Wednesday, February 3, 2010

TERIMA KASIH DI ATAS UNDI DAN MANDAT ANDA PADA ASPIRASI

Posted on 5:37 PM by ASPIRASI UKM

Assalamualaikum wbt, Salam Aspirasi dan Salam Satu Malaysia

            Alhamdulillah, genap 7 tahun PMUKM pimpinan Aspirasi mengekalkan kepimpinan PMUKM. Pada PRK kali ini majoriti pelajar terus memberikan mandat kepada pihak Aspirasi untuk mengekalkan mandat menerajui PMUKM untuk kali ke 7, iaitu PMUKM diperintah selama 7 tahun berturut-turut oleh pihak Aspirasi. Sekali lagi pihak Aspirasi dengan penuh Penginsafan dan rasa Rendah Diri mengucapkan ribuan terima kasih di atas undi dan mandat warga UKM yang budiman dalam menentukan kepimpinan yang dinamik dan prograsif berkonsepkan Satu Malaysia Satu Aspirasi.

Sudah pastinya motto Aspirasi,  Hanya Yang Cemerlang memerlukan kita memahami bahawa kecemerlangan menuntut komitmen untuk membantu membawa Aspirasi Universiti ke jalan yang direstui oleh pelopor UKM dan pejuang dasar kebangsaan. Hanya Yang Cemerlang  menolak budaya anti kecemerlangan atau anti Aspirasi Universiti. Begitu juga ia menolak budaya pemikiran jumud, demontrasi keganasan,  pemaksaan nilai, pengaruh politik luar yang anti-establishment dan keporakperandaan dalam kepimpinan mahasiswa.
           
        Pihak Aspirasi menyeru kepada semua calon sama ada yang menang atau yang kalah serta semua warga UKM turut bersama-sama mengembling tenaga membina bersama-sama universiti tercinta ini demi mencapai Aspirasi Universiti yang mahu Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan yang cemerlang.

            Sebagai warga UKM yang tercinta ini. Budaya demontrasi, melanggar  peraturan, mengedar risalah-risalah yang mencaci pihak pentadbiran universiti dan keselamatan tidak sepatutnya menjadi amalan dan budaya seorang pelajar. Kita sebagai rakyat Malaysia, keganasan bukanlah mengambarkan  adat budaya rakyat kita. Pada pendapat kami, budaya ini bukan sahaja politik murahan malah, menyebabkan warga akan menjadi benci dan jijik terhadap sikap-sikap yang tidak mengambarkan kita sebagai seorang mahasiswa/i.

JUMLAH KERUSI  ASPIRASI

            Sukacita dimaklumkan bahawa, tahun ini pihak Aspirasi telah memenangi sebanyak 21 kerusi iaitu jumlah yang sama seperti tahun lepas. Walaupun pihak yang tidak bertanggungjawap mengeluarkan pelbagai angka yang kabur dan tidak jelas, namun pihak Aspirasi secara rasminya menyatakan bahawa pihak Aspirasi telah memenangi 21 kerusi daripada 35 kerusi yang dipertandingan. Ini membolehkan pihak Aspirasi membentuk kabinet PMUKM yang kukuh iaitu 2/3 dari anggota MPP UKM.


INSIDEN YANG MEMALUKAN WARGA UKM

          Pada hemat dan pandangan Aspirasi, kita sentiasa menghormati mandat dan undi yang diberi oleh para pelajar UKM. Kalah dan menang sudah menjadi adat pertandingan, kalau menang kita syukur dan kalau kalah sudah pastinya ada hikmah disebalik semua itu. Pertandingan yang sihat merupakan sesuatau yang sihat dan perlu dikekalkan dalam sesuatau pemilihan, namun paling penting adalah menghormati dan redha dengan sebarang keputusan yang dibuat apalagi keputusan itu dibuat oleh beribu orang pelajar.

