Thursday, December 30, 2010

Karnival Sukan PMUKM 2011

Salam Aspirasi UKM

MEMBUDAYAKAN SUKAN, KESIHATAN GEMILANG

Tarikh : 7-9 Januari 2011
Tempat : Kompleks Sukan UKM

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM ini menawarkan beberapa sukan menarik yang sememangnya popular dalam kalangan mahasiswa  UKM. Antaranya pertandingan bola keranjang, bola tampar, futsal dan bola jaring. pertandingan yang dibuka kepada semua ini dijangka akan menyemarakkan lagi budaya bersukan di UKM.

Hadiah-hadiah menarik menanti seperti WANG TUNAI, HAMPER dan SIJIL!!!

Seluruh negara di kala ini sedang bergegar dengan kejayaan skuad bola sepak negara yang menjuarai piala AFF Suzuki.. Apa lagi... ayuh gegar kan UKM tercinta dengan Karnival Sukan PMUKM 2011!!!

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saudara Yudha Putra(013-3514365) yang juga Wakil Pelajar Fakulti Teknologi Sains Maklumat.


Tuesday, December 28, 2010

Salam Aspirasi

Aspirasi UKM kembali lagi... Kami mengucapkan selamat kembali ke UKM dan berada di semester yang baru... kepada para mahasiswa yang berjaya di semester sebelum ini, teruskan kecemerlangan di semester ini.. Dan bagi yang kurang berjaya.. Jangan gusar.. Setiap semester baru yang bermula itu adalah suatu peluang baru buat semua.. Selamat kembali :)

Thursday, October 21, 2010

SOLAT HAJAT PERDANA PMUKM 2010



SOLAT HAJAT PERDANA PMUKM 2010


SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1



TEMPAT: MASJID UKM


TARIKH: 21 OKTOBER 2010


MASA: 6.45 PETANG



ANJURAN:


EXCO KEROHANIAN PMUKM


DENGAN KERJASAMA


PUSAT ISLAM UKM



MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI

Monday, October 11, 2010

Polemik Isu HX

Assalamualaikum.

Salam Aspirasi..

Jika dahulu GMUKM memukul gendang isu SPKG, bermacam keburukan dilontarkan terhadap SPKG bagi menarik perhatian mahasiswa/i tahun 1 terutamanya, untuk mendapatkan sokongan atau dan meraih undi pada pemilihan kampus akan datang. Akhirnya Isu tersebut senyap setelah pemilihan berakhir dan Kali ini, Mahasiswa/i disajikan pula dengan isu Ko-K yang melibatkan Hx yang dikatakan sangat kejam dan menindas Mahasiswa terutamanya mahasiswa tahun 1. Dalam isu ini TSB berpendapat, Mahasiswa perlu bijak menilai jangan mudah diperbodohkan dengan isu-isu yang seringkali dibawah oleh GMUKM di kampus. 

TSB juga pada mulanya tidak menyokong sepenuhnya Isu Hx ini tetapi TSB yakin pentadbiran memerlukan masa untuk sentiasa memperbaiki sistem tersebut. Program Hx ini masih lagi baru dilancarkan pada semester ini, kita perlu melihat hasilnya dahulu jika mendukacitakan maka perlulah dicari dimana kesilapan tersebut dan ianya boleh diperbaiki. ibarat kita menanam tanaman takkan kita boleh perolehi hasilnya pada keesokan hari. Mahasiswa harus yakin dengan pendekatan yang dibawa oleh universiti untuk memberi pembelajaran yang berguna kepada mahasiswa kerana hasilnya adalah untuk kegunaan masa depan.

Isu HX pada kali ini membawa kepada timbulnya sebuah Akaun Facebook Geram Ukm yang kononya menjadi saluran bagi mahasiswa/i yang tertindas ini untuk menyampaikan ketidapuasan hati mereka terdapat isu HX ini. Malangnya Melalui pemerhatian dijalankan Team Geram Ukm hanya banyak mengeluh mengutuk tanpa memberikan apa-apa tindakan susulan. Mereka menyatakan yang Program HX ini adalah seperti Program tadika tetapi tidak mengemukakan masalah dalam Isu HX.Ibarat Anjing yang Menyalak Bukit, Siapa sebenarnya yang berada di belakang Geram Ukm?? mungkin anda boleh nilai sendiri.

Modus Operandi GMUKM tetap sama dengan Isu SPKG sebelum ini. Mereka Kononya akan menghantar wartawan-wartawan untuk mendapat respon terhadap isu HX dan hasilnya maka terbitlah satu skrip drama tersusun yang dikarang dengan baik oleh wartawan GMUKM

" Kita bukan budak-budak ! Kenapa kita perlu dipaksa untuk hadir ke kelas yang kami 'tak minat? Sudahlah subjek-subjek kursus pun sudah berat, ingat masuk ko-k ni, dapatlah kita enjoy,join kelab,sukan yang kita minat. (Malangnya)Itupun kita dikawal,dipaksa juga. Felo-felo pula jadinya ada authority hendak panggil kami turun bila-bila dia suka, hatta tengah malam atas alasan ko-k.Disuruhnya siap itu,ini untuk kolej. Tak hadir, diugutnya markah ko-k kurang..Adakah ini cara budak U ? Dicucuk hidung, ke sana,ke sini ??? " bentak seorang mahasiswa Tahun 1 sambil disokong rakan-rakan di dalam sebuah kelas Hubungan Etnik di Dewan Kuliah FSSK tengah minggu lalu.

berikut adalah skrip skrip drama yang sering dikarang oleh GMUKM bagi menunjukkan yang mahasiswa tahun 1 tidak berpuas hati. mereka juga akan menghentam felo-felo yang melaksanakan Program ini contohnya yang berlaku di Kolej Antarabangsa Ibu Zain. 

Dan ironinya Wartawan GMUKM juga mendapat maklumat, Felo Kolej Ibu Zain tidak pernah mengambil kedatangan ke Ko-Kurikulum. Justeru apabila maklumat kedatangan Ko-Kurikulum itu hendak diserahkan untuk permarkahan Bahagian Pengurusan Akademik, Felo tersebut terpaksa mengadakan 'sesi menandatangani kehadiran kokurikulum' beramai-ramai dengan memanggil mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 dan 2 turun atau berjumpa dengan beliau secara peribadi. Hal ini disahkan sendiri oleh rakan-rakan GMUKM yang menghuni Kolej Ibu Zain

statement yang dikeluarkan oleh GMUKM ini telah menimbulkan reaksi yang kurang senang dikalangan penghuni KOlej Antarabangsa Ibu Zain mereka menyatakan ini adalah satu fitnah yang dibuat oleh GMUKM untuk memburukkan-burukkan felo-felo yang berusaha bagi melancarkan lagi kelangsungan Program HX tersebut. 

Justeru,Aspirasi dan TSB menyeru semua mahasiswa berfikir dengan betul dan rasional terhadap benda yang dibuat oleh pentadbiran Universiti, janganlah membangkang dengan melulu terhadap sesuatu isu yang kita tidak Jelas lagi akan kesannya. BerTindak Sabar Berhemah itu dalam menilai situasi yang berlaku.

wasalam.


BELAJAR LEBIH BAIK.

