Thursday, December 31, 2009

KIOSK MASAKAN ALA CINA DI UKM (Manifesto Yang Direalitikan)


Kiosk masakan ala Cina di FSSK
(Manifesto MPP Aspirasi 2008/2009)


Sampai beratur untuk membeli makanan...
Tak kira Melayu atau Cina.. Baru 1Malaysia :-)


Tahniah PMUKM Sesi 2008/2009 :
Hadiah khusus untuk pelajar Cina di UKM



Assalamualaikum,

Alhamdulillah... Merafatkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana sekali lagi telah membantu perjuangan PMUKM Sesi 2008/2009 untuk mewujudkan sebuah kiosk makanan ala Cina di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ianya bermula apabila beberapa Exco PMUKM berbangsa Cina yang terdiri daripada Huan Chin Guan (Naib Presiden PMUKM), Lim Hooi Shan, Low Weng Wai, Juin Onn dan Lim Yang Chao mencadangkan kepada Tuan Presiden PMUKM (Mohamad Nasir Nazri) dan Timbalan Presiden PMUKM (Sarfarizmal Saad) untuk menubuhkan sebuah kiosk masakan ala Cina di kampus UKM. Cadangan ini dikemukakan pada penghujung bulan April 2009 lalu.

Setelah mengamati dan meneliti cadangan ini, maka Tuan Presiden PMUKM bersama-sama Timbalannya telah membawa perkara ini terus ke YBhg. Dato' Timbalan Naib Canselor HEPA UKM dan pihak Bendahari UKM. Hasil perbincangan tiga hala antara PMUKM, Bendahari UKM dan Dato' TNC HEPA, maka perbincangan tersebut bersetuju sebulat suara membenarkan kiosk makanan ala Cina itu dalam kampus UKM dengan syarat mestilah diuruskan oleh Cina Muslim.

Perbincangan antara tiga hala yang berlaku kira-kira awal Mei 2009 itu telah membuahkan hasilnya sekarang. Dengan kerja keras dan semangat keaspirasian antara exco-exco PMUKM yang terlibat, maka sekarang tertubuhlah sebuah kiosk makanan/masakan ala Cina di dalam kampus UKM. Kiosk tersebut kini beroperasi di Aras Bawah, Blok G, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Yang membanggakan lagi ialah, kiosk tersebut kini bukan sahaja penuh dengan para pelajar berbangsa Cina, malah turut mendapat kunjungan daripada para pelajar berbangsa Melayu dan India. Pihak PMUKM Sesi 2008/2009 amat berterima kasih kepada seluruh pelajar UKM kerana keprihatinan dan sokongan terhadap segala usaha dan projek daripada PMUKM seperti ini.

Pihak PMUKM juga ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada YBhg. Dato' TNC HEPA, Bendahari UKM, Kedekanan FSSK dan semua yang terlibat dalam usaha menubuhkan kiosk makanan/masakan ala Cina di FSSK ini. Alhamdulillah, sekarang manifesto utama perjuangan MPP Aspirasi UKM telah berjaya direalisasikan. Ini membuktikan MPP Aspirasi berjuang dan bekerja sedaya upaya menjadikan setiap manifesto mereka akan menjadi kenyataan dan bukan hanya JANJI KOSONG semata-mata.

1Malaysia, 1Aspirasi...


ASPIRASI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Sunday, December 27, 2009

Masalah kenaikan yuran Kolej Pendeta Za’ba

Assalamualaikum...... Salam aspirasi.

Semester 2 sesi 2009/2010 telah bermula seminggu yang lalu. Perkara pertama yang akan bermain-main di benak mahasiswa mahasiswa di UKM mahupun di IPTA yang lain adalah yuran yang wajib dibayar pada setiap permulaan semester baru.

Baru-baru ini pihak Aspirasi telah menerima aduan mengenai kenaikan yuran penginapan kolej daripada beberapa penghuni Kolej Pendeta Za’ba.  Perkara pertama yang harus difahami oleh setiap mahasiswa KPZ adalah kolej ini ditadbir oleh syarikat Al-kauthar. Syarikat ini adalah syarikat swasta dan semestinya mereka mementingkan keuntungan.

Justeru itu, pihak Aspirasi telah mengambil inisiatif untuk membawa dan melontarkan isu ini ke pihak atasan. Sehubungan dengan itu,  pada 23 Disember 2009 (Rabu), jentera tertinggi Aspirasi UKM telah berjumpa dengan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk membincangkan isu ini.

Merujuk kepada Y.Bhg. Dato’, pihak UKM telah bermesyuarat bersama pihak Al-Kauthar (pemilik Kolej Pendeta Za’ba) beberapa kali tentang hal ini. Pihak UKM juga ada membuat rundingan untuk membeli KPZ daripada syarikat Al-Kauthar, tetapi pihak mereka meletakkan harga yang tinggi dan UKM tidak mampu untuk menampung kos pembelian tersebut. Oleh itu, pihak UKM akan membawa isu ini ke KPT untuk meminta pendapat mereka, berkemungkinan pihak KPT dapat memberi subsidi kepada UKM atau membeli terus KPZ dari syarikat Al-Kauthar.

Terima kasih kepada yang memberi aduan, pihak Aspirasi UKM akan berterusan menyambut baik aduan-aduan seumpama ini untuk kebaikan mahasiswa bersama. Sekian, salam aspirasi...

