Wednesday, October 6, 2010
Ketinggalan Zaman?
Posted on 2:04 AM by ASPIRASI UKM
1. Tajuk diatas mungkin tidak menjelaskan apa apa yang signifikan untuk memangkin minda mahasiswa. Tetapi itulah perkataan yang digunakan oleh blogger GMUKM keatas Menteri Pengajian Tinggi kita, DS Khaled Nordin. Patutkah? Semuanya gara-gara DS Khaled Nordin yang memberi kenyataan mengingatkan mahasiswa untuk jangan terlibat dengan politik kepartian yang jelas terkandung dalam provisi Seksyen 15(5)(a) AUKU 1971.
" Jika Pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihanraya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan," katanya selepas melancarkan buku 'Reaching Out...Making The Difference' di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. -petikan dari utusan malaysia.
2. Jika kita mengikuti isu UKM4, Perjuangan UKM4 secara asasnya ingin membenarkan pelajar pelajar sains politik untuk terlibat dalam kerja lapangan berkaitan dengan jurusan mereka iaitu pilihanraya sebenar. Jelas apa yang mereka mahukan cumalah dibenarkan membuat kajian di pilihanraya pilihanraya pilihanraya kecil. Kami rasa kenyataan Khaled Nordin langsung tidak bercanggah dengan kehendak UKM4. Jadi apa yang ketinggala zaman?? Kami menasihati blogger GMUKM supaya berhati hati dalam mengeluarkan artikel menghentam orang terutamanya individu berstatus menteri. Untuk bergelar Menteri seseorang itu telah mengharungi onak duri kehidupan dan tidak wajar untuk menhentamnya dengan perkataan 'ketinggalan zaman'.
3. UKM4. Mereka adalah 4 pelajar jurusan sains politik yang ditangkap bersama sama dengan bahan kempen pilihanraya pihak Pakatan Rakyat. Mereka menafikannya dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya menumpang dalam van berkenaan dan tidak tahu menahu bahawa ada bahan kempen di dalam van tersebut. Kemusykilan demi kemusykilan timbul dan kita biarkan mahkamah menentukan kesahihanya pada 7 September. Kita saksikan siapa yang betul dan siapa yang salah.
"Mereka seolah-olah mahu melihat sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dilaksanakan atau tidak," -DS Khaled Nordin.
" BELAJAR LEBIH BAIK "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Ketinggalan Zaman?"
Post a Comment