemukakan calon-calon yang berwibawa dan mempunyai pencapaian akademik yang tinggi serta imej yang bersih. Yang paling penting sekali ialah mereka diterima oleh universiti dan Hal-ehwal Pelajar.  Hubungan yang baik dan rapat amat diperlukan untuk memastikan segala manifesto dapat di tunaikan dengan baik dan teratur. Telah sekian lama kumpulan ekstrim sering menimbulkan konflik dengan Pengetua, Pegawai HEP dan Universiti.Lihatlah kempen berbentuk maki hamun dan fitnah yang dikeluarkan dengan membuat tuduhan-tuduhan tanpa memperdulikan maruah individu yang dihina dan dicerca. Bentuk kempen dan syak wasangka seperti inilah yang menyebabkan pihak Pengetua, HEP dan Universiti merasa sangsi dan kurang senang dengan kumpulan ini. . Dengan sebab itulah Al-Bayan  menyeru supaya undi pada tahun ini diberikan kepada PERSAUDARAAN DAN PERPADUAN ANTARA PELAJAR DENGAN PENGETUA-HEP-UNIVERSITI dan atas konsep Satu Malaysia Satu Aspirasi. Persaudaraan dan perpaduan ini boleh digambarkan melalui Barisan Aspirasi Universiti yang mendokong Hasrat, Citra dan Aspirasi Universiti. Di samping itu, Barisan Aspirasi Universiti juga mempunyai imej yang terpuji dan bersih serta berkewibawaan dalam mengorganisasi. Tumpuan mereka seperti yang digariskan dalam manifesto ialah untuk memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar. Dengan sebab itulah, perancangan akan dibuat supaya semua projek-projek Kolej, Persatuan dan Kelab-kelab diberi perhatian yang lebih serius. Selain itu, kerjasama yang mantap antara PMUKM-Kolej akan dirancang dalam Pelan Strategik PMUKM-Kolej.

 UNTUK MAKLUMAN SEMUA PENGUNDI YANG DI KASIHI, SEMUA CALON-CALON ASPIRASI PADA TAHUN INI DIPILIH DARI SEMUA KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN. INI MEMUDAHKAN SUARA MAHASISWA DI BAWA OLEH CALON-CALON YANG MEWAKILI SEMUA KOLEJ.

                                                                               Atas Nama orang budiman
Pekertinya baik memberi aman
Masyhurlah warta zaman berzaman
Harum seperti bunga di taman


Adapun orang sempurna budi
Sebarang pekerjaan boleh menjadi
Akalnya baik tiada keji
Barang ke mana mendapat puji


NO. CALON-CALON ANDA






FAKULTI
TAHUN 1 & 2
TAHUN  3 & 4
 FEP
2 & 3
2
FSSK
1 & 3
2
FST
2 & 3
1 & 2
FPEND
1
2
FKAB
1
2
 FUU
                         1
FTSM
                         2    
UMUM
1
1

2
4

4
7

5
8

9
10

12

KEBAJIKAN YANG TIDAK DIDENDANG OLEH PMUKM PIMPINAN ASPIRASI sesi 2008/2009

Assalamualaikum wbt, Salam Aspirasi dan Salam Satu Malaysia

Genap 6 tahun pihak ASPIRASI memegang tampuk pemerintahan PMUKM. Pelbagai akriviti dan program telah dinjurkan oleh Pihak PMUKM pimpinan Aspirasi dalam usaha menjaga kebajikan dan menonjolkan CITRA dan ASPIRASI Mahasiswa dan UKM. Walau bagaimanapun pihak PMUKM pimpinan Aspirasi sering disoal dan dituduh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tentang sumbangan dan kebajikan yang dilakukan sepanjang sesi 2008/2009 yang lepas. Pihak Aspirasi dengan sukacita hendak maklumkan bahawa, pihak kami bukan terdiri dikalangan pelajar-pelajar yang mengikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Walau bagaimanapun disenaraikan tentang sebahagian aktiviti program yang dianjur dan dilaksanakan oleh PMUKM pimpinan Aspirasi.

