Monday, March 28, 2011

Boring

Boring betul la UKM sekarang ni!

Monday, February 21, 2011

UNDILAH CALON ASPIRASI ANDA





"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"

Saturday, February 19, 2011

Pengurus KBH ditengking


18 FEB, Kolej Burhanuddin Helmi UKM-Berlaku kekecohan seketika semalam dihadapan foyer KBH apabila pengurus kolej ditengking oleh seorang mahasiswa penyokong Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM). Hal ini berlaku apabila tindakan seorang mahasiswa penyokong GMUKM merekod video rakaman perbualannya dengan pengurus KBH menggunakan telefon bimbit. Pengurus tersebut telah merampas telefon bimbit yang telah digunakan mahasiswa daripada GMUKM kerana merasakan urusan 'privasi'nya diganggu. Selepas telefon bimbitnya dirampas, mahasiswa tersebut terus menengking pengurus itu dengan nada suara yang tinggi seolah-olah menunjukkan dirinya tidak bersalah. Malah ayat yang dikeluarkan daripada mulut mahasiswa itu sangat tidak menunjukkan sebagai seorang mahasiswa UKM. 


"Hormatlah orang sikit, akak tu dah tua", begitulah ayat yang dikeluarkan oleh mahasiswa itu. Anda fikir-fikirkanlah terhadap ayat yang telah dikeluarkan mahasiswa tersebut. Anda semua lebih layak menilai.


"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUL RASUL


Assalamualaikum w.b.t

Kami dari pihak Aspirasi mengucapkan salam Maulidul Rasul kepada semua warga kampus UKM khususnya yang beragama ISLAM. Sempena sambutan Maulidul Rasul yang kita sambut pada setiap tahun pada 12 Rabiulawal yang merupakan kelahiran Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Kita bukan sahaja perlu mengingati Rasulullah pada sambutan Maulidul Rasul, malah pada setiap masa kita perlu mengingati Baginda. Hal ini kerana perjuangan Baginda amatlah besar dan kekal sehingga hari ini. Oleh yang demikian cara yang mudah untuk mengingati baginda dengan berselawat keatas Nabi pada setiap masa.

Sabda Nabi S.A.W


"Dimana sahaja kamu berada maka berselawatlah kepadaku, kerana selawat mu itu akan sampai kepadaku."( Riwayat At Thabrani dari Husain Bin Ali R.A )

Cara lain untuk mengingati Rasulullah ialah dengan melakukan sunnah-sunnah Baginda. Sebagai contoh ialah dengan memakai serban, berzikir, setiap perbuatan dimulakan dengan anggota sebelah kanan, mulakan setiap perkara dengan bacaan Bismillah, bersugi dan banyak lagi.

Akhir kata, seringkali kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum apabila dibenci, tetap tenang apabila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Tetapi kenapa kita mudah membenci apabila dikasari, mudah putus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami dan mudah terguris apabila dilukai ? Ayuh kita tarbiah diri agar segala yang indah menghiasi peribadi kerana qudwah adalah Nabi, itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Monday, February 14, 2011

PERJUANGAN ITU MESTI TERUS, KEBAJIKAN MAHASISWA SENTIASA DIDAHULUKAN

Pada 10 Februari 2011,Khamis - Satu Memorandum Gesaan Pelaksaan Dasar Presiden PMUKM sesi 2009/2010 mengenai isu kebajikan Pelajar telah di hantar kepada Ybhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Syarifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi melampau atau yang menggangu-gugat keharmonian serta keamanan kampus.

Berikut adalah perkara-perkara utama yang telah diketengahkan untuk perhatian Ybhg. Prof Tan Sri dan Pengurusan Tertinggi Universiti:
  • Masalah gangguan bekalan air yang membebankan mahasiswa
  • Masalah gangguan terhadap capaian JARING yang semakin lemah
  • Keadaan jalan raya yang kurang memuaskan di UKM
  • Yuran yang tidak jelas
  • Dan isu-isu lain mengenai hal ehwal kebajikan mahasiswa ( kecurian,kemudahan sukan, harga makanan di kafeteria kolej)
Usaha ini telah mendapat sambutan baik Ybhg Prof. Tan Sri dan Pengurusan Tertinggi Universiti dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.


sumber daripada http://pmukm09-10.blogspot.com
" MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"

Valentine's Day





Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tidak lain dan tidak bukan , setiap 14 FEB mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.




Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Oleh itu budaya amalan meraikan Valentine"s Day adalah dilarang sama sekali oleh Agama Islam. Ini adalah kerana sambutan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan  sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.


"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar.


"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Saturday, February 12, 2011

Kafetaria KPZ

Kesinambungan daripada isu kafetaria Kolej Pendeta Za'ba(KPZ), JAKSA KPZ sesi 2010/2011 telah membuat satu memorandum bantahan terhadap sistem kafetaria yang sedia di KPZ kepada pihak Kausar Corp.



Selepas JAKSA KPZ menghantar memorandum bantahan terhadap sistem kafetaria di KPZ itu, hasil perbincangan diantara JAKSA KPZ dan PMUKM sesi 2009/2010 telah mengusulkan satu kertas cadangan berkenaan dengan penyelesaiaan kafetaria KPZ kepada pihak universiti.


Ekoran dengan itu, permasalahan ini dapat diselesaikan melalui cadangan dengan membenarkan peniaga luar dan pelajar untuk membuka tapak perniagaan makanan dan minuman di KPZ. Hal ini juga dapat memudahkan penghuni KPZ membeli makanan dan berurus niaga tanpa menghadapi apa-apa kesulitan dan masalah.


Kami dari pihak Aspirasi menyokong penuh terhadap tindakan yang diambil oleh JAKSA KPZ dan pihak PMUKM dalam menangani masalah ini serta mengambil berat tentang kebajikan mahasiswa terutamanya penghuni KPZ,"Pewaris Keunggulan Pendeta Za'ba".

"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Wednesday, February 9, 2011

Chaiyok Chaiyok Zaaba!!



Masalah pengurusan  kafetaria di Kolej Pendeta Zaaba(KPZ) masih lagi belum selesai dan terdapat dan banyak rungutan dari pelajar KPZ sendiri tentang pengurusan kafetaria yang tidak teratur. Masalah ini telah dibawa dan dibangkitkan pada pihak atasan sejak dari kepimpinan jaksa KPZ sesi 2008/2009 tentang masalah pengurusan kafetaria yang dialami. Isu bermula dari pembatalan kotrak tender gerai-gerai kecil yang menjual makanan. Pihak Kausar Corp. pada masa itu ingin mewujudkan sistem baru dalam penjualan makanan iaitu dengan menggunakan sistem 'kupon'. Hal ini menyebabkan timbul ketidakpuashatian pelajar-pelajar KPZ dengan sistem yang ingin diwujudkan itu kerana lebih membebankan pelajar. Memorandum bantahan telah dihantar pada pihak atasan bagi menolak cadangan yang telah ingin diperkenalkan pada pihak Kautsar dan akhirnya sistem kupon berkenaan tidak jadi dilaksanakan.

Selepas penamatan kotrak tender gerai-gerai kecil pihak Kausar telah mengambil alih gerai-gerai kecil tersebut. Tetapi masalah yang dihadapi pelajar-pelajar tentang pengurusan kafetaria yang di uruskan oleh pihak Kausar tidak menepati citarasa pelajar-pelajar. Sebagai contoh tidak terdapat pelbagai aneka pilihan makanan, harga yang tidak berpatutan, perkhidmatan yang lambat dan tidak sistematik, kebersihan persekitaran kafetaria yang tidak dijaga dan peniaga kafetaria yang tidak mesra dengan pelanggan.

Menurut seorang penghuni KPZ, pada masa sebelum ditamatkan kontrak tender gerai-gerai kecil itu, pelajar-pelajar KPZ tidak mempunyai apa-apa masalah tentang pembelian makanan malah pengurusannya sistematik yang memudahkan pelajar. dan terdapat pelbagai aneka pilihan makanan yang disajikan.

