Thursday, January 15, 2009

FAKTA DAN KEBENARAN

Posted on 4:40 AM by ASPIRASI UKM

Menjawab Persoalan GMUKM

Menjawab lagi persoalan mereka.

Mereka (GM-IPU-MAMPU) kata SEMUA tak betul.

Mereka kata mereka dianiaya.

Mereka kata sistem tak adil.

Mereka hanya kata. Mereka tak fikir,

Mereka tak fikir, mereka hanya kata.

Mereka kata, penyelewengan teknikal. Mereka cuba selewengkan minda kita.

Yang sebenarnya ialah……….

Penganjuran Kursus Kepimpinan Bakal Calon di A’Famosa Resort (1 hingga 4 Januari 2009)

AUTA
Kursus tersebut diletakkan sebagai syarat khusus untuk menyertai Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UKM sesi 2008/2009. Hal ini menyekat kebebasan Mahasiswa untuk melibatkan diri secara langsung dalam Pemilihan MPP.

Nasihat daripada Mahasiswa bahawa kursus tersebut seharusnya diadakan selepas Pilihanraya tidak diendahkan menyebabkan berlakunya limpahan peserta yang mengikuti program tersebut yang akhirnya menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kos kursus tersebut mencecah sehingga RM80 000.

FAKTA
Kursus tersebut diletakkan sebagai syarat khusus untuk menyertai Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UKM sesi 2008/2009. Hal ini adalah untuk memastikan pelajar yang bakal bertanding mempunyai input dan pengetahuan yang cukup untuk menjadi seorang pemimpin. Modul-modul yang dimuatkan dalam kursus tersebut ialah:
Halatuju Universiti Kebangsaan Malaysia
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
Forum Kopetensi Generik
Kepimpinan Pelajar dan Globalisasi
Mahasiswa dan Masyarakat
Peraturan Pemilihan MPP
Profil Psikologi Kepimpinan dan Introspeksi Kendiri
Peranan Pelajar dalam Audit Institusi MQA
Panduan Mengisi Borang Calon MPP

Kursus diadakan sebelum proses pemilihan MPP UKM adalah bertujuan untuk memberi peluang sama rata kepada semua pelajar UKM khususnya para pemimpin persatuan pelajar untuk menyertai dan menimba ilmu pengetahuan daripada kursus tersebut.

Pewartaan Tatacara Pemilihan MPP 2009

AUTA
Pihak Hal Ehwal Pelajar UKM, HEP telah mengubah hampir 70% daripada peraturan yang digunapakai sebelum daripada ini. Antara perkara yang diubah adalah;
· Mengalihkan tempat penamaan calon-calon fakulti dari Pusanika ke fakulti-fakulti, manakala hanya calon-calon umum dikekalkan di PUSANIKA. Perkara ini merumitkan kerana urusan penamaan terpaksa menggunakan khidmat tenaga kakitangan yang ramai dan dilihat sengaja dilakukan untuk memecahkan dan meredakan semangat demokrasi sempena Pilihanraya Kampus.
· Menafikan hak calon-calon untuk berkempen dari bilik ke bilik. Arahan ini nampaknya hanya digunakan ke atas calon Mahasiswa sedangkan pihak aspirasi bebas untuk berkempen malah mengugut Mahasiswa untuk memilih Aspirasi.
· Menaikkan harga bayaran untuk borang pencalonan daripada RM 15.00 kepada RM20.00, wang cagaran(wang deposit) daripada RM30.00 kepada RM50.00, borang bantahan semasa penamaan daripada RM30.00 kepada RM50.00. Perkara ini juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan jumlah penyertaan dalam Pilihanraya sekaligus membebankan ekonomi mahasiswa/i yang ingin bertanding.

FAKTA
HEP tidak wujud lagi di UKM, dan digantikan dengan Jabatan Perkhidmatan Pelajar atau singkatannya JPPel.

JPPel tiada kaitan dengan proses pemilihan MPP UKM, sebaliknya diuruskan khas oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar atau singkatannya JPMPP.