Saturday, October 9, 2010

Pro-Mahasiswa USM Pro-Pakatan Rakyat


Risalah Haram oleh Pro-Mahasiswa USM

Ketenangan suasana kampus induk USM hari minggu lepas sedikit berkocak dengan gelagat dan tindakan tidak bertamadun kumpulan mahasiswa haluan kiri atau lebih tepat lagi, Pro-Mahasiswa (Pro-M). Mereka bukan sahaja berani tidak bertempat tetapi biadap dengan membelakangkan undang-undang universiti apabila dengan sengaja menyebarkan risalah-risalah berbaur politik yang menghentam kerajaan pusat dan parti politik tertentu.

Jika mengikut aturan biasa, sebarang aktiviti penyebaran risalah, poster, flyers dan sebagainya lagi hendaklah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak universiti atau Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP). Setiap edaran tersebut diwajibkan memiliki cop pengesahan rasmi manakala sebarang pembukaan kaunter atau booth sehenti pula perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pembangunan USM. Secara umumnya para pelajar USM tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dengan prosuder-prosedur tersebut, kecuali Pro-Mahasiswa yang seringkali engkar dan seolah-olah hendak mencabar pihak universiti.

Inikah yang dikatakan sedia mendokong aspirasi mahasiswa? Hanya retorik kosong. Mereka hanya tahu mencipta isu dan jika tiada isu, mereka mencarinya pula dari luar lalu dibawa masuk ke dalam kampus. Semuanya bertujuan menonjolkan kumpulan mereka yang kononnya prihatin dengan kehendak mahasiswa. Kehendak mahasiswa atau kehendak pembangkang? Apa yang jelas ketara ketika ini ialah tindak tanduk mereka lebih dibayangi oleh kepentingan politik pihak luar. Lihat saja edaran mereka kali ini yang semuanya berbaur politik. Mereka dengan bebas mengutuk kerajaan Barisan Nasional dan memuji pula pihak kerajaan negeri yang kononnya lebih baik berbanding kerajaan pusat.

Soalnya, adakah ini hala tuju perjuangan Pro-Mahasiswa yang sebenar? Ia semakin tidak relevan dengan prospek mahasiswa itu sendiri. Elok saja kalau mereka sepakat menggugurkan nama Pro-Mahasiswa dan menggantikannya dengan Pro-Pembangkang supaya para pelajar lebih faham dan jelas dengan matlamat perjuangan kumpulan haluan kiri ini. Moto Sedia Mendokong Aspirasi Mahasiswa pula baik digantikan saja dengan moto yang lebih realistik iaitu Sedia Mendokong Aspirasi Pakatan Rakyat! Tidakkah itu lebih terhormat dan agung?

Di UKM, Adakah Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia juga Pro-Pakatan rakyat? Kes UKM4 juga membuat mahasiswa tertanya-tanya.


sumber : mataharisayang

Wednesday, October 6, 2010

Ketinggalan Zaman?





1. Tajuk diatas mungkin tidak menjelaskan apa apa yang signifikan untuk memangkin minda mahasiswa. Tetapi itulah perkataan yang digunakan oleh blogger GMUKM keatas Menteri Pengajian Tinggi kita, DS Khaled Nordin. Patutkah? Semuanya gara-gara DS Khaled Nordin yang memberi kenyataan mengingatkan mahasiswa untuk jangan terlibat dengan politik kepartian yang jelas terkandung dalam provisi Seksyen 15(5)(a) AUKU 1971. 


 " Jika Pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihanraya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan," katanya selepas melancarkan buku 'Reaching Out...Making The Difference' di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. -petikan dari utusan malaysia.


2. Jika kita mengikuti isu UKM4, Perjuangan UKM4 secara asasnya ingin membenarkan pelajar pelajar sains politik untuk terlibat dalam kerja lapangan berkaitan dengan jurusan mereka iaitu pilihanraya sebenar. Jelas apa yang mereka mahukan cumalah dibenarkan membuat kajian di pilihanraya pilihanraya pilihanraya kecil. Kami rasa kenyataan Khaled Nordin langsung tidak bercanggah dengan kehendak UKM4. Jadi apa yang ketinggala zaman?? Kami menasihati blogger GMUKM supaya berhati hati dalam mengeluarkan artikel menghentam orang terutamanya  individu berstatus menteri. Untuk bergelar Menteri seseorang itu telah mengharungi onak duri kehidupan dan tidak wajar untuk menhentamnya dengan perkataan 'ketinggalan zaman'.


3. UKM4. Mereka adalah 4 pelajar jurusan sains politik yang ditangkap bersama sama dengan bahan kempen pilihanraya pihak Pakatan Rakyat. Mereka menafikannya dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya menumpang dalam van berkenaan dan tidak tahu menahu bahawa ada bahan kempen di dalam van tersebut. Kemusykilan demi kemusykilan timbul dan kita biarkan mahkamah menentukan kesahihanya pada 7 September. Kita saksikan siapa yang betul dan siapa yang salah. 


"Mereka seolah-olah mahu melihat sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dilaksanakan atau tidak," -DS Khaled Nordin.


" BELAJAR LEBIH BAIK "

Tuesday, October 5, 2010

BerGM = BerPolitik



Belum reda kes UKM4 di mahkamah kumpulan mahasiswa anti-establisment mula menyalak lagi bagi pilihan raya kecil Dun Galas yang akan berlangsung tidak lama lagi. mahasiswa kali ini benar-benar terdesak untuk mencabar AUKU yang mana dalam:

15(5)(a) tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar universiti yang ditubuhkan oleh dibawah perlembagaannya, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada didalam atau diluar Malaysia.

Di peringkat nasional SOLIDARITI MAHASISWA adalah front mahasiswa yang galak menghasut mahasiswa untuk turun berpolitik terutamanya dalam PRK yang terdekat di Dun Galas tidak lama lagi. Mungkin untuk mencari pelapis kepada tindakan Hilman Idham dan rakan-rakan yang jumud terhadap sesebuah parti. Di Ukm GMUKM adalah front mahasiswa yang lantang bersuara untuk terlibat dalam politik luar. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita politik mereka untuk keluar dan berpolitik adakah ini salah satu aktiviti dalam tema BER-GM lebih baik??

GMUKM semenjak dari kekalahan lepas lebih banyak berbicara soal politik daripada soal kebajikan mahasiswa. Kepentingan mereka untuk berpolitik terlalu meluap-luap. Matlamat untuk memenangi pemilihan akan dating adalah dan sanggup melakukan pelbagai cara untuk menuntut simpati. Apa sahaja isu yang dikeluarkan adalah berbaur politik dan berat sebelah. GMUKM mengatakan mahasiswa yang tidak terlibat aktif dalam politik hari ini dikatakan mandom dan lesu kerana tidak seperti mereka yang aktif terutama dalam politik. Sebenarnya banyak cara lagi untuk kita terlibat secara aktif di UKM dengan berpesatuan dan sebagainya biarlah kita bersederhana dalam mencari ilmu di dalam dan di luar bilik kuliah.