KESELAMATAN PELAJAR PERLU DIJAGA



keadaan lubang @ rekahan yang semakin besar dan dalam


Tapak ini merupakan tapak bekas tanah runtuh dan sekarang mula retak kembali


Penduduk KIY yang ditemui amat risau akan hal ini


JAKSA KIY telah memandang serius perkara ini dan PMUKM juga akan terus memastikan pelajar terbela















Mesyuarat bulanan KPT

Assalamualaikum dan salam aspirasi...

Pada 15 Disember 2009 (Selasa), pihak Aspirasi UKM telah berkunjung ke Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) untuk menghadiri mesyuarat bulanan KPT. Ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik diantara KPT dan pihak Aspirasi UKM.


Pada hari tersebut, Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan buku panduan penyelarasan pemberian jam kredit kokurikulum untuk institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini. Buku ini perlu diterbitkan memandangkan terdapat kursus yang sama antara IPT tetapi pelajar-pelajar memperoleh jam kredit yang berbeza antara pusat pengajian tinggi masing-masing. Ini menunjukkan bahawa KPT mementingkan kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum seperti mana dalam bidang akademik. Ia juga memberi kelebihan kepada mahasiswa dalam meningkatkan keboleh pasaran graduan di peringkat global.


Hubungan baik antara Aspirasi UKM dan KPT diharap dapat memberi lebih banyak kerjasama antara kedua pihak bagi memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi UKM.

ASPIRASI UKM LEBIH MELUAS




TWITTER RASMI ASPIRASI UKM DI :





E-MEL RASMI ASPIRASI UKM DI :

aspirasiukm@gmail.com




GROUP FACEBOOK RASMI ASPIRASI UKM DI :

'ASPIRASI UKM' @ aspirasiukm@gmail.com





BLOG RASMI ASPIRASI UKM DI :






Teruskan perjuangan anda semua dengan semangat dan slogan baru

"1MALAYSIA, 1ASPIRASI"

Monday, November 16, 2009

KONVENSYEN PENCEGAHAN RASUAH DAN PEMERKASAAN INTEGRITI MAHASISWA IPT 2009

Assalamualaikum.

Salam Aspirasi..

Untuk pengetahuan pengunjung blog ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menganjurkan Konvensyen Pencegahan Rasuah Dan Pemerkasaan Integriti Mahasiswa IPT 2009 bertempat di Panggung Seni, UKM Bangi. Konvensyen ini berlangsung dari 16 November hingga 18 November dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Integriti Malaysia, dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvensyen ini melibatkan semua IPTA seluruh Malaysia dan beberapa IPTS.

Kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan termasuklah:

PEMERKASAAN INTEGRITI DI KALANGAN MAHASISWA : ISU DAN CABARAN
oleh : Y. Brs. Tuan Mohd. Nizam bin Mohd. Ali, Pengarah Sektor Swasta, IIM.

NILAI DAN ETIKA KEMAHASISWAAN
oleh : Y. Bhg. Dato' Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong, IKMAS, UKM.

INTEGRITI ASAS PEMBINAAN TAMADUN
oleh : Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Yusof bin Haji Othman

PENCEGAHAN RASUAH DAN PEMERKASAAN INTEGRITI DARI PERSPEKTIF PELAJAR
oleh : En. Mohd. Nasir bin Mohd Nazri, Presiden PMUKM.

PENGUATKUASAAN PENCEGAHAN RASUAH : ISU DAN CABARAN
oleh : Y. Brs. TPj Mohamad Yusoff bin Akope, SPRM.

PERANAN GENERAASI MUDA DALAM PENCEGAHAN RASUAH DAN PEMERKASAAN INTEGRITI
oleh : Y. Bhg. Prof. Mada Dr. Ahmad Nidzammudin bin Sulaiman, UKM.

PEMBUDAYAAN INTEGRITI : HARAPAN KEPADA GENERASI MUDA
oleh : Y. Bhg. Tn. Haji Anis Yusal bin Yusof, UKM.

Dengan bermisikan untuk menghapuskan jenayah rasuah, penyalagunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia serta mengukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran melalui program pembangunan sumber manusia secara terancang dan berterusan. Insyallah dengan berlangsungnya konvensyen ini dapat menyedarkan mahasiswa tentang kepentingan memiliki integriti yang utuh, kita juga patut berbangga kerana salah satu pembentangan akan dibuat oleh saudara presiden PMUKM kita.

Wasalam~

Sunday, November 8, 2009

LAPTOP



salam Aspirasi..

kes kehilangan laptop memang banyak berlaku di UKM pada waktu ini. tapi perlukah kita menuding Jari kepada pihak tertentu menyalahakan pihak tertentu akibat kelalaian kita sendiri. jika kita lihat pada blog GMUKM pada 5 november lalu mengenai kehilangan laptop seorang pelajar FPI, GMUKM melalu MPP nya iaitu Saudara Affandi bin Abd Rahman telah mempersoalkan kewujudan Biro Kebajikan dalam kes ini. mengapa yang harus dipersalahkan adalah Biro kebajikan adakah tugas Biro kebajikan adalah menjadi pengawal keselamatan untuk semua pelajar di kolej. sikap menuding jari GMUKM memang kerapkali berlaku sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai jalan penyelesaian bila berlaku kejadian kecurian, mereka hanya akan menulis di blog mereka sendiri sahaja untuk menunjukkan kesalahan pihak lain. Dalam hal ini Semua pihak haruslah bekerjasama untuk membanteras kes kecurian ini daripada terus berleluasa.. kepada pelajar yang kehilangan laptop anda boleh melaporkannya kepada unit kebajikan UKM.