Tiada masalah berlaku apabila tempat penamaan calon dialihkan kerana UKM mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menguruskannya.

Arahan tersebut dikeluarkan berdasarkan laporan-laporan yang dibuat oleh pelajar pada tahun-tahun lepas di mana banyak berlaku kejadian kecurian di dalam blok asrama ketika musim pilihanraya.

Penyelewengan teknikal dan penafian kemenangan calon Mahasiswa di kerusi Tahun 3, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)

AUTA
Tepat jam 11.00 pagi, tempoh penamaan telah berakhir, di mana hanya seorang calon yang diterima borang pencalonannya oleh pegawai pengurus pemilihan di FKAB. Pada pukul 11.15 pagi, urusetia mengumumkan saudari Norleana Bt Hj Usak, menang tanpa bertanding bagi kerusi tersebut kerana tiada pertandingan. Namun, pada pukul 11.30 pagi, urusetia menarik balik pengumuman tersebut dan menggunakan alasan bahawa pengumuman perlu mengikut prosedur iaitu perlu ada tempoh bantahan selama 1 jam bermula jam 11.15 pagi sehingga 12.15 tghari.

Serentak dengan itu, urusetia sendiri yang membuat bantahan terhadap kemenangan saudari Norleana Hj Usak, dengan mendakwa bahawa saudari Norleana Hj Usak hilang kelayakan bertanding kerana beliau merupakan pelajar tahun akhir. Saudari Norleana, bersama-sama dengan penyokong dan pencadang cuba mengemukakan rayuan namun TNC HEP, Dr Mohammad Abdul Razak tidak melayan rayuan tersebut.

Hakikatnya, pihak HEP sengaja meggunakan alasan teknikal bagi menafikan hak saudari Norleana Hj Usak, ini sebenarnya jelas dapat di lihat apabila terdapat 9 orang calon aspirasi terdiri daripada pelajar tahun akhir. Calon-calon Aspirasi (calon sistem) tersebut yang dapat dikenalpasti ialah :

FAKTA
Urusetia hanya menjalankan tugas mengikut prosedur dan membetulkan kesilapan mereka dengan segera apabila ianya berlaku untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Kemenangan saudari Norleana Hj Usak ditolak kerana beliau tidak memenuhi syarat sebagai calon di mana calon perlu mempunyai berbaki 2 semester tempoh pengajian, seperti yang telah dinyatakan dalam buku panduan.

Dr Mohammad Abdul Razak adalah pemangku TNC HEPA dan nama penuh beliau adalah Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak.

Pemangku TNC HEPA, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak tidak melayan rayuan tersebut kerana peraturan tersebut telah dinyatakan dengan jelas dalam buku panduan yang diberi semasa membeli borang pencalonan.

JPMPP telah mengeluarkan pekeliling UKM 3.33.8/204/27 pada 5 Januari yang memberi kelonggaran untuk syarat kelayakan calon pemilihan MPP UKM. Antara petikan pekeliling tersebut ialah:

“Memandangkan pemilihan MPP pada kali ini dibuat pada semester kedua maka Tatacara 20 (2) Tatacara-Tatacara Pemilihan MPP 2008 berkaitan Kelayakan Calon, menyebabkan pelajar yang mengikuti system pengajian tiga (3) tahun tidak layak menjadi calon. Kerusi yang diperuntukkan kepada Fakulti-Fakulti berkenaan (FST, FPI, FTSM, FSSK dan FEP) akan kosong dan tidak mempunyai wakil.
Sehubungan itu, dengan kuasa yang diberikan kepada Pengerusi, Jawatankuasa Pemilihan MPP (JPMPP) dalam Tatacara-Tatacara Pemilihan MPP 2008 mengikut Tatacara 6 (7) b, bersetuju memberi kelonggaran kepada pelajar yang mengikuti system pengajian tiga (3) tahun bagi Fakulti berkenaan unuk menjadi calon pemilihan MPP pada kali ini.”

