Wednesday, February 17, 2010

Gong Xi Fah Chai

Posted on 7:01 PM by ASPIRASI UKM




Gong Xi Fah Chai

KEPADA SELURUH WARGA

TIONG HWA






Serba Ringkas Tentang  Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.


Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.


Gong Xi Fah Chai

Kelab Aspirasi yang mendokong semangat Satu Malaysia Satu Aspirasi  mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga kampus bangsa Tiong Hwa Khususnya dan Seluruh Bangsa Tiong Hwa Rakyat Malaysia umumnya. Semoga tahun harimau ini memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada seluruh Rakyat Malaysia.

Sempena tahun baru ini, marilah bersama-sama kita mengeratkan perpaduan dikalangan semua kaum, tidak kira Melayu, Cina atau India demi kejayaan dan kecemerlangan Negara Malaysia.

Sekali lagi Kelab Aspirasi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Seluruh Warga Bangsa Tiong Hwa Universiti Kebangsaan Malaysia.


Gong Xi Fah Chai

1 Response to "Gong Xi Fah Chai"

.
gravatar
Mohd Rasydan Says....

selamat tahun baru cina, Gong Xi Fa Cai buat semua rakan-rakan berbangsa Cina, yang menyambut perayaan tahun baru cina, tahun Harimau. ;)