Tuesday, October 27, 2009

EVENT 28 OCTOBER 2009

MOU SIGNING CEREMONY AMONG UKM & THE HARVARD UNIVERSITY ASIA CENTER & LAM KIN-CHUNG MORNING SUN CHARITY FUND
&
"HARVARD EZRA F. VOGEL MALAYSIA/SINGAPORE INITIATIVE PUBLIC LECTURE SERIES"


''The idea of Asia in modern history'' public lecture series by Prof.Sugata Bose (Harvard Univ)

Time:2.00 pm
Venue:Senate Meeting Room 5th Floor Chancellory UKM

Sunday, October 25, 2009

BAJET 2010 RAKYAT DI DAHULUKAN MAHASISWA DIUTAMAKAN

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.


15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Saturday, October 24, 2009



Salam 1 Sahabat 1 Malaysia. Isnin hadapan bermulanya musim peperiksaan bagi semester ini. Sehubungan itu, masing-masing memasang nawaitu yang sama iaitu ingin cemerlang dalam pelajaran. Setiap individu akan mengorak langkah untuk mengulangkaji dengan sebaik-baik mungkin bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang nanti.Bagi yang beragama Islam jangan lupa untuk berusaha,berdoa, dan bertawakal kepada yang Maha Esa.Bahawasanya tuhan akan memberikan ganjaran yang setimpal di atas segala usaha dan titik peluh sewaktu kita menuntut ilmu dan mengulangkaji pelajaran.

Justeru, Aspirasi UKM ingin mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada seluruh pelajar UKM. SELAMAT MAJU JAYA.

1MALAYSIA 1 ASPIRASI

selaras dengan pelancaran Logo baru Aspirasi disini kepimpinan baru Aspirasi ingin menyatakan sekali lagi prinsip dan perjuangan Aspirasi kepada semua warga UKM





PENGENALAN

Aspirasi bertanggungjawab mewujudkan masyarakat universiti yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah serta memupuk semangat bersatu padu antara semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Aspirasi ini berperanan penting dalam usaha menyemai rasa cintakan universiti ke arah merealisasikan aspirasi universiti tidak kira di peringkat kolej, universiti, mahupun di peringkat yang lebih tinggi.

VISI

Memupuk semangat kepimpinan dengan menghayati nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai perpaduan kaum secara universal dan terbuka di kalangan mahasiswa

MISI

Melahirkan mahasiswa beridentiti, berkemahiran dan berketrampilan berasaskan perpaduan sejagat dengan mengembangkan budaya “Bersama Ke Arah Kecemerlangan”

ASAS PENUBUHAN

Untuk menjadi satu medium pengantara universiti dan mahasiswa.

Cetusan idea daripada Naib Canselor sendiri iaitu Dato’ Mohd Salleh B Mohd Yasin yang ingin satu badan mahasiswa yang dapat memenuhi aspirasi dan citra universiti

Bersama-sama mewujudkan mahasiswa yang selaras dengan aspirasi universiti dan dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti anjuran universiti

Mengiktiraf serta memberi penghargaan kepada mahasiswa yang aktif di kolej bagi bersama-sama membantu membangunkan mahasiswa supaya keterampilan individu tersebut dapat diketengahkan.

DASAR

Mendokong aspirasi universiti bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdaya saing.

Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kesedaran sivik kepada mahasiswa sebagai benteng dalaman dan jati diri yang kukuh.

Membentuk semangat perpaduan tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.

Membantu ke arah pembangunan mahasiswa melalui program-program universiti.

Menentang idealisme-idealisme yang berfikiran sempit bagi memelihara keharmonian masyarakat kampus.

Memupuk hubungan dan kerjasama yang erat di kalangan mahasiswa dengan pihak pengurusan kolej, fakulti, dan universiti.

Memastikan imej graduan terpelihara daripada persepsi negatif masyarakat luar kampus.


PERJUANGAN ASPIRASI

Membina masyarakat kampus yang harmoni selaras aspirasi universiti dengan menerapkan dasar seperti di atas.

Tidak mencampuri urusan yang tidak memberi kepentingan kepada mahasiswa sebaliknya lebih menumpukan terhadap membentuk mahasiswa cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Bersama-sama universiti di dalam apa jua keadaan dan membawa imej yang baik kepada masyarakat luar




Wednesday, October 14, 2009

PELANCARAN LOGO URUSETIA ASPIRASI DAN PELANCARAN SAHABAT 1 MALAYSIA


Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera diucapkan. Urusetia ASPIRASI kini akan berwajah baru dengan pelancaran logo ASPIRASI yang baru dengan persetujuan sebulat suara dari semua kolej di UKM. ASPIRASI juga mendokong hasrat Perdana Menteri kita sekarang iaitu YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan semangat 1 MALAYSIA iaitu menjadi SAHABAT 1 MALAYSIA yang akan dilancarkan bersama-sama logo ASPIRASI. Dengan ini saya selaku wakil ingin menjemput saudara/saudari dari pihak ASPIRASI untuk sama-sama hadir memeriahkan sempena pelancaran program ini.