Nama-nama calon seperti di atas adalah dari FSSK, FST, FEP dan FTSM. Mereka layak untuk bertanding. Saudari Norleana Hj Usak adalah dari FKAB. Fakulti itu tidak tersenarai, maka beliau tidak layak untuk bertanding. Tiada penyelewengan berlaku.




Penubuhan jentera pilihanraya peringkat Mahasiswa di kolej-kolej kediaman.

AUTA
Perkara ini amat bercanggah dengan prinsip demokrasi kerana Pengetua yang juga pegawai pentadbir universiti seharusnya tidak terlibat dengan operasi Jentera pilihanraya. Berlaku di Kolej Ungku Omar di mana Mejar Dr Samsu Adabi Mamat, Pengetua KUO, mempengerusikan Jentera Pilihanraya Kampus KUO, yang diketuai oleh Mohd Nazri Bin Ngah, yang hanya merupakan seorang pelajar.

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i kolej-kolej kediaman (JAKSA) telah dikerah menjadi pengawal-pengawal keselamatan yang ditugaskan khusus untuk menghalang kempen-kempen calon-calon Mahasiswa. Peranan yang sewajarnya dimainkan oleh Pegawai Keselamatan ini tidak seharusnya berlaku kerana Mahasiswa/i tiada hak untuk menghalang apalagi membuat sekatan jalanraya menghalang pergerakan Mahasiswa yang lain. Misalnya di Kolej Pendeta Za’aba, setiap malam ahli JAKSA kolej akan membuat sekatan di jalan masuk ke kolej Za’aba dan menahan Mahasiswa/i yang ingin keluar masuk ke kolej berkenaan. Perkara yang sama turut berlaku di Kolej Burhanuddin Helmi.

FAKTA
Pegawai Universiti memang tidak dibenarkan terlibat dengan operasi Jentera Pilihanraya. Tiada bukti langsung yang menyokong atau menyatakan bahawa Mejar Dr Samsu Adabi Mamat mempengerusikan Jentera Pilihanraya Kampus KUO.

JAKSA tidak pernah dikerah untuk melakukan apa-apa perkara sepanjang proses pemilihan MPP UKM. Mereka menjalankan tugas mereka atas dasar tanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan keselamatan penghuni kolej masing-masing.

Sekatan jalanraya diadakan untuk menjaga ketenteraman kolej kerana berdasarkan pengalaman pada tahun-tahun lepas, calon-calon Mahasiswa akan datang berkempen pada waktu yag tidak dibenarkan iaitu selepas jam 11 malam.

Sekatan kempen oleh Pengetua dan JAKSA terhadap kempen-kempen calon Mahasiswa.

AUTA
Perkara ini jelas dapat dilihat di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) apabila Left Kol Dr Mohd Nasir Saludin, bertindak menghalau mana-mana calon Mahasiswa daripada berada di kawasan kolej sekalipun untuk berkempen di kafetaria dan foyer. Beliau yang juga merupakan pengetua kolej berkenaan seringkali dilihat berkeliaran sambil memegang kayu hoki sehingga menimbulkan perasaan yang tidak enak dikalangan Mahasiswa/i di KTHO. Dalam suatu peristiwa, sekitar pukul 6.30 ptg, 11 Januari 2009, calon-calon Mahasiswa ingin berkempen di kafetaria KTHO, tidak lama kemudian terdapat arahan daripada pihak pentadbir KTHO untuk menutup semua pintu, lampu, kipas, dan juga langsir di kafetaria tersebut. Penggerai juga dipaksa untuk menutup kedai semata-mata ingin menghalang calon-calon Mahasiswa untuk berkempen. Sekalipun warga KTHO yang tidak berkenaan menerima nasib malang yang sama.

Serentak dengan itu, pihak pengurusan Kolej Dato’ Onn (KDO) juga membuat tindakan yang sama dengan menutup kafetaria KDO sejurus selepas kedatangan calon Mahasiswa di kafetaria KTHO pada petang yang sama.