Tahun 2009
(Aktiviti Kebajikan Mahasiswa/i)

9 Feb. - Lawatan Kebajikan PMUKM ke
Kolej Tun Syed Nasir, UKM bertemu
pengurusan Kolej. (Permasalahan Kolej)
7 Feb.- Pra-Majlis Perundingan Pemimpin
Pelajar Kebangsaan (MPPK)
6-9 Mac- Majlis Penghargaan AJK Pesta
Konvokesyen UKM.
26 Mac - Mesyuarat bersama Jaksa-Jaksa Kolej
Kediaman UKM. (Kemudahan Kolej)
31 Mac - Mesyuarat bersama Persatuan Mahasiswa
Fakulti-Fakulti UKM.
1 April - Seminar Isu Palestin
7 April - Mesyuarat Bersama Persatuan Anak
Negeri.
7-9 April - Mesyuarat Penggubalan Akta
Tatatertip Pelajar.
9 April -Mesyuarat bersama Urusetia HEPA
UKM.
16 April - Solat Hajat dan Bacaan Yassin
sempena menghadapi peperiksaan.
17 April - Perjumpaan bersama Timb. Menteri
Pengajian Tinggi.
23 April - Lawatan Muhibbah ke Pusat
Perindustrian dan Pemulihan Bangi.
8 Jun - Majlis Perundingan Pemimpin
Pelajar Kebangsaan (MPPK).
8 Julai - Mesyuarat Bersama Jabatan
Bendahari UKM.
13 Julai - Perjumpaan bersama TNC HEPA
dan Penasihat-penasihat Persatuan
Pelajar.
16 Julai - Mesyuarat Bersama Unit Kenderaan
UKM. (Kemudahan Bas untuk
kegiatan Persatuan Pelajar)
17 Julai - Mesyuarat bersama Jabatan
Pengurusan Pembangunan UKM.
17 Julai - Mesyuarat bersama Pusat
Pembangunan Pelajar (PPP) (Isu
SPKG)
20 Julai - Mesyuarat bersama Unit Keselamatan
UKM, Wisma Aman. (Isu Saman dan
Kecurian di UKM)
23 Julai- Sesi pertemuan Excp PMUKM
6 ogos bersama Exco-exco Jaksa Kolej.
27 Julai - Mesyuarat bersama Jabatan
Perkhidmatan Pelajar (JPPel).
7 Ogos - Mesyuarat Bersama Naib Canselor
12 Ogos - Sesi Dialog TNC HEPA bersama
Mahasiswa Istimewa UKM
26 Ogos - Mesyuarat Kebajikan Ketua Kelab
Tiong Hwa Kolej-kolej Kediaman.

(Program dan Aktiviti PMUKM Tahun 2009)

22 Jan - Karnival Ang Pow UKM 2009
15 Feb - Antologi Cerpen dan Sajak Bahasa
Tamil ke-12 UKM.
22 Feb - Kem Majlis Perwakilan Pelajar
Tiong Hwa Kebangsaan.
26 Feb - International Conference About
Youth and Terrorism
28 Feb - Karnival Kesihatan, Kesenian dan
Kebudayaan Kuala Lumpur (4KL).
6 Feb - Kursus Pengurusan Organisasi MPP
Pelajar IPTA 2009.
21 Mac - Kursus Asas MS ISO 9001:2008
3 April - Lawatan Bersamamu Sahabat UKM
2009.
12 April - Pertandingan Memancing dengan
kerjasama Persatuan Anggota
Keselamatan UKM.
14 April - Bengkel Keselamatan Jalanraya
UKM
17 April - Karnival Komuniti Lestari UKM
2009.
15 Mei - Konvensyen Majlis Perwakilan
Pelajar IPTA Kebangsaan 2009
22 Mei - Persidangan Sukan IPTA UKM 2009.
30 Mei - Hari Masyarakat Sihat Pesta
Konvokesyen ke 37, UKM.
3 Jun - Student Leadership Convention 2009
5 Jun - Program Silang Budaya dengan
kerjasama Pertubuhan Wanita
Kebangsaan (NCWO)
25 Jun - Majlis lawatan Rasmi DYMM Yang
Di-Pertua Besar Negeri Sembilan ,,
Canselor UKM.
28 Jun - Minggu Mesra Pelajar sesi 2009/2010
3 Julai - Kursus Pemantapan Organisasi
Chinese Community of Student
Committee UKM 2009.
21 Julai - Lawatan Muhibbah Inter-U ke
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).
25 Julai - Hari Intraksi bersama Pelajar Tahun
Satu Tiong Hua UKM.
3 Ogos - Karnival Konvo ICT, Pesta
Konvokesyen Ke 37, UKM.
13 Ogos - Bersama Komuniti Nelayan 2009
15 Ogos - Majlis Konvokesyen UKM
10 Sep - Majlis berbuka Puasa dan Majlis
Kesyukuran sempena Kemerdekaan
UKM.
11 Sept - Karnival Tanglung UKM 2009
20 Sept - Pesta Buku UKM 2009
4 Sept - Majlis Makan Malam Alumni
UKM.
18 Okt. - Pelancaran Sahabat Satu Malaysia
Dis - Kempen Kebajikan ke
Rumah Anak Yatim dan
Warga Emas.