TARIKH : 18 OCT 2009
TEMPAT : PANGGUNG SENI
MASA : 8.00 MALAM


TENTATIF PROGRAM

8.00 pm : Ketibaan Pelajar
8.15 pm : Ketibaan Pegawai UKM
8.20 pm : Ketibaan Pegawai Seranta
: Nyanyian Lagu Negaraku,Varsiti
: Bacaan Doa
8.40 pm : Ucapan Presiden Aspirasi
8.50 pm : Ucapan Wakil PMUKM
9.00 pm : Ucapan Perasmi
: Gimik Perasmian
9.30 pm : Tayangan Multimedia
9.35 pm : Penyerahan Tabung Kemanusiaan
9.50 pm : Penyerahan Buku 1 Malaysia
10.00pm : Jamuan
: Majlis Bersurai

Wednesday, September 16, 2009


Salam Aspirasi..

Hari ini hari Rabu..

Dah ramai mula nak balik dah nampaknya..

Agaknya ponteng kelas la tu..

Xpe2 raya punya pasal semua pun boleh kan??

Ada juga yang tinggal jauh nun di sabah dan sarawak yang x balik..

Kesian diorang..

Bagi yang bercadang balik harini esok ke atau rasa2 paling last balik jumaat kan?

Pulanglah dengan selamat dan beretika..

Bagi yang memandu pastikan dapat cukup tidur..

Jangan lupa pegi sembahyang raya..

Jangan lupa minta maaf dengan ayahanda dan bonda di pagi raya..

Jangan lupa jugak yang UKM cuti seminggu je..

Jangan lupa jugak buat assignment ye..

Kita santai sikit harini..

Lupakan segala sengketa..

Maaf Zahir dan Batin..

SELAMAT HARI RAYA!!






Monday, September 14, 2009

"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)

Dengan harapan moga artikel kali ini dapat menyedarkan kita dimana kedudukan kita sekarang. Bukan untuk menimbulkan ketegangan kaum, tetapi dengan kedudukan UKM sebagai universiti yang ditubuhkan dengan asas Melayu dan majoriti pelajarnya adalah melayu. Maka dengan ini terdetik rasa untuk berkongsi ucapan daripada mantan perdana menteri kita, dengan harapan agar jika pelajar - pelajar melayu UKM dapat bersatu, maka bolehlah kita bergerak seiring memacu kejayaan universiti tercinta ini.

Ulasan lanjut daripada ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara yang mengingatkan orang Melayu agar sedar bahawa keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai rasis. British pun tidak panggil kita rasis. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di Semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.

Kata Tun Mahathir lagi: Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

Keadaan sekarang samalah seperti di Barat apabila Yahudi secara sistematik mencipta satu protokol bahawa sesiapa yang bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Tidak pasti pula, siapa di negara kita ini yang merangka 'protokol yang seumpama itu'. Apabila kita bercakap mengenai diri kita sendiri - orang Melayu atau mengenai bangsa lain atau berkias mengenainya atau cuit mengenai mereka, walaupun ia adalah fakta, maka - itu adalah rasis, perkauman.

Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman. Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu.

Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu? Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka?

Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini:

Golongan Melayu Liberal.

Mereka ini sudah hilang ''semangat dan roh'' (the spirit and soul) orang Melayu. Orang Melayu aliran itu sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang ditanam oleh datuk nenek mereka. Mereka tidak peduli siapa yang menerajui pemerintahan, asalkan ia sama rata. Golongan terpelajar hasil kelahiran DEB ini makin bercambah. Mereka ini menganggap bukan DEB itu yang menjayakan diri mereka - menghantar mereka belajar ke luar negara, tapi sifat merit yang ada pada diri mereka sendiri. Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan, golongan pelajar di universiti, tokoh-tokoh korporat, profesional dan berada di mana-mana sahaja.

Golongan Melayu Ulama.

Mereka menolak UMNO. Kata mereka UMNO itu tidak berlandaskan Islam, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pas aliran Nik Aziz. Aliran antiassabiyah Nik Aziz memang jelas dari dulu lagi, iaitu jika UMNO mahu bersatu dengan Pas, UMNO perlu ikut cara Pas. UMNO perlu nyahkan semangat kebangsaannya. Bagi Nik Aziz kebangsaan UMNO adalah mengenai Melayu dan ia bukan Islam. Aliran Nik Aziz hanya membenarkan Islam semata-mata, tidak termasuk Melayu. Bagaimanapun, mutakhir ini, aliran Nik Aziz nampaknya bertentangan pula dengan aliran Hadi. Hadi dikatakan mahu bekerjasama dengan UMNO demi Melayu. Nik Aziz memberi amaran dia ialah nakhoda dan Hadi perlu dengar cakapnya. Golongan aliran ini semakin banyak, dan ia terdiri daripada golongan muda.

Golongan Melayu PKR.

Mereka menolak UMNO kerana ia menolak master mereka Anwar Ibrahim. Asalnya orang Melayu PKR adalah bekas orang UMNO. Kita tidak pasti sampai bila Melayu PKR ini akan terus wujud, tapi melalui perincian, golongan Melayu ini tidak akan kekal lama. Namun, lama tak lama, itu tidak penting - tapi yang penting ialah sejauh mana ia boleh memecahbelahkan lagi orang Melayu. Aliran mereka ialah kesamarataan - sama dengan golongan liberal. Sudah tentu konsep sama rata mereka berbeza dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak lebih 50 tahun lalu. PKR bukan parti asas Melayu seperti UMNO atau Pas, ia adalah parti pelbagai kaum. Namun ramai orang Melayu (terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar) terkeliru menganggap PKR sebagai parti Melayu seperti UMNO dan Pas. Hakikatnya, di peringkat payung pakatan pembangkang, PKR dikuasai oleh bukan Melayu. Orang bukan Melayu melihat parti ini sebagai parti alternatif kepada mereka yang menolak MCA, MIC mahupun DAP.

