Friday, January 15, 2010
Penyerahan Memorandom Pembelian Kolej Pendeta Zaaba’
Posted on 4:28 AM by ASPIRASI UKM
Setelah beberapa tahun kemelut krisis pembiayaan yuran kolej oleh mahasiswa kolej Zaaba’ dari Al-Kautsar, pelbagai inisiatif yang diambil oleh pihak aspirasi bagi menyelesaikan masalah ini. Usaha gigih pelbagai pihak turun naik tangga bertemu Menteri, Naib Cancelor, dan Pentadbiran Universiti, akhirnya kata putus telah dicapai, sebagai langkah terakhir yang dilakukan ialah penyerahan memorandom kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia mengenai pembelian Kolej Pendeta Zaaba’ dari Al-Kautsar.
Memorandum ini telah di serahkan oleh YDP JAKSA Kolej Pendeta Zaaba’, saudara Akmal Seandainya memorandom ini diluluskan, ia akan member impak yang sgt besar buat warga Kolej Pendeta Zaaba’. Ini kerana, mahasiswa yang menetap di Kolej Pendeta Zaaba’ tidak perlu menghabiskan wang pengajian dengan jumlah yang agak besar untuk melunaskan yuran kolej kediaman yang mempunyai beberapa kemudahan yang tidak lengkap dari segi infrastruktur seperti keselesaan bilik kediaman, gangguan bekalan air, dan lain-lain yang berkaitan dengan keselesaan pelajar.
Bagi pelajar tahun satu yang baru mendaftar, mereka telah ditempatkan di kolej-kolej kediaman yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia ini bukan atas kehendak dan pilihan mereka. Mereka telah ditempatkan di kolej-kolej tersebut dengan pemilihan secara rawak. Keadaan ini membuatkan satu fenomena ketidakadilan dalam kalangan mahasiswa tahun satu yang baru menjejakkan kaki di UKM ini. Bagi mereka yang menghuni di Kolej Pendeta Zaaba’, mereka dikehendaki membayar yuran melebihi jumlah yang dibayar oleh mahasiswa yang menetap di kolej-kolej kediaman kerajaan seperti Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Ibrahim Yaakub, dan kolej-kolej kediaman yang lain. Justeru itu, dengan penyerahan memorandom pembelian Kolej Pendeta Zaaba’ dari Syarikat Al-Kauthar ini dapat mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa penghuni Kolej Pendeta Zaaba’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 Response to "Penyerahan Memorandom Pembelian Kolej Pendeta Zaaba’"
salam semua
tahniah
cuma..nk kritik skit..
nampak seakan memorandum tu seperti cincai
1st time nampak memorandum senipis itu..
xde kulit pula..xguna gah dgn berwarna, tp xsungguh2..
ape pun.. tahniah, ada gak usaha untuk memancing undi bdk2 zaaba disaat2 PMUKM nk putus nafas ni..
go go aspirasi
ko nak bg memorandum tebal tesis ke? nak ke KPT baca? kalu senipis tu pun, kalu diluluskan, besar manfaat dr memorandum setebal tesis yg ditolak... biasalah, manusia mudah mengkritik...
kepada anonymous no2
die mengkritik yg positif..
nak lihat aspirasi lebih cemerlang
rupa2nya xleh nk kritik eh..
pk biar luas skit..
pemimpin yg baik adalah pemimpin yg berani dikritik..
kalau xkritik.. selamanya aspirasi xmaju tau x!!!
erm.. ni tarikh die bile?? mase die bile?? nk tau gak?? kt mane?? mase majlis apa ni?? erm.. ni kire amik kesempatan masa la .. da menteri dtg kn..
asyik gaduh jek..... dah anta tu sudah la... yang nak kritik2 lagi tu x da keje aper.... korang nie ader2 jela...
majlis ni berlaku semalam.
khamis,14januari2010
kat teres eko niaga.
alert la laen kali dgn majlis2 ukm.
owh.. kire amik kesempatan la kn.. bagus2.. pandai korang amik kesempatan. x sangka.. kebaikan utk semua.. semoga usaha ini bukan hangat2 taik ayam je la...
pe nk dkec0hkn lg....d0a2 la dluluskn...biar yuran warga za'ba berpatutan......krg2 ade gk eff0rt di0rg.....
GM tcabar la beb..dlu dorg kutuk ckp sarfa ng aspirasi bg idea yg xrealistik suh beli za'ba..skrg tgk dorg dh brusaha..tahniah aspirasi..jgn jd cm GM dh la..wt keje skit heboh 1 ukm..
cite lebat...ada wakil kat za'ba pn, kua masuk bilik xprasan org lain...mcm tuh ke kepimpinan GM yang dibangga banggakan?soal tebal xtebal, hangat taik x hangat, still sebuah usaha...bukan sekadar kata2 dan retorik yang membantah...komen2 yg konon "positif" dari pihak GM, nampak sgt disebabkan JAKSA ZA'BA pimpinan aspirasi da mulakan gerak...tertinggal buat la cara tertinggal...jgn melatah bile ditinggalkan...komen tah pape, tindakan haprak...kamon la GM, setakat sponsor futsal, wat poster palsu, panggil berdebat cara bacul, nk watpe...hampeh...
astaghfirullah..caner nih kwn2..aspirasi pun islam..gm pun islam..masing2 bertikam lidah ni..caner?? dunia akhir zaman dahni oiii....
bertikam lidah x elok .. malahan pemimpin atasan pon bertikam lidah ketika di parlimen je... nie tidak, tiap2 hari ak duk tengok korang bertikam lidah... korang biase pg parlimen x?? klau biase tgk la pemimpin kt sane leh mnum kopi semeja je.. xde msalah pom.. just ank2 buah je yg lebih... nie korang pemimpin n ank buah terikut2 dan taksub terhadap istilah parti *U* yg tidak kemana... just think ur self n be ready untuk mengkriktik dan terima keritikan orang... kekadang setiap yang berlaku ade something di sebalik yg telah ditentukan olehNYA... u r educated right, so chose la yg korang rse terbaek n mampu pegang tampuk pemerintahan d ukm nie... luahan hati seorang guru terhadap ank muridnyer **nak tgk sgt UKM more efective then be4... Prof. r
Prof. R, maaf menegur. saya rasa politik kampus ni bukannya tak kemana. besar maknanya politik kampus ni. kebanyakkan pemimpin pelajar jadi menteri jauh lebih bagus dari professional yang jadi menteri. dan banyak benda yg boleh dipelajari dari politik kampus ni. kat ukm, PEMIDATO HEBAT(cakap memukau) VS. PEKERJA HEBAT(aktif program). yang mana lebih baik itu terletak kat calon bukan parti.
Post a Comment