Sekatan terhadap pergerakan di Kolej Rahim Kajai (KRK) juga berlaku apabila terdapat notis yang menghalang Mahasiswa/i daripada memasuki kawasan foyer kolej tanpa sebarang alasan yang munasabah. Hal ini dilihat seolah-oleh sengaja ingin menghalang Mahasiswa/i daripada bertemu dengan calon Mahasiswa yang kebetulan hanya dibenarkan berkempen di kawasan kafetaria dan foyer.

Situasi yang agak serupa berlaku di Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) apabila JAKSA dilihat menunggu di tangga-tangga blok kediaman di KIY untuk mengugut dan menghalang penghuni KIY daripada bertemu dengan calon Mahasiswa dalam satu kempen yang dianjurkan sendiri oleh pihak pengurusan KIY. Sekalipun ruang untuk berpidato diberikan kepada Mahasiswa, namun JAKSA menyekat penghuni kolej daripada menghadiri majlis pidato tersebut.

FAKTA
Sebelum masuk rumah orang, berilah salam dahulu. Mudah.
Ambil masa seketika untuk berjumpa dan meminta izin dengan pengetua setiap kolej untuk kebenaran berkempen. Tentu masalah ini tidak akan timbul. Seperti yang dilakukan oleh Kolej Burhanuddin Helmi.

Politik Perkauman Sempit yang Menyentuh Sensetiviti Kaum

AUTA
Pimpinan Gabungan Mahasiswa berasa amat kesal dan kecewa di atas segala tohmahan dan tuduhan yang dikeluarkan oleh Chinese Community Student Committee (CCC) dalam satu artikel yang berbentuk booklet yang memainkan sentimen perkauman yang sempit. Sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yakni sebuah universiti yang menjunjung tinggi nilai-nilai perpaduan dan hubungan antara kaum, kami mengecam tindakan Chinese Community Student Committee (CCC) mengeluarkan risalah-risalah yang bersifat perkauman tersebut.

Pelbagai sekatan dikenakan ke atas calon-calon Mahasiswa semasa kempen di Kolej Kediaman, namun dalam masa yang sama, pihak GMUKM menerima aduan daripada Mahasiswa sendiri bahawa terdapat ugutan dikenakan ke atas pelajar-pelajar khususnya pelajar tahun 1. Ugutan buang kolej menjadi bahan kempen utama Aspirasi ke atas pelajar-pelajar menerusi perjumpaan rasmi, kempen dari bilik ke bilik oleh JAKSA, juga melalui sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Antara SMS yang kami terima datangnya daripada JAKSA KRK, “Dtg ari khamis ni undi aspirasi..dapat 25 merit, bleh stay kolej..apa2 pun undi aspirasi…kalau undi gm kn buang kolej”. Pesanan ini datangnya daripada seorang penghuni KRK yang memaklumkan kepada kami berkenaan isi perjumpaan yang diadakan di KRK, 12 Januari 2009, sekitar 9 hingga 11 malam.


FAKTA
Booklet tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang sentiment perkauman. Risalah tersebut hanya memaparkan penerangan tentang senario perjalanan proses pemilihan MPP UKM dan membuat perbandingan antara ASPIRASI dan GMUKM sahaja.

Risalah tersebut tidak dikeluarkan semata-mata kerana pilihanraya tetapi sebaliknnya adalah risalah bulanan yang sering dikeluarkan oleh CCC sebagai platform untuk menyediakan maklumat semasa dan terkini kepada komuniti pelajar Cina di UKM.

Isu buang kolej sekiranya mengundi GM adalah isu lapuk. Tiada kaitan langsung antara mengundi GM dan buang kolej atau undi ASPIRASI dan stay kolej. UKM mempunyai 10 kolej kediaman dalam kampus induk Bangi di mana 2 daripadanya mampu menampung kapasiti pelajar seramai lebih kurang 3,000 orang setiap satu pada satu masa. Ini adalah mencukupi untuk menempatkan semua pelajar-pelajarnya di dalam kampus.


