Wednesday, January 27, 2010

KEBAJIKAN YANG TIDAK DIDENDANG OLEH PMUKM PIMPINAN ASPIRASI sesi 2008/2009

Posted on 8:17 AM by ASPIRASI UKM

Assalamualaikum wbt, Salam Aspirasi dan Salam Satu Malaysia

Genap 6 tahun pihak ASPIRASI memegang tampuk pemerintahan PMUKM. Pelbagai akriviti dan program telah dinjurkan oleh Pihak PMUKM pimpinan Aspirasi dalam usaha menjaga kebajikan dan menonjolkan CITRA dan ASPIRASI Mahasiswa dan UKM. Walau bagaimanapun pihak PMUKM pimpinan Aspirasi sering disoal dan dituduh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tentang sumbangan dan kebajikan yang dilakukan sepanjang sesi 2008/2009 yang lepas. Pihak Aspirasi dengan sukacita hendak maklumkan bahawa, pihak kami bukan terdiri dikalangan pelajar-pelajar yang mengikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Walau bagaimanapun disenaraikan tentang sebahagian aktiviti program yang dianjur dan dilaksanakan oleh PMUKM pimpinan Aspirasi.

Tahun 2009
(Aktiviti Kebajikan Mahasiswa/i)

9 Feb. - Lawatan Kebajikan PMUKM ke
Kolej Tun Syed Nasir, UKM bertemu
pengurusan Kolej. (Permasalahan Kolej)
7 Feb.- Pra-Majlis Perundingan Pemimpin
Pelajar Kebangsaan (MPPK)
6-9 Mac- Majlis Penghargaan AJK Pesta
Konvokesyen UKM.
26 Mac - Mesyuarat bersama Jaksa-Jaksa Kolej
Kediaman UKM. (Kemudahan Kolej)
31 Mac - Mesyuarat bersama Persatuan Mahasiswa
Fakulti-Fakulti UKM.
1 April - Seminar Isu Palestin
7 April - Mesyuarat Bersama Persatuan Anak
Negeri.
7-9 April - Mesyuarat Penggubalan Akta
Tatatertip Pelajar.
9 April -Mesyuarat bersama Urusetia HEPA
UKM.
16 April - Solat Hajat dan Bacaan Yassin
sempena menghadapi peperiksaan.
17 April - Perjumpaan bersama Timb. Menteri
Pengajian Tinggi.
23 April - Lawatan Muhibbah ke Pusat
Perindustrian dan Pemulihan Bangi.
8 Jun - Majlis Perundingan Pemimpin
Pelajar Kebangsaan (MPPK).
8 Julai - Mesyuarat Bersama Jabatan
Bendahari UKM.
13 Julai - Perjumpaan bersama TNC HEPA
dan Penasihat-penasihat Persatuan
Pelajar.
16 Julai - Mesyuarat Bersama Unit Kenderaan
UKM. (Kemudahan Bas untuk
kegiatan Persatuan Pelajar)
17 Julai - Mesyuarat bersama Jabatan
Pengurusan Pembangunan UKM.
17 Julai - Mesyuarat bersama Pusat
Pembangunan Pelajar (PPP) (Isu
SPKG)
20 Julai - Mesyuarat bersama Unit Keselamatan
UKM, Wisma Aman. (Isu Saman dan
Kecurian di UKM)
23 Julai- Sesi pertemuan Excp PMUKM
6 ogos bersama Exco-exco Jaksa Kolej.
27 Julai - Mesyuarat bersama Jabatan
Perkhidmatan Pelajar (JPPel).
7 Ogos - Mesyuarat Bersama Naib Canselor
12 Ogos - Sesi Dialog TNC HEPA bersama
Mahasiswa Istimewa UKM
26 Ogos - Mesyuarat Kebajikan Ketua Kelab
Tiong Hwa Kolej-kolej Kediaman.

(Program dan Aktiviti PMUKM Tahun 2009)

22 Jan - Karnival Ang Pow UKM 2009
15 Feb - Antologi Cerpen dan Sajak Bahasa
Tamil ke-12 UKM.
22 Feb - Kem Majlis Perwakilan Pelajar
Tiong Hwa Kebangsaan.
26 Feb - International Conference About
Youth and Terrorism
28 Feb - Karnival Kesihatan, Kesenian dan
Kebudayaan Kuala Lumpur (4KL).
6 Feb - Kursus Pengurusan Organisasi MPP
Pelajar IPTA 2009.
21 Mac - Kursus Asas MS ISO 9001:2008
3 April - Lawatan Bersamamu Sahabat UKM
2009.
12 April - Pertandingan Memancing dengan
kerjasama Persatuan Anggota
Keselamatan UKM.
14 April - Bengkel Keselamatan Jalanraya
UKM
17 April - Karnival Komuniti Lestari UKM
2009.
15 Mei - Konvensyen Majlis Perwakilan
Pelajar IPTA Kebangsaan 2009
22 Mei - Persidangan Sukan IPTA UKM 2009.
30 Mei - Hari Masyarakat Sihat Pesta
Konvokesyen ke 37, UKM.
3 Jun - Student Leadership Convention 2009
5 Jun - Program Silang Budaya dengan
kerjasama Pertubuhan Wanita
Kebangsaan (NCWO)
25 Jun - Majlis lawatan Rasmi DYMM Yang
Di-Pertua Besar Negeri Sembilan ,,
Canselor UKM.
28 Jun - Minggu Mesra Pelajar sesi 2009/2010
3 Julai - Kursus Pemantapan Organisasi
Chinese Community of Student
Committee UKM 2009.
21 Julai - Lawatan Muhibbah Inter-U ke
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).
25 Julai - Hari Intraksi bersama Pelajar Tahun
Satu Tiong Hua UKM.
3 Ogos - Karnival Konvo ICT, Pesta
Konvokesyen Ke 37, UKM.
13 Ogos - Bersama Komuniti Nelayan 2009
15 Ogos - Majlis Konvokesyen UKM
10 Sep - Majlis berbuka Puasa dan Majlis
Kesyukuran sempena Kemerdekaan
UKM.
11 Sept - Karnival Tanglung UKM 2009
20 Sept - Pesta Buku UKM 2009
4 Sept - Majlis Makan Malam Alumni
UKM.
18 Okt. - Pelancaran Sahabat Satu Malaysia
Dis - Kempen Kebajikan ke
Rumah Anak Yatim dan
Warga Emas.

