Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUL RASUL

Posted on 3:35 AM by ASPIRASI UKM


Assalamualaikum w.b.t

Kami dari pihak Aspirasi mengucapkan salam Maulidul Rasul kepada semua warga kampus UKM khususnya yang beragama ISLAM. Sempena sambutan Maulidul Rasul yang kita sambut pada setiap tahun pada 12 Rabiulawal yang merupakan kelahiran Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Kita bukan sahaja perlu mengingati Rasulullah pada sambutan Maulidul Rasul, malah pada setiap masa kita perlu mengingati Baginda. Hal ini kerana perjuangan Baginda amatlah besar dan kekal sehingga hari ini. Oleh yang demikian cara yang mudah untuk mengingati baginda dengan berselawat keatas Nabi pada setiap masa.

Sabda Nabi S.A.W


"Dimana sahaja kamu berada maka berselawatlah kepadaku, kerana selawat mu itu akan sampai kepadaku."( Riwayat At Thabrani dari Husain Bin Ali R.A )

Cara lain untuk mengingati Rasulullah ialah dengan melakukan sunnah-sunnah Baginda. Sebagai contoh ialah dengan memakai serban, berzikir, setiap perbuatan dimulakan dengan anggota sebelah kanan, mulakan setiap perkara dengan bacaan Bismillah, bersugi dan banyak lagi.

Akhir kata, seringkali kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum apabila dibenci, tetap tenang apabila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. Tetapi kenapa kita mudah membenci apabila dikasari, mudah putus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami dan mudah terguris apabila dilukai ? Ayuh kita tarbiah diri agar segala yang indah menghiasi peribadi kerana qudwah adalah Nabi, itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

No Response to "SALAM MAULIDUL RASUL"