Saturday, February 21, 2009

Elakkan Bahasa Yang Sia - Sia

Dalam al-Quran, ada ayat ini pada Surah al-Mukminoon:

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan yang sia-sia (laghwun)" (Quran 23:3)

Apakah maksud ayat ini? Jauhi perkara "laghwun" atau
sia-sia. Perkataan 'laghwun' ada kaitan dengan 'lughah'
yang bermaksud bahasa. Maksudnya secara 'default' bahasa
boleh membawa kepada sia-sia kecuali apabila ia digunakan
untuk menyatakan kebenaran. Kalau sekadar bercakap atau
mengeluarkan perkataan, ramai yang boleh. Hatta seekor
burung kakak tua yang diasuh!

Oleh itu, jika perkataan yang dikeluarkan itu sia-sia, ia
tertolak dalam menuju seorang yang berjaya dunia akhirat.
Antara perkara tersebut:

1) Umpat - berkata kelemahanan orang lain yang benar di
belakangnya
2) Fitnah - menuduh seseorang berbuat sesuatu yang tidak
benar
3) Menipu - menyatakan perkara yang tidak benar
4) Berjanji tapi dimungkiri
5) Berborak perkara yang tidak mendatangkan manfaat di
bilik, pejabat dan sebagainya.

Banyak perkara yang perlu kita semak agar apa yang
laksanakan setiap hari adalah menuju kepada kebaikan dan
kejayaan. Dan yang pentingnya ialah semantik atau bahasa
yang keluar dari mulut ini lebih-lebih lagi perlu dijaga.
Ini kerana ia boleh membawa bencana dan peperangan.

p/s : jadi, kepada sahabat - sahabat yang sudi memberikan komen atau pandangan, silalah menggunakan bahasa yang baik - baik dan elakkan perkataan yang sia - sia.

Wednesday, February 18, 2009

FITNAH - untuk renungan SEMUA~

SEJARAH Islam telah merakamkan beberapa insiden yang boleh menggugat hubungan persaudaraan dan melemahkan kekuatan akidah adalah berpunca daripada penyebaran fitnah atau tohmahan. Meskipun kita telah berada pada zaman kemajuan tamadun yang berasaskan teknologi tetapi fitnah tetap terus menular sehingga menjadi bahan paparan harian kepada masyarakat.

Antaranya Saidatina Aisyah r.a. isteri Rasulullah SAW merupakan mangsa sasaran fitnah. Begitu juga zaman pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin turut tidak terlepas daripada penyebaran fitnah sehingga mencetuskan peristiwa pembunuhan Saidina Uthman r.a.dan Saidina Ali r.a. Semuanya adalah akibat daripada kekurangan maklumat yang tepat dan cepatnya bisikan syaitan kepada manusia yang lemah imannya.

Mengapa pula kita tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut? Jawapannya mudah - kerana kita jahil menyaring maklumat yang tepat sebagaimana yang dianjurkan dalam ajaran Islam. Kita juga jahil untuk membuat penyelidikan fakta secara saintifik sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Lantaran lemahnya kualiti iman dalam jiwa seseorang akhirnya mendorong untuk menerima segala cerita-cerita di sekeliling tanpa bukti (qarinah), rasional atau justifikasi yang mendalam.

Penularan fitnah yang disensasikan bersama pembohongan amat mudah diterima oleh manusia yang jahil semasa menyaring maklumat tanpa mengambil kira kredibiliti penyampainya. Manakala penerima maklumat pula dengan mudah mempercayai segala jalan cerita tersebut secara tidak langsung membuka ruang untuk menokok tambah dan seterusnya menjadi penyampai kedua pula.

Akibatnya fitnah akan menjadi isu yang disebarkan dengan apa jua cara sama ada melalui lisan atau tulisan. Apabila situasi ini berlaku maka kesan berganda yang membawa keburukan sama ada kepada mangsa fitnah mahupun kepada seluruh umat manusia.

Pada saat ini sistem perundangan tidak lagi dipedulikan kerana mengambil jalan mudah untuk membuat penghakiman sendiri berlandaskan hawa nafsu.

Mengapa pula Allah SWT mengingatkan umatnya mengenai bahaya fitnah lebih besar daripada membunuh (surah al-Baqarah; 191)? Selain itu Allah SWT juga memberi amaran akan menurunkan azab yang sangat hebat (surah an-Nur; 19) dan menyamakan penyebar fitnah seperti perbuatan orang fasik yang membuat tuduhan tanpa saksi (surah an-Nur;4).