Kepada warga UKM yang di hormati, ini adalah sebahagian daripada Aktiviti dan Program PMUKM Pimpinan Aspirasi sepanjang tahun .2009. Pada sudut pandangan PMUKM pimpinan Aspirasi tidak perlu menghebohkan semua perkara yang dilaksanakan, namun paling penting pada pelaksanaan dan penganjuran ialah kesan atau manfaat yang diperolehi oleh pihak pelajar semua. Tidak perlu mengetuk TIN KOSONG, walaupun bunyinya kuat namun di dalamnya kosong. Setakat 3 atau 4 orang berjumpa dengan mana-mana pegawai dan mengambil gambar petanda perjuangan bukanlah menjadi amalan PMUKM pimpinan ASPIRASI. Pada prinsip Aspirasi lebih mementingkan hasil dan manfaat yang diperolehi oleh mahasiswa itu lebih penting dari meraih populariti murahan.

Pihak kami bukanlah berhasrat menyenaraikan semua aktiviti untuk tujuan menunjuk-nunjuk tetapi terpanggil untuk berbuat demikian untuk mempertahankan pelbagai tuduhan dan fitnah kononya PMUKM pimpinan Aspirasi yang lepas tidak melakukan apa-apa untuk mahasiswa.

Pantun nasihat untuk Depaaa..

Pergi ketanjung menjual bayam
Dayung terlepas sampan terapung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

Pantun untuk Semua

Anak Merpati disambar helang
Terbang ke titidi tengah huma
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

6 Response to "KEBAJIKAN YANG TIDAK DIDENDANG OLEH PMUKM PIMPINAN ASPIRASI sesi 2008/2009"

.
gravatar
Anonymous Says....

haih... mane peginya komen2 sblm nih.. sy rase ade 3 komen... sbb sy dh bukak sblm nih... nmpk sgt MPP ASPIRASI TAK JUJUR... tgk blog gm, walaupun komen mengutuk, satu pun diorang x delete.. ade je dlm shout box dan sbgainye..

.
gravatar
talkIZcheap! Says....

korang nie... jgn terpengaruh sgt! Korang ada mata, korang lihat, korang ada telinga, korang dengar, korang ada otak, hah, pikir la sdiri!!

jangan duk asik perbudakkan dan perbodohkan student2 smua...terutamanya 1st year... korang nak tipu sape? smua budak2 pandai jer dlm U tu, smua bleh pikir sdiri...

tindas sana, tindas sini, hambur berita sana, hambur berita sini.. exaggerate jer lebih2...

sama jer GM ke, aspirasi jer... setakat nak berkuasa kt kolej/kampus jer, apa barang?? apa yg korang dapat sbenarnya??

duk mengawal 24/7, baik gi study, wat benda2 berpekdah skit...huhu

yg mengomen pon, pakai anon jer? takut ker?? kalau benar, kena berani, beb...

ape2 pon, selamat mengundi.. korang tu student U, buat perangai manusia skit... takkan nk jadi beruk jer 24 jam, ye tak??

huhu

.
gravatar
talkIZcheap! Says....

korang nie... jgn terpengaruh sgt! Korang ada mata, korang lihat, korang ada telinga, korang dengar, korang ada otak, hah, pikir la sdiri!!

jangan duk asik perbudakkan dan perbodohkan student2 smua...terutamanya 1st year... korang nak tipu sape? smua budak2 pandai jer dlm U tu, smua bleh pikir sdiri...

tindas sana, tindas sini, hambur berita sana, hambur berita sini.. exaggerate jer lebih2...

sama jer GM ke, aspirasi jer... setakat nak berkuasa kt kolej/kampus jer, apa barang?? apa yg korang dapat sbenarnya??

duk mengawal 24/7, baik gi study, wat benda2 berpekdah skit...huhu

yg mengomen pon, pakai anon jer? takut ker?? kalau benar, kena berani, beb...

ape2 pon, selamat mengundi.. korang tu student U, buat perangai manusia skit... takkan nk jadi beruk jer 24 jam, ye tak??

huhu

.
gravatar
moderator aspirasi. Says....

ni post yg sama tapi baru sbb post lama ada masalah, bila bukak x kuar artikel, ada masalah ngan html.. so aku postkan yg baru n delete yang lama. betul ada 3 comment. x dpt nak bawak skali. maaf. FYI blog GM x boleh comment setahu saya.

.
gravatar
Anonymous Says....

Pergi ketanjung menjual bayam
Dayung terlepas sampan terapung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

hurmm..kalu x sebarkan ape yg MPP dh wat, cmne kami semua nk tau MPP ni wat keje ke x??? laksana x manifesto tuh??? logik r sket...sekadar menegur...ermm..satu lagi, nape PMUKM x wat Mesyuarat Agung Tahunan?? nak tau gak program yg telah dilaksanakan, usul dan cadangan penambahbaikan utk yg akan datang, laporan kewangan (paling penting>kami nak tau duit2 pelajar dilaburkan ke mana, utk ape dan bagaimana)serta segala permasalahan yg berlaku sepanjang sesi...^_^