Permasalahan ini telah menambahkan lagi kerumitan pelajar-pelajar KPZ terutamanya yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa membeli makanan di kafetaria yang telah disediakan oleh pihak Kausar. Oleh yang demikian terdapat memorandum bantahan sistem kafetaria yang sedia ada di KPZ dan cadangan penyelesaian masalah kafeteria di KPZ.

"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Tuesday, February 8, 2011

BUKAN salah ASPIRASI

Kebelakangan ini, segelintir pihak ketandusan isu telah mengutarakan sebuah isu yang agak sempit dan tidak seharusnya dimainkan. Isu mak cik Sally, seorang peniaga di Kolej Ibrahim Yaakub yang telah ditamatkan kontraknya. Menjadi persoalannya, sesetengah pihak telah menganggap pihak Aspirasilah yang menjadi penyebab kontrak mak cik Sally diberhentikan.


Menjawab isu ini, pihak Aspirasi tampil bagi menerangkan isu sebenar yang cuba diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab.

 



Jika kita teliti surat yang dikeluarkan oleh bendahari, tidak timbul isu penamatan kontrak secara sengaja telah berlaku. Ini kerana kontrak mak cik Sally sememangnya berakhir pada 31 disember yang lepas dan tidak lagi diperbaharui oleh bendahari. Terang lagi bersuluh, pemikiran politik sempit sesetengah pihak yang jelas sudah ketandusan isu secara sengaja meletakkan kesalahan dibahu pihak Aspirasi.







Dakwaan yang menyatakan bahawa masa yang diberikan kepada mak cik Sally tidak mencukupi atau dakwaan segelintir pihak yang menyatakan mak cik Sally diberikan masa hanya 10 hari adalah tidak benar sekali. Ini kerana kontrak mak cik Sally bermula 1 Januari 2009 dan berakhir 31 Disember 2010 dan surat bendahari telah dikeluarkan pada 18 Januari 2011 meminta mengosongkan premis sehingga 3 Februari 2011.
Ini bermakna mak cik Sally telah diberi masa selama lebih sebulan untuk mengosongkan premis berkenaan.

Bagi pihak Aspirasi, kami melihat tidak wujudnya unsur penindasan terhadap mak cik Sally kerana masa sebulan yang diberikan dirasakan cukup lama untuk mengosongkan premis tersebut. Selain itu juga, tiada isu seperti yang didakwa oleh segelintir pihak yang menyatakan Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub menjadi  dalang disebalik penamatan kontrak. Hal ini kerana kontrak yang wujud sememangnya berakhir 31 Disember 2010 seperti yang dipersetujui oleh mak cik Sally dan Bendahari UKM.

Justeru itu pihak Aspirasi mengharapkan agar isu ini tidak lagi dipolitikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih simpati warga UKM. Pihak Aspirasi juga berdoa agar perniagaan mak cik Sally di tempat baru lebih maju dan diberkati oleh-Nya. Akhir kata, kurangkan kontroversi tingkatkan pretasi.




Thursday, January 27, 2011

HAPPY HOLIDAY!!!! (selamat pulang dan selamat kembali ke UKM)



Salam Aspirasi!! Kami mengucapkan selamat bercuti dan balik ke kampung halaman kepada semua warga kampus UKM terutamanya kepada mahasiwa/wi berbangsa cina yang akan menyambut sambutan Tahun Baru Cina. Semoga masa cuti yang terluang diisi dengan perkara dan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kepada rakan-rakan yang akan menghadapi ujian pertengahan semester selepas cuti semoga membuat persediaan yang sewajarnya sebelum menghadapi peperiksaan.


Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung halaman dengan menaiki kenderaan sendiri, semoga pandu dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang. Pastikan juga kenderaan dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan.


Rangkalah perjalanan pulang dan kembali anda dengan sebaik mungkin.Akhir kata, selamat pulang dan selamat kembali...