Mahasiswa harus memikirkan kembali tujuan asal mereka masuk ke UKM adakah untuk BELAJAR ,BERPOLITIK atau BER-GM yang dikatakan lebih baik. Ibu-Bapa menaruh harapan yang tinggi untuk melihat anak mereka Berjaya menggenggam segulung ijazah dan bukannya hadir ke dalam mahkamah akibat kedegilan dan kemujudan terhadap kepartian. Ingatlah…

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

“BELAJAR LEBIH BAIK”



sumber: http://tsb-ukm.blogspot.com/2010/10/belajar-atau-berpolitik.html

Sunday, August 22, 2010

Sambutan Minggu Kemerdekaan UKM


UKM, KOLEJ BURHANUDDIN HELMI: Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I Kolej Burhanuddin Helmi sesi 2010/2011 (JAKSA) sedang melaksanakan aktiviti menghias kolej terutamanya di Foyer kolej dengan giat sekali. Aktiviti berkenaan diadakan bersemperna dengan Sambutan Minggu Kemerdekaan UKM bagi melengkapi modul Kepelbagaian Budaya dan Jati Diri Kebangsaan HHHX1002 Pengenalan Perkembangan Pelajar  untuk pelajar tahun 1. Seramai hampir 200 lebih pelajar tahun 1 melibatkan diri secara aktif dibawah pengelolaan JAKSA KBH, dalam menjalankan aktiviti berkenaan. Kebanyakan pelajar tahun 1 juga merasa seronok dan bersemangat melakukan aktiviti yang diamanahkan. Diharapkan agar tahun ini menjadi perubahan sekaligus mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam pertandingan mengias kolej bersemperna dengan bulan Kemerdekaan yang dianjurkan saban tahun  di UKM yang tercinta ini.






1 UKM , 1 MALAYSIA , 1 ASPIRASI

Friday, July 23, 2010

Perkhidmatan Bus Pulang Ke Kampung

Untuk pengetahuan semua mahasiswa/i UKM, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Syarikat RapidKL menawarkan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung halaman dari kampus UKM ke bandar-bandar utama di semenanjung Malaysia.

Destinasi dan harga tambang bagi seorang penumpang sempena Hari Raya Aidilfitri tersebut adalah seperti berikut:

Kawasan Utara:
  • Pulau Pinang - RM 40.00
  • Ipoh - RM 23.00
  • Telok Intan - RM16.00
  • Tg.Malim - RM 12.00

Kawasan Timur

  • Temerloh - RM 17.00
  • Kuantan - RM 27.00

Kawasan Selatan

  • Seremban - RM 11.00
  • Melaka - RM 14.00


Kepada yang berminat anda boleh menghubungi
Saudara Rasydan - 0132509846
Saudari Hana - 0133096373

Penyerahan Buku Akaun Amanah Pelajar Tahun 1

PENYERAHAN BUKU AKAUN AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA
KEPADA PELAJAR TAHUN 1, SESI 2009/2010
BAGI KAMPUS UKM BANGI,UKMKL DAN PPUKM


Sukacita dimaklumkan kepada pelajar Tahun 1 Sesi 2009/2010 yang telah membuka Akaun Amanah Saham 1 Malaysia (ASIM) diminta datang pada:

UKM Kampus Bangi :

Tarikh : 26 & 27 Julai 2010 (Isnin & Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Temuduga,Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Pusanika,UKM

UKM Kampus Kuala Lumpur & PPUKM


Tarikh : 4 & 5 Ogos 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Ruang Legar, Tingkat 1 Blok E (TIBE),UKMKL


Sebarang pertanyaan sila tetefon atau hubungi di talian
03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

Ceritera Sudut Pidato

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNYA, Debat Santai Bersama Presiden PMUKM telah berjalan dengan baik walaupun banyak provokasi ditengah perdebatan. Syabas dan tahniah kepada saf kepimpinan PMUKM. Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mahasiswa/i yang hadir memberi sokongan dan menghidupkan sudut pidato yang lama sunyi tanpa suara.

Berkenaan dengan debat di sudut pidato pada jam 11.30 pagi, 15 Julai (Khamis), wartawan PMUKM cuba mendapatkan penjelasan/maklumbalas daripada barisan kepimpinan PMUKM (ahli panel) dan beberapa pemudahcara kolej berkaitan isu yang di perdebatkan MINGGU MESRA PELAJAR.

" Bagi saya, debat yang di adakan bagus untuk memupuk sikap mahasiswa berintelektual tinggi. Namun debat hari ini lebih berat sebelah kerana pihak penganjur tidak menjawab sebaliknya hanya menembak kepada PMUKM. Bila ditembak semula mereka katakan inikah jawapannya,sedangkan mereka juga perlu menjawab soalan yang diajukan . Harap pihak penganjur perlu profesional. Jangan jadi jumud yang menjumudkan"- Mohd Kamal Ali, Setiausaha Agong(Exco Kerohanian) PMUKM

Ketika sesi soal jawab dibuka, dapat dilihat mahasiswa/i UKM yang hadir berebut-rebut untuk mengemukan soalan tak kurang yang memberi pendapat. Namun dek kekangan masa dan tujuan sebenar perdebatan diadakan sedikit lari mahasiswa/i ini tidak dapat meluahkan apa yang terpendam di hati. Wartawan PMUKM terus mendapatkan mahasiswa terbabit.

"Isu yang paling mengejutkan adalah isu solat. Sebelum itu, saya nak tanya ada ke tak PC terdiri daripada pihak penganjur???? Kalau ada, maknanya mereka juga menghalang solat. Kalau tidak ada, maknanya mereka tidak nampak perkara tersebut dan hanya mendengar melalui mulut-mulut sahaja. Bukti yang kukuh perlulah ditunjukkan sekiranya benar perkara itu terjadi. Bagaimana pula dengan 3000 mahasiswa yang lain. Satu lagi, pihak penganjur hanya melihat kepincangan PC Minggu Mesra Pelajar sahaja. Tapi tidak membuat timbang tara dengan pengorbanan yang dilakukan oleh PC. PC memberi panduan kehidupan, tunjuk ajar, daftar kursus, memperkenalkan UKM, bukan seperti mereka yang mencemarkan nama UKM dengan insiden AUKU yang dilakukan oleh ahli pihak penganjur sendiri. Pihak penganjur hanya melihat masalah luar gerakan mereka tapi adakah mereka membuat tatatertib terhadap 4 orang (UKM 4) yang terlibat dalam AUKU. itu sahaja dari saya. Apa-apa pun, pihak penganjur kuat. Apa-apa pun, pihak penganjur kuat melatah"- Sah Rezan Abd Salam, FSSk/2

Respons dari Saudara Mohd Rasydan Mohd Rais

Debat atau pidato ini merupakan proses percambahan ilmu dan meningkatkan keintelektualan mahasiswa. Sudut pidato ini dibuat untuk melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir dan merespons setiap isu dengan kritis dan kreatif. Cuma, saya berharap agar sudut pidato ini digunakan secara berhemah, dan tiada unsur-unsur fitnah, yang boleh menjatuhkan imej dan nama baik seseorang. Setiap kritikan lebih elok jika disediakan sekali cadangan penyelesaian untuk menambah baik segala kekurangan. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua mahasiswa-mahasiswi UKM yang turun dan memeriahkan debat santai bersama presiden pada hari ini. moga segalanya lancar dan berada dalam keadaan baik selepas ini. insyaAllah. :)


Berkaitan dengan persoalan yang di wujudkan mengenai BORANG ASPIRASI, kami barisan PMUKM mencabar dan memohon agar pihak penganjur mengemukan bukti kukuh lagi sah berkenaan isi kandungan seperti yang anda nyatakan.

Akhir kata berkaitan pidato, Presiden PMUKM merespons, "Pidato ini perlu dibudayakan kerana jika tidak dimulakan maka sudut pidato yang dibina hanya tinggal nama. Pihak PMUKM telah mengambil pendekatan untuk memeriahkan sudut pidato tersebut. Terima kasih kepada mahasiswa/i yang terlibat dalam program Debat Santai Bersama Presiden pagi tadi. Marilah kita bersatu,bulatkan niat yang satu mahasiswa/i UKM nombor satu.