            Detik 29hb Januari 2010, jam 00.30 pagi, merupakan satu tarikh sejarah yang memalukan, apabila sekumpulan penyokong GMUKM seramai 200 berkumpul di hadapan Pusat Teknologi Maklumat, mengasari beberapa orang anggota keselamatan UKM sehingga pihak pentadbiran terpaksa memanggil pihak FRU. Tak cukup dengan itu, tempat suci iaitu Masjid UKM juga menjadi tempat keganasan pihak GMUKM, apabila seramai 30 orang berkumpul dan membuat demontrasi selepas sembahyang Jumaat sehingga pihak Polis FRU menangkap dan mengari 3 penyokong GMUKM.  Pada ketika itu, saudara Idris, Sdr. Hilman dan Sdr. Fiqah tidak duduk dibarisan hadapan malah berdiri  jauh dibelakang daripada kumpulan yang sedang berdemontrasi untuk mengelakkan mereka ditangkap oleh pihak Polis. Inilah yang dikatakan oleh pihak Aspirasi bahawa Politik Kuda-Kuda GMUKM, di mana mereka memperalatkan penyokong. Cuba anda fikirkan apakah nasib sahabat-sahabat yang ditangkap dan digari kemudian dimasukkan ke dalam Landrover Polis. Sebelum mendapat ijazah sudah mendapat label banduan, sedangkan di mana ketua-ketua sedang bersenang lenang dalam hawa dingin, pada hakikatnya sapa yang diperkuda sebenarnya?????? 

        Rentetan dari itu, beberapa demontrasi di adakan, kononya atas nama kezaliman, iaitu sekali di Bangunan Canselori (29/01/10 jam 11.30 pagi), Di Masjid (29/01/10) jam 2.30 ptg), Di Kolej Pendeta Zaaba (30/01/10) 8 mlm), di Kolej Keris Mas (30/01/10) tetapi gagal kerana kehadiran Pihak Polis. Pada 1/01/2010 risalah mencaci hamun pihak pentadbiran Kolej, Anggota Keselamatan dan pihak universiti di edarkan dibeberapa kolej. Pihak kami yang mencintakan keamanan dan kedamaian memohon semua penyokong GMUKM supaya menghentikan segala keganasan, fitnah dan serulah kepada calon-calon yang menang supaya marilah berkerja bersama-sama memperjuangkan kebajikan pelajar daripada membuat demontrasi murahan yang hanya memberikan impak yang negatif pihak luar terhadap seluruh warga UKM. Pada ketika ini, pihak Aspirasi sudah mendengar desas-desus tentang pembekuan pengambilan pegawai dari UKM oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai pegawai kerajaan. Dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan????? Tetapi yang paling penting  pihak GMUKM sudah menunjukkan dengan jelas Siapa sebenarnya mereka untuk para mahasiswa menilai!!!!. Buka Mata, guna akal dan fikiran semoga UKM terus Terbilang.

Sekali lagi pihak Aspirasi mengcapkan ribuan terima kasih di atas mandat yang di beri, semoga anda semua menjadi kebangaan kami. Marilah sama-sama memberikan idea dan tunjuk ajar agar sama-sama memastikan kebajikan warga UKM menjadi keutamaan kami pada tahun ini.

Pantun Nasihat Kepada Pengacau ;

 Layar ditarik lancang berlabuh
      Kelat pedati ikan di kali
Sanak saudara jangan bergaduh
       Berbuat jahat jangan sekali










































































































29 Response to "TERIMA KASIH DI ATAS UNDI DAN MANDAT ANDA PADA ASPIRASI"

.
gravatar
Anonymous Says....

Salam..

Maaf nk myatakn 1 kbnrn, HIPOKRITNYE ARTIKEL ni..Allah maha tahu pe yg sbnr2nya..igtlah stp klimah yg tertulis dlm artikel ni..stp lgkh jari-jemari menaip kata2 artikel ni akn dpersoalkn Allah di akhirat kelak..hatta skcil2 bnda sklipn akn disoal olehNya..