"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Tuesday, January 25, 2011

ISU MAK CIK SALLY USAH DIPOLITIKKAN



Mak cik Sally ataupun Mak cik Salmah merupakan pengusaha kedai yang telah berniaga di Kolej Ibrahim Yaakub selama 11 tahun. Namun baru-baru ini, Kolej Ibrahim Yaakub dikejutkan apabila kontrak Mak Cik Sally telah ditamaatkan.  

Penamatan kontrak tersebut telah menjadi isu utama. Isu ini menjadi semakin panas apabila NADI mengulas isu tersebut dengan mengatakan bahawa punca penamatan kontrak adalah disebabkan laoran yang dibuat oleh Aspirasi KIY mengatakan bahawa Kedai tersebut menjadi ”PORT’’ bagi GMUKM dan menyalurkan wang ke GMUKM. Tuduhan liar ini menunjukkan bahawa NADI UKM cuba untuk mempolitkkan isu tersebut.  Dalam hal ini dapat dilihat NADI UKM cuba untuk memburuk-burukkan pentadbiran kolej, Jaksa dan Kelab Aspirasi yang dikatakan berkomplot untuk mengusir Mak Cik Sally tanpa mengemukakan sebarang bukti yang sah. 

Dalam Hal ini, Aspirasi Menyeru agar Mahasiswa berfikir matang dengan tidak menerima apa sahaja yang dibawa berita yang dibawa bagi mengelakkan timbulnya Fitnah. Pihak Aspirasi juga bersimpati dengan penamatan kontrak mak cik saly dan berharap mak cik sally dapat meneruskan perniagaannya ditempat yang baru.

Monday, January 24, 2011

Gong Xi....Gong Xi....



Tahniah diucapkan kepada Chinese Community students Committee (CCC) Kolej Pendeta Za'ba yang telah menganjurkan Pesta Ang-Pau di dataran Dinamis Kolej Pendeta Za'ba pada 23 Januari 2011. Pelbagai aktiviti dan acara telah dilakukan seperti persembahan dari pelajar dan pertandingan. Sambutan yang begitu hangat dari pelajar-pelajar UKM yang hadir ke Pesta Ang-Pau itu.


Terdapat juga gerai-gerai jualan kecil yang menjual makanan dan cenderamata. Kemeriahan Pesta Ang-Pau itu jelas kelihatan dari semua pengunjung yang hadir terutama pelajar-pelajar berbangsa cina UKM yang akan menyambut sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Pesta Ang-Pau itu diakhiri dengan percikan bunga api.


Kami pihak ASPIRASI mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua warga UKM yang berbangsa cina.




GONG XI FA CHAI....!!!!!!!!!   


'Mahasiswa Tunjang ASPIRASI Universiti'

ASPIRASI UKM FC MENJUARAI FUTSAL KOLEJ KEDIAMAN..!!!


Tanggal 22 Jan 2011 pasukan futsal ASPIRASI  UKM FC telah menyertai kejuaraan futsal anjuran Majlis Eksekutif Festival Kajai (MEFEK) bertempat di gelanggang futsal UKM. Sebelum ini pasukan futsal ASPIRASI FC UKM telah menyertai kejohanan futsal Pesta Sukan Fakulti tetapi hanya mara sehingga peringkat suku akhir. Di dalam kejohanan futsal MEFEK seramai 23 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dan aspirasi telah diletakkan di dalam kumpulan A yang terdiri daripada pasukan SUKRES,KAJAI dan LAST AIRBENDER.

aksi para pemain ASPIRASI FC

Pasukan ASPIRASI bertungkus lumus sehingga ke peringkat final dan bertembung dengan pasukan PUTRA FC. Perlawanan yang sengit itu berakhir dengan kemenangan berpihak pada pasukan ASPIRASI dengan jaringan 2 gol berbalas 1.

Seperti yang sedia maklum , melalui sukan kita boleh mengasah bakat kepimpinan dan juga semangat berpasukan. Aspirasi bukan saja cakna di dalam kebajikan mahasiswa bahkan juga turut aktif berkecimpung di dalam arena kesukanan.