Minggu Mesra Pelajar Sesi 2010-2011

Pada Sabtu (10/7/2010) lalu, secara rasminya MMP '10 telah melabuhkan tirai. Pelbagai kenangan serta pengalaman yang dapat dikutip oleh para pemudahcara baik PC Pusat mahupun PC Kolej.

Pada tahun ini, tema MMP adalah '1 UKM 1 MALAYSIA' dan saudara Mohamad Falihin telah bertindak sebagai ketua penyelaras. Gerak kerja untuk MMP '10 telah bermula sejak sebulan setengah yang lalu. Para PC Pusat yang dipilih terdiri dari persatuan serta urusetia yang terdapat di Pusanika. Sementara PC Kolej pula terdiri dari JAKSA serta pelajar-pelajar yang telah dipilih oleh pengetua masing-masing.

Sebelum bermulanya MMP, para PC telah dihantar untuk berkursus di Terengganu. PC-PC telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Hal ini demikian kerana bilangan PC yang terlalu ramai. Pada tahun ini, jumlah PC yang terlibat lebih kurang 550 orang. Selepas itu, para PC mestilah menghadiri taklimat sehari di DAM pada 1 Julai 2010. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para PC mengenai jabatan serta kebajikan agar mudah untuk PC menerangkan kepada para pelajar kelak. Kursus yang dijalankan di Besut, Terengganu ini sangat berguna dalam merapatkan ukhwah antara pemudahcara.

Hari pertama MMP '10 adalah pada 4 Julai 2010 dan dimulai aktiviti dengan lawatan Naib Canselor ke setiap kolej kediaman disertai oleh para pentadbir universiti. Seterusnya, terdapat sesi bersama-sama media di Kolej Keris Mas. pada sebelah petang pula, pelajar-pelajar mempunyai aktiviti di kolej masing-masing. Hari kedua diteruskan dengan taklimat di fakulti masing-masing dan program di DECTAR sebelah malam. Begitu juga dengan hari ketiga di mana pelajar-pelajar baru dibawa ke fakulti bagi pendaftaran kursus. Hari ketiga telah diadakan acara sukan di DG. Sukan pada tahun ini adalah berbeza seperti sebelumnya di mana hanya acara yang dipertandingkan dan terdapat simulasi sukan. Sebelah malam pula, berlangsungnya pertandingan Piala Naib Canselor peringkat akhir dimana menyaksikan Kolej Ibrahim Yaakub muncul juara.

Pada 8 Julai 2010, pelajar-pelajar mempunyai program di DECTAR. Seawal jam 8 pagi, para pelajar telah berkumpul di DECTAR dan membuat persediaan untuk upacara lafaz ikrar. Selesai lafaz ikrar, para pelajar baru telah secara rasmi bergelar mahasiswa di UKM. Program seterusnya adalah majlis kesyukuran di Masjid UKM dan sesi bersama-sama angkasawan negara. Hari terakhir bagi program di DECTAR berakhir dengan malam percikan seni. Pembaharuan dilakukan pada tema malam itu dimana pusat kebudayaan menyampaikan muzikal drama berkisar mengenai artisukma. 10 Julai 2010, pelajar-pelajar telah disediakan dengan program-program di kolej.

Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar yang telah mendaftar di UKM adalah lebih kurang 3300 orang. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga tidak banyak perbezaan berbanding tahun sebelumnya. Masalah pada tahun ini juga tidaklah seberat seperti sebelumnya. banyak aspek yang mungkin boleh diperbaiki lagi bagi MMP akan datang. Akhir kata, terima kasih kepada pentadbiran universiti kerana memberi kepercayaan kepada kami PC-PC Pusat untuk mengendalikan MMP '10. Terima kasih diucapkan kepada YDP-YDP kolej atas kerjasama yang sangat baik sepanjang MMP. Moga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita terus berkekalan hingga akhir hayat. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, dan yang kurang itu dari kekhilafan kami sendiri.

Thursday, April 15, 2010

40 TAHUN.....UKM

 
Rasional Logo Sambutan 40 tahun UKM

Konsep Logo: Kontemporari

1. Asas rekaan logo sambutan ke-40 tahun UKM adalah bermotifkan Bunga Raya. Ia dipilih
kerana Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan selaras usaha UKM dalam
memartabatkan keperibadian bangsa. Tiga kelopak yang berwarna merah
melambangkan tiga komponen penting iaitu visi, misi dan falsafah UKM yang menjadi
teras dalam menjana wawasan 2020. Ia juga mencerminkan UKM sebagai pusat
kecemerlangan beorientasikan penyelidikan yang terus maju ke arah menjadi sebuah
universiti yang cemerlang, gemilang dan terbilang di rantau ini dan persada
antarabangsa.

2. Angka 40 yang adalah merujuk ulang tahun ke-40 tahun penubuhan UKM (1970-2010).
Penggunaan warna merah pada angka 40 menggambarkan semangat, kesediaan dan
keupayaan UKM dalam menujah transformasinya sebagai universiti penyelidikan yang
ulung dan unggul di negara ini. Lapan bulatan yang berwarna kuning pada bahagian
atas membawa maksud kecemerlangan yang dicipta bersama-sama lapan tujahan
(niche) UKM sebagai hala tuju universiti iaitu:
i. Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya,dan Globalisasi
ii. Pembangunan Lestari Wilayah
iii. Tenaga Keterbaharuan
iv. Teknologi Kesihatan dan Perubatan
v. Perubahan Iklim
vi. Nanoteknologi dan Bahan Termaju
vii. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi
viii. ICT Informatik Isian

3. Tema sambutan ke-40 tahun UKM, iaitu ‘Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa
Depan’ diletakkan bersebelahan pada angka 40 bagi menggambarkan semangat gigih,
keteguhan, iltizam serta berdaya saing sepanjang tempoh 40 tahun dalam usaha
merealisasikan matlamat sebagai universiti penyelidikan yang keterhadapan.

4. Abjad UKM adalah singkatan bagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia, penggunaan
warna biru pada huruf tersebut adalah menggambarkan kualiti, inovatif dan kreatif jatidiri
warga UKM daripada setiap golongan pelajar, akademik dan pengurusan dalam
membangunkan modal insan ke arah mencapai misi dan visi sebagai universiti
kebangsaan yang terkemuka diperingkat global.

Sunday, April 11, 2010

Wanted ~PAW~ person in UKM

5 April 2010 - semua warga kampus UKM diminta berwaspada dengan seorang warga Afrika yang mengaku dirinya ketiadaan wang untuk pulang ke UK dan cuba menipu dengan meminta wang daripada warga kampus sebanyak lebih daripada RM50 dengan alasan wang diperlukan untuk menaiki teksi ke KLIA. Terkini, kelibat suspek dilihat sendiri oleh Saudara Firdaus, Exco Latihan Dan Kepimpinan PMUKM, di sekitar Fakulti Sains dan Teknologi, dan Kolej Ungku Omar pada jam 11 pagi. Suspek dilihat sedang mendekati seorang mahasiswa dan meminta wang sebanyak RM 450. Suspek yang mengaku dirinya Islam, memberitahu mangsa nama Islamnya iaitu, Hafiz, menggunakan tutur kata bercorak Islamik untuk menawan hati mangsa.



