Friday, January 22, 2010

DARI RIADAH KE DEMONTRASI

Posted on 8:06 PM by ASPIRASI UKM


Assalamualaikum wbt, Salam Aspirasi dan Salam Satu Malaysia

DARI RIADAH KE DEMONTRASI

           Beberapa bulan yang lepas, kita sering mendengar tentang Hari Ungu di mana pelajar-pelajar dengan pakaian warna ungu berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti beriadah.Walaupun pada awalnya perkara-perkara tersebut berjalan seperti yang dihasratkan, namun kebelakangan ini ia tergelincir dan terarah kepada demontrasi-demontrasi yang sering dilakukan di hadapan Fakulti Pengajian Islam. Demontrasi sering dibuat pada  waktu petang hari khamis di hadapan FPI. Aktiviti positif yang asal seperti riadah, berbasikal dan sebagainya sudah hilang dari matlamat asal dan kini GMUKM atas slogan menuntut kebajikan pelajar memesongkan dan mengajar  para mahasiswa/i  untuk melakukan demontrasi jalanan. 


            Para mahasiswa/i yang budiman, cuba anda fikirkan apakah tindakan berkumpul di tepi-tepi  jalan dan melakukan demontrasi secara HARAM memberikan gambaran yang positif kepada orang luar terhadap mahasiswa/i UKM?? Pada pandangan Aspirasi, berbuatan ini tidak lebih dari mencari populariti dan simpati murahan,  tetapi pada masa yang sama merosakkan IMEJ dan CITRA seluruh mahasiswa/i dan UKM yang tercinta ini. 




           Sekali lagi pihak Aspirasi menyeru pihak-pihak yang terlibat, supaya jangan melakukan sesuatu perkara secara HARAM (Tanpa Kebenaran pihak bertanggungjawab), kerana perkara ini bukan sahaja memberi implikasi buruk kepada imej mahasiswa/i malah memberikan impak yang buruk terhadap kerjaya pelajar UKM pada masa hadapan. Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, tidak ada mana-mana agama dalam dunia ini yang menyatakan Matlamat Menghalalkan Cara. Jangan kerana nila setitik habis sebelanga Susu menjadi rosak. 

* Pada prinsip Aspirasi, Demontrasi bukanlah jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang timbul, sebab demontrasi banyak membawa keburukkan dan kerosakkan dari kebaikan yang di cari.


PEMBOHONGAN GMUKM TENTANG KEMENANGAN PRO MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU: AMAT MEMALUKAN

          Pada 19 Januari 2010 dalam web GMUKM dengan tidak berasa malu menyatakan bahawa Pro Mahasiswa telah menang 11 dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Sukacita dimaklumkan kepada semua penyokong GMUKM dan para mahasiswa/i UKM, ini merupakan satu PEMBOHONGAN besar dan memalukan dalam meraih populariti murahan. Untuk Makluman semua warga UKM, dalam kenyataan  yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan UMT, pelajar yang menang bukan dikalangan pro mahasiswa tetapi merupakan pelajar yang bertanding atas tiket bebas dan memperoleh kemenangan.  Pihak Aspirasi memohon pada GMUKM supaya kurangkan mencari populariti murahan kerana ia amat memalukan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Warga UKM bolehlah mendapatkan maklumat dari pihak pentadbiran UMT untuk maklumat yang benar dan tepat.

 Gurindam Khas Kepada GMUKM



   Apabila banyak berkata-kata
   Di situ jalan masuk dusta

   Apabila banyak berlebih-lebihan suka
   Ituah tanda hampir duka

   Apabila kita kurang siasat
   Itulah tanda perkerjaan hendak sesat

  Apabila banyak mencacat orang
  Itulah tanda dirinya kurang
 



RISALAH CERAMAH-CERAMAH HARAM

Pihak Aspirasi merasa bosan dan jijik terhadap taktik kotor pihak GMUKM yang sering mengedarkan risalah-risalah HARAM tentang penganjuran Ceramah-Ceramah HARAM di merata-rata tempat.  Untuk makluman semua warga kampus yang di kasihi, pihak Aspirasi tidak akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan demi meraih sokongan. Pihak kami tidak akan sesekali melakukan perkara-perkara  bertentangan dengan prinsip Aspirasi yang mendokong CITRA dan ASPIRASI Universiti 


            Oleh yang demikian, pihak Aspirasi menyeru supaya pihak lawan sentiasa menjaga tatasusila dan imej mahasiswa/i spaya bertandingan berjalan dengan aman dan bersih. Pihak Aspirasi tidak GENTAR dan TIADA HALANGAN  untuk menyertaai sebarang debat atau ceramah tetapi memohon supaya sebarang penganjuran program dilakukan dengan kelulusan dan penuh berhemah.  Phak kami menolak sekeras-kerasnya sebarang budaya pembrontakan, pembohongan demi mencapai dan meraih populariti murahan. Pihak kami juga menafikan sekeras-kerasnya tentang penganjuran sebarang debat atau ceramah HARAM di mana-manapun sperti yang ditampal dan diedarkan oleh pihak yang meraih strategi politik murahan.