Ini kerana ancaman yang paling melemahkan keimanan seseorang Muslim adalah ketika hati mereka dipenuhi dengan segala kekotoran jiwa yang sukar untuk dipulihkan. Apabila emosi dikuasai oleh nafsu menyebabkan manusia akan mengambil keputusan tanpa berlandaskan ajaran Islam.

Mereka yang terbabit dalam fitnah juga dianggap menjadi rakan karib yang berjasa kepada muslihat syaitan. Ini dapat difahami daripada sebuah hadis Rasulullah SAW. Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka." (Riwayat Muslim).

Agenda jahat penyebaran fitnah juga menjadi permainan syaitan untuk memporak perandakan kehidupan manusia. Keadaan ini telah diingatkan melalui hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: "Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Sehingga syaitan akan berkata: " Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?" Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Iktibar daripada sejarah Islam untuk menghalang penyebaran fitnah memerlukan daya ketahanan iman yang sangat kental serta usaha yang bersepadu membabitkan seluruh komuniti tanpa mengira sempadan dan masa.

Alangkah ruginya umat Islam yang leka dan menghabiskan masa dengan penyebaran cerita-cerita fitnah sedangkan umat yang lain mengejar waktu dan bersaing untuk terus maju ke hadapan. Sekiranya keadaan ini berterusan kita boleh mengandaikan pelbagai gejala negatif akan menjadi musibah kehancuran umat Islam.

Justeru usaha ke arah memerangi bahana fitnah wajar dilakukan segera sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah; 193 maksudnya; "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah belaka". Tidak ada jalan mudah untuk menjamin fitnah ini tidak akan tersebar lagi di kalangan masyarakat melainkan dengan daya usaha yang konsisten dalam meningkatkan ketahanan iman semata-mata kerana Allah SWT.

Monday, February 9, 2009

Penghayatan Rukun Negara

Assalamualaikum.. salam sejahtera..


Sementara menunggu tarikh 11 februari 2009, dimana MPPUKM akan mengangkat sumpah selaku MPPUKM bagi sesi 2008/2009, marilah kita sedikit sebanyak mengkaji dan menilai kembali beberapa perkara yang diperuntukkan di dalam Negara kita. Apa yang ingin di perbincangkan pada kali ini adalah mengenai Rukun Negara.


Selaku warganegara, kita seharusnya tahu mengenai Rukun Negara kita. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan kita, tetapi kita mesti sedar yang Rukun Negara inilah yang akan membentuk nilai peribadi yang tinggi dalam warganegara Malaysia..


Rukun Negara


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Ikrar


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut


Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA:



Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.



Keluhuran Perlembagaan


Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak social rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.



Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.



Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



Oleh yang demikian, marilah kita bersama2 memeastikan Rukun Negara ini di ikuti agar kemakmuran yang di capai sekarang daapt kita kekalkan.. jgn kita hancurkan Negara kita hanya disebabkan oleh sebilangan kecil manusia yang berkepentingan..


Salam Perjuangan…


ASPIRASI POWER!!

ASPIRASI LUAR BIASA!!

ASPIRASI MAHASISWA MEMANG POWER!!!

Friday, February 6, 2009

"Harapan Mahasiswa" bikin KECOH lagi..

Alhamdulillah…

Jika tiada arang melintang di tengah jalan, MPPUKM akan mengankat sumpah pada 11 februari ini di bilik Senat. Kita harapkan semua MPP akan menjalankan tugas sabaik mungkin.

Sebelum mengankat sumpah, sudah tentu majlis pemilihan akan dijalankan, pada tahun ini sedikit kecoh kerana terdapat beberapa perkara yang menjadi tanda Tanya..

1. GMUKM memepersoalkan jawatan Saudara Sarfa sebagai “Timbalan Presiden”. Kononnya Saudara Sarfa Sedang Di siasat oleh polis berhubung kes ugut ketika Pemilihan Perwakilan Pelajar. Isu ini juga dikaitkan dengan AUKU yg menyatakan pelajar yang terlibat dengan kes polis tidak layak menjadi Majlis Tertinggi MPP UKM. Akan tetapi, kenyataannya di sini, bukan Saudara Sarfa yang membuat laporan Polis, jadi, apa masalah yang nak di kaitkan dengan Sarfa dan Polis? Dan ketika perlantikan Speaker, ada dikalangan MPP GM yang mencadangkan Sarfa, dan ketika ini tidak timbul pula isu Polis dan Sarfa. Kata mereka kononnya nak menghormati pegawai ketika itu, jadi masa tu tidak dapat membuat bantahan.. sekarang ni, GM nak jaga hati pegawai plak ke? Masa Pilihan Raya, berAPi mereka duk kutuk pegawai UKM.. Pelik..