Menurut Saudara Firdaus, beliau sendiri pernah berada di situasi tersebut di mana lelaki yang sama turut menggunakan modus operandi yang sama dalam usaha mendapatkan wang. " Pada awalnya, saya juga turut termakan pujuk rayu lelaki tersebut. Saya pernah menawarkan RM 5 untuk membantu dia untuk menaiki KTM ke KLIA, tetapi dia menolak, dan berterusan meminta RM 50. Semasa saya dalam perjalanan pulang melalui jalan dihadapan KUO, saya terlihat kelibat suspek bersama seorang mahasiswa. Terlintas di fikiran saya, bahawa suspek tersebut merupakan orang yang sama yang pernah mendekati saya. Lantas, saya meletak kenderaan di depan KUO, dan terus ke arah mereka. Setibanya saya di sana, saya terus berjumpa mangsa, yang kebetulan berjalan ke arah saya."

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saf, berkata, "Saya sudah memberi lelaki terbabit sebanyak RM 100, kerana berasa simpati dengan keadaan lelaki terbabit. Mujur, saudara Firdaus memberitahu saya keadaan sebenar, sebelum kami sama-sama mencari lelaki terbabit untuk meminta kembali wang berkenaan." Suspek dilihat sekali lagi mendekati seorang lagi mahasiswa di hentian bas bersebelahan KUO. Hasil tindakan pantas, saudara Saf meminta kembali wangnya dari lelaki terbabit. Lelaki tersebut terus memulang wang mangsa selepas melihat saudara Firdaus yang juga pernah didekati sebelum ini.
Selepas kejadian itu, Saudara Firdaus terus ke Wisma Aman, UKM untuk melaporkan kejadian tersebut. Menurut Unit Tindakan Khas, pihaknya telah menubuhkan satu operasi khas bagi menangani kejadian ini. Sehubungan itu, mahasiswa/i UKM diminta untuk memaklumkan kepada Unit Tindakan Khas di talian 016-3618144 atau saudara Rasydan di talian 013-2509846 sekiranya terserempak atau mengetahui lokasi suspek. Warga kampus yang pernah menjadi mangsa turut dimohon untuk memaklumkan kepada pihak diatas, sebelum sebarang tindakan diambil. Segala kerjasama dari warga kampus diperlukan untuk kesejahteraan bersama.

Wednesday, April 7, 2010

Monday, March 8, 2010

PERSIDANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KEBANGSAAN (MPPK) GEMPAR!!

Kelmarin, 6 mac 2010,  hampir 23 orang anggota majlis perwakilan pelajar universiti kebangsaan malaysia. UKM telah berada di ESSET , Bangi bagi menghadiri persidangan pra mppk peringkat kebangsaan. persidangan ini adalah bertujuan mewujudkan jalinan mesra antara semua perwakilan mahasiswa ipta seluruh negara dan membentangkan kertas kerja usul untuk dibawa ke majlis perwakilan pelajar kebangsaan yang dijangka bersidang pada bulan mei nanti.

Apa yang menarik perhatian saya pada persidangan tersebut ialah apabila saudara yang dipertua mpp Universiti Malaysia Terengganu Mohd Firdaus bin Md. Said memperkenalkan ahli jawatankuasanya menyatakan bahawa tiada pro A atau pro M di UMT. keadaan ini menunjukan mahasiswa ukm telah ditipu oleh gabungan mahasiswa UKM (GMUKM) yang menyatakan pro M menang besar di UMT. jelaslah bahawa politik murahan yang diguna pakai oleh gmukm semakin hari semakin terbongkar dengan keangkuhan mereka takkala pilihanraya tempoh hari. keadaan ini menunjukkan mahasiswa ukm begitu senang ditipu oleh gmukm si penipu ini.

Sedarlah sahabat, rakan dan juga taulan jangan kita terus ditipu oleh si penipu ini. menggunakan prasarana kemahasiswaan sebagai medium mengapai politik murahan mereka. bangkitlah dari penipuan yang nyata ini rakan-rakan sebelum kita terus disogok dengan penipuan-penipuan lain.

Pro M melalui GMUKM perlu memohon maaf kepada semua pelajar dan mahasiswa UKM atas penipuan atau kesilapan mereka ini. jika mereka mendapat maklumat yang silap kami sedia memaafkan mereka namun jika memang mereka berniat untuk memperbudakkan pelajar UKM seharusnya mereka ini ditolak secara total oleh semua pelajar UKM melalui prk akan datang.

Saya tidak faham politik apa yang cuba dimainkan oleh gmukm ini yang sanggup menipu untuk mencapai matlamat politik mereka. disebalik kuda-kuda yang ditarik semasa perarakan penamaan calon tempoh hari yang dilekatkan dengan nama aspirasi, tetapi mereka sebaliknya mungkin menginginkan bahawa pelajar-pelajar ukm menjadi seperti kuda tersebut yang mudah mereka tarik dan pengaruhi dengan penipuan mereka sehingga menjadi seperti kuda yang tidak membantah.

Sedarlah sahabatku jangan mudah lupa lagi dengan penipuan ini. dan mungkin penipuan yang akan terus digunakan oleh gmukm bagi menarik undi kasihan dari mahasiswa.

Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti.

Wednesday, March 3, 2010

Di kala Suasana tanpa elektrik di Kampus Bangi

Ini merupakan notis yang telah di perakui oleh pihak UKM sendiri dimana pada hari kejadian iaitu    7 mac 2010,bermula dari pukul 10 pg hingga 8 mlm..Bekalan elektrik untuk kampus UKM Bangi terpaksa di hentikan kerana terdapat sedikit masalah di suis Utama yang memerlukan ketelitian pihak TNB bagi memastikan alatan elektrik di suis utama berkeadaan baik tanpa sebarang masalah.
Walaupun ia memberi masalah kepada anda semua sebagai warga UKM,tetapi ia hanya masalah sementara sahaja.
Di minta kepada semua warga UKM bersabar dgn keadaan ini..
Setiap perkara yang di buat pasti ada sebabnya,dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..

MASALAH KETIADAAN AIR DI UKM

3 Mac, 12.00 tengah hari, Kolej Keris Mas - Masalah ketiadaan air yang melanda Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menerusi Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, YB Senator Datuk T. Murugiah. YB Timbalan Menteri telah mengadakan satu lawatan mengejut ke Kolej Keris Mas hasil desakan kuat JAKSA bersama PMUKM Aspirasi sesi 2009/2010 yang terus memperjuangkan kebajikan pelajar. *Rujuk Dasar Pertama PMUKM di dalam Ucapan Dasar Presiden PMUKM.



Kelihatan YDP JAKSA, Pegawai Khas YBTM, Presiden PMUKM, YB Datuk Timbalan Menteri, Pengarah Eksekutif SYABAS, YBhg. Dato TNC HEPA, Juruteknik Kanan (Air) JPP dan Pengarah JPP UKM.


Semua sedang khusyuk mendengar penjelasan dari pihak SYABAS.


 Datuk T. Murugiah yang meninjau sendiri keadaan tangki yang masih belum disiapkan oleh JPP UKM.


Datuk T. Murugiah memberi tempoh seminggu kepada kontraktor agar menyiapkan tangki tersebut.


Lawatan tapak yang membuktikan keprihatinan kerajaan dan kesungguhan PMUKM.


Sanggup mendaki tangga demi kebajikan pelajar.


Sidang media di Bilik Keris Perdana, Aras 3, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas.


Antara wakil pelajar dan pelajar yang hadir ke sidang media.


Datuk T. Murugiah bermesra dengan hadirin sebelum pulang.

