Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat bulanan KPT

Posted on 11:00 AM by ASPIRASI UKM

Assalamualaikum dan salam aspirasi...

Pada 15 Disember 2009 (Selasa), pihak Aspirasi UKM telah berkunjung ke Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) untuk menghadiri mesyuarat bulanan KPT. Ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik diantara KPT dan pihak Aspirasi UKM.


Pada hari tersebut, Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan buku panduan penyelarasan pemberian jam kredit kokurikulum untuk institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini. Buku ini perlu diterbitkan memandangkan terdapat kursus yang sama antara IPT tetapi pelajar-pelajar memperoleh jam kredit yang berbeza antara pusat pengajian tinggi masing-masing. Ini menunjukkan bahawa KPT mementingkan kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum seperti mana dalam bidang akademik. Ia juga memberi kelebihan kepada mahasiswa dalam meningkatkan keboleh pasaran graduan di peringkat global.


Hubungan baik antara Aspirasi UKM dan KPT diharap dapat memberi lebih banyak kerjasama antara kedua pihak bagi memperjuangkan nasib mahasiswa dan mahasiswi UKM.

6 Response to "Mesyuarat bulanan KPT"

.
gravatar
Anonymous Says....

salam aspirasi konon...sape ajar eh? najib ....aku nak tanya skit bdk2 aspirasi ni menatang ape yang dimaksudkan ngan 'aspirasi' kau tuh??? jangan dok main laung2 je aspirasi tanpa tujuan...

.
gravatar
khaled nordin Says....

aspirasi pun xtau..haha duk U je lbh.. xtau aspirasi pegi masuk UITM jelah.. GM tu ape? Gila Menang!ahahahhahaha..

.
gravatar
pedang lilit Says....

ko xtau ko bkak blik buku yg ukm bg mase 1st year...ntah2 ko xtgk pon buku 2...rasenyerla bdk GM semua mcm 2...

.
gravatar
Aniq Says....

salam..
juz nk taw la kn..
Aspirasi ada gak g KPT...
GM ada x interaksi macam tu dengan KPT ek??

.
gravatar
Anonymous Says....

GM g jumpa adun2 pas je mintak duit.. (sekadar melawak je)bkn fitnah ok..hahhahhahahahahahhahahahahah.