2. Isu Sarfa Dan Polis, jika kita lihat kembali, kenapa GMUKM masih lagi memepertahankan bahawa Sarfa di siasat oleh polis? Kenyataannya.. Bukan Saudara Sarfa yang membuat laporan polis. Jika perkara itu betul sekali pun, bukankah semua warganegara ada hak untuk memebuat laporan polis jika diancam? Di dalam kes ini, bukannya Sarfa ditangkap, dipenjara, atau di sabitkan kesalahan mengugut.. Calon ASPIRASI yang mendapat ugutan, jadi tidak salah mereka membuat laporan untuk menjaga keselamatan mereka. Fikir – fikirkanlah..

3. Dalam pemilihan jawatan MPP juga, bagi Jawatan Bendahari dan Setiausaha, MPPGM mencadangkan nama sewenang- wenangnya, tidak professional, boikot katanya, selepas itu apabila waktu pengundian dijalankan, orang yang mencadang tidak pula mengangkat tangan menyokong orang yang dicadangkan tadi.. boikot katanya.. jaganla tiru gaya orang luar.. boikot.. boikoT.. BOIKOT

4. Isu laporan polis n jawatan MPPUKM. – seperti berkait rapat setelah barisan MPP ASPIRASI membuat laporan mengenai kes ugut. Sekarang mereka menggunakan isu tersebut untuk mempertikaikan jawatan yang disandang oleh MPP ASPIRASI, adakah mereka sudah merancang perkara ini dari awal lagi? Hebat.. hebat.. kita kembali ketika calon APIRASI mendapat ugutan, setelah menerima ugutan, MPP ASPIRASI berkumpul di KBH untuk berbincang sama ada ingin membuat laporan atau tidak, dengan tiba2 sekumpulan pegawai keselamatan datang dan telah mengarahkan calon ASPIRASI bersurai, dengan alasan mendapat laporan terdapat perhimpunan haram di KBH, MPP ASPIRASI tertanya – tanya, adakah mereka sedang di perhatikan? Adakah mereka telah masuk ke dalam perangkap yang di pasang? Setiap gerak geri diperhatikan.. dan kini terjawab persoalan tersebut, seperti ternyata perkara ini ada perkaitannya.. jadi.. sama-sama kita fikirkan..

Jadi.. marilah kita sama – sama memikirkan situasi sebenar MPP GM. Betul ke mereka ni nak memimpin, atau sekadar ingin mendapatkan jawatan sahaja? Buat kecoh sana sini, buat lawatan luar Negara pun sempat lagi buat kecoh, sampai KEdutaan Malaysia hantar surat kat UKM.. bikin malu UKM je..

Bertindaklah dengan bijak dan professional..

p/s : disini Admin memohon maaf di atas penggunaan gaya bahaya yang kurang mengikut format UKM. :D

layari : http://pmukmalaysia.blogspot.com/

http://sarfa.blogspot.com/

Wacana Mahasiswa


(sumber gambar: http://gm-ukm.blogspot.com)

Persatuan Mahasiswa Fakulti undang-Undang (PERUNDANG) akan mengadakan forum yang bertajuk

"Analisis Pemilihan Majlis Perwakilan PelajarUKM Sesi 2008/2009"

mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Febuari 2008 (Selasa)
Masa: 8 - 10 malam
Tempat: Dewan Anwar Mahmud, FST


Ahli Panel:
1) Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman
Pensyarah Sains Politik FSSK, UKM

2) Saudara Mohamad Nasir Mohamed Nazri
Presiden PMUKM

3) Saudara Hisyamuddin Che Ali
MPP Kerusi Umum Tahun 3

4) Saudara Ahmad Deniel Roslan
Exco Penerangan dan Informasi PERUNDANG

Moderator: Prof. Madya Dr. Faridah Abdul Jalil (Pensyarah FUU, UKM)

Pelajar-pelajar dijemput hadir.


Ulasan Seorang Pengirim email "warkah untuk GMUKM"

GM kata...