Knpe plu psoalkn bnda2 yg x bnr..? knpe plu SEMBUNYIKAN STP KBNRAN..? Ape ertinye kmngan tnpa kbrkatan, kredhaan drpdNya..? igtlah sglanya akn dnilai, dbri pmbalasn..

Stp yg mmegang amnah, 1 kaki d syurga, 1 kaki d neraka..jgn tlalu mgejar kuasa tnpa mtlmt yg jelas..sglanya akn dipersoalkn..sgalanya AKAN DTUNTUT..dtuntut kmbali oleh stp yg telah dianiayai..b'siap sdialah mhdpi sbrg kmgkinan ats stp p'buatn yg telah dlakukan..

Wallahua'lam..

Wassalam..

.
gravatar
Anonymous Says....

Allah mengetahui segalanya...stp kata2 yg tertulis dlm blog ni oleh org yg menulisnya akan disoal stp kebenaran kata2nya di akhirat kelak...kemenangan di dunia x kekal..kami tggu perubahan yg akan dibawa oleh aspirasi...kami tuntut sgala janji2 yg ditabur...selamat bekerja ye...^_^

.
gravatar
RoyKL Says....

sudahlah GM, terangkan dulu fitnah GM dalam artikelnya yang mendakwa mpp aspirasi melancong ke hong kong. tahu tak wahai GM itu fitnah! sangat sangat tidak bertanggungjawab!!! sampai sekarang saya masih menanti nanti permohonan maaf dari GM atas fitnah tu! sbb tu kita diingatkan supaya jgn buat artikel haram, sbb isinya juga senang dikategorikan sbg fitnah. tanggunglah.. or mintak maaflah..

.
gravatar
Anonymous Says....

masya Allah...penipuan berleluasa dlm artikel ini...inikah artikel peneraju PMUKM...ape2pon betolkan balik niat anda....klo x, anda pon sama ngn org yg anda kutuk tu....sm2 muhasabah...

.
gravatar
Anonymous Says....

masyaallah...cuba bayangkan sekiranya sesiapa yg membc artikel ini adalah org yg tidak ad pegangan hidup,justeru mereka akan terus mempercayai fitnah yg tertulis dlm artikel ini....walau apa pun ALLAH mengetahui segala2 yg ada di langit dan di bumi...igtlah sahabat2...banyakkan ingat kpd ALLAH krn sesiapa yg berpaling drinya akan ditompakan bala bukan sj kpd sesiapa yg bt maksiat malah semua akan terlibat...

apa ertinya kemenangan sekiranya penuh dgn kepalsuan...jgn terus menerus menipu mahasiswa yg lain demi menjaga periuk nasi masing2...krn kami sudah ikuti segala sandiwara yg dipamerkn...sy memohon segala keampunan dr Allah sekiranya pernah melakukan dosa kpdNYA...semoga Allah turut mengampuni dosa2 hamba2NYA...inni akhafullah...

.
gravatar
haqqun Says....

'Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi'

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

ana pelik ler..cuba saudara jelaskan kepada ana tentang anggota fru yang sedia berjaga ketika orang solat jumaat dan terus meluru memukul pelajar GM yang mula untuk berucap tanpa senjata..fru siap bersenapang ana ade nampak ler

.
gravatar
Anonymous Says....

gunakan lah poltik utk menegakkan agama...
bknnnya gunakan agama utk mngakkan politik...
wahai rakan2 gm.. renungkanlah ayat ni..
muhasabah diri kembali...
tiada yg mmpu mngubah pmikiran kmu mlenkan kamu sndiri...

