Monday, January 26, 2009

TANHIAH UKM! UKM LUAR BIASA!

Posted on 11:55 AM by ASPIRASI UKM



ISNIN, 26 JANUARI 2009 : UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) mempertahankan kejuaraan tahun lalu apabila dinobatkan juara Pertandingan Sistem Kuasa Elektrik (Electric Power System Competition 2009 - EPSCOM 2009) yang berlangsung di Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, baru-baru ini.

Pasukan UKM B yang terdiri dari pelajar tahun empat Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) iaitu Mohd Hairil A Karim, Diana Tan Hui Lyn dan Adilah Zaira Abu Bakar menewaskan 13 pasukan dari lapan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil bahagian.


Pertandingan yang dinilai berasaskan penyelesaian masalah tenaga elektrik anjuran bersama Institut Elektrik Elektronik Engineers (IEEE) Pes, Cigre, UKM, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) melayakkan pasukan UKM B pulang dengan hadiah wang tunai RM9,000, piala dan sijil. 

Mereka juga dipilih menerima hadiah bagi Kategori Penyelesaian Terbaik dengan hadiah wang tunai RM900.


BERITA SELANJUTNYA DI SINI : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20090119095048/Article/indexv_html

UKM DI HATIKU!!

ASPIRASI POWER!!
ASPIRASI LUAR BIASA!!
ASPIRASI MAHASISWA MEMANG POWER!!!

1 Response to "TANHIAH UKM! UKM LUAR BIASA!"

.
gravatar
suara aku Says....

bangkitlah mahahsiswa bangkitlah!!!
buka mata, tegakkan keadilan. hapuskan kezaliman! tolak calon sistEM!!! undilah GABUNGAN MAHASISWA (^_^)v peace