Golongan Melayu DAP.

Adalah segelintir. Tapi sejarah dan rekod menunjukkan mereka tidak boleh ke mana-mana.

Golongan Melayu Atas Pagar.

Golongan ini cukup-cukup terkeliru. Kerana kekeliruan yang mereka hadapi - mereka tidak peduli. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada bangsa mereka, asalnya mereka boleh hidup seperti biasa. Golongan yang bersifat individualistik ini bagaimanapun amat bijak memerhati, tanpa banyak bercakap. Perkataan yang sering penulis dengar daripada golongan jenis ini ialah: ''Aku Sudah Muak''. Golongan ini boleh mengambil langkah berkecuali, tidak peduli atau pun memihak kepada pembangkang secara protes. Perlu diingat, dalam sesuatu pilihan raya, golongan ini adalah penentu kepada kemenangan. Bagaimanapun golongan ini boleh memasuki ke mana-mana aliran di atas jika tidak dirawati penyakit keliru mereka.

Golongan Melayu UMNO.

Golongan ini sekarang bukan seperti datuk nenek mereka yang berjuang pada awal, pertengahan sejak penubuhannya 63 tahun lalu. Golongan pejuang UMNO dulu adalah aktivis yang jati diri mereka cukup hebat. Mereka tidak mewah, mereka tidak gelojoh, mereka tidak tamak, tidak seperti generasi UMNO sekarang. Namun perkhidmatan mereka kepada UMNO, masyarakat, orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan. Orang Melayu, Cina dan India pada masa itu dapat disatukan - satu suara, satu hati. Semangat dan roh Melayu Islam terserlah di mana-mana. Hari ini (pada hari perhimpunan UMNO ke-59 ini) sikap negatif UMNO banyak diperkatakan. Kebanyakannya ialah berkisar kepada isu yang tidak mahu didengari oleh aktivis terdahulu.

Rumusannya, Melayu berpecah kepada enam kumpulan. Sama ada teori ini boleh diterima, terserahlah.

Jika itulah teorinya, UMNO bukan lagi sebuah pertubuhan yang boleh mendabik dada mengatakan ia adalah institusi siasah Melayu yang ulung. Jika dulu ya, sekarang masa dan keadaan telah mengubahnya.

Mengapa jadi begitu? Persoalan besar yang perlu dijawab UMNO sekarang ialah: Apakah UMNO masih lagi relevan? Apakah UMNO masih lagi menjadi tempat untuk bertaut? Apakah UMNO boleh diharapkan? Apakah UMNO adalah pejuang bangsa? Apakah UMNO untuk agama, bangsa dan negara?

Siapa pemimpin UMNO sekarang? Apakah mereka boleh membeli dan dibeli? Apakah kualiti mereka? Sukakah orang Melayu kepada mereka? Adakah golongan 'muak' tadi boleh menerima mereka semua? Akan berubahkah mereka? Jika ya, siapakah penyelamat UMNO?

Yang pasti semua kritik mengenai UMNO ialah menjurus kepada pembersihan dan pembaharuan UMNO. Mereka mahukan para pemimpin yang ikhlas. Ikhlas kepada perjuangan dan ikhlas untuk memimpin masa depan bangsa. Kritikan terhadapnya sepatutnya diterima secara positif dan parti itu sepatutnya berusaha untuk berubah.

Melihatkan kepada senario politik sekarang, sebenarnya UMNO masih menjadi harapan orang Melayu. Walaupun orang Melayu telah berpecah, tapi di dalam hati kecil mereka masih ada yang menaruh harapan kepada UMNO.

Kita percaya, satu kumpulan dalam Pas atau golongan di atas pagar, misalnya - masih mengharapkan UMNO melakukan sesuatu ekoran kekhuatiran yang sedang dilihat di hadapan mereka. Mereka amat bimbang kerana kumpulan yang mencabar Melayu dan raja-raja Melayu semakin melebar.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hanya UMNO dan mungkin juga Pas dan orang Melayu yang bersatu padu sahaja yang boleh menjajarkan semula perjalanan yang berliku ini.

Sunday, September 6, 2009

Keutamaan Solat Berjemaah

Abdulah bin Mas'ud r.a. Berkata: Barangsiapa yg ingin menemui Allah pada hari Hisap sebagai seorang muslim, maka hendaknya dia menjaga shalat lima waktu dimana adzan dikumandangkan (yakni diMesjid), karena Allah Swt, telah menunjukan jalan2 untuk mendapatkan hidayah nya (Sunanul Huda) kepada Nabi Saw, dan shalat berjamaah adalah salah satu Sunanul Huda. Apabila kalian shalat di rumah2 kalian seperti orang yg biasa mengakhir-akhirkan shalat dan mengerjakannya di rumah, berarti kalian telah meninggalkan sunnah Nabi Saw, dan seandainya kalian meninggalkan sunnah Nabi Saw, niscaya sesatlah kalian. Dan tiadalah seseorang yg berwudhu dg sempurna lalu pergi kemesjid untuk shalat berjamaah, melainkan Allah mencatat pada setiap langkah yg dilangkahkannya sebagai satu kebaikan(pahala) Allah mengangkat dgnya satu drajat, dan Allah menghapus baginya satu dosa. Sungguh saya telah melihat orang2 di antara kami bahwa tidak ada seorangpun yg menunda-nunda shalat, dg melakukan nya di rumah, kecuali orang munafik yg jelas kemunafikannya. Dan sungguh pernah ada seorang lelaki (karena uzur) ia dipapah oleh 2 orang untuk ditegak dlm shaf shalat berjamaah dalam satu riwayat disebutkan sungguh saya telah melihat org2 diantara kami bahwa tiada seorangpun menunda2 shalat (dgn mengerjakannya dirumah)-kecuali org munafik yg jelas kemunafikannya atau org sakit. Ada kalanya seorang laki2 dipapah oleh 2 org sehingga ia bisa mendatangi shalat berjamaah. Ibnu mas'ud r.a berkata "Sesungguhnya rasulullah s.a.w telah mengajarkan kpd kami sunanul huda dan shalat berjamaah di masjid adalah sunanul huda" Hr.muslim-abu daud nasai dan ibnu majjah