.
gravatar
Anonymous Says....

salam perdebatan...
pihak aspirasi ni ske sgt bpantun,meh aku balas dgn peribahasa...
'ibarat mengajar anak berjalan betul'
ske mgata org lain,tp diri sindiri same je...nak muliakan diri sendiri ats klemahan org lain..mmg hipokrit tahap mafia....
korg sedar skt,korg tu anak manja..
sume pntadbiran support..
dari baju,banner n rokok tuk bdk2 y jaga pondok panas pn pntadbiran support....
eh,silap..bukan pentadbiran yang suppot..TP SELURUH MAHASISWA UKM Y SUPPORT...sume dtg dari yuran pelajar..dasar tak sedar diri..

.
gravatar
Anonymous Says....

haha..btol tu...
pensyarah,felo,pengetua kolej n sume kakitangan UKM,pengurus kolej sumenye pelajar yang bayar gaji diorg..kalo pelajar tak bayar yuran,spe nk bg makan?...so,xpyh la nk kerek2...aku pn dah menyampah dengan felo2,pengurus kolej dan anjing2 diorg yang ugut bdk...xpyh r nak pakse2..klu korg buat benda btol xdanye org nk tentang...
bdk2 aspirasi mmg manja....suke adu-domba..buat cerita sane sini..keje xjalan2 gak...jalan kat ukm ni banyak blubang2...kolej baru pun banyak yang dah bocor..baik korg g repair benda2 ni dari bwk cerita org lain..
ke manja sangat sampai xpandai nak buat kerja?...
hahaha.

.
gravatar
Anonymous Says....

kah!kah!kah!
dlm artikel ni pn byk yang xbtol...
sibuk pulok dok kate dak2 GM buat fitnah..
aku dah phm bnor dgn bdk2 Apirasi ni...ckp xserupa bikin..mls ckp byk2..
korg suke sgt bpantun, biar aku bagi pantun baek punya kat korg..
paku dulang, paku serpih,
mengata org, dia yang lebeh..
kah!kah!kah!

.
gravatar
Anonymous Says....

salam perdebatan...
pihak aspirasi ni ske sgt bpantun,meh aku balas dgn peribahasa...
'ibarat ketam mengajar anak berjalan betul'
ske mgata org lain,tp diri sindiri same je...nak muliakan diri sendiri ats klemahan org lain..mmg hipokrit tahap mafia....
korg sedar skt,korg tu anak manja..
sume pntadbiran support..
dari baju,banner n rokok tuk bdk2 y jaga pondok panas pn pntadbiran support....
eh,silap..bukan pentadbiran yang suppot..TP SELURUH MAHASISWA UKM Y SUPPORT...sume dtg dari yuran pelajar..dasar tak sedar diri..

.
gravatar
Anonymous Says....

mmg dahsyat aspirasi ni...entah2 bkn pentadbiran UKM je bg dana, UMNO pn ada bg dana skali cam kat UTHM..cme surat tu je xjumpe kat mne...mcm2 boleh jadi..

.
gravatar
aku otai Says....

tahniah aspirasi, TAHNIAH!!!!!
tahniah atas penipuan yg jelas dinyatakan,...yg part atas sekali tu..mmg aku nak bengang ngan korang..
yg part pantun tu..ak mmg stuju klu korang yg cipta pantun tu..sebab ape????

"BERBUAT JAHAT JANGAN SEKALI"

pandai nasihat jgn bergaduh, zahirnya mmg nmpk poyo baik nak mampos konon, tapi buat jahat byk kali.huhuhuuhu

NI MEMANG TEMA KORANG,KN??
buat jahat byk kali..huhu
susah2...abesla ukm lpas ni..

aku nak blah awal2 laa!! BLAH APSIRASI!!!! ASPIBASI!!!

.
gravatar
RoyKL Says....

wahai GM, x dgr ke khutbah jumaat lepas?? jgn sampai sia sia 40 tahun sudah.. mintak simpang.