Kepada warga UKM yang di hormati, ini adalah sebahagian daripada Aktiviti dan Program PMUKM Pimpinan Aspirasi sepanjang tahun .2009. Pada sudut pandangan PMUKM pimpinan Aspirasi tidak perlu menghebohkan semua perkara yang dilaksanakan, namun paling penting pada pelaksanaan dan penganjuran ialah kesan atau manfaat yang diperolehi oleh pihak pelajar semua. Tidak perlu mengetuk TIN KOSONG, walaupun bunyinya kuat namun di dalamnya kosong. Setakat 3 atau 4 orang berjumpa dengan mana-mana pegawai dan mengambil gambar petanda perjuangan bukanlah menjadi amalan PMUKM pimpinan ASPIRASI. Pada prinsip Aspirasi lebih mementingkan hasil dan manfaat yang diperolehi oleh mahasiswa itu lebih penting dari meraih populariti murahan.

Pihak kami bukanlah berhasrat menyenaraikan semua aktiviti untuk tujuan menunjuk-nunjuk tetapi terpanggil untuk berbuat demikian untuk mempertahankan pelbagai tuduhan dan fitnah kononya PMUKM pimpinan Aspirasi yang lepas tidak melakukan apa-apa untuk mahasiswa.

Pantun nasihat untuk Depaaa..

Pergi ketanjung menjual bayam
Dayung terlepas sampan terapung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

Pantun untuk Semua

Anak Merpati disambar helang
Terbang ke titidi tengah huma
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Tuesday, January 26, 2010

Penamaan Calon




Assalamualaikum dan salam mahasiswa.

Tanggal 25 Januari 2010, merupakan tarikh bagi penamaan calon pilihanraya kampus  Universiti Kebangsaan Malaysia. Calon-calon aspirasi dan jentera telah berkumpul di kolej Dato’ Onn dan telah berarak kepusanika bagi proses penamaan calon . Ukhwah antara jentera dan calon aspirasi jelas tampak dengan laungan semangat disepanjang perarakan tersebut. Bertunjangkan semangat yang sedia ada, kami berarak dengan satu azam dan semangat kearah mematlamatkan varsiti universiti. Dengan berdiri pada landasan yang betul jelaslah bahawa calon-calon aspirasi kami  bersedia menyuarakan   pendapat dan  memperjuangkan suara-suara mahasiswa  Universiti Kebangsaan Malaysia.


"hidup ASPIRASI !!!"



semangat juang dari jentera ASPIRASI



muslimah gmukm


Setibanya kami di pusanika iaitu tempat berkumpulnya bakal-bakal calon, satu lagi laungan semangat keluar dari sanubari aspirasi. Laungan kami telah  di ‘terjah’ oleh laungan gabungan mahasiswa yang nyata berunsurkan fitnah dan kutukan yang tidak bermoral. Ada antara jentera mereka ‘mengejek ‘ calon aspirasi dengan tohmahan yang kesat dan perlakuan yang tidak sama sekali melambangkan seorang mahasiswa. Perlakuan ‘mengejek’ calon aspirasi dengan ‘melakonkan’ watak kuda dengan menjadikan boneka permainan kuda kanak-kanak sebagai ‘klon’ calon aspirasi jelas sekali menampakkan kelemahan dan ceteknya ilmu ‘budi bahasa’ pergerakan gabungan mahasiswa ini. Inikah yang dinamakan berlandaskan pada ajaran agama islam!! Adakah kumpulan ini yang menyokong sepenuhnya calon mereka yang layak untuk di gelar pemimpin mahasiswa.? Jawapannya terletak pada tangan anda sendiri sebagai seorang mahasiswa yang tahu erti kredibiliti seorang pemimpin ?


perbuatan memalukan



bakal pimpinan PMUKM akan datang??