Friday, September 4, 2009

MAJLIS MENGHAYATI NUZUL AL-QURAN
PERINGKAT UKM 1430H/2009M

Adalah dimaklumkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Majlis Menghayati Nuzul Al-Quran Peringkat UKM 1430/2009M seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 September 2009 (Kha
mis)
Tempat : Masjid UKM
Masa : 6.30 petang

Sehubungan dengan itu, kami berharap para pelajar dapat turun bersama mengimarahkan lagi majlis ini. Perkhidmatan bas akan disediakan jam 6.00 petang dan 10.30 malam untuk urusan pergi dan pulang. Para pelajar dikehendaki menunggu di perhentian bas kolej masing-masing.

Sekian.

Tuesday, September 1, 2009

Rasional penstrukturan subsidi minyak

Rentak kehidupan dan corak perbelanjaan keseluruhan rakyat terkesan dengan pengurangan subsidi minyak. Secara umumnya semua rakyat merasai kesan polisi baru ini. Namun, saluran impak dan kesannya berbeza, tertakluk antaranya berdasarkan kepada kelas pendapatan dan juga kawasan penempatan (bandar atau luar bandar).

Begitu juga bagi sektor perniagaan. Sama ada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau sektor korporat, semuanya terasa kesan penstrukturan itu, secara langsung atau tidak. Perubahan polisi sedemikian, umpama hujan yang turun dari langit membasahi setiap pelosok bumi, pastinya bukan tindakan popular untuk kerajaan semestinya didasari oleh hujah dan faktor penyebab yang kukuh.

Yang tersurat, tanpa penstrukturan semula subsidi yang diumumkan, jumlah subsidi minyak yang perlu dipikul kerajaan dijangka mencecah hampir RM33 bilion tahun ini. Bebanan subsidi yang melambung tinggi ini, sudah berulang kali dilaporkan media.

Semua sudah tahu, tapi masih ramai mungkin tidak menyedari jumlah RM33 bilion ini hampir menyamai (secara purata kasar) pembinaan 4,700 sekolah rendah baru, 55 hospital baru, 41 kampus universiti baru atau 4,100 kilometer jalan baru.

Perbelanjaan subsidi minyak oleh kerajaan bukan percuma. Tinggi kos di sebaliknya. Setimpalkah manfaat subsidi yang diterima dengan apa yang terpaksa kita korbankan?

Minyak di pam murah, namun bagaimana pula aspek kualiti hidup lain? Kita juga menanggungnya. Berapa ramai murid yang tidak mendapat kemudahan pendidikan berkualiti? Masyarakat luar bandar masih dibelenggu kemudahan dan infrastruktur yang terhad.

Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti masih tidak dapat dinikmati sebilangan besar masyarakat dan bermacammacam lagi. Ini yang tersurat. Bagaimana pula yang tersirat?

Kebergantungan sesebuah ekonomi ke atas polisi yang memerlukan subsidi ditanggung oleh kerajaan secara berpanjangan (tiada had tempoh) dan meluas (meliputi semua lapisan masyarakat) umpama dadah ekonomi yang berbahaya.

Dalam dunia perubatan dadah ada gunanya. Namun kalau penggunaannya tidak dikawal, ia boleh membunuh. Subsidi juga sama. Kalau berleluasa dan keterlaluan, ia mengkhayalkan ejen ekonomi (pengguna, firma dan kerajaan) dan melemahkan sistem saraf ekonomi untuk bertindak balas dengan sesuatu tekanan atau perubahan.

Kemajuan ekonomi memerlukan sesebuah negara memastikan sumber terhad, dapat diagihkan dan digunakan secara cekap yang menghasilkan pulangan terbaik. Sejauh mana ini dapat dicapai amat tertakluk pada kewujudan isyarat yang tepat, iaitu harga pasaran didasarkan pada faktor permintaan dan penawaran yang sebenar dan tidak dicemari gangguan manipulasi.

Naik turun harga adalah isyarat sangat penting yang seharusnya mendorong tingkah laku pembeli (permintaan) dan penjual (penawaran). Sebelum penstrukturan semula subsidi diumumkan, rata-rata masyarakat tidak banyak memikirkan alternatif menjimatkan penggunaan minyak atau mencari kaedah pengangkutan lebih murah.

Tidak ramai yang tahu apa itu gas asli kenderaan (NGV). Dana yang disalurkan untuk mewujudkan alternatif baru (swasta atau kerajaan), sama ada dari segi penyelidikan mencari teknologi baru atau infrastruktur pengangkutan alternatif adalah terhad.

Tidak menjadi keutamaan yang tinggi. Perniagaan pengangkutan awam sering dibelenggu kerugian. Tiada permintaan maka tiada penawaran. Masyarakat dan firma hidup dalam suasana yang tidak hakiki, didorong oleh isyarat harga yang tidak lagi berfungsi.