"Khabar bertiup kencang bahawa Nasir, MPP Kerusi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan akan menjadi Presiden Beliau ini agak pendiam orangnya dan khabar angin juga menyatakan bahawa kehadiran beliau ke PRK adalah kerana desakan pengetua KDO. Yang merupakan big boss kepadanya. Juga kerana sejarah kepimpinan Mahasiswa, yang sudah jemu berpresidenkan pelajar FEP, yang dalam sejarahnya, gagal memainkan peranan penting sebagai Presiden pada tahun lalu."


ASPIRASI kata...

Adakah seorang yang pendiam tidak pandai memimpin..?Sudah kaji siapakah gerangan Nasir?Apakah kredebiliti beliau??atau hanya omongann kosong yg nak merendahkan seseorang?apakah presiden PMUKM semuanya gagal memainkan peranan penting?atau presiden PMUKM pada 5-6 tahun semasa tampuk penjajahan IPU-MAMPU yang lalu sahaja gagal?



GM kata...
"Jika ukuran diambil melalui pengalaman dan kredibiliti, nama-nama di atas yang disebut, langsung tidak dapat mencapainya"

ASPIRASI kata...

Itu hanya penglihatan orang yang gila kuasa atau mata hatinya buta. Sudahkah melihat semua kepimpinan MPP ASPIRASI?



GM kata...

"
Dengar kata, MPP Mahasiswa sudah melaporkan kes itu kepada polis, atas tindakan Safarizmal dan rakan-rakannya menfitnah 'pihak lawan' melakukan ugutan bunuh kepada mereka. Kata-kata itu terpapar dalam akhbar kosmo pada 15 Januari lalu. Dengar kata lagi, seorang MPP Mahasiswa akan membawa kes ini ke mahkamah, atas tuntutan melakukan fitnah."

ASPIRASI kata...

Sudah kaji atau semak belum apa perkara yang berlaku atau saja membutakan mata pekakan telinga...(tak tahu jika memang buta dan pekak)...???Tahukah anda apa yang berlaku sebenarnya tentang isu keluaran KOSMO! itu?Adakah salah Sarfarizmal kerana membuat kenyataan, atau salah penulis yang mengarang berita itu, atau salah orang KOSMO! yang menemuramah beliau(Sarfarizmal), atau salah penyunting berita yang membuat suntingan berita KOSMO!?? Kaji,semak,fikir...Barulah anda mengetahui semua itu...



GM kata...

"
Safarizmal harus ditolak daripada senarai mereka yang boleh menjadi Presiden disebabkan beliau sedang disiasat oleh polis dan juga kisah-kisah peribadi terdahulu beliau"

ASPIRASI kata...

Dimanakah Akta, Peraturan, Tatacara, Undang-undang atau Perkeliling yang menyatakan bahawa seorang yang disoal siasat polis tidak boleh menjadi Presiden? atau anda terdesak mahukan kerusi itu? Sedarkah anda bahawa disiasat membawa maksud membantu siasatan, lainlah beliau ditahan reman atau dipenjarakan. Harap GMUKM dapat rujuk pemimpin anda yang berada di Fakulti Undang-undang berkaitan Presiden perlulah seorang yang tidak pernah disiasat polis. Disini saya ingin tahu, apakah kisah-kisah peribadi terdahulu beliau?Atau hanya penyataan untuk memburukkan seseorang ibarat petir menyambar mahu memburukkan keadaan.




GM kata...

"
Mereka ialah Mohd Faiz yang menduduki kerusi paling tinggi di kerusi Umum tahun tiga. Mahasiswa Fakulti Pendidikan, juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA)."

ASPIRASI kata...

Takkan undi paling banyak kene jadi Presiden?apakah kredebiliti beliau?Hanya di PERMATA..lagi??Apakah aktiviti PERMATA yang melibatkan keseluruhan Kampus UKM?atau hanya goyang kaki,mengalunkan jari mengutuk orang,menggerakkan tetikus memfitnah orang?(saya bukan tuduh...tetapi hanya bertanya...sorry kalo terasa...kalau tak makan cili,takder la rase pedaskan..)




GM kata...

"
Saudara Hisyamuddin, yang merupakan pelajar tahun 3 Fakulti Undang-Undang. Beliau adalah Setiausaha Agong ISIUKM, yang sudah terbukti kepimpinannya dalam banyak program. Juga sentiasa aktif berkarya, di akhbar-akhbar utama seperti Utusan, Berita Harian dan akhbar internet. Beliau juga diperkatakan orang ramai sebagai seorang yang pakar dalam penafsiran sesuatu akta dan undang-undang."

