Saturday, January 16, 2010

ANTARA KEBAJIKAN DAN POPULARITI

Posted on 4:44 AM by ASPIRASI UKM

  

ANTARA KEBAJIKAN DAN POPULARITI



TUDUHAN MELULU  GMUKM  TENTANG ISU SPKG TERHADAP PMUKM PIMPINAN ASPIRASI

    Pada 12 Januari 2010 betempat di Bangunan Pusanika satu ceramah yang haram dianjurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap dan tidak pernah menghormati pihak universiti. Malah lebih menyedihkan lagi ialah gambar saudara safar dimasukkan dalam poster-poster yang dicetak dan dilekatkan secara haram oleh pihak berkenaan. Untuk makluman semua warga universiti yang di kasihi, mana-mana pihak tidak pernah menjemput saudara safar ke ceramah Umum tersebut, pihak kami mengetahui perkara itu dari poster-poster yang dilekatkan di merata-rata tempat.Walau bagaimanapun pihak Aspirasi berasa kesal terhadap tuduhan dalam web GMUKM yang menyatakan Aspirasi sebagai lemah, sedangkan pada masa dan ketika itu pihak Aspirasi sudahpun berada di bangunan pusanika. Kalau di tanya kenapa pihak Aspirasi tidak mahu berucap, maka jawapannya ialah apabila pihak Aspirasi hadir ke tempat tersebut untuk berucap, pihak keselamatan memaklumkan bahawa ceramah tersebut tidak mendapat kelulusan pihak universiti dan ia dilaksanakan secara HARAM.  Pihak Aspirasi yang sentiasa akur terhadap peraturan universiti seperti  tidak mengantung kain rentang dan berkumpul tanpa kebenaran ,  jauh sekali terlibat dalam ceramah-ceramah haram  atau demontrasi jalanan serta pengedaran risalah-risalah haram yang menuduh, memfitnah orang lain dan  diedarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa universiti.  





Oleh yang demikian pihak Aspirasi hanya menjadi pemerhati pada malam  tersebut. Walau bagaimanapun, pada mesyuarat YDP-YDP Jaksa Kolej dan PMUKM pimpinan Aspirasi  bersama Y.Bhg. Dato` Timbalan Naib Canselor HEPA pada 4hb Januari jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Canselori  sebulat suara meminta pihak universiti mengaji semula SPKG demi kepentingan para pelajar.  
   
    Dalam perjuangan menuntut hak dan kebajikan mahasiswa/i  pihak Aspirasi berpegang kepada konsep berkerja secara bijak untuk memperoleh kejayaan demi kebajikan mahasiswa/i dan ia merupakan langkah yang terbaik dari meraih simpati dengan mengedarkan risalah haram, ceramah haram dan demontrasi haram semata-mata  untuk meraih populariti murahan.

     

       Tengku  Muda raja di Linggi
Pergi berniaga ke Palembang
       Biar ikut resmi padi
              Jangan diikut resmi lalang
 
    Hinggap merpati di dalam senuduk
            Gugur pinang ditiup badai
    Jangan seperti malang Pak Kaduk
         Ayam menang kampung tergadai

11 Response to "ANTARA KEBAJIKAN DAN POPULARITI"

.
gravatar
Anonymous Says....

hahah itu kira baiklah gm tolog pomot muka c sarfa yg x hensem lg x smart tu tau..yg c sarfa sendiri kuarkan artikel kononnya nk ptahankan diri ekoran kes forom spkg anjuran gm tu..terpampang mukanya yg xlawa tu lg9100x) xbagos..hahhaa..klakar2...risalah kitorang haram..risalah sarfa??? halal ker cik2/encik2 aspirasi skalian..???