Aspirasi yang berdiri pada landasan yang betul dan satu arah perjuangkan kampus tercinta ini tetap gah di mata mahasiswa yang sentiasa berpegang pada etika-etika seorang mahasiswa, bangsa dan pada agamanya. Laungan dan semangat kami merupakan janji kami kepada seluruh mahasiswa di kampus tercinta in. Kemenangan pilihanraya menjadi titik tolak kemasyuran kami. Aspirasi akan terus menggalas dan laungan akan terus dilaungkan kerana perjuangan kami aspirasi masih belum selesai. Semoga sokongan anda mahasiswa/si dapat  memastikan kejayaan kita menjulang kegemilangan aspirasi.

Monday, January 25, 2010

Penamaan Calon

Assalamualaikum wbt.
Esok tanggal 25 Januari 2010,maka berlangsunglah hari Penamaan Calon bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM bagi sesi 2009/2010. Jesteru itu marilah kita sebagai pendokong ASPIRASI universiti sama-sama turun di setiap fakulti bagi calon fakulti dan di pusanika bagi calon umum. Proses penamaan calon akan bermula jam 9 pagi dan diharapkan semua jentera ASPIRASI  turun padang dan kita akan sama-sama berkumpul di Kolej Dato’ Onn  jam 7.30 pagi untuk berarak beramai-ramai ke Pusanika bagi memeriahkan proses penamaan calon. Mari kita sama-sama melaungkan semangat ASPIRASI yang mendokong  visi dan misi universiti. “ 1 Malaysia 1 Aspirasi”.

Larian 1 Malaysia




Ahad bersamaan 24 Januari 2010, UKM telah menganjurkan larian 1 Malaysia. Seramai lebih kurang 5 ribu mahasiswa/i telah mendaftar sebagai peserta bagi larian ini. Larian ini disertai oleh semua pelajar kokurikulum,kolej dan persatuan-persatuan di UKM. Larian 1 Malaysia ini mendapat sambutan hangat daripada para mahasiwa/i yang menetapkan jarak sejauh 7km bagi lelaki dan 5km bagi perempuan.








Pihak ASPIRASI juga menjadikan program ini sebagai sebuah platform untuk menunjukkan keutuhan semangat para penyokong dengan memakai baju ASPIRASI dengan bangganya secara berbondong-bondongan. Sokongan yang diberi terhadap larian 1 Malaysia ini juga dapat dilihat melalui kegigihan setiap kolej yang mempamerkan banner 1 Malaysia kolej masing-masing. Tidak lupa juga semangat daya saing para mahasiswa/i yang tinggi untuk bersukan dengan menyalurkan semangat itu melalui larian mereka. Program ini bukan hanya sekadar larian biasa tetapi untuk membuka mata para mahasiswa/i dengan membentangkan pemandangan hutan penyelidikan alam (HPA).







BSMM dan pihak Wisma Aman menjaga keselamatan para mahasiswa/i yang berlari bagi memastikan semuanya berada di dalam keadaan terkawal di setiap check point. Pihak ASPIRASI mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu untuk memastikan program ini berjalan lancar. Pihak ASPIRASI juga mengharapkan larian ini akan berterusan dan menjadi budaya di UKM supaya melahirkan mahasiswa/i yang bukan sahaja maju dalam bidang ilmiah malah cergas dan aktif dalam aktiviti sukan. “1 Malaysia 1 Aspirasi

Sunday, January 24, 2010

GOTONG –ROYONG KOLEJ BURHANUDDIN HELMI




Pada 23 Januari 2010, Kolej Burhanuddin Helmi telah mengadakan majlis gotong-royong bermula pada pukul 8.30 pagi. Majlis gotong-royong ini dimulakan dengan sarapan pagi bersama  bakal-bakal calon pilihan raya iaitu Mohd Hamzah Bin Zainal Abidin, Nurul Hartini Bin Abdul Hamid dan Razali Bin Chokarri serta peserta gotong-royong seramai 25 orang. Majlis gotong-royong ini dimulakan dengan mengangkat semua perabot yang telah tidak digunakan dan yang telah rosak untuk dilupuskan di belakang asrama perempuan. Perabot-perabot seperti peti ais dan dapur diletakkan di stor iaitu tempat barangan untuk dilupuskan. Manakala, perabot seperti kerusi, ,meja, almari, tilam dan lain-lain dibuang di tong sampah belakang asrama perempuan.majlis ini berakhir pada pukul 11  pagi. 











