Monday, January 3, 2011

Isu Logo PMUKM : Angkara siapa??

Posted on 11:30 AM by ASPIRASI UKM

Salam Aspirasi..

Baru-baru ini pihak Aspirasi UKM ada mendengar berita kurang enak mengenai penggunaan logo PMUKM secara haram. Jika difikirkan sekali imbas, memang lah tidak begitu serius. Tetapi Aspirasi UKM ingin mahasiswa sedar akan tipu muslihat yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab ini. 

Ini sememangnya satu langkah untuk mengelirukan mahasiswa seterusnya membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapat publisiti murahan. Sepatutnya pihak yang berkenaan tidak boleh sesuka hati menggunakan apa-apa logo rasmi untuk kepentingan sendiri saja. Ini menunjukkan sifat mereka yang tidak menghormati orang lain. Mereka juga sudah pastinya tidak menghormati peraturan universiti dan bertindak sesuka hati mereka untuk kepentingan puak mereka sahaja kerana sebaran yang dibuat ke kolej-kolej kediaman langsung tidak melalui prosedur yang telah ditetapkan. Sememangnya mereka ini layak diberi gelaran Tarzan Undang-Undang Rimba... Ikut suka hati tarzan saje.. 

Lebih membimbangkan juga, Aspirasi UKM juga berpendapat tindakan ini bertujuan untuk memberi imej buruk kepada pimpinan PMUKM yang wujud sekarang supaya pihak-pihak tertentu dapat melobi jawatan-jawatan dalam pimpinan yang akan datang. Semoga barisan pimpinan PMUKM tabah menghadapi dugaan ini  dan mahasiswa tidak tertipu dengan tarzan berkenaan. 

Jangan bimbang, kami bersama anda.. 

"Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti"

3 Response to "Isu Logo PMUKM : Angkara siapa??"

.
gravatar
nana Says....

salam 1 malaysia..

blog aspirasi x bersifat ilmiah.. saya lihat blog ini lebih kepada menghentam dan memburuk2 kan pihak lain.. macam mana la nak merealisasikan aspirasi universiti kalo bersifat macam ni. x profesional.. hurm...

.
gravatar
Anonymous Says....

update time nk prk je..tujuan blog aspirasi ni mmg utk bruk2kan gm n yg tentang dia..haha.,pubisiti murahan aspirasi nih..pndai wt tduh GM..