.
gravatar
Anonymous Says....

haaa tulah baiknya jugak tindakan2 gm slama ni..kalo gm berdiam diri tanpa bangkitkan apa2 isu..adakah pihak2 jaksa/pihak2 aspirasi yg basi ni akn sedar smua tu..pasal spkg,yuran kolej & sbgnya??? so..nak kata gm salah sy rasa xbetul..sgt3lah xbetul...speaker corner..gm sahut seruan kpt..so apa masalhnya??..kalo xda event2 gempak dr gm..smua warga ukm ni akn lena & hanyut jer ngn percaturan2 sistem ukm ni..aspirasi lak ikut jer sistem..haha tulah namanya calon sisem !!!amk duit..telan duit plajar..last2 mpp aspirasi g jalan2 cuci mata kat hong kong..ada dorang jmput mpp gm sama g hong kong? cuba tanya..cuba tanya..bapa byk dhabeskan utk g sana..???huahuahua...sadis2..duit akuuu..habes...

.
gravatar
Anonymous Says....

em bnyk pensyarah2 pun ngaku yg SPKG ni sebenarnya mengarut. Punca utama sal penilaian yg di wat....ape kalu bgi full mark kt student tu (contoh bg 5 kat knowlegde or ape2 je la) mcmla dier tu btul2 bgus kat ctu..layak ke dier sbnrnye dpt point tu?? kalu da lecturer2 sndri pun ckp cmtu (siap de lecturer yang terlibat dengan bengkel SPKG pun ckp cm ni kt student dier)ape kes spkg ni?

.
gravatar
Anonymous Says....

aku tgk ahli2 akademik spt lecturer2 kt fakulti diketepikan..
ni smua bahana spkg kolej.
asal prog kolej je.. ade surat pelepasan kuliah..

sepatutnya student perlu lebih akrab dgn fakulti.. kalau kolej je.. hiburan la byknye.. asik2 dok pk mlm kebudayaan lah, senamrobik lah, tari menari lah.. ini bukan namanya mahasiswa.

kite kene sedar, mahasiswa ni tarafnya tinggi. kalau prog2 mcm ni, dpt menjana pemikiran matang ke? asik dok pk nk release tension je mmmg xkemana lah.. jd minda kelas ke brape la ek agaknya.

speaker corner ni sy fikir perlu diperbanyakkan.. lecturer sy sendiri sgt menykong speaker corner ni..

hmm,, speaker corner haram yg dibuat oleh GM ni,, xksah kot. xsalah pn disisi syarak, kita kt universiti ni terlalu byk birokrasi... suara mahasiswa xperlu disekat. nk tnggu kelulusan prosedur terlalu pjg.. speaker corner bergantung kpd isu yg berlaku disekeliling..

express ur ideas for the new generation of ukm

.
gravatar
jojo Says....

korang ni bangang ke tolol...
bce la post b4 ni...
mane ad sarfa yg buat srat 2...
2 smua bdk KAMI yg buat...
ni semua fitnah...
berkaitan GMUKM smuanya ftnah

.
gravatar
anti-GM-yg-JIJIK Says....

betol2.. GM buat ceramah haram pasu sabotaj sarfa kononnya dijemput jadik panel. pastu skali belasah sarfa dlm blog ckp lemah le ape la. JIJIK APE YG GM BUAT!! pastu keluarkan surat kononnya sarfan yg buat padahal GM yg buat, aku tanya sarfa mati2 sumpah2 dia ckp bukan dia yang buat. GM JIJIK! GM PERJUANGKAN ISLAM TAPI STRATEGI YG JIJIK HINA! KEPADA PENYOKONG GM! SONKONGLAH TEAM GM KORANG YG JIJIK DAN HINA SUKA FITNAH ORANG DAN SABOTAJ! XDE GUNA BUAT KEBAJIKAN KALAU PERANGAI JIJIK! NAK MENANG PILIHANRAYA BUKAN CENIE CARANYA! SAPE BAGUS DIA MENANG LA! BUKAN BUAT TAIK JIJIK CENIE! GM JIJIK!