KREDIT UNTUK PASUKAN ASPIRASI FC....!!!

'MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI'

Sunday, January 23, 2011

Karnival Sukan Anak Johor IPTA

Saturday, January 22, 2011

Fiesta Kesenian ke-11 anjuran Perwakilan Agama Hindu

Thursday, January 20, 2011

Festival Mefek dan ABC Carnival




Salam Aspirasi, dengan kesempatan ini kami dari pihak aspirasi mengalu-alukan kedatangan semua penghuni di UKM agar memeriahkan hari keluarga kolej Rahim Kajai dan Aminuddin Baki yang akan berlangsung bermula 20 Jan hingga 23 Jan 2011. Kami berharap segala perjalanan program berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.


Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti

Selamat Hari Thaipusam!


Hari ini, sahabat-sahabat kita yang beragama Hindu bakal menyambut perayaan Thaipusam. Bagi kebanyakan daripada sahabat-sahabat kita yang menyambut perayaan ini, persiapan mereka bermula dua hari lebih awal dengan bersembahyang dan berpuasa. Seperti yang kita lihat pada Hari Thaipusam saban tahun, terdapat pelbagai cara penganut Hindu menunaikan nazar atau menebus dosa. Antara bentuk-bentuk nazar yang lazim dilakukan adalah membawa susu yang berwarna putih dan dijunjung di atas kepala. Bagi yang ingin diampunkan dosa, kavadi akan dibawa atau dijunjung juga di atas kepala. Tempat tumpuan utama yang sinonim bagi sambutan ini adalah di Batu Caves, Selangor.

kavadi

membawa susu


"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Wednesday, January 19, 2011

mesej BERAHI...


    Teknologi adalah untuk kemudahan dan sepatutnya digunakan ke atas kebaikan sebaliknya acapkali disalahguna oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan yang sama sekali tidak mencerminkan sikap mahasiswa ini sedikit sebanyak menggangu dan menggugat keamanan kampus.

    Sepanjang minggu ini, beberapa ahli Aspirasi telah menghadapi gangguan siber berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang berunsur lucah. Mangsa kebanyakkannya telah diumpan dengan mesej ringkas yang bertujuan untuk berkenalan. Mangsa yang pada mulanya bersangka baik diatas perkenan itu menyahut tanpa syak wasangka namun lama-kelamaan mesej yang dihantar bertukar kepada mesej berahi.

    Penghantar yang menggunakan pelbagai nama semakin berani dengan menghantar mesej yang menjengkelkan tanpa segan silu. Apabila tidak dilayan, penghantar mesej yang tidak dikenali ini secara terus menerus menggangu mangsa dan lebih teruk gangguan ini berlaku pada awal pagi di antara jam 1 pagi hingga 3 pagi. Hal sedemikian amat merunsingkan mangsa-mangsa yang merasakan privasi mereka telah diganggu dan ini boleh menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.

BELAJAR LEBIH BAIK...

Tok...Tok...Tok...(tingkap diketuk)



Pada 11/1/2011, pihak kami telah mendapat aduan daripada seorang penghuni Kolej Dato' Onn dengan gangguan orang yang tidak dikenali. Menurut mangsa, beliau telah diganggu dengan kata-kata ugutan dan tingkap bilik diketuk-ketuk. mangsa juga yang merupakan pelajar tahun akhir dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Ketika itu mangsa berseorangan didalam bilik beliau. Tragedi itu berlaku lebih kurang pada pukul 2.30 pagi.


       Dinasihatkan kepada rakan-rakan, jika berlaku lagi perkara sebegini, diminta supaya menghubungi felo-felo kolej atau JAKSA dan melaporkannya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.


Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti

Selamat Datang Adik-Adik


        Ucapan SELAMAT DATANG diucapkan kepada adik-adik Permata Pintar ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendaftaran masuk telah dijalankan pada 17 Januari 2011 di Kolej Pendeta Zaa'ba. Kami dari pihak Aspirasi mengucapkan semoga berjaya dan sukses dalam pembelajaran di UKM. Semoga sesi pembelajaran di UKM dapat memberi semangat, motivasi dan dorongan kepada adik-adik untuk berjaya dalam kehidupan.


