Friday, January 15, 2010

Propaganda Mahasiswa

Posted on 7:21 PM by ASPIRASI UKM


Assalamualaikum  w.b.t..


Rentetan dari peristiwa ceramah haram “SPKG : Apa Kata Mahasiswa” sebuah artikel telah dihasilkan oleh pihak yang tidak dikenali kononnya di tulis oleh saudara Sarfarizmal Md Saad, Timbalan Yang Di Pertua  PMUKM.
Artikel yang bagai menunjukkan saudara Sarfarizmal membela diri ,walaupun beliau tidak bersalah  ini telah diedarkan ke fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina tidak berapa lama setelah ‘ceramah komplot’ untuk memalukan saudara Sarfarizmal. Ini secara terang-terangan adalah serangan peribadi!! Mereka terdesak mungkin….


Komplot menyedihkan ini telah dapat dikesan pihak Aspirasi dan kami menasihatkan para mahasiswa yang budiman supaya  dapat menilai komplot yang tidak sihat ini dengan bijak kerana pihak yang lagi satu telah pun memulakan serangan mereka melalui blog-blog utama dan peribadi mereka berkaitan ‘ceramah komplot’ dan artikel di atas.


Bagi mereka yang telah membaca artikel berkenaan, pasti mereka tertarik dengan ‘cabaran’ yang telah kononnya disahut oleh saudara Sarfarizmal. Pihak Aspirasi UKM melihat isu ini sebagai satu lagi cubaan untuk menyerang secara peribadi Timbalan Presiden PMUKM. Namun setelah berbincang dengan tuan punya badan sendiri, pihak Aspirasi akan berusaha untuk menjayakan juga program debat itu untuk kebaikan semua mahasiswa.

8 Response to "Propaganda Mahasiswa"

.
gravatar
Anonymous Says....

bkn ke pmukm ader letterhead? agak2 lau korg dijemput ke majlis, korg akan wat surat maklum balas, letak gambar x??? aku x sokong sgt si sarfa tu, kebenaran tu harus ditegakkan... x kan la org yg slalu g majlis besar2 x mampu nak wat surat rasmi yg ikut format... kita mahasiswa bley pikir kot... tp kalu x nak berpikir dgn sendiri, korg ikut je la arus tu...

.
gravatar
Nathalia Says....

nmpak sgt dibuat oleh pihak yang lain.
kalau sarfarizmal yg kluarkn surat ini.
sememangnya akan ikt prosedur.
dgn letterhead rasmi pmukm.
tp yg surt ni mcam bdk tadika wat.
copy paste je.
hahahah

.
gravatar
pemerhati neutral Says....

hilman hilman..pandai btol anda kenekan org ek..sedarlah wahai hilman idham,jgn ingt kami xtau dgn perbuatan KAMI tu

.
gravatar
Anonymous Says....

tidak baik kita menganai orang. sesungguhnya perbuatan tersebut amat tidak disukai oleh Allah.

.
gravatar
hantusoleh Says....

salam..maafkan saya..
bukan ke surat letterhead tu hanya untuk urusan rasmi atau hanya yg berkaitan dgn satu persatuan sahaja..?

ini adalah serangan peribadi...dan sarfa hanya mengeluarkan surat dari diri dia sendiri..(pd fikiran saya la..)..kalau nak guna leeter head,sya rasa bkn hak sarfa nak guna letter head sesuka hati...harap dpt fahamkan prosedure dlm satu persatuan...letterhead bkn leh guna sesuka hati...

tq...sekian..
Salam...

.
gravatar
aku.. Says....

mmg tidak boleh digunakan sesuka hati...tetapi ini berkenaan dgn hal rasmi...SPKG yg telah pun disokong sendiri oleh menteri KPT....sarfa xkn wat program haram cm dibuat lps, dan jika benar surat itu dikeluarkan utk mengadakan semula bicara tersebut, maka surat itu perlulah rasmi, sebagai tanda program itu rasmi, disamping pengesahan program tersebut oleh PPP, wisma aman dan sebagainya....maka tidak timbul isu guna letter head sesuka hati, ataupun kata2 xberasas yg lain...kamon GM, tuduhan biar berasas...ilmu didada biar penuh....jgn sekadar bicara dijadikan senjata, kerana nescaya ilmu lebih daripada segalanya....xpernah berorganisasi, tapi nk tunjuk bgs...hahaha...useless....

.
gravatar
Anonymous Says....

1st time dalam hidup aku tgk surat yg ader letak gambar pengirim... besenye letak nama n alamat je... tp x tau plak kan surat kat UKM ni kene letak gambar... tp pape pun, tahniah la utk sape2 yg buat surat tu... bley masuk raja lawak kot...

.
gravatar
Anonymous Says....

bkn ke sarfa di jemput sebagai timb pres? jd bkn ke itu melibatkan pmukm? nape x bley gune letterhead plak? sbb surat tu just propaganda pihak laen kan...