.
gravatar
Anonymous Says....

macam betul je gm yng buat salah...macamlah aspirasi x buat salah...bukan cermah haram..dr dok bual kosong x berfaedah lebh baik dgr ceramah bahkan mlm tu sgt ramai...org pergi taw..then diornag x bantah spkg cuma perlu dinilai semula....yelah yg rasa spkg tu kte taw...so mmg x adil...yg x aktif dpt tinggi...erm....pklah sendiri..diornag cakap mlm tu bukan omonagn kosong tp dr soal selidik...

.
gravatar
Anonymous Says....

anda pasti maklumat yg anda terima itu benar? KAMI ker yg buat??? ermmm entahla..papa pun allah itu jua yg mnjadi saksi...berwaspadalah yer duhai teman2..xperlu gaduh2..buat penilaian berdasarkan penilaian dr mata hati korang...nk PRK ni..mintak ptunjuk allah byk2 ya..buat pilihan yg baik..spy nt di akhirat disoal xhdapi masalah...tegakkan ISLAM dlm diri kita semua ya..nescaya akn tertegak ISLAM di atas muka bumi ini..ISLAM 4 ALL...TAKBIR !!!

.
gravatar
aku.. Says....

hahaha...masing2 bercakap, point xberilmu...dah terang, bicara SPKG oleh GM tuh xlulus, dah haram...sarfa xngaku wat artikel tuh, ok la...nk kate KAMI yg wat ke, ISI ke, GM ke, xkesa la...pndai2 la sedar diri wahai umat ALLAH...tetapi ttg komen pensyarah...sesungguhnya, ckp2 kosong tanpa bukti, xgune...try GM, ini satu cabaran....list down nama2 pensyarah yang membangkang itu, dapat komen sebenar atau rakaman, msuk la dlm blog GM yg power gle tuh...try tgk...stakat ckp lecturer ckp xbgs, itu la ini la...bukti xtunjuk...itu fitnah wahai sahabat....bekerja biar berilmu....sedangkan lawyer pun kne tnjukkan sgale bukti yg ade...bukan nk bandingkan ngan lawyer, tp ini menunjukkan tahap keilmiahan anda...jgn sekadar bicara kosong...retorik semata2...SPKG adalah satu nilai tambah, yg mana tidak merugikan lgsg, tetapi menguntungkan...klu anda xbuat spkg, anda dpt corot or smthg, xkesa la sbb anda xmenyokong...n klu yg dapat tinggi sbb berusaha tu, alhmdulillah la utk die...die memperoleh nilai tambah utk dirinya...yg mana klu die duduk di meja interview, bersebelahan dengan semua org yg pointer setarafnya, dia mempunyai kelebihan...pasaran sekarang memerlukan kelebihan, sama seperti spm yg setakat 10a1 tuh, bribu org dah leh dapat senang2...tp kelebihan adalah apabila kte dapat 12,14 or 20A's...pk la smula GM...anda xperlukan nya, xperlu la minta ia dimansuhkan...serupa mcm anda xmampu dapat, tapi anda xmahu org lain dapat juga...betapa hinanya situasi tuh....hahah...dan itu la Gabungan Mahasiswa UKM... wallahualam...

.
gravatar
Anonymous Says....

ish2....
banyaknye berceloteh...
setakat bukti yang diminta boleh dicari la wahai sahabat..
relax...
jangan beremosi...
GM x kate pun nk mansuhkan SPKG tapi perlu dikaji dan kena ade penambahbaikkn...
ukm kan dah jadi pelopor SPKG kpd universiti yang lain..
kena la jadi contoh yang terbaik..
... berkatalah menggunakan akal jangan mnggunakn hawa nafsu...
...

.
gravatar
Mohd Rasydan Mohd Rais Says....

Salam.. haih, banyak betul anonymus.. tolonglah komen guna nama sendiri.. kata lantang bersuara, boleh wat ceramah, forum bagai, tulis komen pun, takkan tanpa identiti kot.. BERANI la sikit.. ok? kita berbincang, dan berdiskusi, bukan dengan cara menjatuhkan orang lain, nak tunjuk hebat.