Friday, January 8, 2010
Biasiswa JPA dan Isu2 berbangkit
Posted on 10:05 PM by ASPIRASI UKM
Saya bersama-sama beberapa rakan Sahabat 1Malaysia UKM telah selamat berjumpa dengan beberapa menteri dan ahli parlimen baru-baru ini bagi mendesak dan memohon pertolongan daripada mereka untuk mempercepatkan proses kemasukan Biasiswa JPA kepada para pelajar.
Difahamkan bahawa, masalah ini juga turut dialami oleh beberapa sahabat kita di beberapa IPTA lain di Malaysia ini.
Oleh yang demikian, respon yang diberi oleh pihak menteri terutama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah akan mengambil tindakan secepat mungkin bagi menangani isu ini.
Namun, saya cuba mempersoalkan tempoh tindakan yang akan diambil oleh pihak mereka akan isu ini, maka jawapan yang diberikan ialah mereka (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia/menteri/ahli parlimen) terpaksa berbincang terlebih dahulu dengan pihak JPA bagi mengenalpasti permasalahan ini sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil kelak.
Saya dan PMUKM serta kepimpinan Sahabat 1Malaysia UKM telah mendesak agar isu ini diselesaikan dalam Januari 2010 ini juga memandangkan keperitan dan kesempitan kewangan yang dihadapi oleh para pemegang Biasiswa JPA.
Hanya saya ingin meminta bantuan sahabat-sahabat pelajar agar bersama-sama berdoa supaya isu ini akan diselesaikan dalam kadar masa yang cepat. Usaha telah dilakukan dengan giat, namun kita hanya mampu menunggu dan berdoa kepada Yang Maha Esa untuk membantu kita bersama-sama.
Dalam siri-siri perjumpaan itu juga, kami telah mengutarakan isu Biasiswa KPM dan isu penempatan para pelajar aliran Pendidikan ke sekolah-sekolah. Alhamdulillah, isu Biasiswa KPM telah berjaya diselesaikan dan para pemegang biasiswa KPM telah mula menerima wang mereka masing-masing bermula 04 Januari 2010. Manakala isu penempatan pelajar aliran Pendidikan di IPTA ke sekolah-sekolah akan dibawa ke peringkat YAB Timbalan Perdana Menteri tidak lama lagi.
Marilah kita bersabar dan terus berdoa kepada Yang Maha Esa agar isu-isu yang dilaporkan ini akan dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat dan memuaskan semua pihak. Kita hanya mampu usaha dan berdoa, namun Yang Maha Esa lah yang akan menentukan segala-galanya.
Terima kasih
Sarfarizmal Bin Md Saad
B/p : Presiden Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 Response to "Biasiswa JPA dan Isu2 berbangkit"
memang tgh kering nih..tp denga cite bendahari yg hold kewangan pemegang jpa nih..xtau r sahih ke x..
bkn setakat kering.. kontang dah nie.. JPA!!! masuk cpt kalau x.. aku xtau nak wat cener..haha
assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ..
berkenaan masalah ini , pihak jpa telah dihubungi dan mengatakan tentang kelewatan pembayaran duit tersebut..insyaAllah, penerima biasiswa jpa dan juga sesetengah ptptn akan dapat duit tersebut sebelum februari .. hujung bulan januari seperti yg dimaklumkn dan notis yg ditampal..
untuk ukmkl , telah disediakan duit pendahuluan awal sebanyak rm500 dan sahabat perlu membuat permohonan di unit kaunseling.. tingkat 5 , blok e.. makluman , sahabat perlu membawa salinan i/c atau slip peperiksaan.. ada borang yg akan diisi dan bole hantar terus bersama salinan tersebut..
makluman lanjut http://aminmppfarmasi.blogspot.com/2010/01/makluman-untuk-sahabat.html
"bergerak seiringan , memimpin perubahan"
salam ukhwah
amin
wow.. nampaknya, mpp GM sebenarnya lagi laju dr mpp aspirasi..tgk la tarikh die posting kt blog ttg isu ni..
semua orang pun tau JPA masuk sebelum febuari la.. sarfa jumpe suruh masuk esok kalau leh.. sebelum febuari ade 20 hari lagi bai.. xkan minum air kosong je 20 hari..Tolak GM!
http://4.bp.blogspot.com/_KDXUiufHAIc/SUpdBOYf9MI/AAAAAAAAAqM/RXcKQiCiOqA/s320/PROMAHASISWA.png
Post a Comment