Friday, February 6, 2009

"Harapan Mahasiswa" bikin KECOH lagi..

Posted on 8:10 PM by ASPIRASI UKM

Alhamdulillah…

Jika tiada arang melintang di tengah jalan, MPPUKM akan mengankat sumpah pada 11 februari ini di bilik Senat. Kita harapkan semua MPP akan menjalankan tugas sabaik mungkin.

Sebelum mengankat sumpah, sudah tentu majlis pemilihan akan dijalankan, pada tahun ini sedikit kecoh kerana terdapat beberapa perkara yang menjadi tanda Tanya..

1. GMUKM memepersoalkan jawatan Saudara Sarfa sebagai “Timbalan Presiden”. Kononnya Saudara Sarfa Sedang Di siasat oleh polis berhubung kes ugut ketika Pemilihan Perwakilan Pelajar. Isu ini juga dikaitkan dengan AUKU yg menyatakan pelajar yang terlibat dengan kes polis tidak layak menjadi Majlis Tertinggi MPP UKM. Akan tetapi, kenyataannya di sini, bukan Saudara Sarfa yang membuat laporan Polis, jadi, apa masalah yang nak di kaitkan dengan Sarfa dan Polis? Dan ketika perlantikan Speaker, ada dikalangan MPP GM yang mencadangkan Sarfa, dan ketika ini tidak timbul pula isu Polis dan Sarfa. Kata mereka kononnya nak menghormati pegawai ketika itu, jadi masa tu tidak dapat membuat bantahan.. sekarang ni, GM nak jaga hati pegawai plak ke? Masa Pilihan Raya, berAPi mereka duk kutuk pegawai UKM.. Pelik..

2. Isu Sarfa Dan Polis, jika kita lihat kembali, kenapa GMUKM masih lagi memepertahankan bahawa Sarfa di siasat oleh polis? Kenyataannya.. Bukan Saudara Sarfa yang membuat laporan polis. Jika perkara itu betul sekali pun, bukankah semua warganegara ada hak untuk memebuat laporan polis jika diancam? Di dalam kes ini, bukannya Sarfa ditangkap, dipenjara, atau di sabitkan kesalahan mengugut.. Calon ASPIRASI yang mendapat ugutan, jadi tidak salah mereka membuat laporan untuk menjaga keselamatan mereka. Fikir – fikirkanlah..

3. Dalam pemilihan jawatan MPP juga, bagi Jawatan Bendahari dan Setiausaha, MPPGM mencadangkan nama sewenang- wenangnya, tidak professional, boikot katanya, selepas itu apabila waktu pengundian dijalankan, orang yang mencadang tidak pula mengangkat tangan menyokong orang yang dicadangkan tadi.. boikot katanya.. jaganla tiru gaya orang luar.. boikot.. boikoT.. BOIKOT

4. Isu laporan polis n jawatan MPPUKM. – seperti berkait rapat setelah barisan MPP ASPIRASI membuat laporan mengenai kes ugut. Sekarang mereka menggunakan isu tersebut untuk mempertikaikan jawatan yang disandang oleh MPP ASPIRASI, adakah mereka sudah merancang perkara ini dari awal lagi? Hebat.. hebat.. kita kembali ketika calon APIRASI mendapat ugutan, setelah menerima ugutan, MPP ASPIRASI berkumpul di KBH untuk berbincang sama ada ingin membuat laporan atau tidak, dengan tiba2 sekumpulan pegawai keselamatan datang dan telah mengarahkan calon ASPIRASI bersurai, dengan alasan mendapat laporan terdapat perhimpunan haram di KBH, MPP ASPIRASI tertanya – tanya, adakah mereka sedang di perhatikan? Adakah mereka telah masuk ke dalam perangkap yang di pasang? Setiap gerak geri diperhatikan.. dan kini terjawab persoalan tersebut, seperti ternyata perkara ini ada perkaitannya.. jadi.. sama-sama kita fikirkan..

Jadi.. marilah kita sama – sama memikirkan situasi sebenar MPP GM. Betul ke mereka ni nak memimpin, atau sekadar ingin mendapatkan jawatan sahaja? Buat kecoh sana sini, buat lawatan luar Negara pun sempat lagi buat kecoh, sampai KEdutaan Malaysia hantar surat kat UKM.. bikin malu UKM je..

Bertindaklah dengan bijak dan professional..

p/s : disini Admin memohon maaf di atas penggunaan gaya bahaya yang kurang mengikut format UKM. :D

layari : http://pmukmalaysia.blogspot.com/

http://sarfa.blogspot.com/

6 Response to ""Harapan Mahasiswa" bikin KECOH lagi.."

.
gravatar
anti Gebang Says....

buat laporan mempertahankan diri pun salah ke?

erm..
apa kata klu PMUKM wat open day pasal AUKU.. ok?

.
gravatar
kEkurE Says....

yg ni cun... sbb ader pihak cube putarbelitkan auku... student kebanyakan x tau sepenuhnyer ttg auku... so mmg cun idea tu...

.
gravatar
sRi Kelana Says....

itula pasal.. pasal yg x boleh terlibat tu ngan polis tu.. di rujuk kepada pelajar yg ada kes jenayah yg mana pelajar tu sendiri yg melakukan jenayah..

sekrg nie.. si Sarfa tu nak petahankan diri.. bukan dituduh.. adoiya...

masalah yg plaing besar.. bukan si sarfa yg buat report..

orang lain Daaaaaa...

.
gravatar
tongkat ali Says....

tu la bile org berlagak tau... ckp blaja undang2, tp slh faham ttg undang2... aduiai... blagak plak tu da salah... siap kutuk org len plak...

.
gravatar
Anonymous Says....

knape GMUKM dengan Aspirasi ni xleh nk bersatu..dlm u dah mcm ni,ngare kte lg la..mcm2 hal..mmg perlu dua pihak saling bersaing utk memberikan mutu kepimpinan yg berkualiti..tp mase sblm pilihanraya la..tp setelah selesai semuanya,sudah2 la..kami pelajar UKM da plih..jalankan tggjwb trus tanpa fikir korg dr dua pihak yg berlainan..korg da jd 1 skrg ni..MPPUKM..satu nama..yg da selamat dilantik,truskan dengan tugas..kerjasama..bersatu..dah xpaya nak ungkit2 sume ni blik smule..asyik sebok ni blame ni,nu blame nu,apa pun xjd...fikirla ek..tq

.
gravatar
Anonymous Says....

maaf, lalu sebentar..sy stuju. JANGAN mem"BLAME" antara satu sama lain..TAPI, macam mane nk bersatu. rakyat dilihat pada pemerintah. jika pemerintah betul, betullah rakyat. kata "ONE MALAYSIA" tapi kenapa bila pembangkang dah pegang 1 negeri, ade lak side plan orang dalam (orang pusat) untuk tidak mempersetujui rancangan pembangkang.huhuhuhu...
senang cerita macam ni..
kita balik pada agama.
xperlu bezakan politik dan bangsa.
kita mati nanti xde disoal "apakah bangsa kamu???, apakah politik kamu???"
jika kite menjalankan kehidupan dengan cara Islam yang sebenar, insyaAllah xde masalah..
ingat, ISLAM ni dah SEMPURNA..ia MENYELURUH..terkandung sume aspek..
~~~ISLAM UNTUK SEMUA~~~
wallahualam...