Saturday, January 15, 2011

Aduan PMUKM bagi pihak MAHASISWA kepada WISMA AMAN

Posted on 8:04 AM by ASPIRASI UKM

Salam Aspirasi UKM




Jumaat, 14.01.2011 : Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM telah bersemuka dengan Pihak Wisma Aman UKM untuk menyampaikan beberapa isu bagi tindakan pihak keselamatan. PMUKM yang diwakili oleh Presiden, saudara Mohd Hamzah Bin Zainul Abidin telah memaklumkan beberapa isu yang  berkaitan dengan kebajikan mahasiswa UKM disusuli dengan cadangan dari PMUKM sendiri bagi mengatasi isu berkenaan.

1) Isu haiwan liar
Seperti yang kita semua maklum, UKM turut dihuni oleh beberapa spesies haiwan. Namun sejak akhir-akhir ini, kelihatan beberapa haiwan liar seperti khinzir, monyet dan anjing telah semakin berani dan bergerak aktif. PMUKM memandang serius isu ini memandangkan ia berpotensi untuk menyumbang kepada kejadian yang tidak diingini. Berikut merupakan penjelasan dari pihak Wisma Aman :

khinzir ~ pihak keselamatan telah mengupah individu ataupun penembak berlesen untuk menembak babi hutan. satu operasi besar-besaran akan diadakan pada cuti pertengahan semester yang bermula dari 29 Januari-6 Februari ini.

monyet ~ beberapa pagar perangkap monyet telah dipasang oleh pihak keselamatan di kawasan-kawasan strategik berhampiran dengan habitat utama monyet. Setelah ditangkap, monyet yang tertangkap akan dibawa dan dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari UKM.

anjing ~ isu ini telah diambil tindakan pada cuti semester yang lepas. Kesannya dapat dilihat dengan pengurangan aktiviti haiwan ini di seluruh UKM.

2) Isu Kecurian
Untuk kecurian, pihak keselamatan akan meningkatkan rondaan di sekitar ukm, terutamanya dari segi kawalan pintu masuk UKM. Pihak keselamatan akan pertingkan keselamatan untuk tidak membenarkan org luar yg tiada urusan penting dari memasuki ukm.

cadangan dari pihak PMUKM : mencadangkan untuk memasang rantai besi di tempat2 parking motor bagi mengelakkan kecurian dari berlaku.

3) Isu 'Skodeng'
Perkara ini dilaporkan berlaku di kolej-kolej kediaman terutamanya di KTHO dan Aminuddin Baki. Oleh itu, rondaan akan di buat lebih kerap agar kes ini dapat dibendung. Semoga pelakunya juga dapat ditangkap dengan pertambahan rondaan dari pihak keselamatan.

Saudara Rahmad Fauzi Mohd Nasir(FEP/2), yang telah mengiringi Presiden PMUKM ke Wisma Aman berasa lega dengan maklum balas yang telah diberikan oleh pihak keselamatan. Beliau yang juga Setiausaha Kerja PMUKM  berharap agar segala permasalahan yang telah diadukan akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.


'Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti'

No Response to "Aduan PMUKM bagi pihak MAHASISWA kepada WISMA AMAN"