Wednesday, August 26, 2009

UNIVERSITI KU

Posted on 12:32 PM by ASPIRASI UKM




UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ditubuhkan pada 18 Mei 1970 yang pada awalnya hanya memuatkan 3 buah fakulti sahaja. Sejak tarikh itu, ia telah berkembang dengan pesatnya sehingga dapat mencapai apa yang kita semua kecapi sekarang. Beberapa siri penambahbaikan telah dibuat oleh pihak universiti untuk kemudahan semua.

Baru-baru ini UKM menyaksikan satu lagi penambahbaikan yang bertujuan untuk memudahkan semua warga kampus iaitu sistem Letak dan Naik. Sistem ini diperkenal kerana melihatkan kesesakan yang sering berlaku dalam kawasan kampus terutamanya lingkungan satu. Walaupun terdapat beberapa kritikan membina mahupun kutukan terhadap inisiatif pihak universiti ini, ia masih tidak dapat disangkal betapa pihak universiti sentiasa berusaha memenuhi keperluan warganya.

Apabila berbicara mengenai kritikan dan kutukan di UKM, universiti kita sememangnya istimewa kerana mahasiswanya sentiasa berani dan berpegang teguh kepada ideologi dan fahaman masing-masing dan pihak univesiti memberi kita ruang dan peluang untuk mengembangkan ideologi kita. Perkara ini juga diimbangi dengan barisan MPP yang walaupun berbeza pendapat tetapi masih terus menyumbang kepada pelajar dan universiti dengan cara yang tersendiri.

Maka dengan itu tidak wajarlah kiranya sesetengah pihak untuk mempersoalkan komitmen pihak lain dengan hanya merjuk kepada satu satu
event sahaja. Analoginya bergini, Saya berikan biskut chipsmore kepada Ali, jadi tidak wajarlah saya menuduh orang lain sebagai kedekut hanya kerana saya sahaja yang memberikan Ali chipsmore. Ini kerana orang lain bertungkus lumus untuk menyediakan keperluan Ali yang lain pula seperti pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Cuma orang lain tidaklah sebongkak saya yang asyik menghebah-hebahkan jasa kecil yang saya buat.

Konklusinya, universitiku adalah tempat yang penuh dengan corak dan warna warni kehidupan. Di mana semua orang berusaha menyumbang kepada penambahbaikan universiti dengan cara yang unik. Janganlah asyik menghitung jasa-jasa kita tetapi terus menyumbang tanpa syarat dan mengharapkan balasan.

3 Response to "UNIVERSITI KU"

.
gravatar
antipolitikkampus Says....

Lihat pendedahan gmukm

http://antipolitikkampus.blogspot.com/2009/08/siapa-dalang-politik-kampus.html

.
gravatar
Anonymous Says....

Amiable dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Thank you seeking your information.