Semasa proses gotong-royong ini berlangsung, kami berbesar hati menerima kunjungan saudara Safarizman Bin Md Saad. Selesai sahaja proses gotong-royong ini, para peserta disajikan dengan jamuan makan tengah hari yang turut disertai oleh bakal-bakal calon serta saudara Sarfarizmal Bin Md Saad sendiri.

AL-FATIHAH




Salam takziah,
Seluruh Malaysia pastinya dikejutkan dengan berita kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda yang mangkat pada jam 7.15, 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri meninggalkan takhta negeri Johor untuk diisi oleh Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, putera sulung dari 10 orang adik beradik.

Sepanjang tiga dekad sumbangan baginda di tanah negeri Johor pastinya akan dikenang bukan sahaja oleh rakyat negeri Johor, malahan oleh rakyat Malaysia seluruhnya. Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri kabinet  telah memendekkan sesi lawatan di India untuk menghadiri upacara pengebumian baginda. Negeri Pahang juga turut melahirkan rasa sedih dengan kemangkatan baginda apabila mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula 23 Januari 2010. Bahkan perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Pahang turut ditangguhkan.

 Inilah semangat perpaduan yang harus kita kekalkan di Malaysia. Semoga peristiwa kemangkatan baginda ini menjadi satu peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sekarang ini dibelenggu dengan pelbagai mihnah. Al-fatihah buat yang berbahagia sultan. Semoga Allah merahmati baginda.

Saturday, January 23, 2010

Rabu, 21 Jan 2010- Pada jam 6 petang, bertempat di Dataran Perwira, Kolej Tun Hussein Onn, seramai lebih kurang 20 orang jentera Aspirasi UKM telah berkumpul bagi aktiviti riadah yang dianjurkan oleh Kelab Aspirasi Kolej Tun Hussein Onn.



Aktiviti ini bertujuan bagi merapatkan ukhuwah dalam kalangan Urusetia Aspirasi UKM yang akan bekerjasama dalam menghadapi Pilihanraya Kampus yang akan datang. Selain itu, ia turut mencerminkan kehidupan aktif jentera dalam kehidupan di kampus. Kehidupan di kampus perlu seimbang dari segi akademik dan jasmani serta rohani yang boleh melambangkan fleksibiliti mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.





Persiapan diri dalam menghadapi arus kehidupan yang penuh cabaran ini perlu dinilai dari segala aspek. Kekuatan mental dan fizikal amat penting bagi memastikan mahasiswa/i dapat meneruskan kehidupan di kampus yang hampir keseluruhannya perlu diatur sendiri gerak langkahnya.

Friday, January 22, 2010

DARI RIADAH KE DEMONTRASI


Assalamualaikum wbt, Salam Aspirasi dan Salam Satu Malaysia

DARI RIADAH KE DEMONTRASI

           Beberapa bulan yang lepas, kita sering mendengar tentang Hari Ungu di mana pelajar-pelajar dengan pakaian warna ungu berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti beriadah.Walaupun pada awalnya perkara-perkara tersebut berjalan seperti yang dihasratkan, namun kebelakangan ini ia tergelincir dan terarah kepada demontrasi-demontrasi yang sering dilakukan di hadapan Fakulti Pengajian Islam. Demontrasi sering dibuat pada  waktu petang hari khamis di hadapan FPI. Aktiviti positif yang asal seperti riadah, berbasikal dan sebagainya sudah hilang dari matlamat asal dan kini GMUKM atas slogan menuntut kebajikan pelajar memesongkan dan mengajar  para mahasiswa/i  untuk melakukan demontrasi jalanan. 


            Para mahasiswa/i yang budiman, cuba anda fikirkan apakah tindakan berkumpul di tepi-tepi  jalan dan melakukan demontrasi secara HARAM memberikan gambaran yang positif kepada orang luar terhadap mahasiswa/i UKM?? Pada pandangan Aspirasi, berbuatan ini tidak lebih dari mencari populariti dan simpati murahan,  tetapi pada masa yang sama merosakkan IMEJ dan CITRA seluruh mahasiswa/i dan UKM yang tercinta ini. 