* PIHAK ASPIRASI MENYOKONG PENUH KEBEBASAN BERSUARA OLEH MAHASISWA/I TETAPI BIARLAH BERADA DI ATAS LANDASAN YANG BETUL, BENAR DAN BERHEMAH DEMI MENJAGA KEBAJIKAN  PELAJAR DISAMPING MEMELIHARA IMEJ DAN CITRA UNIVERSITI DAN MAHASISWA/I. BIARLAH BERADA



GMUKM HIDUP DI ALAM `KESANGSIAN`


Jika saudara-saudari membaca risalah-risalah atau web GMUKM, kita sering diwarwarkan kononya terdapat halangan-halangan yang sering di wujudkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Naib Canselor, Timb. Naib Canselor HEPA. Pengetua-Pengetua Kolej, Pegawai-pegawai HEP dan keselamatan yang sering digambarkan sebagai  orang-orang  berniat jahat yang sentiasa mempunyai niat yang buruk kepada mahasiswa. Pihak Aspirasi percaya, semua pihak-pihak di atas malah semua kakitangan UKM berkerja dengan penuh DEDIKASI demi mencapai kecemerlangan dan kebaikkan kepada semua mahasiswa/i. Oleh yang demikian pihak kami menyeru GMUKM membuang sikap `SANGSI` kepada semua kakitangan universiti. Kita sebagai pelajar harus menghormati semua pihak apatah lagi kita sebagai satu keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia. 



    Terbang tempua membumbung tinggi
       Anak geruda layang melayang
   Orang tua dijunjung tinggi
       Anak muda dokasih sayang.


16 Response to "DARI RIADAH KE DEMONTRASI"

.
gravatar
insan teraniaya Says....

baguslah...alhamdulillah....
akhirnya kebenaran dibentangkan jua....percaya lah wahai mahasiswa/i, banyak lagi agenda yg telah ditaburkan, semata2 hendakkan pangkat, dan menggunakan agama, mencemuh pihak2 yg kononnya aspirasi....mahasiswa FPI, ditaburkan dgn ayat al quran yg Allah tujukan kpd kaum yahudi, seakan2 mengkafirkan org yg tidak menyokong GM, astaghfirullahalazim... ini bukan fitnah, tp realiti.... sedarlah GM...

.
gravatar
Anonymous Says....

hurm, aku da pening da ni..

dulu aspirasi kata gm suka kutuk org

sekarang? aspirasi dah buat dah.. tau la dkt2 prk

apa cer?

xtau nk ngundi mana..
aspirasi pun sama je..

kutuk2.. kutuk2..

.
gravatar
RoyKL Says....

rasanya artikel aspirasi ni ok je.. nak menerangkan yg salah tetap salah.. YG GM ni nak mempertahankan yg salah ni awatnya.. pelik2..

.
gravatar
Presiden Mahasiswa ROTU Says....

NI BKN KUTUK RASANYA.

PE YG AKU PAHAM,
1ST. JANGAN BUAT BENDE HARAM
2ND. JANGAN BOHONG DAN MEMANIPULASI FAKTA
3RD. JANGAN BURUK SANGKA DAN SANGSI KAT ORANG YANG BEKERJA KERAS.

HARAP BETUL..

.
gravatar
Anonymous Says....

al bayan tu de cop kolej so halal la... risalah yg nk tampal dlm ukm de 2 cara dapatkn cop ppp & keselamatan @ dptkn cop kolej jika nk tmpal d'kolej b'kenaan, so jika de cop kolej pn dh ckup harap faham dgn peraturan ukm jgn main sebat je fakta

.
gravatar
Anonymous Says....

gm punya risalah kalu mntk cop akan dpt ke??lainla al bayan..backup kuat kate kn

.
gravatar
pojo Says....

kalu nk mintak cop 2 mintak laa elok2...mintak cara profesional..x pyh laa sampai nk buat demonstrasi..

.
gravatar
Anonymous Says....

tp nape kt burhan ari2 ad al bayan yg xde cop..? haram la jgak kn..?

.
gravatar
RoyKL Says....

kat mana2 pun al bayan tu.. ia dikeluarkan ole aspirasi.. aspirasi tu satu pertubuhan berdaftar.. Gabungan Mahasiswa daftar pun tidak. kalau mintak cop mesti la x dapat, dah pertubuhan x berdaftar.. pegi la UM ke oxford kr havard ke, kalau pertubuhan x berdaftar gerenti x dpt cop. harap paham.

.
gravatar
Anonymous Says....

yeke aspirasi tu persatuan berdaftar. nape bila sampai surat agm semua pertubuhan di ukm ni, x dak pun tulis aspirasi? kompius btul. adakah kita semua ditipu oleh sesetengah pihak? mintak diperjelaskan. dahla x dak agm. setiap persatuan mesti ada agm rasanya. ape cer aspirasi x dak agm.

.
gravatar
hantusoleh Says....

1)AGM utk bdk2 aspirasi je la...wat pe nak ajak GMUKM...:P
2)kalo da risalah mengutuk org,risalah provok,dpt ke kelulusan?kalo berdaftar sekalipun,kalo da risalah camtuh,kalo mintak kat AGUNG pon x dpt...lol
3)btol kate Presiden Mahasiswa ROTU,kalo kutuk tuh,tgk artikel GM,tolak sarfa ke,bahagi tu ke,darab tu ke...tu baru mengutuk...pd sye ni nak menyedarkan mahasiswa...

.
gravatar
Anonymous Says....

cop...cop....yg hari khamis tu bukan demo da...pernah pegi x?diorang bg kata-kata semnagt...lagi satu menayahut seruan kpm utk berpidato..tp masa tu tempat pidato x khusus lg...skg kat fepkan...lg satu hangpa semua ni asyik cakap haram...haram...haram... x pahamlah...kdg2 kte pk kte kata haram itu ini tp hukum Allahpun kte x mmpu buat dgn baik...P/S igtkan diri sendiri gak

.
gravatar
saya Says....

apa kata tuan tanah link kan blog gm kat sini. senang nak browse.

.
gravatar
Anonymous Says....

FUCK ASPIRASI !!!!!!!!
KUDA MARTY MADAGASCAR..WKAKA..

DOWANG DA JADI KUDA BEB !!!