Tuesday, January 12, 2010
Benarkah?
Posted on 2:28 AM by ASPIRASI UKM
Assalamualaikum..
11 januari 2010. Ukm telah digemparkan dengan kewujudan sebuah kain rentang dari sumber yang tidak ketahui. Kain rentang ini dinaikkan berhampiran dengan Kolej Ungku Omar. Perkara ini turut mendapat liputan oleh laman web bebas MALAYSIAKINI (http://malaysiakini.com/news/121654) Di kain rentang ini tertera 'GMUKM = Pro-M = Pro-Israel, Pemfitnah, Penipu dan Pengganas'.
"Kami mengesyaki ia dinaikkan oleh kumpulan pro-Aspirasi kerana label-label seperti pemfitnah dan penipu itu pernah dilemparkan kepada kami sebelum ini," kata jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Ammar Ismail.
Di atas ialah ulasan seorang jurucakap GMUKM yang membuat kenyataan rambang dan tidak berasas. Maaflah jikalau saya menyalahtafsir, tetapi dapat saya simpulkan di sini bahawa beliau menuduh semua ini adalah taktik aspirasi menjelang pilihanraya kampus. Benarkah?
Saya mengajak MAHASISWA UKM semua berfikir sejenak:
Pertama: Sesuaikah seorang yang berpengaruh di dalam GMUKM untuk membuat satu kenyataan menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh?
Kedua: Terlampau bodohkah pihak aspirasi untuk membuat kain rentang yang sangat sensitif dan selepas itu meletakkan logo AL-BAYAN di penjurunya? Untuk makluman, Al-Bayan ialah lidah rasmi bagi ASPIRASI.
DIINGATKAN!
Ini bukan cara Aspirasi.
Taktik sebegini bukanlah mainan Aspirasi.
ASPIRASI TERUS MENDUKONG UNIVERSITI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Response to "Benarkah?"
nampak sangat GMUKM yang buat.....x pun IPU... diorang tu penipu suke memutarbelitkan fakta...
ada bukti baru boleh beri kenyataan. nampak sgt idealisma mahasiswa dah busuk mcm politik kat luar tu... jijik
Post a Comment