Akhir kata dari kami,"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti".


Selamat Datang Permata Pintar Negara!!

HARIMAU MALAYA SINGGAH UKM



Salam Aspirasi, bagi peminat-peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya yang telah memenangi Piala AFF Suzuki baru-baru ini, jangan lepaskan peluang bergambar dan sesi autograf bersama-bersama pemain Harimau Malaya. JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!




TARIKH: 19 JANUARI 2011
MASA: 12.00 P.M - 2.00 P.M
TEMPAT: PUSANIKA,UKM


PEMAIN YANG HADIR:
1) Mohd Razman Roslan
2) Mohd Asaruddin Putra B. Omar
3) Safiq B. Rahim
4) Mohd Amirulhadi B. Zainal
5)Mohd. Safee Mohd Sali





p/s; sebrg perubahan akan dimaklumkan segera.
Maklumkan pada kawan-kawan

UPDATE!!! 
Event ini juga bertujuan utk mmberi sokongan kpd pasukan BOLA SEPAK UKM. Seperti yang kita tahu pada semester lepas pasukan bola sepak UKM telah berjaya mendapat naib johan bagi PIALA IPT dan ini melayakkan mereka utk masuk mengikuti PIALA FAM namun hal ini tidak mendapat sokongan dari pihak tertentu. Oleh itu, marilah sokong pasukan bola sepak negara seterusnya menyokong segala penat lelah pasukan bola sepak UKM...





"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"





Monday, January 17, 2011

Dulu "haiwan", sekarang "manusia"


Kolej Rahim Kajai GEMPAR dengan berlakunya kes kecurian laptop di kolej kediaman. Kes-kes sebegini kerap berlaku di kolej-kolej kediaman sekiranya para pelajar tidak berhati-hati dalam menjaga barangan berharga masing-masing. 


Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh para pelajar



  •  Menyimpan laptop ditempat yang selamat seperti di bilik dan mengunci dengan baik
  •  Sentiasa berwaspada dengan pendatang luar yang datang ke kolej kediaman
  • Jangan biarkan laptop anda di dalam bilik tanpa pengawasan orang yang dipercayai



Selain daripada langkah-langkah di atas, semua pihak harus sama bekerjasama dan berganding bahu bukan sahaja bagi mengelakkan kecurian laptop, tapi juga harta benda berharga di kolej-kolej kediaman.


"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Saturday, January 15, 2011

Aduan PMUKM bagi pihak MAHASISWA kepada WISMA AMAN

Salam Aspirasi UKM




Jumaat, 14.01.2011 : Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM telah bersemuka dengan Pihak Wisma Aman UKM untuk menyampaikan beberapa isu bagi tindakan pihak keselamatan. PMUKM yang diwakili oleh Presiden, saudara Mohd Hamzah Bin Zainul Abidin telah memaklumkan beberapa isu yang  berkaitan dengan kebajikan mahasiswa UKM disusuli dengan cadangan dari PMUKM sendiri bagi mengatasi isu berkenaan.

1) Isu haiwan liar
Seperti yang kita semua maklum, UKM turut dihuni oleh beberapa spesies haiwan. Namun sejak akhir-akhir ini, kelihatan beberapa haiwan liar seperti khinzir, monyet dan anjing telah semakin berani dan bergerak aktif. PMUKM memandang serius isu ini memandangkan ia berpotensi untuk menyumbang kepada kejadian yang tidak diingini. Berikut merupakan penjelasan dari pihak Wisma Aman :

khinzir ~ pihak keselamatan telah mengupah individu ataupun penembak berlesen untuk menembak babi hutan. satu operasi besar-besaran akan diadakan pada cuti pertengahan semester yang bermula dari 29 Januari-6 Februari ini.

monyet ~ beberapa pagar perangkap monyet telah dipasang oleh pihak keselamatan di kawasan-kawasan strategik berhampiran dengan habitat utama monyet. Setelah ditangkap, monyet yang tertangkap akan dibawa dan dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari UKM.

anjing ~ isu ini telah diambil tindakan pada cuti semester yang lepas. Kesannya dapat dilihat dengan pengurangan aktiviti haiwan ini di seluruh UKM.

