Saturday, February 21, 2009

Elakkan Bahasa Yang Sia - Sia

Posted on 10:37 PM by ASPIRASI UKM

Dalam al-Quran, ada ayat ini pada Surah al-Mukminoon:

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan yang sia-sia (laghwun)" (Quran 23:3)

Apakah maksud ayat ini? Jauhi perkara "laghwun" atau
sia-sia. Perkataan 'laghwun' ada kaitan dengan 'lughah'
yang bermaksud bahasa. Maksudnya secara 'default' bahasa
boleh membawa kepada sia-sia kecuali apabila ia digunakan
untuk menyatakan kebenaran. Kalau sekadar bercakap atau
mengeluarkan perkataan, ramai yang boleh. Hatta seekor
burung kakak tua yang diasuh!

Oleh itu, jika perkataan yang dikeluarkan itu sia-sia, ia
tertolak dalam menuju seorang yang berjaya dunia akhirat.
Antara perkara tersebut:

1) Umpat - berkata kelemahanan orang lain yang benar di
belakangnya
2) Fitnah - menuduh seseorang berbuat sesuatu yang tidak
benar
3) Menipu - menyatakan perkara yang tidak benar
4) Berjanji tapi dimungkiri
5) Berborak perkara yang tidak mendatangkan manfaat di
bilik, pejabat dan sebagainya.

Banyak perkara yang perlu kita semak agar apa yang
laksanakan setiap hari adalah menuju kepada kebaikan dan
kejayaan. Dan yang pentingnya ialah semantik atau bahasa
yang keluar dari mulut ini lebih-lebih lagi perlu dijaga.
Ini kerana ia boleh membawa bencana dan peperangan.

p/s : jadi, kepada sahabat - sahabat yang sudi memberikan komen atau pandangan, silalah menggunakan bahasa yang baik - baik dan elakkan perkataan yang sia - sia.

2 Response to "Elakkan Bahasa Yang Sia - Sia"

.
gravatar
budak lagi Says....

alhamdulillah..
nie satu perkembangan yang baik bagi aspiras..
harap lepas nie sama2 kita tinggalkan perkara laghwun..
buka semata-mata perkataan tetapi perbuatan kita..
sama2 la kita munasabah diri kita sejauh mana apa yang kita buat selama-lama ini bertepatan dengan syarak..
adakah kita sudah menjadi khairul umat yang mengeluarkan umat menyuruh kepada makruh dan menegak keatas kemungkaran..
sama-sama kita berubah kepada Islam yang sebenar..
agar semua pimpinan menjadikan ayat didalam surah al-mukminuun sebagai landasan kita beraktiviti..

.
gravatar
h0cmun Says....

jikalau blog ini adalah untuk mengumpat, defend fitnah daripada pihak lain, menuduh fitnah,.... lebih baik jangan gunakan blog.

blog patutnya sesuatu yang informatif. memandangkan aspirasi adalah pemimpin mahasiswa, lebih baik postkan lebih banyak perkembangan di dalam UKM dan abaikan post yang tidak 'diperlukan'.

tulislah macam mana kita boleh menghargai jasa-jasa baik kakitangan, menghormati lecturers, mengekalkan kebersihan kampus, mengurangkan akitivit monyet yang merosakkan harta benda dan lain-lain.

waiting to see those things written.
Teruskan usaha baik.