KESIMPULAN
GMUKM tidak pernah putus asa dalam usaha memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan pemikiran pelajar UKM. Mahasiswa kini sudah matang dan bijak menilai dan membuat keputusan. Propaganda yang sama dimainkan berulang kali pada pilihanraya kampus setiap tahun. Syabas! Teruskan usaha anda pada tahun depan!


12 Response to "FAKTA DAN KEBENARAN"

.
gravatar
Menerjah Di alam maya Says....

Will You Marry Me?

i'm looking for a man, must be a Malayian, single, married, a divorcee, or in relationship is not a problem, age 27-36, staying in Klang Valley,KL- Malaysia, honest in relationship, loving, in good health, able to communicate, no mental stress, not a drinker, must have a career, no financial problem, independent, no family problem, able to deal with sleeping alone at nite, DON'T WANT HEAVY COMMITMENT IN MARRIAGE..

My name is Emmy 23/f/ Beach Of Melody, Kelantan Malaysia..i'm a student attending college of allied health science for occupational therapy for ministry of health malaysia. staying in Klang Valley, n independent, open-minded, spontaneous,friendly, passionate, loyal, helpful, curious, willing to make sacrifices, romantic, shy, peace-loving, sensitive, communicative, imaginative, in good health, no mental problem, love adventures, no financial problem, no kid, not a divorcee, not a pregnant woman, don't want to commit but i'm taking this marriage for a good reason...

.
gravatar
sRi Kelana Says....

apa jenis komen nie...

adoi ya..

buat lawak plak...

hahahahahahahahha

aku suka...

.
gravatar
Anonymous Says....

ASPIRASI BETUL2 BEKERJA KUAT!!BANGGA LAA PLAK AKU NGAN DAK2 ASPIRASI NIH. NAMPAK KEMATANGAN KORANG. SYABAS!

.
gravatar
hantusoleh Says....

alhamdulillah..

sekarang fakta telah terbukti..so,apakah lg pengkhianatan yg boleh dilakukan lagi wahai GMUKM...

saya masih ingat..GMUKM dulu bermati-matian hantar petisyen..mintak ubah tmpt pengundian kat fakulti...

adakah itu tak menggunakan ramai staf apabila mengundi di fakulti??apa pula terjadi kepada pensyarah yg masih hendak meneruskan kuliah nya??

dulu..apabila wat penamaan calon di pusanika,kate tak adil...bile da bg kat fakulti dan pusanika,kate menyusahkan..adoyai..ape yg anda mahu GMUKM??

anda hanya mahukan provokasi..kerana anda tidak layak utk memimpin...

.
gravatar
KIller Bee Says....

tahniah la pada penulis blog ni....dari 1st year sampi nk habis ni,aku tertanye2 takde ke usaha aspirasi nk counter blik setiap ap yang GM kata.....dan akhirnye...ad gak blog ni...bagus sangt!!

.
gravatar
warga prihatin Says....

bagus dan truskn usaha aspirasi...

diharap blog ini akan terus diusahakn wlaupun prk dh tamat..

.
gravatar
warga prihatin Says....

sy ingin mengulas ttg keadaan yg berlaku di kolej pendeta za'ba...

jaksa2 kpz hnye mnjalankn tanggungjwb mereka utk mnjage kebajikan dan keselamatan penghuni kolej di mne slalunya calon2 gmukm akan dtg brkempen slps waktu yg dibenarkn. malah mereka mmbuat bsg di kwsn kolej dan ini mggangggu ketenteraman kolej.

sprti yg pihak di sblh sne nyatakn..

