Monday, February 21, 2011
Saturday, February 19, 2011
Pengurus KBH ditengking
18 FEB, Kolej Burhanuddin Helmi UKM-Berlaku kekecohan seketika semalam dihadapan foyer KBH apabila pengurus kolej ditengking oleh seorang mahasiswa penyokong Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM). Hal ini berlaku apabila tindakan seorang mahasiswa penyokong GMUKM merekod video rakaman perbualannya dengan pengurus KBH menggunakan telefon bimbit. Pengurus tersebut telah merampas telefon bimbit yang telah digunakan mahasiswa daripada GMUKM kerana merasakan urusan 'privasi'nya diganggu. Selepas telefon bimbitnya dirampas, mahasiswa tersebut terus menengking pengurus itu dengan nada suara yang tinggi seolah-olah menunjukkan dirinya tidak bersalah. Malah ayat yang dikeluarkan daripada mulut mahasiswa itu sangat tidak menunjukkan sebagai seorang mahasiswa UKM.
"Hormatlah orang sikit, akak tu dah tua", begitulah ayat yang dikeluarkan oleh mahasiswa itu. Anda fikir-fikirkanlah terhadap ayat yang telah dikeluarkan mahasiswa tersebut. Anda semua lebih layak menilai.
"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"
Posted on 9:01 PM
Tuesday, February 15, 2011
SALAM MAULIDUL RASUL
Assalamualaikum w.b.t
Kami dari pihak Aspirasi mengucapkan salam Maulidul Rasul kepada semua warga kampus UKM khususnya yang beragama ISLAM. Sempena sambutan Maulidul Rasul yang kita sambut pada setiap tahun pada 12 Rabiulawal yang merupakan kelahiran Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Kita bukan sahaja perlu mengingati Rasulullah pada sambutan Maulidul Rasul, malah pada setiap masa kita perlu mengingati Baginda. Hal ini kerana perjuangan Baginda amatlah besar dan kekal sehingga hari ini. Oleh yang demikian cara yang mudah untuk mengingati baginda dengan berselawat keatas Nabi pada setiap masa.
Sabda Nabi S.A.W
"Dimana sahaja kamu berada maka berselawatlah kepadaku, kerana selawat mu itu akan sampai kepadaku."( Riwayat At Thabrani dari Husain Bin Ali R.A )
Cara lain untuk mengingati Rasulullah ialah dengan melakukan sunnah-sunnah Baginda. Sebagai contoh ialah dengan memakai serban, berzikir, setiap perbuatan dimulakan dengan anggota sebelah kanan, mulakan setiap perkara dengan bacaan Bismillah, bersugi dan banyak lagi.
Akhir kata, seringkali kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum apabila dibenci, tetap tenang apabila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Tetapi kenapa kita mudah membenci apabila dikasari, mudah putus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami dan mudah terguris apabila dilukai ? Ayuh kita tarbiah diri agar segala yang indah menghiasi peribadi kerana qudwah adalah Nabi, itulah sifat hamba Allah yang hakiki.
Posted on 3:35 AM
Monday, February 14, 2011
PERJUANGAN ITU MESTI TERUS, KEBAJIKAN MAHASISWA SENTIASA DIDAHULUKAN
Pada 10 Februari 2011,Khamis - Satu Memorandum Gesaan Pelaksaan Dasar Presiden PMUKM sesi 2009/2010 mengenai isu kebajikan Pelajar telah di hantar kepada Ybhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Syarifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi melampau atau yang menggangu-gugat keharmonian serta keamanan kampus.
Berikut adalah perkara-perkara utama yang telah diketengahkan untuk perhatian Ybhg. Prof Tan Sri dan Pengurusan Tertinggi Universiti:
- Masalah gangguan bekalan air yang membebankan mahasiswa
- Masalah gangguan terhadap capaian JARING yang semakin lemah
- Keadaan jalan raya yang kurang memuaskan di UKM
- Yuran yang tidak jelas
- Dan isu-isu lain mengenai hal ehwal kebajikan mahasiswa ( kecurian,kemudahan sukan, harga makanan di kafeteria kolej)
Usaha ini telah mendapat sambutan baik Ybhg Prof. Tan Sri dan Pengurusan Tertinggi Universiti dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.
sumber daripada http://pmukm09-10.blogspot.com
" MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"
Posted on 7:15 PM
Valentine's Day
Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tidak lain dan tidak bukan , setiap 14 FEB mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Oleh itu budaya amalan meraikan Valentine"s Day adalah dilarang sama sekali oleh Agama Islam. Ini adalah kerana sambutan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar.
"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"
Posted on 3:02 AM
Saturday, February 12, 2011
Kafetaria KPZ
Kesinambungan daripada isu kafetaria Kolej Pendeta Za'ba(KPZ), JAKSA KPZ sesi 2010/2011 telah membuat satu memorandum bantahan terhadap sistem kafetaria yang sedia di KPZ kepada pihak Kausar Corp.
Selepas JAKSA KPZ menghantar memorandum bantahan terhadap sistem kafetaria di KPZ itu, hasil perbincangan diantara JAKSA KPZ dan PMUKM sesi 2009/2010 telah mengusulkan satu kertas cadangan berkenaan dengan penyelesaiaan kafetaria KPZ kepada pihak universiti.
Selepas JAKSA KPZ menghantar memorandum bantahan terhadap sistem kafetaria di KPZ itu, hasil perbincangan diantara JAKSA KPZ dan PMUKM sesi 2009/2010 telah mengusulkan satu kertas cadangan berkenaan dengan penyelesaiaan kafetaria KPZ kepada pihak universiti.
Ekoran dengan itu, permasalahan ini dapat diselesaikan melalui cadangan dengan membenarkan peniaga luar dan pelajar untuk membuka tapak perniagaan makanan dan minuman di KPZ. Hal ini juga dapat memudahkan penghuni KPZ membeli makanan dan berurus niaga tanpa menghadapi apa-apa kesulitan dan masalah.
Kami dari pihak Aspirasi menyokong penuh terhadap tindakan yang diambil oleh JAKSA KPZ dan pihak PMUKM dalam menangani masalah ini serta mengambil berat tentang kebajikan mahasiswa terutamanya penghuni KPZ,"Pewaris Keunggulan Pendeta Za'ba".
"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"
Posted on 1:18 AM
Wednesday, February 9, 2011
Chaiyok Chaiyok Zaaba!!
Masalah pengurusan kafetaria di Kolej Pendeta Zaaba(KPZ) masih lagi belum selesai dan terdapat dan banyak rungutan dari pelajar KPZ sendiri tentang pengurusan kafetaria yang tidak teratur. Masalah ini telah dibawa dan dibangkitkan pada pihak atasan sejak dari kepimpinan jaksa KPZ sesi 2008/2009 tentang masalah pengurusan kafetaria yang dialami. Isu bermula dari pembatalan kotrak tender gerai-gerai kecil yang menjual makanan. Pihak Kausar Corp. pada masa itu ingin mewujudkan sistem baru dalam penjualan makanan iaitu dengan menggunakan sistem 'kupon'. Hal ini menyebabkan timbul ketidakpuashatian pelajar-pelajar KPZ dengan sistem yang ingin diwujudkan itu kerana lebih membebankan pelajar. Memorandum bantahan telah dihantar pada pihak atasan bagi menolak cadangan yang telah ingin diperkenalkan pada pihak Kautsar dan akhirnya sistem kupon berkenaan tidak jadi dilaksanakan.
Selepas penamatan kotrak tender gerai-gerai kecil pihak Kausar telah mengambil alih gerai-gerai kecil tersebut. Tetapi masalah yang dihadapi pelajar-pelajar tentang pengurusan kafetaria yang di uruskan oleh pihak Kausar tidak menepati citarasa pelajar-pelajar. Sebagai contoh tidak terdapat pelbagai aneka pilihan makanan, harga yang tidak berpatutan, perkhidmatan yang lambat dan tidak sistematik, kebersihan persekitaran kafetaria yang tidak dijaga dan peniaga kafetaria yang tidak mesra dengan pelanggan.
Menurut seorang penghuni KPZ, pada masa sebelum ditamatkan kontrak tender gerai-gerai kecil itu, pelajar-pelajar KPZ tidak mempunyai apa-apa masalah tentang pembelian makanan malah pengurusannya sistematik yang memudahkan pelajar. dan terdapat pelbagai aneka pilihan makanan yang disajikan.
Permasalahan ini telah menambahkan lagi kerumitan pelajar-pelajar KPZ terutamanya yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa membeli makanan di kafetaria yang telah disediakan oleh pihak Kausar. Oleh yang demikian terdapat memorandum bantahan sistem kafetaria yang sedia ada di KPZ dan cadangan penyelesaian masalah kafeteria di KPZ.
"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"
Posted on 1:20 AM
Tuesday, February 8, 2011
BUKAN salah ASPIRASI
Kebelakangan ini, segelintir pihak ketandusan isu telah mengutarakan sebuah isu yang agak sempit dan tidak seharusnya dimainkan. Isu mak cik Sally, seorang peniaga di Kolej Ibrahim Yaakub yang telah ditamatkan kontraknya. Menjadi persoalannya, sesetengah pihak telah menganggap pihak Aspirasilah yang menjadi penyebab kontrak mak cik Sally diberhentikan.
Menjawab isu ini, pihak Aspirasi tampil bagi menerangkan isu sebenar yang cuba diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab.
Jika kita teliti surat yang dikeluarkan oleh bendahari, tidak timbul isu penamatan kontrak secara sengaja telah berlaku. Ini kerana kontrak mak cik Sally sememangnya berakhir pada 31 disember yang lepas dan tidak lagi diperbaharui oleh bendahari. Terang lagi bersuluh, pemikiran politik sempit sesetengah pihak yang jelas sudah ketandusan isu secara sengaja meletakkan kesalahan dibahu pihak Aspirasi.
Dakwaan yang menyatakan bahawa masa yang diberikan kepada mak cik Sally tidak mencukupi atau dakwaan segelintir pihak yang menyatakan mak cik Sally diberikan masa hanya 10 hari adalah tidak benar sekali. Ini kerana kontrak mak cik Sally bermula 1 Januari 2009 dan berakhir 31 Disember 2010 dan surat bendahari telah dikeluarkan pada 18 Januari 2011 meminta mengosongkan premis sehingga 3 Februari 2011.
Ini bermakna mak cik Sally telah diberi masa selama lebih sebulan untuk mengosongkan premis berkenaan.
Bagi pihak Aspirasi, kami melihat tidak wujudnya unsur penindasan terhadap mak cik Sally kerana masa sebulan yang diberikan dirasakan cukup lama untuk mengosongkan premis tersebut. Selain itu juga, tiada isu seperti yang didakwa oleh segelintir pihak yang menyatakan Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub menjadi dalang disebalik penamatan kontrak. Hal ini kerana kontrak yang wujud sememangnya berakhir 31 Disember 2010 seperti yang dipersetujui oleh mak cik Sally dan Bendahari UKM.
Justeru itu pihak Aspirasi mengharapkan agar isu ini tidak lagi dipolitikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih simpati warga UKM. Pihak Aspirasi juga berdoa agar perniagaan mak cik Sally di tempat baru lebih maju dan diberkati oleh-Nya. Akhir kata, kurangkan kontroversi tingkatkan pretasi.
Menjawab isu ini, pihak Aspirasi tampil bagi menerangkan isu sebenar yang cuba diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab.
Jika kita teliti surat yang dikeluarkan oleh bendahari, tidak timbul isu penamatan kontrak secara sengaja telah berlaku. Ini kerana kontrak mak cik Sally sememangnya berakhir pada 31 disember yang lepas dan tidak lagi diperbaharui oleh bendahari. Terang lagi bersuluh, pemikiran politik sempit sesetengah pihak yang jelas sudah ketandusan isu secara sengaja meletakkan kesalahan dibahu pihak Aspirasi.
Dakwaan yang menyatakan bahawa masa yang diberikan kepada mak cik Sally tidak mencukupi atau dakwaan segelintir pihak yang menyatakan mak cik Sally diberikan masa hanya 10 hari adalah tidak benar sekali. Ini kerana kontrak mak cik Sally bermula 1 Januari 2009 dan berakhir 31 Disember 2010 dan surat bendahari telah dikeluarkan pada 18 Januari 2011 meminta mengosongkan premis sehingga 3 Februari 2011.
Ini bermakna mak cik Sally telah diberi masa selama lebih sebulan untuk mengosongkan premis berkenaan.
Bagi pihak Aspirasi, kami melihat tidak wujudnya unsur penindasan terhadap mak cik Sally kerana masa sebulan yang diberikan dirasakan cukup lama untuk mengosongkan premis tersebut. Selain itu juga, tiada isu seperti yang didakwa oleh segelintir pihak yang menyatakan Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub menjadi dalang disebalik penamatan kontrak. Hal ini kerana kontrak yang wujud sememangnya berakhir 31 Disember 2010 seperti yang dipersetujui oleh mak cik Sally dan Bendahari UKM.
Justeru itu pihak Aspirasi mengharapkan agar isu ini tidak lagi dipolitikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih simpati warga UKM. Pihak Aspirasi juga berdoa agar perniagaan mak cik Sally di tempat baru lebih maju dan diberkati oleh-Nya. Akhir kata, kurangkan kontroversi tingkatkan pretasi.
Posted on 10:41 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)