Sunday, August 30, 2009

PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010

Posted on 6:46 AM by ASPIRASI UKM

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester I
Sesi Akademik 2009-2010 akan dijalankan pada 26 Oktober hingga 13 November
2009.

Sehubungan itu, saudara/i diminta mengambil perhatian dan tindakan dalam
urusan permohonan masuk dan draf jadual waktu peperiksaan akhir Semester I Sesi
Akademik 2009-2010. Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu
dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 31 Ogos hingga 6 September
2009.

Dalam paparan borang permohonan ini akan tersenarai kursus yang saudara/i
daftar serta draf jadual peperiksaan akhir. Saudara/i dikehendaki menyemak
maklumat tersebut dan mengesahkannya. Tindakan yang saudara/i perlu lakukan
ialah seperti berikut:

a. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual
peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan
butang Sah.

b. Sekiranya terdapat percanggahan jadual peperiksaan atau 3 kursus
berturutan dalam satu hari maka saudara/i dikehendaki menekan butang
Bahagian Akademik dan mencetak paparan borang tersebut. Sila
catatkan kursus terlibat dan dapatkan pengesahan Fakulti. Borang
tersebut hendaklah diserahkan ke Kaunter Bahagian Pengurusan
Akademik selewat-lewatnya pada 8 September 2009.

Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap
maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul
dan lengkap. Jika saudara/i tidak hadir peperiksaan bagi kursus-kursus tersebut
saudara/i akan diberi gred E (gagal). Saudara/i yang tidak membuat pengesahan
juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

No Response to "PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010"