Thursday, January 8, 2009

KURSUS BAKAL CALON MPP UKM ADALAH WAJAR

Posted on 5:01 AM by ASPIRASI UKM

Baru – baru ini gempar dikatakan Pusat Perkembangan Pelajar telah mengadakan satu kursus bakal calon yang di adakan di Melaka. Kononnya kursus itu di buat untuk membasuh minda dan pemikiran para pelajar, namun prasangka yang timbul itu sama sekali melesat.

Ini kerana, pengisian yang di berikan di dalam kursus tersebut adalah amat berguna kepada calon – calon yang bakal bertanding pada 15 Januari ini. Tujuan utama kursus itu dijalankan juga dalah untuk memberikan input – input yang berguna untuk menjadi seorang pemimpin pelajar yang selaras dengan hasrat dan matlamat universiti.

Kita inginkan calon yang bertanding merupakan calon yang berwibawa dalam membawa isu – isu mahasiswa, bukan membawa isu – isu politik luar yang jauh terpesong dari misi dan visi ukm sendiri.

Akan tetapi kita merasa amat sedih kerana kebanyakan calon Gabungan Mahasiswa yang pergi telah membuat persepsi awal dan sekali gus telah menutup minda dan pemikiran mereka untuk menerima atau memikirkan sejenak apa yang hendak diperkatakan oleh pihak pentadbiran tertinggi universiti UKM terutamaya Naib Canselor.

Amat menyedihkan lagi bila ada yang mengatakan kursus yang dijalankan itu adalah satu pembaziran yang besar. Niat murni pihak tertinggi universiti untuk melihat atau melahirkan calon yang berwibawa terbantut sama sekali dengan adanya calon – calon yang bersikap demikian.

Jika Kursus Kepimpinan dikenakan bayaran, sanggupkah anda untuk pergi?
Tapi, jika Kursus Kepimpinan diberi secara percuma, dikatakan membazir pula..
Manusia.. manusia.. jarang yang bersyukur dengan apa yang ada..
Sama – sama lah kita fikirkan..

5 Response to "KURSUS BAKAL CALON MPP UKM ADALAH WAJAR"

.
gravatar
hantusoleh Says....

manusia itu tamak...

betul atau salah kenyataan ini???

dengan sikap tamak itu...ada yang telah menutup minda mereka...dan tidak pandang kepada peraturan yang ada...

apa yang saya lihat...tujuan utama mereka menentang AUKU adalah kerana mereka ada lembaga-lembaga yang menyokong mereka dari belakang...dan lembaga itu adalah satu organisasi yang terlibat secara langsung dalam politik malaysia..

dan ini bertentangan dengan AUKU...mereka hanya memperjuangkan apa yang memberi kepentingan kepada mereka...samalah dengan apa yang dihendaki oleh PKR...hendak menurunkan harga minyak dengan tidak memikirkan tentang akibat negara...

untuk jadi pemimpin...kite membuat keputusan bukan lah berdasarkan kepentingan diri atau kumpulan sendiri sehingga sanggup menggadai agama,bangsa dan tanah air....

.
gravatar
Anonymous Says....

kat blog gm asyik ckp pasal duit...duit...duit...ak pon ske ckp bende yg sma gak...nak yuran murah apply la uitm haha

.
gravatar
hantusoleh Says....

duit???

huh...sape sokong salah ASPIRASI tidak membuat bantahan tentang isu kenaikan yuran???sedangkan mase itu sudah pembubaran PMUKM...dimanakah logiknya tomahan itu??atau sekadar mencaci sesetengah pihak...???

.
gravatar
hantu solehah Says....

duit ooo duit...
cian ko ek...
hari2 org cakap pasal ko...
aspirasi salah ke??
habis tu gm betul??
eh..yang mane stu ni...
...
hantu pon soleh ke???
hahha...
aku ni hantu solehah..

.
gravatar
hantusoleh Says....

ish...bile lak aku jd laki ko...huhuhu(sekadar bergurau...huhuhu...)