Sumber yang terhad tidak dapat diagihkan secara berkesan. Lampu isyarat kereta yang rosak menyulitkan pemanduan. Harga yang dikawal pergerakannya secara keterlaluan dan berpanjangan bukan saja tidak berfungsi, malah memberi isyarat salah.

Harga minyak dipam yang terus kekal rendah sedangkan harga minyak mentah global meningkat melebihi 300 peratus (2003 - 2008). Keadaan sedemikian gagal merangsang pengurangan permintaan minyak dalam negara.

Rentetan kenaikan harga begitu banyak sektor perniagaan secara mendadak akhir-akhir ini jelas sekali mengesahkan betapa sistem subsidi diamalkan selama ini, sudah menular dan menyebabkan pengoperasian banyak perniagaan dan kos kehidupan dalam suasana tidak hakiki.

Polisi subsidi yang berleluasa sebenarnya banyak menghalang sektor perniagaan Malaysia mempertingkatkan tahap daya saing jitu yang mampu bertahan lama. Ketidakmampuan untuk bertindak terhadap perubahan harga disebabkan kelesuan saraf ekonomi yang disuntik subsidi terlalu lama perlu diubati segera.

Malaysia mensasarkan 2020 untuk menjadi negara maju. Segenap lapisan masyarakat perlu segera memperbaiki kelesuan ini. Kerajaan perlu menangani permasalahan ini dan anjakan paradigma pengurusan ekonomi negara perlu disegerakan.

Masyarakat perlu jelas kesan yang tersirat dalam polisi pemberian subsidi berpanjangan dan meluas. Dalam tempoh jangka panjang, sistem subsidi sebegini merugikan kita semua. Ini yang tersirat.

Adakah ini bererti subsidi perlu dihapuskan semuanya? Jawabnya, tidak. Sebaliknya yang kita perlukan ialah sistem subsidi yang efisien. Pakej subsidi yang efisien perlu benar-benar jelas dalam empat persoalan iaitu;

Mengapa memberi subsidi? Siapa yang patut menerimanya? Bagaimana subsidi akan dibayar? Bilakah subsidi ini akan disemak? Pada masa sama, sistem subsidi yang efisien juga perlu memastikan yang isyarat harga tidak terhalang dan berfungsi dengan sempurna.

Harus kita ingat bahawa tidak semua dapat menahan daripada dibasahi hujan. Bagi yang berpayung, mungkin hanya tempias dirasai. Bagaimana pula yang tak berpayung atau lebih ekstrim lagi, tetapi tidak berkemampuan untuk membeli payung?

Kepada yang berpayung tidak perlu dibantu. Tempias tidak memudaratkan. Pada yang tidak berpayung, kita perlu mengenalpasti mengapa mereka tidak berpayung. Kalau mereka mampu tetapi dengan sengaja memilih tidak mahu membeli payung dan sanggup basah, biarkan saja mereka basah kuyup.

Setiap individu berkemampuan dan mempunyai pilihan wajar dibiar menentu hala tuju sendiri. Kalau dilayan dengan subsidi, sifat buruk ini akan menjadi semakin mudarat. Subsidi hanya perlu disasarkan pada golongan tidak berkemampuan untuk membeli payung atau yang payungnya agak kecil dan tidak berupaya melindungi ahli keluarga yang ramai.

Dari sudut ilmu ekonomi, dalam ekonomi atau pasaran yang sempurna atau ideal sifatnya, iaitu, semua pihak setara dan setanding, semua pihak mempunyai peluang berkualiti, pilihan dan kemampuan sama, subsidi adalah gangguan mutlak kepada pasaran.

Ia hanya merugikan. Namun, ekonomi yang sempurna dan ideal seperti digambarkan adalah suasana ekstrem yang jauh daripada dunia realiti. Hakikatnya, dalam sesebuah ekonomi, ada miskin dan kaya, ada besar dan kecil, dan ada bandar dan luar bandar, sifat kesempurnaan ekonomi yang menjadikan subsidi sebagai gangguan mutlak tidak mungkin wujud.

Oleh itu ada ruang untuk subsidi. Subsidi diperkenalkan bukan untuk membelai masyarakat tetapi khusus untuk menangani golongan berdepan dengan ‘kegagalan pasaran’ iaitu kelompok masyarakat yang secara semula jadi (bukan salah mereka) dihimpit oleh perubahan pasaran.

Pilihan yang ada terlalu terhad atau tidak berkemampuan mencari alternatif lain untuk mengharungi perubahan pasaran.
Mereka yang berpendapatan rendah, miskin, di bandar dan juga di luar bandar adalah kumpulan yang berkemungkinan termasuk dalam kategori ini.

Mengekalkan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran dengan pembayaran subsidi bukan jalan keluar, walaupun untuk membantu masyarakat. Nampak mudah tetapi amat merugikan.

Dengan mengekalkan harga dipam murah untuk semua melalui subsidi, bukan saja kosnya tinggi, malah kumpulan disasarkan berkemungkinan besar bukan penerima utama. Mekanisme bantuan dan subsidi secara yang lebih terus hanya kepada kumpulan sasar lebih banyak membantu dan lebih rendah kosnya.

