Tuesday, January 26, 2010

Penamaan Calon

Posted on 4:59 PM by ASPIRASI UKM




Assalamualaikum dan salam mahasiswa.

Tanggal 25 Januari 2010, merupakan tarikh bagi penamaan calon pilihanraya kampus  Universiti Kebangsaan Malaysia. Calon-calon aspirasi dan jentera telah berkumpul di kolej Dato’ Onn dan telah berarak kepusanika bagi proses penamaan calon . Ukhwah antara jentera dan calon aspirasi jelas tampak dengan laungan semangat disepanjang perarakan tersebut. Bertunjangkan semangat yang sedia ada, kami berarak dengan satu azam dan semangat kearah mematlamatkan varsiti universiti. Dengan berdiri pada landasan yang betul jelaslah bahawa calon-calon aspirasi kami  bersedia menyuarakan   pendapat dan  memperjuangkan suara-suara mahasiswa  Universiti Kebangsaan Malaysia.


"hidup ASPIRASI !!!"



semangat juang dari jentera ASPIRASI



muslimah gmukm


Setibanya kami di pusanika iaitu tempat berkumpulnya bakal-bakal calon, satu lagi laungan semangat keluar dari sanubari aspirasi. Laungan kami telah  di ‘terjah’ oleh laungan gabungan mahasiswa yang nyata berunsurkan fitnah dan kutukan yang tidak bermoral. Ada antara jentera mereka ‘mengejek ‘ calon aspirasi dengan tohmahan yang kesat dan perlakuan yang tidak sama sekali melambangkan seorang mahasiswa. Perlakuan ‘mengejek’ calon aspirasi dengan ‘melakonkan’ watak kuda dengan menjadikan boneka permainan kuda kanak-kanak sebagai ‘klon’ calon aspirasi jelas sekali menampakkan kelemahan dan ceteknya ilmu ‘budi bahasa’ pergerakan gabungan mahasiswa ini. Inikah yang dinamakan berlandaskan pada ajaran agama islam!! Adakah kumpulan ini yang menyokong sepenuhnya calon mereka yang layak untuk di gelar pemimpin mahasiswa.? Jawapannya terletak pada tangan anda sendiri sebagai seorang mahasiswa yang tahu erti kredibiliti seorang pemimpin ?


perbuatan memalukan



bakal pimpinan PMUKM akan datang??


Aspirasi yang berdiri pada landasan yang betul dan satu arah perjuangkan kampus tercinta ini tetap gah di mata mahasiswa yang sentiasa berpegang pada etika-etika seorang mahasiswa, bangsa dan pada agamanya. Laungan dan semangat kami merupakan janji kami kepada seluruh mahasiswa di kampus tercinta in. Kemenangan pilihanraya menjadi titik tolak kemasyuran kami. Aspirasi akan terus menggalas dan laungan akan terus dilaungkan kerana perjuangan kami aspirasi masih belum selesai. Semoga sokongan anda mahasiswa/si dapat  memastikan kejayaan kita menjulang kegemilangan aspirasi.

14 Response to "Penamaan Calon"

.
gravatar
Anonymous Says....

MAIN KUDA KEPANG PLAK KAT PUSANIKA BEBUDAK GMUKM NIE.....

.
gravatar
Anonymous Says....

BAGUS ORANG PENUNGGANG KUDA DRPDA JADI KUDA..HAHAHAHHA...VOTE GMUKM!!!UNDILAH SECARA TELUS,JUJUR TANPA PAKSAAN MANE2 PIHAK...JGN JADIKAN BINATANG SEPERTI KUDA...

.
gravatar
hantusoleh Says....

kalau yg menunggang tu pon cam KUDA gak otak nye camne ye?hehehe
(sekadar bertanya)

.
gravatar
Anonymous Says....

Ya Allah engkau TEgakkan lah kebenaran di muka bumi UKM ini...HIDUP GMUKM ...MACAM NA ASPIRASI NAK JADI PEMIMPIN KAlO CALON PUN CALON SISTEM..BERHENTI LA JADI PENGAMPU WAHAI ASPIRASI...

.
gravatar
bdk za'ba Says....

huh...myk mcm2 kt allah..tp klu dok sebar fitnah je watpe....trok2...haha

.
gravatar
RoyKL Says....

ape benda calon sistem ni wei? terangkan? gmukm ni xde ayat lain ke??? kalau calon sistem xde orang nak semangat2 g kempen, gantung banner. sistem ape?? pelik2 gmukm ni. ni mesti senior dorang suruh ckp mcm tu bila nak berdebat ngan budak aspirasi...hahahhahahahahahahahah. gm calon kuda. dah menang nnt mesti calon2 dorang berarak naik kuda..hahahah. tapi sayang seribu kali sayang. GM kalah lagi!!!!

.
gravatar
Anonymous Says....

GM siap payung ungu bagai.. bendara.. poster berlambak.. flyers haram x putus2.. banyaknya duit... dapat mana eh? kalau betul la aspirasi dapat sponsor asal x buat cam gm eh? siap naik mercedes lagi time penamaan calon.. nik aziz pun merendah diri je.. kata penyokong kuat pas.. adoiyai~

.
gravatar
irwansyah Says....

biarlah si bodoh GM ni asek guna ayat sama.. kau kecoh pe aspirasi.. GM ni pun bodoh gak. x habis2 ayat bodoh xde makna tu. sistem kebodoh ape cuba terangkan. aspirasi pun bodoh. sama2 bodoh. aku je betul.. undilah aku.. akulah pencinta wanita..

.
gravatar
Anonymous Says....

astaghfirullahalazim..kalau inilah umat Islam sekarang, tidak kisah aspirasi mahupun GM, kalau inilah mereka yang bakal menjadi pemimpin, nescaya Malaysia akan MUSNAH!!!!sedarlah GM, sedarlah aspirasi. kebanyakan dari kita yang bertekak, meluahkan kata kesat, menuduh, memfitnah adalah dari kaum, bangsa dan agama yang sama. sungguh hina kiranya kita bersifat begitu. sedih kalau kiranya Nabi Muhammad lihat umatnya begini...kembalilah padaNYA.....

.
gravatar
Abdul Qaiyum Borhan Says....

Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa..

Makin Kelakar Budak² GMUKM Ni Sekarang. Dulu Takde Pun Macamni. Dulu Nampak Profesional. Ish Ish Ish.. Ape Nak Jadi Budak² Zaman Sekarang..

.
gravatar
Anonymous Says....

xabes2 aspirasi nie..memeningkan kpala otak ak ja..tyme PRK bru nk nmpak hampa semua..mna janji2 manismu??dh tlaksna k??sme2 fkirkan..undilah yg MAMPU melaksanakan tanggungjawab bukan hanya sekadar menabur janji manis..

.
gravatar
Nathalia Says....

duk laung2 fitnah.
bagus ke?
duk sebar cerita bukan2.
betul ke?
duk mengata mengeji orang tnpa usul periksa.
apakah???

kuda yang comel tu,bagi la adik2 main.
kita yang dah belajar kat universiti ni,henti2kanlah buat bnda yang buat kita nampak bodoh.
jangan duk buat bnda2 yang memalukan diri sndiri,yang jatuhkan maruah kau sndri.

macam mana nak jadi pemimpin kalau yang kau tau hanya menabur fitnah?

macam mana nak jadi pemimpin kalau yang kau tau hanya menghasut?

macam mana nak jadi pemimpin UKM kalau matlamat universiti pun kau tak tau??

jangan cakap orang lain bodoh kalau kau sendiri pun bodoh tapi tak sedar diri.

jangan duk fitnah orang lain bila kau pun duk wat benda yang sama.

jangan berangan nak jadi pemimpin kalau kau pun tak reti memimpin & cakap orang lain tak betul.

cermin diri sendiri.
ukur kebolehan yang ada.
buktikan kau hebat.
buktikan otak n akal fikiran kau boleh diguna.
baru boleh berlagak bagus.

hentikan budaya fitnah.
buka minda.
tutup mulut.
perhati.
kumpul maklumat.
ambil tindakan yang betul.
perbaiki kesalahan.

teruskan perjuangan mencari ilmu di universiti kawan2ku! =)