Wednesday, February 9, 2011

Chaiyok Chaiyok Zaaba!!

Posted on 1:20 AM by ASPIRASI UKM



Masalah pengurusan  kafetaria di Kolej Pendeta Zaaba(KPZ) masih lagi belum selesai dan terdapat dan banyak rungutan dari pelajar KPZ sendiri tentang pengurusan kafetaria yang tidak teratur. Masalah ini telah dibawa dan dibangkitkan pada pihak atasan sejak dari kepimpinan jaksa KPZ sesi 2008/2009 tentang masalah pengurusan kafetaria yang dialami. Isu bermula dari pembatalan kotrak tender gerai-gerai kecil yang menjual makanan. Pihak Kausar Corp. pada masa itu ingin mewujudkan sistem baru dalam penjualan makanan iaitu dengan menggunakan sistem 'kupon'. Hal ini menyebabkan timbul ketidakpuashatian pelajar-pelajar KPZ dengan sistem yang ingin diwujudkan itu kerana lebih membebankan pelajar. Memorandum bantahan telah dihantar pada pihak atasan bagi menolak cadangan yang telah ingin diperkenalkan pada pihak Kautsar dan akhirnya sistem kupon berkenaan tidak jadi dilaksanakan.

Selepas penamatan kotrak tender gerai-gerai kecil pihak Kausar telah mengambil alih gerai-gerai kecil tersebut. Tetapi masalah yang dihadapi pelajar-pelajar tentang pengurusan kafetaria yang di uruskan oleh pihak Kausar tidak menepati citarasa pelajar-pelajar. Sebagai contoh tidak terdapat pelbagai aneka pilihan makanan, harga yang tidak berpatutan, perkhidmatan yang lambat dan tidak sistematik, kebersihan persekitaran kafetaria yang tidak dijaga dan peniaga kafetaria yang tidak mesra dengan pelanggan.

Menurut seorang penghuni KPZ, pada masa sebelum ditamatkan kontrak tender gerai-gerai kecil itu, pelajar-pelajar KPZ tidak mempunyai apa-apa masalah tentang pembelian makanan malah pengurusannya sistematik yang memudahkan pelajar. dan terdapat pelbagai aneka pilihan makanan yang disajikan.

Permasalahan ini telah menambahkan lagi kerumitan pelajar-pelajar KPZ terutamanya yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa membeli makanan di kafetaria yang telah disediakan oleh pihak Kausar. Oleh yang demikian terdapat memorandum bantahan sistem kafetaria yang sedia ada di KPZ dan cadangan penyelesaian masalah kafeteria di KPZ.

"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

1 Response to "Chaiyok Chaiyok Zaaba!!"

.
gravatar
Ahmad Tajuddin Says....

smart artikel ni...tapi,perlu penambahbaikan dari segi bahasa agar tidaklah terlalu cacat dan typo(salah eja)....biarlah nampak professionalisme dalam penulisan yang rasmi sebegini dalma blog rasmi sesebuah pertubuhan...sekadar perkongsian moga2 bermanfaat...