2) Isu Kecurian
Untuk kecurian, pihak keselamatan akan meningkatkan rondaan di sekitar ukm, terutamanya dari segi kawalan pintu masuk UKM. Pihak keselamatan akan pertingkan keselamatan untuk tidak membenarkan org luar yg tiada urusan penting dari memasuki ukm.

cadangan dari pihak PMUKM : mencadangkan untuk memasang rantai besi di tempat2 parking motor bagi mengelakkan kecurian dari berlaku.

3) Isu 'Skodeng'
Perkara ini dilaporkan berlaku di kolej-kolej kediaman terutamanya di KTHO dan Aminuddin Baki. Oleh itu, rondaan akan di buat lebih kerap agar kes ini dapat dibendung. Semoga pelakunya juga dapat ditangkap dengan pertambahan rondaan dari pihak keselamatan.

Saudara Rahmad Fauzi Mohd Nasir(FEP/2), yang telah mengiringi Presiden PMUKM ke Wisma Aman berasa lega dengan maklum balas yang telah diberikan oleh pihak keselamatan. Beliau yang juga Setiausaha Kerja PMUKM  berharap agar segala permasalahan yang telah diadukan akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.


'Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti'

Wednesday, January 12, 2011

'Pendatang' KBH dikecam

Salam Aspirasi

Sebagai respon kepada kepada entri kurang menyenangkan tentang 'pendatang baru' di kolej burhan. Boleh baca di sini. Aspirasi UKM telah menemubual beberapa individu yang telah mendepani hal ini beberapa hari sebelum ia dijadikan sentimen politik.

JAKSA Kebajikan Kolej Burhanuddin Helmi telah terlebih dahulu melaporkan perkara ini kepada Ketua Pengawal Wisma Aman, MEJAR (B) HOUSSAINI AB. GHANI. Menurut beliau, pihaknya akan mengabil tindakan secepat mungkin bagi menyelesaikan isu ini yang dilihat berpotensi untuk merebak ke tempat-tempat lain di UKM.

JAKSA Burhanuddin Helmi juga menjelaskan bahawa masalah ini berpunca dari tempat pembuangan sampah yang telah diselerakkan oleh monyet yang kemudiannya menarik perhatian binatang lain seperti anjing dan khinzir untuk mencari makanan. 'Pendatang' ini akan lebih aktif di antara jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi. Pengurus kolej juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini telah diutarakan kepada pihak pentadbiran kolej.

Aspirasi UKM mengucapkan terima kasih kepada JAKSA Kebajikan Kolej Burhanuddin Helmi kerana telah mengambil langkah awal untuk menyelesaikan isu ini. Aspirasi UKM juga menasihatkan kepada para pelajar untuk berhati-hati dan jangan panik sekiranya berdepan dengan 'pendatang' ini.


"Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti"

Thursday, January 6, 2011

Taklimat Ko-kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran

Salam Aspirasi

Kepada semua mahasiswa tahun satu, Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran akan diadakan seperti maklumat berikut :

1) Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna, KTSN


2) Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DECTAR

Taklimat ini akan memberi gambaran mengenai konsep dan perlaksanaan sistem Ko-kurikulum yang baru seliaan Pusat Perkembangan Pelajar, PPP. Sistem ini adalah penambah baikan dari sistem yang lama. Dengan sistem ini, semua mahasiswa tahun satu akan di daftarkan di dalam satu kod HHHC9118 berbanding pendaftaran mengikut landasan yang ternyata merumitkan pergerakkan sistem Ko-kurikulum dan membingungkan kebanyakkan mahasiswa tahun 1 dan 2 semester lepas.


Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri, Timbalan Naib Chanselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa mengakui sistem ini masih lagi terbuka kepada penambah baikan di mana beliau secara individunya ingin mengambil kira pandangan mahasiswa dalam mencari cara perlaksanaan terbaik dalam menilai penglibatan Ko-kurikulum mahasiswa UKM. Beliau sendiri telah mempengerusikan satu perbincangan antara PPP, PMUKM dan JAKSA kolej pada 4 Januari 2011 yang lalu. Aspirasi UKM menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Dato' TNC HAA, semoga ia bermanfaat buat kita semua.

Aspirasi UKM juga gembira dengan konsep sistem yang baru ini dan mengharapkan perlaksanaan sistem dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Kita boleh berbangga kerana Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil langkah inovatif dengan melahirkan sistem Ko-kurikulum yang terbuka dan lebih fleksible untuk kita semua. 

Akhir kata, Aspirasi UKM ingin mengingatkan kepada semua mahasiswa supaya menyalurkan sebarang aduan mahupun cadangan melalui saluran yang betul supaya langkah yang berkesan dapat dihasilkan untuk kepentingan bersama.

"Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti"

Monday, January 3, 2011

Isu Logo PMUKM : Angkara siapa??

Salam Aspirasi..

Baru-baru ini pihak Aspirasi UKM ada mendengar berita kurang enak mengenai penggunaan logo PMUKM secara haram. Jika difikirkan sekali imbas, memang lah tidak begitu serius. Tetapi Aspirasi UKM ingin mahasiswa sedar akan tipu muslihat yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab ini. 

Ini sememangnya satu langkah untuk mengelirukan mahasiswa seterusnya membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapat publisiti murahan. Sepatutnya pihak yang berkenaan tidak boleh sesuka hati menggunakan apa-apa logo rasmi untuk kepentingan sendiri saja. Ini menunjukkan sifat mereka yang tidak menghormati orang lain. Mereka juga sudah pastinya tidak menghormati peraturan universiti dan bertindak sesuka hati mereka untuk kepentingan puak mereka sahaja kerana sebaran yang dibuat ke kolej-kolej kediaman langsung tidak melalui prosedur yang telah ditetapkan. Sememangnya mereka ini layak diberi gelaran Tarzan Undang-Undang Rimba... Ikut suka hati tarzan saje.. 

Lebih membimbangkan juga, Aspirasi UKM juga berpendapat tindakan ini bertujuan untuk memberi imej buruk kepada pimpinan PMUKM yang wujud sekarang supaya pihak-pihak tertentu dapat melobi jawatan-jawatan dalam pimpinan yang akan datang. Semoga barisan pimpinan PMUKM tabah menghadapi dugaan ini  dan mahasiswa tidak tertipu dengan tarzan berkenaan. 

Jangan bimbang, kami bersama anda.. 

"Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti"

Takziah

Salam Aspirasi

2 Januari 2011, Sabak Bernam : Seorang pelajar siswi, Norimanisah Binti Omar telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semalam. Beliau yang merupakan seorang pelajar tahun 3 jurusan komunikasi maklumat (FSSK) dikatakan terlibat dalam perjalanan tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami mengucapkan takziah kepada seisi keluarga dan teman-teman yang mengenali beliau.

Dari sudut pandang Aspirasi UKM, kami menganggap ini sebagai suatu yang merisaukan kerana bilangan kemalangan semakin menjadi-jadi pada sesi kali ini. Lebih membimbangkan lagi kemalangan yang berlaku melibatkan kehilangan nyawa.

Sehubungan dengan itu, Aspirasi UKM ingin mengingatkan kepada seluruh mahasiswa supaya berhati-hati ketika di jalan raya. Terutamanya kepada para penunggang dan pembonceng motosikal yang sangat terdedah kepada risiko terlibat dalam kemalangan. Kepada pelajar siswi, anda sangat dinasihatkan untuk berhati-hati kerana statistik kemalangan kebelakangan ini banyak disumbangkan oleh golongan siswi.

Akhir kata, Aspirasi UKM sekali lagi ingin menegaskan betapa pentingnya berhati-hati di jalan raya. Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua.