Thursday, December 31, 2009

KIOSK MASAKAN ALA CINA DI UKM (Manifesto Yang Direalitikan)

Posted on 12:51 AM by ASPIRASI UKM


Kiosk masakan ala Cina di FSSK
(Manifesto MPP Aspirasi 2008/2009)


Sampai beratur untuk membeli makanan...
Tak kira Melayu atau Cina.. Baru 1Malaysia :-)


Tahniah PMUKM Sesi 2008/2009 :
Hadiah khusus untuk pelajar Cina di UKM



Assalamualaikum,

Alhamdulillah... Merafatkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana sekali lagi telah membantu perjuangan PMUKM Sesi 2008/2009 untuk mewujudkan sebuah kiosk makanan ala Cina di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ianya bermula apabila beberapa Exco PMUKM berbangsa Cina yang terdiri daripada Huan Chin Guan (Naib Presiden PMUKM), Lim Hooi Shan, Low Weng Wai, Juin Onn dan Lim Yang Chao mencadangkan kepada Tuan Presiden PMUKM (Mohamad Nasir Nazri) dan Timbalan Presiden PMUKM (Sarfarizmal Saad) untuk menubuhkan sebuah kiosk masakan ala Cina di kampus UKM. Cadangan ini dikemukakan pada penghujung bulan April 2009 lalu.

Setelah mengamati dan meneliti cadangan ini, maka Tuan Presiden PMUKM bersama-sama Timbalannya telah membawa perkara ini terus ke YBhg. Dato' Timbalan Naib Canselor HEPA UKM dan pihak Bendahari UKM. Hasil perbincangan tiga hala antara PMUKM, Bendahari UKM dan Dato' TNC HEPA, maka perbincangan tersebut bersetuju sebulat suara membenarkan kiosk makanan ala Cina itu dalam kampus UKM dengan syarat mestilah diuruskan oleh Cina Muslim.

Perbincangan antara tiga hala yang berlaku kira-kira awal Mei 2009 itu telah membuahkan hasilnya sekarang. Dengan kerja keras dan semangat keaspirasian antara exco-exco PMUKM yang terlibat, maka sekarang tertubuhlah sebuah kiosk makanan/masakan ala Cina di dalam kampus UKM. Kiosk tersebut kini beroperasi di Aras Bawah, Blok G, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Yang membanggakan lagi ialah, kiosk tersebut kini bukan sahaja penuh dengan para pelajar berbangsa Cina, malah turut mendapat kunjungan daripada para pelajar berbangsa Melayu dan India. Pihak PMUKM Sesi 2008/2009 amat berterima kasih kepada seluruh pelajar UKM kerana keprihatinan dan sokongan terhadap segala usaha dan projek daripada PMUKM seperti ini.

Pihak PMUKM juga ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada YBhg. Dato' TNC HEPA, Bendahari UKM, Kedekanan FSSK dan semua yang terlibat dalam usaha menubuhkan kiosk makanan/masakan ala Cina di FSSK ini. Alhamdulillah, sekarang manifesto utama perjuangan MPP Aspirasi UKM telah berjaya direalisasikan. Ini membuktikan MPP Aspirasi berjuang dan bekerja sedaya upaya menjadikan setiap manifesto mereka akan menjadi kenyataan dan bukan hanya JANJI KOSONG semata-mata.

1Malaysia, 1Aspirasi...


ASPIRASI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


11 Response to "KIOSK MASAKAN ALA CINA DI UKM (Manifesto Yang Direalitikan)"

.
gravatar
Anonymous Says....

sempena prk ke ni?? bgus!! slh 1 dr teknik pancing undi scra halussss...hahahaha

.
gravatar
Anonymous Says....

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

-Joseph Conrad-

.
gravatar
Anonymous Says....

macam bangang je aspirasi ni...adoi.. nak2 PRK ni mulalah kau bising2. tu manifesto sape entah. kau bertanding mane ade manifesto...bertanding pon kene paksa kecuali orang yang bergelar TSB mcm Sarfa tu yang mmg hampeh. jd MPP pastu g situ sini jumpe menteri. dekat2 PRK baru bising nak naik KPT lah.. hari tu g jalan sana sini je. aku pon naik muak...sama je ngan GMUKM...wat program x pernah nak legal...tolonglah bro....nak bertanding tapi x cukup kredibiliti..adoiii

.
gravatar
Anonymous Says....

aish...buat kerja bising..tak buat kerja pn bising.biasa la tu.manusia tak pernah bersyukur.adat kat dunia ni kan.bile kite buat sumting..org len jeles.tu la masyarakat kite.tak penah suke tgk kemajuan.bukan reti nak bersyukur.juz keep on moving aspirasi.lantak depa la nak ckp ape.yg duk ckp lebih tu la patotnye msuk bertanding.jgn ckp besa duk kutuk org je.ingatlah yg duk kutuk tu..kat dunia ni takde manusia sempurna.tp kita kene cuba lakukan sesuatu itu dgn sempurna yg mgkn.all d best to aspirasi n mpp aspirasi :)

.
gravatar
Anonymous Says....

aku sokong aspirasi, tp walau macam mana pun aku harap pimpinan aspirasi berubah la, bkn berubah org, tp berubah sikap. terlalu selesa sampaikan sambil lewa je jaga kebajikan. mmg aspirasi buat kerja, lebih byk dari pihak lain buat, tp itulah tanggungjawab, mmg berat utk dipikul, kalau x mampu, bekerjasama la, jgn melenting bila di tegur. lagipun aspirasi ni kelab berdaftar, gunakan status itu utk terus mendekati dan membela nasib pelajar. aku pernah bagi cadangan, tp yelah, sape la aku. hope aspirasi terus kuat dan utuh.

.
gravatar
Anonymous Says....

Hidup Aspirasi !!!!! Terima Kasih pihak PMUKM...sayang PMUKM :-)