Friday, March 20, 2009

Kemaskini

Posted on 7:40 PM by ASPIRASI UKM

Salam.

Kepada semua pengunjung setia blog ini, pihak admin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kelewatan untuk mengemaskini blog ini. Ini adalah disebabkan admin mempunyai kekangan masa yang terhad. Setelah tamat pilihanraya kampus, tidak bermakna blog ini akan terkubur. Blog ini akan terus dikemaskini dengan isu-isu semasa dalam dan luar kampus.

Setelah difikirkan dan diteliti, pihak admin bercadang untuk meluaskan lagi skop perbincangan dan artikel di dalam blog ini ke peringkat yang lebih luas. Sekiranya sebelum ini blog ini lebih menjurus kepada isu kebajikan dan perkembangan semasa dalam kampus, selepas ini artikel berkaitan dengan isu antarabangsa juga akan ditambah di dalam blog ini.

Pihak admin memikirkan ini adalah wajar kerana mahasiswa dan mahasiswi juga perlu peka dengan semua yang berlaku bukan sahaja di dalam Malaysia, bahkan juga senario di luar negara. Ini secara tidak langsung dapat memberikan sedikit pengetahuan asas kepada pelajar tahun akhir yang bakal menceburi bidang kerjaya kelak.

Mungkin ini adalah sesuatu yang sepatutnya dilakukan sejak blog ini mula disiarkan. Namun begitu, pihak admin merasakan masih belum terlambat untuk memperbaiki kesilapan ini. Sebarang cadangan dan komen amat dialu-alukan.

Sekian.

No Response to "Kemaskini"