"MSUK KANDANG KAMBING,MINTALAH IZIN DGN KAMBING.....(YDP JAKSA yg kambing)"

pernyataan di atas diambil dri slh stu risalah mreka yg diedarkn. jika ingin msuk ke kolej lain,mintalah izin dgn pengetua atau pengurus mhupun ydp jaksa. jika anda minta scre elok kmi bleh bg kebenaran.

gune la otak skit fikir cara untuk brkempen....

.
gravatar
combustion chamber Says....

aku bukan nak kata korang yg salah. tapi ni berdasarkan pengalaman aku masa dok keris mas .

masa aku first year dulu aku cukup meluat kat aspirasi ni sebab kakitangan kolej masuk tangan dalam hal ni. masa tu siap berkempen lagi untuk aspirasi . sapa lagi kalau tak masa tuan $#2$#@ siap buat rollcall malam sebelum mengundi. siap tambah pas umno lagi. tapi masa tu aku x heran walau dia ugut nak buang kolej. macam dia tau sapa kita nak undi. aku tetap undi 2 belah pihak. fair. x yah nak gaduh2 dan peningkan kepala. tapi sejak prk tahun lepas depa2 dah tak masuk campur. bagus lah camtu. politik luar pn dah kurang. nampak sikit macam mahasiswa.

aku pernah baca komen dr nordin kardi, nc uum. dia kata sapa2 yg yg menang pun dalam prk universiti x bawa byk perubahan sangat sebab p/raya kampus x sama dengan p/raya luar. kerna x ada kuasa. just kena buat kerja je dan asah bakat diorang untuk jadi pemimpin masa depan.

tahun ni aku undi nombor genap utk umum/3. sapa calon genap untungla dia. calon fac dah menang tanpa bertanding. sbb x dak sapa nak jadi calon. bagus dan x nyah nak peningkan kepala.

p/s: aku cukup bengang semalam. ada ka patut selitkan berbelas2( around 20 kpg) poster keping bawah pintu bilk aku. semak kan jer. dah la x ketuk pintu pastu pastu selerak camtu jer. aku sepak je keluar poster tu. puas hati. sapa nak baca byk2 ,sakitkan hati jer.

maap.. tu poster aspirasi. lain kali ringkas dan padat. dan senang nak mengingat.

by the way: moga berjaya

.
gravatar
MSN KUO Says....

kecian.. Kecian nama Pengetua kolej aku dikeluarkan dalam blog Pro-Mahasiswa.. Nazri pon masuk..
Mereka ni Pro Mahasiswa menyempitkan pemikiran mereka.. Adakah salah sebuah urusetia diwujudkan untuk menjaga keselamatan mahasiswa..? Untuk pengetahuan semua, Ada junior KUO ditarik masuk dalam tandas dan diberi ceramah mengenai politik mereka.. Dalam tandas tu tak tahu lah apa yang terjadi? mungkin ancaman keselamatan seperti mana mseg ancaman keselamatan kepada calon-calon aspirasi.. (mungkin saya bercakap tanpa bukti kerana Pro-Mahasiswa pon bercakap sesuka hati dan mereka bukti sendiri)

.
gravatar
Anonymous Says....

hah amik, sebijik atas muke, pandai cakap je, habuk tarak!!

.
gravatar
Anonymous Says....

Allowed to our Boots moncler jacken outlet on monclerjacken-outlet2012.blogspot.com Online Supply up!
Understood Boots Reprehensible planchas GHD on planchasghdbaratas-es.blogspot.com tribute waiting because of you!
They deals nike air max shoes for nikefreerunairmax.blogspot.com brashly with all their customers!
Womens and gentlemen cheap nike shoes in cheap-nike-shoes2012.blogspot.com risk-free part priced in territory of your be sulking!
They perpetually surf on our briefness moncler jackets in moncler-outlet-sale2012.blogspot.com authorize website!

.
gravatar
Anonymous Says....

This system delivers a hours, depending upon what and how much you've eaten. The particular exercise sessions on the Dvd videos support the "friendly" bacteria in your digestive tract. The P90 X trainin mainly consists of a want to do so to the point of injury.

Take a look at my web-site Speaking Of