Tuesday, February 8, 2011

BUKAN salah ASPIRASI

Posted on 10:41 AM by ASPIRASI UKM

Kebelakangan ini, segelintir pihak ketandusan isu telah mengutarakan sebuah isu yang agak sempit dan tidak seharusnya dimainkan. Isu mak cik Sally, seorang peniaga di Kolej Ibrahim Yaakub yang telah ditamatkan kontraknya. Menjadi persoalannya, sesetengah pihak telah menganggap pihak Aspirasilah yang menjadi penyebab kontrak mak cik Sally diberhentikan.


Menjawab isu ini, pihak Aspirasi tampil bagi menerangkan isu sebenar yang cuba diputar belitkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab.

 




Jika kita teliti surat yang dikeluarkan oleh bendahari, tidak timbul isu penamatan kontrak secara sengaja telah berlaku. Ini kerana kontrak mak cik Sally sememangnya berakhir pada 31 disember yang lepas dan tidak lagi diperbaharui oleh bendahari. Terang lagi bersuluh, pemikiran politik sempit sesetengah pihak yang jelas sudah ketandusan isu secara sengaja meletakkan kesalahan dibahu pihak Aspirasi.







Dakwaan yang menyatakan bahawa masa yang diberikan kepada mak cik Sally tidak mencukupi atau dakwaan segelintir pihak yang menyatakan mak cik Sally diberikan masa hanya 10 hari adalah tidak benar sekali. Ini kerana kontrak mak cik Sally bermula 1 Januari 2009 dan berakhir 31 Disember 2010 dan surat bendahari telah dikeluarkan pada 18 Januari 2011 meminta mengosongkan premis sehingga 3 Februari 2011.
Ini bermakna mak cik Sally telah diberi masa selama lebih sebulan untuk mengosongkan premis berkenaan.

Bagi pihak Aspirasi, kami melihat tidak wujudnya unsur penindasan terhadap mak cik Sally kerana masa sebulan yang diberikan dirasakan cukup lama untuk mengosongkan premis tersebut. Selain itu juga, tiada isu seperti yang didakwa oleh segelintir pihak yang menyatakan Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub menjadi  dalang disebalik penamatan kontrak. Hal ini kerana kontrak yang wujud sememangnya berakhir 31 Disember 2010 seperti yang dipersetujui oleh mak cik Sally dan Bendahari UKM.

Justeru itu pihak Aspirasi mengharapkan agar isu ini tidak lagi dipolitikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih simpati warga UKM. Pihak Aspirasi juga berdoa agar perniagaan mak cik Sally di tempat baru lebih maju dan diberkati oleh-Nya. Akhir kata, kurangkan kontroversi tingkatkan pretasi.




3 Response to "BUKAN salah ASPIRASI"

.
gravatar
Anonymous Says....

seharusnya pihak aspirasi mmbantu makcik sally dgn m'jadi org tengah antara pihaknya dgn bendahari, mengapa kontrak makcik sally tak dilanjutkan @ mmbantu mak cik sally supaya kontraknya diperbaharui,suara mahasiswa kan didengari buat la memorendum ke petisyen ke kat bendahari, bendahari ukm ni jgn d'beri muka sgt kebanyakkan staf belagak mcm bos besar ukm

.
gravatar
Anonymous Says....

masalah ini disbbkan kegagalan mak cik sally sndri untuk memperbaharui kontrak sblm kontraknya tamat. ada bantuan yang cuba dilakukan oleh pihak aspirasi dan jaksa namun tender telah dibuka, dan ada org telah masuk.

.
gravatar
Amani Says....

ade baiknya kontrak makcik sally dihentikan..
dah 10 tahun tp harga brng jualan makcik sally xpernah berpatutan..

saya pernah menyoalkn kpd makcik sally..
makcik menjawab.. "xnk beli sini sudahla..pergi tempat lain"

xptt ckp cmtu...tujuan kdai tu utk kemudahan pelajar mrmbeli brng bg yg tiada pengangkutan..so,,,
lu fikir la sdiri..