           Sekali lagi pihak Aspirasi menyeru pihak-pihak yang terlibat, supaya jangan melakukan sesuatu perkara secara HARAM (Tanpa Kebenaran pihak bertanggungjawab), kerana perkara ini bukan sahaja memberi implikasi buruk kepada imej mahasiswa/i malah memberikan impak yang buruk terhadap kerjaya pelajar UKM pada masa hadapan. Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, tidak ada mana-mana agama dalam dunia ini yang menyatakan Matlamat Menghalalkan Cara. Jangan kerana nila setitik habis sebelanga Susu menjadi rosak. 

* Pada prinsip Aspirasi, Demontrasi bukanlah jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang timbul, sebab demontrasi banyak membawa keburukkan dan kerosakkan dari kebaikan yang di cari.


PEMBOHONGAN GMUKM TENTANG KEMENANGAN PRO MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU: AMAT MEMALUKAN

          Pada 19 Januari 2010 dalam web GMUKM dengan tidak berasa malu menyatakan bahawa Pro Mahasiswa telah menang 11 dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Sukacita dimaklumkan kepada semua penyokong GMUKM dan para mahasiswa/i UKM, ini merupakan satu PEMBOHONGAN besar dan memalukan dalam meraih populariti murahan. Untuk Makluman semua warga UKM, dalam kenyataan  yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan UMT, pelajar yang menang bukan dikalangan pro mahasiswa tetapi merupakan pelajar yang bertanding atas tiket bebas dan memperoleh kemenangan.  Pihak Aspirasi memohon pada GMUKM supaya kurangkan mencari populariti murahan kerana ia amat memalukan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Warga UKM bolehlah mendapatkan maklumat dari pihak pentadbiran UMT untuk maklumat yang benar dan tepat.

 Gurindam Khas Kepada GMUKM



   Apabila banyak berkata-kata
   Di situ jalan masuk dusta

   Apabila banyak berlebih-lebihan suka
   Ituah tanda hampir duka

   Apabila kita kurang siasat
   Itulah tanda perkerjaan hendak sesat

  Apabila banyak mencacat orang
  Itulah tanda dirinya kurang
 



RISALAH CERAMAH-CERAMAH HARAM

Pihak Aspirasi merasa bosan dan jijik terhadap taktik kotor pihak GMUKM yang sering mengedarkan risalah-risalah HARAM tentang penganjuran Ceramah-Ceramah HARAM di merata-rata tempat.  Untuk makluman semua warga kampus yang di kasihi, pihak Aspirasi tidak akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan demi meraih sokongan. Pihak kami tidak akan sesekali melakukan perkara-perkara  bertentangan dengan prinsip Aspirasi yang mendokong CITRA dan ASPIRASI Universiti 


            Oleh yang demikian, pihak Aspirasi menyeru supaya pihak lawan sentiasa menjaga tatasusila dan imej mahasiswa/i spaya bertandingan berjalan dengan aman dan bersih. Pihak Aspirasi tidak GENTAR dan TIADA HALANGAN  untuk menyertaai sebarang debat atau ceramah tetapi memohon supaya sebarang penganjuran program dilakukan dengan kelulusan dan penuh berhemah.  Phak kami menolak sekeras-kerasnya sebarang budaya pembrontakan, pembohongan demi mencapai dan meraih populariti murahan. Pihak kami juga menafikan sekeras-kerasnya tentang penganjuran sebarang debat atau ceramah HARAM di mana-manapun sperti yang ditampal dan diedarkan oleh pihak yang meraih strategi politik murahan.