.
gravatar
Otai Says....

woi tu aspirasi buat sendiri la! bayar lagi!! bodoh gm. kau GM tu dapat duit mana????? calender free, bookmark free, pakai mercedes lg time penamaan calon, banner bercolor siap! dapat duit dr pkr tanak kecoh lak. susuh ketua kau buat sumpah yg x dpt duit dari mana2, yg korang kumpul duit tu! bullshit la GM.. asyik2 guna islam nak cover perjuangan korang yg dah menyimpang ni.. blah laaaaaaaaaaaaaaa........sampai mati pun aku xnk undi GM! aku suruh semua kaum kerabat aku jgn undi GM. penipu=pemfitnah=hipokrit.

.
gravatar
Otai Says....

pensyarah support kitorang?? mestila ada pensyarah support, support moral jelah, ape guna pensyarah bkn ke mmg tmpy mintak tunjuki ajar.. bodoh GM ni yg mmg bodoh dahla bodoh tanak mintak tlg orang berilmu.. fikir diri dah bagus. padahal kat blog byk post je lebih tapi sampah xde pape info pun.

.
gravatar
Anonymous Says....

wow..masing2 nk tegakkan hujah sendiri..bagus2..cume nk tgk gak ASPIRASI supaya turun berdebat ngn GM...selesaikan segala persengketaan...sbb nnt jadi fitnah plak ape yg x betol tuh...nak tau jgk pandangan kedua2 belah pihak..jgn pandai berkata2 di alam maya shj...nnt watla dialog terbuka...stp tuduhan stp pihak boleh dibahaskan..sediakan bukti2 kukuh skali...^_^

.
gravatar
Anonymous Says....

Otai otai..nama je otai..tp kata2..ish..'otai' kan istilah utk org2 lama, byk pglamn (kot)..sy rse x susah pon utk gna bhsa yg baik2 sket kan..klu rse diri 2 'otai' or org b'pglaman..tjuklah cth tladan yg baik kt org2 baru ye..gna kata2 yg sopan, x marah2..kata2 anda di ats 2 sgt 'sopan sntun' skli..em, sy yakin anda seorg Melayu n ISLAM kan..so b'kata2 pon mstilah sbg seorg Melayu n ISLAM ye..klu cani, cane golgn2 baru nk ctohi..k..
Tpuk dada, tya iman..

Maaf, skdr tguran utk sama2 p'baiki diri..

.
gravatar
atuk otai Says....

bese r...hipokrit...kate nk pjuang bahasa melayu,tp bhs melayu haprak gak die gne....gne BI lak yang mencarut2 je tau...mmg org takda harga diri...baik tak pyh mengaku otaila...buat malu je..

.
gravatar
atuk otai Says....

kesian aku tgk bdk2 aspirasi ni...sibuk duk tuduh org macam2..aku yang buat button tu aku tau r duit dari mane...duit dari ahli2 GM tmasukla duit aku...tak pyh duk sibuk mengutuk org pastu curi idea org lain...memang memalukan...

.
gravatar
hantusoleh Says....

salam semua...

to yg xde name:korg rase bangga ke korg bayar yuran tu utk makan + gaji pensyarah,felo,pengetua dll?korg rase korg yg bayar gaji dorg?korg tau x,yuran korg SATU SEMESTER tu,x tentu dpt byr SEMUA GAJI PENSYARAH YG AJAR KORG...xyah nak berlagak la...yuran korg RM1k++...gaji dorg sah² lebih RM2k SEORANG!!BERLAGAK!!!kerajaan yang bayar kos pengajian korg x sedar ke?xde hati perut nak tgk balik surat tawaran masuk UKM dlu?brape ribu kerajaan bayar?BERLAGAK!!SOMBONG!!XTAU MALU!!!X BERSYUKUR!!!

to atuk otai:nak tnya sebenarnya,ahli GM ade yg ahli² PKR x?xde ke sponsor dari PKR...brape sgt duit ahli GM tu asmpai leh awt banner dll...ingt,seperti yg kalian katekan,MAHASISWA BERFIKIR...

