Thursday, January 8, 2009

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM 2009

Posted on 5:03 AM by ASPIRASI UKM


Selamat meneruskan perjuangan yang murni di dalam menuntut ilmu yang sememangnya menjadi buruan utama pelajar-pelajar yang berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga UKM di atas kejayaan yang dicipta dalam peperiksaan akhir semester yang lepas, kepada yang kurang berjaya.. jangan risau, teruskan usaha anda.
Pada semester ini juga, satu lagi acara besar yang terdapat dalam kalender UKM adalah Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 08/09 yang akan berlangsung pada 15 Januari ini.

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ini sememangnya di nanti-nanti oleh semua pihak kerana pada pemilihan ini kita akan melihat pelbagai reaksi dan tindakan yang profesional serta tindakan yang membabi buta. Namun, adakah kita lupa akan satu perkara bahawa pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ini sepatutnya menjadi satu medan yang intelek untuk kita memahami dan mendalami proses politik.
Apakah yang dikatan proses politik?

Proses politik bolehlah dikaitkan atau di samakan dengan proses pembelajaran konsep kepimpinan seperti komunikasi yang berkesan. Ini sememangnya akan menaikkan semangat dan jati diri seseorang pemimpin. Bukan setakat berhujah atau berpidato menggunakan nafsu amarah, akan tetapi berhujah atau berkata – kata menggunakan fakta yang jelas dan nyata.

Jadi, bersama kita mengunakan ruang ini untuk sama – sama mempelajari politik..
Bersama – samalah kita menuju mercu kegemilangan bersama Aspirasi Universiti.

No Response to "PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM 2009"