* PIHAK ASPIRASI MENYOKONG PENUH KEBEBASAN BERSUARA OLEH MAHASISWA/I TETAPI BIARLAH BERADA DI ATAS LANDASAN YANG BETUL, BENAR DAN BERHEMAH DEMI MENJAGA KEBAJIKAN  PELAJAR DISAMPING MEMELIHARA IMEJ DAN CITRA UNIVERSITI DAN MAHASISWA/I. BIARLAH BERADA



GMUKM HIDUP DI ALAM `KESANGSIAN`


Jika saudara-saudari membaca risalah-risalah atau web GMUKM, kita sering diwarwarkan kononya terdapat halangan-halangan yang sering di wujudkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Naib Canselor, Timb. Naib Canselor HEPA. Pengetua-Pengetua Kolej, Pegawai-pegawai HEP dan keselamatan yang sering digambarkan sebagai  orang-orang  berniat jahat yang sentiasa mempunyai niat yang buruk kepada mahasiswa. Pihak Aspirasi percaya, semua pihak-pihak di atas malah semua kakitangan UKM berkerja dengan penuh DEDIKASI demi mencapai kecemerlangan dan kebaikkan kepada semua mahasiswa/i. Oleh yang demikian pihak kami menyeru GMUKM membuang sikap `SANGSI` kepada semua kakitangan universiti. Kita sebagai pelajar harus menghormati semua pihak apatah lagi kita sebagai satu keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia. 



    Terbang tempua membumbung tinggi
       Anak geruda layang melayang
   Orang tua dijunjung tinggi
       Anak muda dokasih sayang.


Saturday, January 16, 2010

Aspirasi Universiti Milik Semua

 Aspirasi Universiti adalah milik sesiapa sahaja yang mendukung CITRA, HASRAT dan ASPIRASI Universiti Kebangsaan Malaysia. Kelab ASPIRASI mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama berjuang menegakkan HASRAT, CITRA dan ASPIRASI Universiti Kebangsaan Malaysia. 

ASPIRASI bukanlah milik perseorangan tetapi sekiranya ada pihak berminat untuk bersama ASPIRASI, maka “Pucuk Dicita Ulam Mendatang”. IPU/MAMPU/GMUKM pun dijemput untuk bersama ASPIRASI tetapi utamakan HASRAT, CITRA dan ASPIRASI Universiti Kebangsaan Malaysia,  piliharalah  imej universiti tercinta ini.

Jauhilah dari politik kepartian dan politik keganasan, InsyaAllah, kita akan dapat membina kecemerlangan universiti. Walau bagaimanapun, dalam trend semasa, ASPIRASI lebih bersedia untuk bekerjasama dengan aliran yang tidak ekstream moderate daripada aliran jumud dan mementingkan populariti.

ANTARA KEBAJIKAN DAN POPULARITI

  

ANTARA KEBAJIKAN DAN POPULARITI



TUDUHAN MELULU  GMUKM  TENTANG ISU SPKG TERHADAP PMUKM PIMPINAN ASPIRASI

    Pada 12 Januari 2010 betempat di Bangunan Pusanika satu ceramah yang haram dianjurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap dan tidak pernah menghormati pihak universiti. Malah lebih menyedihkan lagi ialah gambar saudara safar dimasukkan dalam poster-poster yang dicetak dan dilekatkan secara haram oleh pihak berkenaan. Untuk makluman semua warga universiti yang di kasihi, mana-mana pihak tidak pernah menjemput saudara safar ke ceramah Umum tersebut, pihak kami mengetahui perkara itu dari poster-poster yang dilekatkan di merata-rata tempat.Walau bagaimanapun pihak Aspirasi berasa kesal terhadap tuduhan dalam web GMUKM yang menyatakan Aspirasi sebagai lemah, sedangkan pada masa dan ketika itu pihak Aspirasi sudahpun berada di bangunan pusanika. Kalau di tanya kenapa pihak Aspirasi tidak mahu berucap, maka jawapannya ialah apabila pihak Aspirasi hadir ke tempat tersebut untuk berucap, pihak keselamatan memaklumkan bahawa ceramah tersebut tidak mendapat kelulusan pihak universiti dan ia dilaksanakan secara HARAM.  Pihak Aspirasi yang sentiasa akur terhadap peraturan universiti seperti  tidak mengantung kain rentang dan berkumpul tanpa kebenaran ,  jauh sekali terlibat dalam ceramah-ceramah haram  atau demontrasi jalanan serta pengedaran risalah-risalah haram yang menuduh, memfitnah orang lain dan  diedarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa universiti.  





Oleh yang demikian pihak Aspirasi hanya menjadi pemerhati pada malam  tersebut. Walau bagaimanapun, pada mesyuarat YDP-YDP Jaksa Kolej dan PMUKM pimpinan Aspirasi  bersama Y.Bhg. Dato` Timbalan Naib Canselor HEPA pada 4hb Januari jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Canselori  sebulat suara meminta pihak universiti mengaji semula SPKG demi kepentingan para pelajar.  
   