Ditokok dengan kesan subsidi yang tersirat, kelesuan saraf ekonomi akibat kegagalan isyarat harga berfungsi, pastinya memerlukan kita menilai semula sistem subsidi minyak sedia ada. Dalam konteks lebih luas, penstrukturan semula subsidi minyak dan kenaikan harga minyak bukan sekadar menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Bukan sekadar menangani kenaikan harga minyak global. Bukan sekadar memastikan kumpulan sasar menerima bantuan, namun, lebih daripada itu. Dari sudut pembangunan ekonomi, anjakan paradigma polisi pengurusan ekonomi negara ini umpama ubat pahit yang perlu ditelan agar kelemahan saraf ekonomi yang dialami dapat diubati. Pahit ditelan tetapi mudah-mudahan membawa kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Sunday, August 30, 2009

Majlis Sambutan Ambang Merdeka
Unversiti Kebangsaan Malaysia 2009

Dengan hormatnya merujuk perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan Majlis Sambutan Ambang Merdeka peringkat UKM 2009 akan diadakan pada 30 Ogos 2009 (Ahad), jam 9.30 malam bertempat di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ini anda dijemput untuk hadir bersama dan memanjangkan jemputan kepada pelajar-pelajar lain.

ATUR CARA
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2009
Tarikh : 30 Ogos 2009 (Ahad)

7.30 mlm : Majlis Berbuka Puasa, Tahlil dan Solat Terawikh (Masjid UKM)

9.40 mlm : Ketibaan Tetamu Jemputan (DECTAR)

: Ketibaan Naib Canselor UKM
YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

: Ketibaan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
YBhg. Tan Sri Dato' Paduka Dr. Mazlan Bin Ahmad

: Moreh

10.30 mlm : Forum Kemerdekaan

11.30 mlm : Deklamasi Puisi Merdeka

11.40 mlm : Upacara Penyerahan Jalur Gemilang

11.45 mlm : Upacara Penyerahan Watikah Kemerdekaan

11.50 mlm : Bacaan Doa Kesyukuran oleh Ketua Pusat Islam UKM
Prof. Madya Dr. Faudzinalm Hj. Badaruddin

12.00 tgh mlm : Sambutan Detik Kemerdekaan

12.15 tgh mlm : Jamuan Ringan dan Bersurai



PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester I
Sesi Akademik 2009-2010 akan dijalankan pada 26 Oktober hingga 13 November
2009.

Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam
urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester I Sesi
Akademik 2009-2010. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu
dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 31 Ogos hingga 6 September
2009.

Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i
daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak
maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan
ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual
peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan
butang Sah.

b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus
berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang
Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila
catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang
tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan
Akademik selewat-lewatnya pada 8 September 2009.

Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap
maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul
dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut
saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan
juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

Saturday, August 29, 2009

Doa Mengelak Wabak

Setiap kejayaan tidak datang dengan hanya tawakal semata-mata, sebagai umat islam kita telah berulang kali diingatkan yang tawakal itu jalan yang terakhir manakala berusaha itu yang terpenting sekali. Maka yang hadir ditengah-tengah itu adalah DOA. Berusahalah, selepas itu berdoalah dah kemudian baru bertawakal.

Saya petik kata kata Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Liow Tiong Lai " pihak kami mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain". Beliau menggunakan perkataan TENAT untuk menggambatkan situasi sebenar yang berlaku dalam negara kita. Buka kamus dan cuba lihat maksudnya.

BERUSAHA.BERDOA.BERTAWAKAL.

Saya yakin anda yang sedang membaca ini sudahpun mengambil berusaha mengambil langkah menghindari wabak ini dengan mengelak dari tempat sesak dan tumpuan awam, ramai dilihat mengenakan topeng muka ketika berada di kawasan awam dan tidak kurang juga yang mengambil langkah drastik dengan berkurung di rumah. Berusahalah dan kemudian berdoalah.. insya Allah...

Diriwayatkan daripada Saidana Osman b Affan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ada bersabda, “Tidak ada suatu yang akan memberi mudarat hamba yang berkata kalimah ini tiga kali pada setiap pagi dan petang”.

بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،

Dibaca tiga kali.

Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dia lah tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui.

Friday, August 28, 2009


logo hari kemerdekaan 52

LOGO SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-52


SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita hidup dengan aman dan sejahtera di bumi Malaysia ini yang diambang kemerdekaan ke-52.disamping perbezaan agama, budaya dan bangsanya yang berbilang.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam jahiliah kepada alam yang berasaskan ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita berada di pengakhiran bulan Ogos iaitu beberapa hari sahaja lagi negara kita akan menyambut kemerdekaannya. Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini.


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang akan diadakan di Dataran Parlimen, Isnin ini dijangka berlangsung selama 40 minit dengan jumlah pesertanya terhad kepada kira-kira 8,600 orang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sambutan sederhana tahun ini mengambil kira keadaan wabak Influenza A (H1N1) dan bagi menghormati bulan Ramadan.

"Walaupun sambutannya sederhana tapi impaknya tidak kurang," katanya dalam sidang media khas mengenai sambutan itu di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini Khamis.

Beliau berkata kira-kira 1,600 orang termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, anggota jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ketua pembangkang dan anggota Parlimen serta duta dan perwakilan asing akan berada di perkarangan Parlimen.

Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen.

"Sekitar 1,000 orang lagi terlibat selepas (pintu) gerbang sehingga perkarangan Parlimen. Orang ramai juga boleh turut serta dalam gerak lambai itu tetapi terhad sehingga di pintu gerbang Parlimen sahaja," katanya.

Beliau berkata sambutan kali ini turut diserikan dengan pertunjukkan lintas udara dan kawad hormat oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.