Hasilnya : JAMINAN bahawa masalah ketiadaan air ini takkan berulang dalam tempoh seminggu ini oleh pihak YBTM, SYABAS, JPP dan UKM menerusi sidang media. InsyaAllah, pihak PMUKM Aspirasi dan JAKSA terus bersama-sama dalam memperjuangkan kebajikan pelajar. PMUKM sentiasa terbuka menerima semua aduan daripada pelajar tak kira apa isu kerana kebajikan sentiasa menjadi keutamaan PMUKM.

"AIR OH AIR"

 

 Air merupakan keperluan asas bagi setiap manusia di atas muka bumi milik ALLAH s.wt. Ketiadaan air menyebabkan seseorang itu marah, sukar dikawal, tidak bertenaga dan lain-lain lagi.

Nampaknya masalah bekalan air terus berkumandang di kampus yang kita cintai, iaitu UKM. Kepada sahabat-sahabat, diharapkan dapat bersabar dengan permasalahan yang kita sedang alami sekarang.

PMUKM terus mencari jawapan bagi permasalahan ini. Pihak PMUKM telah meminta penjelasan Jabatan Pengurusan Pembangunan(JPP). Pihak JPP telah memberi jawapan berhubung masalah gangguan bekalan air. Punca bagi masalah ini adalah kerana pam air di tangki utama UKM telah berhentiberfungsi berikutan masalah gangguan elektrik. TNB telah memutuskan bekalan elektrik selama 1 hari pada 7 Mac 2010.

Apabila pam air telah berfungsi semula, akibat dari penggunaan yang maksimum, tangki utama tidak dapat membekalkan bekalan air yang secukupnya kepada semua kolej. Masalah ini dijangka selesai beberapa hari lagi. Diminta warga kampus bertenang dan bersabar dengan situasi ini. Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan ujian dan dugaan. Sekian.

Perasmian Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Pidato merupakan satu platform kepada setiap individu untuk menambahkan keyakinan diri, menyampaikan idea-idea yang bernas, petah berkata-kata dan hujah-hujah yang mantap.

Pertandingan pidato antarabangsa ini dihadiri 50 buah negara diseluruh negara, lebih-lebih lagi ianya memartabatkan bahasa kebangsaan negara kita Bahasa Melayu. Ianya akan berlangsung pada 2-5 Mac 2010 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi.

 

  

  

  

 


UCAPAN DASAR PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2009/2010



Bismillahirahmanirrahim…

Yang Berbahagia
Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Yang Berbahagia
Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM

Yang Berbahagia
Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UKM

Yang Berbahagia
Prof. Dr. Rahmah Mohamad,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, UKM

Yang Berbahagia
Prof. Dr. Saran Kaur Delip Singh
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, UKM

Pegawai –pegawai kanan, UKM
Pengetua-pengetua kolej kediaman,
Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Sesi 2009/2010
Dan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian 

Assalamualikum,W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Sebelum hujah menyusul madah, sebelum kata menguntum bicara marilah bersama-sama kita merafa’kan kesyukuran kehadrat Ilahi atas limpah kurnianya dan selawat serta salam buat Rasulullah S.A.W dan  ahli keluarga Baginda serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan tabiin kerana kita sama-sama dapat berkumpul pada hari yang bersejarah ini atas satu majlis yang amat bermakna iaitu Majlis Penyampaian Watikah dan Penyampaian Ucapan Dasar Presiden PMUKM Sesi 2009/2010.




                                    Yang Kurik itu kendi
                                            Yang merah itu saga
                                    Yang Baik itu budi
                                            Yang indah itu bahasa

Y.bhg. Prof. Tan Sri /Dato`/Datin /Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati.

Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) yang ditubuhkan mengikut Perkara 52(2) dan (3) Perlembagaan Universiti merupakan salah satu platform untuk mengembangkan potensi dan bakat kepimpinan pelajar dan seterusnya menjadi pelapis  kepimpinan negara dalam menggapai Wawasan 2020.

PMUKM pada sesi ini telah menggariskan empat (4) dasar utama yang mendukung tema “Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti”. Dasar-dasar tersebut adalah:

  1. Memperkasa kebajikan pelajar tonggak utama pembentukan PMUKM
  2. Membantu Universiti melahirkan graduan minda kelas pertama sederap menjadikan UKM Universiti terkehadapan dunia.
  3. Keperihatinan terhadap kebajikan hal ehwal siswi
  4. Memupuk perpaduan dalam kalangan warga UKM yang berbilang kaum berteraskan nilai-nilai murni dan berpaksikan Rukun Negara dan berkonsepkan 1 Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Perkara Pertama: Memperkasa kebajikan pelajar tonggak utama pembentukan PMUKM

Pada sesi ini, barisan kepimpinan PMUKM Sesi 2009/2010 akan meneruskan tradisi kepimpinan PMUKM sebelum ini dalam segala hal berkaitan kebajikan pelajar dan memandangkan kebajikan pelajar menjadi tonggak utama PMUKM, Exco Kebajikan telah dibahagikan kepada tiga teras utama yang merangkumi Exco Prasarana, Keselamatan dan Pengangkutan, Exco Tenaga, Air dan Komunikasi serta Exco Hal Ehwal Pengguna dan Kesihatan. Hal ini adalah bagi memastikan setiap exco dapat menumpukan tugas mereka dengan lebih fokus dan efisyen.




Prasarana, Keselamatan dan Pengangkutan 

Permasalahan mengenai prasarana adalah penting untuk diambil perhatian oleh pihak universiti. Kemudahan dan prasarana di dewan-dewan kuliah sudah seharusnya menjadi perhatian utama pihak PMUKM. Prasarana dewan kuliah seperti LCD, kerusi, komputer dan pendingin udara harus dinaik tarafkan setanding dengan UKM sebagai universiti penyelidikan yang tersohor. Prasarana seperti jalan raya dan pencahayaan  di seluruh kawasan kampus diminta untuk diperbaiki sebaik mungkin. Mengenai kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang dan peralatan sukan diminta dinaik taraf dan diselenggara dengan signifikan agar pelajar-pelajar dan atlet dapat memanfaatkan kemudahan pada tahap  optimum. Kemudahan ini sudah pasti akan memberikan motivasi kepada semua pelajar untuk beriadah  memastikan fizikal mereka berada dalam keadaan sihat dan cergas. Bak kata pepatah, ‘Otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Dari aspek keselamatan, pihak PMUKM pada sesi lepas banyak menerima aduan dari pelajar tentang kehilangan barang-barang seperti motorsikal, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pihak kami menyarankan agar pihak universiti menambah bilangan anggota keselamatan disamping memperhebat rondaan memandangkan kekerapan kes-kes kecurian dan perkara-perkara tidak di ingini yang dilaporkan bagi memastikan perkara ini dibanteras ke tahap sifar. Pada ketika ini pihak PMUKM mendapat laporan tentang CCTV yang tidak berfungsi dengan baik sama ada di kolej-kolej kediaman atau di fakulti.  Oleh yang demikian pihak PMUKM juga memohon jasa baik pihak pengurusan universiti supaya menambah dan memastikan ke semua kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi dan diselenggara dengan baik.

Seperti yang kita sedia maklum, hampir semua pelajar menetap di kolej-kolej kediaman di mana ianya terletak di dalam kampus. Pengangkutan bas sudah semestinya menjadi medium utama pelajar-pelajar terutama dari kolej ke dewan-dewan kuliah. Sehubungan dengan itu, pihak PMUKM memohon jasa baik pihak pengurusan universiti  supaya merancang penjadualan bas yang lebih efisyen. Perkhidmatan Sistem Letak dan Naik merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh pihak universiti bertujuan mengelakkan kesesakan dan pelestarian kampus, namun pihak PMUKM memohon jasa baik phak universiti supaya mengkaji semula keberkesanan Sistem Letak dan Naik memandangkan perkhidmatan ini tidak mendapat sambutan daripada warga kampus. Oleh yang demikian pihak kami mencadangkan agar pihak universiti memberikan tambahan kemudahan pengangkutan kepada aktiviti persatuan, kelab dan kolej-kolej agar kegiatan kemahasiawaan dapat disempurnakan dengan lebih baik demi kecemerlangan dan kegemilangan universiti.