    Dalam perjuangan menuntut hak dan kebajikan mahasiswa/i  pihak Aspirasi berpegang kepada konsep berkerja secara bijak untuk memperoleh kejayaan demi kebajikan mahasiswa/i dan ia merupakan langkah yang terbaik dari meraih simpati dengan mengedarkan risalah haram, ceramah haram dan demontrasi haram semata-mata  untuk meraih populariti murahan.

     

       Tengku  Muda raja di Linggi
Pergi berniaga ke Palembang
       Biar ikut resmi padi
              Jangan diikut resmi lalang
 
    Hinggap merpati di dalam senuduk
            Gugur pinang ditiup badai
    Jangan seperti malang Pak Kaduk
         Ayam menang kampung tergadai

Friday, January 15, 2010

Mesyuarat Majlis YDP Kolej






Tarikh : 04 Januari 2010
Masa : 9pagi
Tempat : Bilik mesyuarat canselori, aras 6, bangunan canselori ukm


Ini adalah sedikit sebanyak gambar semasa Mesyuarat Bil. 2 Sekretariat Majlis Yang Di Pertua Kolej Kediaman UKM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Canselori, Aras 6, Bangunan Canselori UKM pada 04 Januari 2010 yang lalu.











Mesyuarat yang memakan masa selama lebih 3 jam itu dipengerusi oleh Pengerusi Majlis iaitu YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak yang juga TNC HEPA UKM.

Majlis ini dianggotai oleh 13 Yang Di Pertua JAKSA di seluruh UKM dan ditambah dengan 3 wakil PMUKM iaitu Timbalan Presiden PMUKM selaku Setiausaha Majlis, Exco Latihan & Kepimpinan PMUKM dan Exco Kebajikan PMUKM.

Pelbagai isu dan masalah di peringkat kolej dan umum telah dibentangkan oleh YDP-YDP kolej anda dalam masa 3 jam ini bersama Dato' TNC HEPA. Respon yang dibuat oleh Dato' TNC HEPA bagi setiap isu yang serius dan besar adalah baik dan beliau berjanji akan disusuli oleh tindakan.

Antara isu-isu serius yang diambil penting oleh jawatankuasa mesyuarat ialah seperti:

a) Pembelian Kolej Pendeta Za'aba daripada pihak Kautsar Corpration
b) Mengkaji kembali SPKG kerana kini membebankan para pelajar
c) Isu monyet liar di sekitar kawasan kampus
d) Kemudahan sukan di kolej-kolej
e) keselamatan pelajar dan harta benda pelaja

Propaganda Mahasiswa


Assalamualaikum  w.b.t..


Rentetan dari peristiwa ceramah haram “SPKG : Apa Kata Mahasiswa” sebuah artikel telah dihasilkan oleh pihak yang tidak dikenali kononnya di tulis oleh saudara Sarfarizmal Md Saad, Timbalan Yang Di Pertua  PMUKM.
Artikel yang bagai menunjukkan saudara Sarfarizmal membela diri ,walaupun beliau tidak bersalah  ini telah diedarkan ke fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina tidak berapa lama setelah ‘ceramah komplot’ untuk memalukan saudara Sarfarizmal. Ini secara terang-terangan adalah serangan peribadi!! Mereka terdesak mungkin….


Komplot menyedihkan ini telah dapat dikesan pihak Aspirasi dan kami menasihatkan para mahasiswa yang budiman supaya  dapat menilai komplot yang tidak sihat ini dengan bijak kerana pihak yang lagi satu telah pun memulakan serangan mereka melalui blog-blog utama dan peribadi mereka berkaitan ‘ceramah komplot’ dan artikel di atas.


Bagi mereka yang telah membaca artikel berkenaan, pasti mereka tertarik dengan ‘cabaran’ yang telah kononnya disahut oleh saudara Sarfarizmal. Pihak Aspirasi UKM melihat isu ini sebagai satu lagi cubaan untuk menyerang secara peribadi Timbalan Presiden PMUKM. Namun setelah berbincang dengan tuan punya badan sendiri, pihak Aspirasi akan berusaha untuk menjayakan juga program debat itu untuk kebaikan semua mahasiswa.