Tuesday, January 12, 2010
POLITIK DAN KEMPEN MURAHAN
Posted on 6:57 PM by ASPIRASI UKM
Pada 11 Januari 2010 bertempat di hadapan Kolej Ungku Omar telah diletakkan sebuah banner seperti di atas. Ini merupakan usaha sekumpulan pelajar ekstremis meraih simpati murahan dari warga UKM. Pihak Aspirasi tidak mahu menuduh angkara siapa, walau bagaimanapun warga UKM yang bijaksana boleh menilai sendiri. Bagi pihak Aspirasi UKM tidak pernah bertindak sebegini kerana para kepimpinan dan penyokong tidak pernah di ajar sebegini.
Kepada kumpulan pelajar yang meraih simpati dan kempen murahan, agar tidak melakukan perkara-perkara seperti di atas, ini kerana ia tidak menggambarkan sikap pelajar UKM. Untuk makluman warga UKM, banner tersebut di naikkan oleh pelajar-pelajar ekstremis pada 11 Januari 2010 dan pada hari yang sama hanya selang beberapa jam gambar tersebut keluar dalam web malaysiakini pada 11 Januari 2010 jam 1.18 tengahari dengan kenyataan tersebut :
Kami mengesyaki ia dinaikkan oleh kumpulan pro-Aspirasi kerana label-label seperti pemfitnah dan penipu itu pernah dilemparkan kepada kami sebelum ini," kata jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Ammar Ismail.
Strategi pilihanraya yang bankrap dan lapok ini sudah lama di amalkan oleh pelajar yang kononya Pro mahasiswa iaitu sejak ia dikenali sebagai Islam Penyelamat Ummah (IPU), kemudian menukar namanya ke MAMPU dan seterusnya membuat rebranding menggunakan nama GMUKM yang menggunakan warna oren dan sekali lagi menukar kepada warna ungu sebagai warna pilihan. Pihak Aspirasi percaya, para mahasiswa/i yang bijaksana dapat berfikir dengan bijak tentang kempen murahan ini.
Pihak Aspirasi merasa malu dengan sikap pemimpin tersebut menuduh tanpa sebarang bukti, mungkin inilah nilai-nilai murni yang di bawa oleh GMUKM dalam perjuangannya. Pihak Aspirasi mengharapkan politik dan kempen murahan seperti di atas tidak dipraktikkan dalam perjuangan sebagai seorang mahasiswa/i. Pihak Aspirasi memohon agar semua kumpulan bertanding dengan mengamalkan sikap yang bersih dan cemerlang agar nama universiti sentiasa di jaga. Amalan memfitnah, mencaci, ekstrem, jumud, menolak kebudayaan, memaksa nilai terhadap individu lain, memboikot aktiviti yang tidak selari dengan kehendak mereka, sukar berunding dan suka mendemontrasi dan nilai-nilai di luar dari etika dan budaya kita harus dielakkan.
Yang penting bagi Kelab ASPIRASI ialah kejujuran, keikhlasan, tiada kesangsian, tidak memaksa nilai sendiri terhadap orang lain, tidak memfitnah sesama insan dan tidak melakukan kerosakan terhadap harta benda UKM. Kelab ASPIRASI tidak akan bermain dengan ayat AL-QURAN atau HADIS untuk meyakinkan orang bagi mendapatkan sokongan politik kerana kita percaya AL-QURAN dan HADIS adalah panduan dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuk umat manusia bertingkahlaku di muka bumi. Banyak ayat boleh dipetik untuk mempengaruhi orang bagi kepentingan politik tetapi akhirnya manusia akan hanya merosakkan diri sendiri melalui penyalahgunaan ayat-ayat suci ini.
Pihak Aspirasi UKM mengajak semua sahabat-sahabat mahasiswa/i UKM yang berbudi bahasa, bersopan santun, berakhlak tinggi dan menjunjung nilai-nilai murni untuk sama-sama membaca dan menghayati pantun yang diwariskan turun-temurun dalam mengekalkan nilai-nilai budaya dan jati diri Bangsa Makaysia:
Mengail tamban umpan tenggiri Banyak orang pergi menjala
Dari hilir sampai ke hulu Mencari udang di dalam parit
Rosaklah iman fasiklah diri Jagalah diri jangan tercela
Jika tidak berfikir dahulu Rosak nama bangsa terpalit
Buah berangan dalam kota Jangan cuba merapah pagar
Direndang orang tengah hari Merapah pagar kaki terperuk
Jangan Tuan kata mengata Jangan suka berkata kasar
Takut menimpa hidung sendiri Berkata kasar budinya buruk
Menyentuh tentang pertembungan dua aliran ini, ASPIRASI Universiti menyokong hasrat aliran berkonsepkan falsafah moderate untuk terus mengamalkan ciri-ciri kesederhanaan, mengekalkan budaya kebangsaan dan menghormati nilai masyarakat yang pelbagai etnik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Response to "POLITIK DAN KEMPEN MURAHAN"
musykil..
nampak sgt diorang yang buat... drastik sgt la GMUKM nie....warna pun gne warna aspirasi... korang nie GMUKM plik la....
ade tak org bunuh seseorang,then letak name die kat badan org yg die bunuh tu?cam sengal pon ade...
kalo ye pon,cat la guna warne hitam..baru la nampak real...adoiyai...
ade tak org bunuh seseorang,then letak name die kat badan org yg die bunuh tu?cam sengal pon ade...
kalo ye pon,cat la guna warne hitam..baru la nampak real...adoiyai...
diarong gali lubang kubur utk diri sendiri...xde strategi lnsung..hahaha..memalukan je..
aku s0k0ng la k0 ckp an0nym0us 3....da 2lis cm2 bley plak nk gtau die sape kn....kal0 cm2 bek ckp depan2 je....haishhhh
kawan2...aku mula musykillah.gambar ni dalam blog aspirasi dak? maksudnya org yang amik gambar ni mestilah ada link kuat dgn blogger aspirasi. GM x de plak gambar ni. gambar ni baru lepas cat, dalam bilik dan ada lap top. maksudnya ni aspirasi la yang wat, de tangkap gambar after cat n upload kat sini. letak nama bayan sebab nanti bleh manipulate.aku pon otak politik gak.politik serba mungkin..
Ye rr.. ada laptop kat situ. Takkan laptop boleh tergantung bersama2 banner. huk3
Kena belajar teknik fotografi dgn abg firdaus ni... adoyai
jgn wat fitnah la weih!!..
sndri wat banner..sndri naikan banner..pastu letak slah kat org lain...spa yg wat fitnah skunk weih??
same je..dah nama pro m..fitnah je yg jadi terasnya
Post a Comment