ASPIRASI kata...

hmm...apakah beza Setiausaha dan Presiden??Kenapa tak calonkan Hisyam sebagai Setiausaha Agung PMUKM?Setahu saya, setiusaha bukanlah seorang yang memimpin, tetapi dipimpin. Apa yang terbukti kepimpinannya?Bukankah beliau hanya setiausaha yang dipimpin?Adakah syarat untuk menjadi Presiden, perlu aktif berkarya?Apakah kaitan karya dengan kepimpinan?Inilah satu bukti bahawa GMUKM gagal mentafsir ciri Presiden...Harap tafsiran beliau adalah untuk membantu, bukan menukar belitkan keadaan seperti apa yang beliau telah lakukan semasa di A'Famosa Resort Melaka.




GM kata...

"
Saudara Affandi Abdul Rahman. Pemenang bagi kerusi Fakulti Pendidikan tahun 3. Yang menang dengan majoriti besar dalam PRK lalu. Beliau wajar diangkat sebagai presiden, disebabkan pengalaman dan daya kepimpinannya yang jitu."

ASPIRASI kata...

Apakah contoh pengalaman dan daya kepimpinan jitu beliau? Atau sekadar seindah khabar dari kerja?




Kesimpulannya...

Kita lihat...disini mereka hanya menilai dari pandangan mereka sahaja. Meraka tidak pernah untuk membuka mata dengan professional untuk menilai semua ahli PMUKM itu...Sehingga ciri untuk menjadi Presiden PMUKM perlu aktif berkarya,berpengalaman hanya Setiausaha Agung sudah cukup untuk menjadi President, bukankah pengalaman menjadi pemimpin itu lagi penting dari setiausaha?

Kita lihat juga, dimana pemikiran GM itu sendiri. Hanya pentingkan kuasa sedaya upaya untuk dapatkan kuasa, tidak kira betul atau salah, yang haram jadi halal pada mereka,yang halal pada ASPIRASI jadikan haram. Inikah pemimpin yang kita cari?

Dari penulisan juga kita dapat lihat bahawa mereka bukanlah cakap berdasarkan fakta, hanya khabar angin. Bukankah Baginda S.A.W. menegah kita dari menyebarkan berita jika tidak tahu kesahihan berita itu. Ini satu contoh bahawa pejuang kononnya berlandaskan islam itu tidak faham 100% akan prinsip Islam itu sendiri.

Kita sebagai Mahasiswa yang intelek, harus senantiasa membuka mata untuk melihat, membuka telinga untuk berfikir,
membuka minda untuk berfikir. Janganlah hanya mengikut rakan-rakan yang berkata-kata. LIHAT, DENGAR & FIKIR.



ASPIRASI POWER!!
ASPIRASI LUAR BIASA!!
ASPIRASI MAHASISWA MEMANG POWER!!!

Tuesday, February 3, 2009

Majlis Angkat Sumpah MPPUKM 2009

Majlis Angkat Sumpah bagi MPPUKM 2009 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 11 Februari 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Senat
Pakaian : Formal

p/s : Diharap semua MPPUKM dapat menjalankan tugas dengan dedikasi dan dinamik. :D

Waktu Pembukaan Perpustakaan Tun Seri Lanang Sempena Cuti Thaipusam

Dimaklumkan bahawa berikut adalah waktu pembukaan Perpustakaan Tun Seri Lanang semasa cuti Thaipusam:

i. 7 Februari 2009 (Sabtu) - Tutup (Sabtu minggu pertama)
ii. 8 Februari 2008 (Ahad) - Tutup (Cuti Thaipusam)
iii.9 Februari 2008 (Isnin) - Buka (10.00 pagi - 5.00 petang)


Para pelajar disarankan untuk merancang dengan baik masa untuk mengulang kaji atau study group untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web e-pelajar.

Sekian.

PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2008-2009

Perhatian. Para pelajar diingatkan supaya membuat pengesahan untuk permohonan masuk dan draf jadual peperiksaan akhir semester II 2009 sesi akademik 2008/09 di laman web berikut http://www.ukm.my/smpweb bermula 23 Febuari hingga 1 Mac 2009.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web e-pelajar. Terima kasih.