Y.bhg. Prof. Tan Sri Dato`/Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati.

Air, Tenaga dan Komunikasi

Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan di muka bumi ini. Kebelakangan ini, kita  sering dikejutkan dengan masalah bekalan air terputus di kolej-kolej kediaman dan fakulti-fakulti. Ketiadaan air di kampus terutama di kolej-kolej kediaman menyebabkan aktiviti warga UKM terganggu terutama masalah menghadiri kuliah-kuliah akademik. Justeru dari itu, masalah ketiadaan air amat meruncing terutama kepada warga UKM yang mendiami di kolej-kolej kediaman.


Oleh   yang   demikian,   PMUKM  memohon   agar   pihak  UKM   memikirkan  cara penyelesaian jangka panjang supaya permasalahan air dapat diselesaikan demi kepentingan semua warga UKM termasuk pelajar dan semua kakitangan. Pihak PMUKM juga mencadangkan agar rmembina dan membesarkan saluran paip  bagi menggantikan saluran paip yang sedia ada agar masalah ini dapat diselesaikan.

Aspek jaringan komunikasi boleh dilihat dari sudut wifi yang disediakan disekitar universiti. Pihak pengurusan universiti seharusnya mengkaji semula tarif wifi dan memperbaiki sistem perkhidmatan yang kurang memuaskan. Seperti yang kita semua sedia maklum, proses pembelajaran kini kebanyakannya menggunakan internet sebagai salah satu medium pembelajaran. Justeru, barisan kepimpinan PMUKM kali ini berbesar hati sekiranya pihak universiti mendengar keluhan pelajar.  Manakala, bagi menjamin penggunaan tenaga secara cekap, pihak PMUKM bersedia membantu UKM untuk mengadakan kempen-kempen penjimatan tenaga kepada seluruh warga kampus UKM.

Hal Ehwal Pengguna dan Kesihatan

Dalam konteks kepenggunaan universiti, pelajar merupakan pengguna utama bagi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti. Dengan hal yang demikian kebajikan pengguna turut menjadi fokus bagi merealisasikan matlamat utama PMUKM.

Sebagaimana kita ketahui, masalah yang selalu berbangkit di kalangan pelajar adalah mengenai yuran kolej yang tidak selaras. Hal ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar kerana yuran yang dibayar tidak setimpal dengan kemudahan dan prasarana seperti bilik asrama dan tandas yang kurang memuaskan. Tambahan lagi, perkhidmatan kafeteria seperti harga makanan yang tidak konsisten menambahkan lagi bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pelajar. Selain itu, kami memohon agar perkhidmatan air pembalikan osmosis dengan izin RO water ditambah dan diselenggara secara berkala demi memastikan mutu air adalah bersih untuk diminum.

Dari aspek kesihatan pula, mutu perkhidmatan kesihatan pada waktu malam seperti penambahan pegawai kesihatan, penambaikkan kemudahan bilik Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di setiap kolej kediaman harus dipertingkatkan. Seterusnya kami memohon agar pihak Pusat Kesihatan dapat melakukan pemeriksaan ke atas BSMM secara sistematik bagi memastikan mutu dan standard pertolongan cemas dapat memenuhi kepuasan pengguna.

Kebajikan di Kampus Kuala Lumpur

Kepada sahabat-sahabat mahasiswa/i di Kampus Kuala Lumpur, pihak PMUKM sentiasa memantau dan memastikan kebajikan dan kemudahan anda agar terus mendapat perhatian yang sewajarnya. Walaupun Kampus KL jauh di mata, tetapi dekat di hati, oleh itu pihak PMUKM sangat mengambil berat akan permasalahan dan kebajikan pelajar-pelajar Kampus KL. Permasalahan seperti kemudahan dewan kuliah yang tidak mencukupi, keselamatan para pelajar dan hartabenda, kekurangan kemudahan air pembalikan osmosis dengan izin RO water, kemudahan mesin ATM  Bank Islam bagi kegunaan urusan perbankan pelajar dan pelbagai masalah akan diberi perhatian yang sewajarnya.


Y.bhg. Prof. Tan Sri Dato`/Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati.


Perkara Kedua: Membantu Universiti melahirkan graduan minda kelas pertama sederap menjadikan UKM Universiti terkehadapan dunia.

Bagi memastikan setiap warga UKM dapat ‘Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan`, tanggungjawab UKM adalah menyediakan sekitaran yang memberi peluang menyubur segala kebolehan. Setiap warga UKM mestilah yakin inilah tempat kebolehan dan bakat mereka dipupuk, labuhan warga berkarya dan berjaya dalam karyaan tersebut. Beberapa hasil memberi keyakinan kejayaan UKM menyedia pesekitaran (fizikal, sosial, rohani dan mental) yang mampu menghasil pelbagai penemuan penyelidikan, meningkat kualiti hidup, dengan bangga memartabatkan bahasa Melayu, mampu melahir graduan yang berjaya menembusi pasaran kerja global, merai kepelbagaian budaya dalam usaha memupuk persefahaman antara etnik, perpaduan dan pensepaduan. Kita perlu terus bersama menjenama UKM sebagai universiti “kebangsaan” unggul yang akan mengukir masa depan yang kita impikan, sebuah masa depan yang membugar, memupuk, melestari dan memilih. Masa depan yang kita impikan mestilah mampu memberikan kesaksamaan, pemerkasaan, kehormatan dan harga diri kepada individu, masyarakat, negara dan dunia. Kitalah yang akan secara sekaligus menyumbang dan mendapat manfaat daripada proses `Mengilham Harapan, Mencipta Masa Hadapan`.

Untuk mempersiapkan diri kita di dalam organisasi dan misi negara, pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu kemestian. Maka, pembangunan modal insan perlu kepada ‘Minda Kelas Pertama’.  ‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.

Hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan graduan yang benar-benar mampu bersaing di pasaran kerja telah disambut baik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Keupayaan pelajar untuk menguasai setiap komponen dalam kompetensi generik ini sangat penting kerana menurut Goleman (1995) peraturan memilih pekerja di era globalisasi ini telah berubah. Majikan bukan lagi hanya menilai bakal pekerja dari aspek kebolehan intelek sahaja, malah lebih penting lagi, mereka dinilai dari pelbagai aspek trait peribadi yang boleh menjadikan mereka pesaing yang hebat dalam pasaran pekerjaan.

Langkah universiti memperkenalkan Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) merupakan langkah pertama dalam melahirkan graduan minda kelas pertama. Kemahiran-kemahiran generik harus dikuasai oleh semua pelajar bagi memantapkan “soft skill” demi memastikan kebolehpasaran graduan UKM menjadi pilihan. Namun demikian, SPKG ini memerlukan semakan semula dari aspek implementasinya supaya pelajar UKM lebih berketrampilan, berdaya saing dan lebih terkehadapan.