.
gravatar
Anonymous Says....

to hantusoleh~

hmm..soleh ke..? hehe..klu dkira ngn sorg student mmg la x dpt byr gaji dorg semua en hantu..tp klu semua student ukm ni??? cane???

klu ade pon ahli2 GM pkr, lom tntu pn dpt sponsor dri mrka..klu en hantu igt duit GM 2 hya dpt dri sponsor luar je, mknenye en hantu lom abeh fikir lg kot..hmm..x msthil klu duit yg dorg gna utk prk ni duit dorg sdri..duit poket dorg sdri..bnda ni x mstahil kn..

balik fikir lg ye en hantu..

.
gravatar
hantusoleh Says....

saudara x bernama...

yg saudara pegi kire yuran sorg student tu nape...ingt gaji pensyarah sikit ke...blom campur student master..belum campur staff sokongan...belum campur staff PPP,JPPel,PTSL,cleaner...so pada saye,jgn berlagak la dgn duit yg kita bayar tuh...

mmg x mustahil kalo ahli² kluar duit sendiri...saye x cakap pon mustahil ahli GM kluar duit sendiri...tp,juga x mustahil kalo dpt sokongan kewangan dari parti politik dari luar bukan?dlm math,kebarangkalian itu jgn diketepikan...oleh itu,jgn fikir 1 aspek saje..

mari same² berfikir...jgn harap sorg je berfikir... ;)

.
gravatar
hantusoleh Says....

tambahan,nak ckp pasal duit,abis bill letrik kat dewan kuliah tu x campur skali ke?setiap tesis yg kita semua buat tu x pakai duit ke kalo nak beli bahan?duit yuran kita tu x mampu kot nak support seluruh kos pengajian kita kat UKM nie...

tq..hehehe

.
gravatar
Aria Says....

salam. saya terus terang bkn seorg pelajar UKM. tetapi mempunyai sedikit nasihat.

jika tiadanya GMUKM saya pasti aspirasi sendiri tidak tahu apa kelemahan mereka. jadi dgn wujudnya GMUKM , aspirasi tahu apa kelemahan anda. jadi jgn cpt berfikir negatif terhadap pihak yg membangkang. ambil sedikit pendapat dari mereka. jgn terus menerus membantah mereka. ada kalanya kita xsempurna dlm satu persatuan yg kuat,persatuan yg lemah mungkin lebih sempurna.

jadi nasihat saya ambil pendapat mereka,bawa berbincang dgn mereka.

dan juga jgnlah membuat statement sendiri berkaitan dgn "ada ketika itu, saudara Idris, Sdr. Hilman dan Sdr. Fiqah tidak duduk dibarisan hadapan malah berdiri jauh dibelakang daripada kumpulan yang sedang berdemontrasi untuk mengelakkan mereka ditangkap oleh pihak Polis. Inilah yang dikatakan oleh pihak Aspirasi bahawa Politik Kuda-Kuda GMUKM, di mana mereka memperalatkan penyokong. Cuba anda fikirkan apakah nasib sahabat-sahabat yang ditangkap dan digari kemudian dimasukkan ke dalam Landrover Polis. Sebelum mendapat ijazah sudah mendapat label banduan, sedangkan di mana ketua-ketua sedang bersenang lenang dalam hawa dingin, pada hakikatnya sapa yang diperkuda sebenarnya?????? "

mungkin penyokong ini tidak diperkudakan sesaat pown oleh GMUKM,tetapi mereka yg memperkudakan diri mereka. jadi harap jgn la buat statement smpi mcm tu ye. bak kata org tua2 "klu xtaw apa2 jgn pakai bantai je dgn pendapat anda sendiri"

bertanya dan juga siasat betulkah statement yg akan anda keluarkan.


org melayu jgn la smpi tuduh menuduh antara anda sendiri. malu kaum lain tgk. bkn malu atas nama U,tetapi malu ats nama Universiti Bumiputera.

sekian. berfikir sebelum menulis. terima kelemahan. (:

.
gravatar
Anonymous Says....

sabar aspirasi. orang yang tak dapat terima kekalahan memang begitu~