Bagi memperkasa kompetensi generik, ia perlulah dimulakan dengan langkah-langkah yang menggalakkan permurnian pembelajaran, bermaksud ia mestilah bersandarkan dengan tujuan utama kompetensi generik dilaksanakan iaitu untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Walaupun universiti kita yang tercinta ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pembelajaran tetapi melalui pemerhatian para cendekiawan, Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu yang paling banyak digunakan dalam bahasa teknologi dan global. Pensejagatan ilmu memartabatkan bahasa dan khazanah bangsa kerana ilmu global tidak releven selagi tidak ditafsir, diadun dan digarap dalam konteks setempat yang proses pemutikannya terikat kepada bahasa watan. Sebagai ikon negara, UKM juga peka dengan keperluan sejagat yang memihak kapada kekuatan yang diperoleh daripada kepelbagaian, justeru meraikan penguasaan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris.

Sebenarnya apa yang pihak PMUKM lihat, masalah pelajar kita masa kini adalah penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Bagi memastikan Bahasa Melayu terus dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dikuasai dengan sempurna, oleh itu kami menyarankan kepada pihak UKM agar mewujudkan Kelab Bahasa Inggeris di setiap kolej yang mana  ia dijalankan secara berperingkat dan konsisten. Pengisian ini haruslah diperhalusi supaya ia merangkumi semua aspek,  tatabahasa, penulisan dan pertuturan. Kelab ini juga berfungsi sama seperti kelab-kelab di kolej kediaman yang mana kelab ini akan terlibat dengan penganjuran pertandingan debat Bahasa Inggeris dan program-program yang menjurus kepada Bahasa Inggeris. Diharap kemandirian kelab ini terus rasional dengan program bermediumkan Bahasa Inggeris dan bukannya bersifat konvensional.  


Y.bhg. Prof. Tan Sri /Dato`/Datin/Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati.

Pembangunan lestari mengikut acuan mahasiswa minda kelas pertama adalah tidak tertumpu kepada  pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar semata-mata, tetapi ia sebenarnya menyentuh sikap dan tanggungjawab manusia itu sendiri. Perkara ini dilihat kerana kampus kita ini dikelilingi dengan kehijauan semulajadi di mana alam semulajadi yang hijau sering dikaitkan dengan kesegaran yang menjurus kepada pencambahan minda yang lebih produktif , sama ada dari segi akademik mahupun ko- korikulum. Bak kata pepatah , ‘Memelihara sesuatu yang kita ada bukan senang, tetapi untuk memusnahkan adalah sangat mudah’. Dengan ini, PMUKM sesi ini yang begitu prihatin dengan kehijauan alam semulajadi, telah mewujudkan Exco Pembangunan Lestari, Inovasi dan Penyelidikan sesuai dengan “niche” UKM yang berusaha untuk melestarikan kehijauan alam semulajadi. Bagi memastikan ia terus dipelihara program-program kesedaran tentang kelestarian alam sekitar akan diteruskan agar nilai-nilai murni dapat dipupuk dan disemadikan secara total di dalam setiap tindakan dan perilaku kita semua.



Perkara Ketiga: Keperihatinan terhadap kebajikan hal ehwal siswi

Mengikut statistik terkini prasiswazah di UKM, jumlah pelajar siswi adalah 68% berbanding pelajar siswa sebanyak 32%. Ini bermaksud, hampir 2/3 daripada seluruh pelajar prasiswazah terdiri daripada pelajar siswi. Oleh yang demikian PMUKM mengambil inisiatif untuk melantik seorang MPP siswi ke Jawatan Naib Presiden dan mewujudkan semula satu Jawatan Exco Hal Ehwal Siswi bertujuan untuk melihat secara terperinci aktiviti dan permasalahan yang sering  di hadapi oleh pelajar siswi. Melalui kewujudan exco ini, pihak PMUKM dapat mendampingi siswi dengan lebih dekat dan seterusnya mengiktiraf peranan siswi dalam usaha memacu Universiti Kebangsaan Malaysia  Sederap Universiti Terhadapan Dunia.           

Perkara Keempat: Memupuk perpaduan dalam kalangan warga UKM yang berbilang kaum berteraskan nilai-nilai murni dan berpaksikan Rukun Negara.

Perpaduan merupakan satu elemen kritikal yang dapat memastikan kelangsungan sebuah tamadun bangsa. Keadaan ini memerlukan satu kaedah pemupukan yang berkesan dari peringkat universiti lagi. UKM merupakan tempat terbaik dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar selaras dengan aspirasi negara menjunjung tinggi toleransi antara kaum. Seperti  pepatah Melayu “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.  Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi realiti kepelbagaian ini digandingkan dengan konsep `perkongsian`, perinsip berkongsian yang diperagakan ini membayangkan wujudnya semangat toleransi dikalangan warga UKM iaitu semangat mengiktiraf dan menghormati kelainan budaya setiap kumpulan etnik. Prinsip perkongsian ini juga mengandungi falsafah kesaksamaan, keadilan sosial, intergriti dan meritokrasi yang dijunjung keluhurannya oleh UKM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang cemerlang. Justeru itu, diharapkan para pelajar dapat menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan dalam kehidupan seharian. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

Selain itu, dalam usaha untuk bersaing di peringkat global PMUKM tidak terkecuali untuk membantu pihak universiti memartabatkan seluruh warganya di mata dunia yang bercirikan identiti kebangsaan. Cabaran ini selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk membangunkan sekurang-kurangnya sepuluh pusat kecemerlangan dari segi penyelidikan, hak cipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan. Perkara ini jelas menunjukan bahawa hasrat kami ini tidak bertentangan dengan aspirasi kerajaan yang murni.

Dengan berbekalkan kepercayaan yang diberikan, kami barisan kepimpinan PMUKM sesi 2009/2010 akan sedaya upaya mengemudikan bahtera kepimpinan ini dengan penuh dedikasi dan semangat yang membara di dalam jiwa sanubari kami. Apa yang kami rencanakan ini bukanlah retorik semata-mata. Namun, perkara yang kami manifestasikan ini adalah satu  usaha yang akan kami dukung selaras dengan hasrat dan misi universiti. Tugas dan amanah yang diberikan ini amat berat tetapi kami yakin dapat memikulnya sekiranya kita dapat bergerak bersama-sama. Kita mungkin tidak dapat melihat hasilnya berbuah dalam tempoh yang singkat, namun dengan berkat usaha dan kekuatan momentum yang ada di dalam barisan kepimpinan PMUKM kali ini, insyaAllah kita dapat merealisasikan segala impian dan harapan yang ingin digapai kerana hari kita hendak “Mengilhamkan Harapan untuk Mencipta Masa Depan”.


Penghargaan

Ucapan terima kasih dirakamkan kepada Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato` Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin  (Naib Canselor UKM), Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Pengetua-pengetua Kolej, Dekan-Dekan Fakulti, pegawai-pegawai HEP, JPPel, PPP dan seluruh warga kampus yang telah memberikan komitmen, sokongan dan kerjasama. Pihak PMUKM  mengharapkan pihak pengurusan universiti  dapat memberikan sokongan dan tunjuk ajar agar PMUKM akan terus maju ke hadapan.

Bersama-sama ini saya akhiri ucapan saya dengan empat rangkap pantun,

Kalau rotan dipanjat benalu
Sekerat disimpan dalam bakul
Kalau beban sudah ke bahu
Berat ringan wajib dipikul

Hendak berlayar ke Pulau Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat.

Jikalau tuan mengangkat peti,
Tolong masukan segala barang
Jikalau kita bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.


Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Bersama kita bersatu, bulatkan niat yang satu, PMUKM sesi 2009/2010 nombor satu.

Sekian, terima kasih.