Saturday, January 31, 2009

Jawapan Teka-Teki

Posted on 1:50 PM by ASPIRASI UKM


Dari Artikel Teka-Teki Presiden PMUKM oleh GMUKM (http://gm-ukm.blogspot.com)



GMUKM sudah mula bermain dengan isu perlantikan Presiden. Adakah mereka cuba untuk menaikkan MPP mereka sebagai Presiden? Wahai GMUKM, walau siapa pun yang anda ingin calonkan sebagai Presiden, suara undian anda hanyalah 12 berbanding dengan Aspirasi iaitu 21, jelas ia adalah sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Tidak salah untuk berangan-angan tetapi jangan sampai jadi seperti Mat Jenin, kelak empunya badan yang merana.


Sudah puas menabur fitnah tentang bilik PMUKM, kini mereka menyerang pula MPP secara peribadi. GMUKM dengan lantangnya mengatakan bahawa Pengetua KDO adalah big boss kepada Saudara Nasir. Tidak sedarkah mereka semua bahawa mereka tinggal di kolej kediaman yang mempunyai pengetua? Pengetua kolej adalah umpama ayahanda atau bonda kepada kita ketika berada di dalam kampus. Mereka akan sentiasa memastikan anak-anak mereka dijaga dengan baik dan cemerlang dalam pelajaran. Kalau tidak, mengapa mereka bersusah payah mewujudkan program-program seperti Latihan Kebakaran, English Speaking Zone, Program Mentor-Mentee dan sebagainya di kolej masing-masing? GMUKM mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir panjang dan kelihatan seolah-olah seperti tidak tahu mengenang jasa ibu ayah yang menjaga mereka, bak kata pepatah seperti kacang lupakan kulit.


Apabila Saudara Nasir menyuarakan hasrat untuk bertanding sebagai MPP, tidak salah sekiranya Prof. Madya Noor Aziah memberi sokongan moral kepada beliau. Mengapakah perlu wujud istilah ’big boss’ untuk menggambarkan sokongan seorang ibu kepada anak yang mahu belajar menjadi seorang pemimpin? Sungguh mengecewakan.


GMUKM juga tanpa bukti dan fakta kukuh menyelar kebolehan kepimpinan MPP Aspirasi. Ini boleh dikategorikan sebagai fitnah yang boleh menjejaskan imej seseorang. Adakah ini cara GMUKM bekerja? Menjatuhkan martabat orang lain demi mencapai objektif dan kepentingan diri? Tahniah GMUKM! Anda telah mengecewakan lagi penyokong-penyokong anda.


Untuk pengetahuan GMUKM dan para pembaca blog, setiap MPP Aspirasi mempunyai kebolehan dan karisma kepimpinan masing-masing. Ada yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Pesta Konvokesyen UKM, satu-satunya Pesta Konvokesyen IPTA yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar; ada yang merupakan Pengerusi Sekretariat Rakan Muda yang pernah membawa delegasi pelajar UKM ke Sabah; tidak kurang juga yang merupakan ketua dan pemimpin JAKSA dan program-program mega Universiti seperti Pesta Ang Pow. Sekiranya mahu disenaraikan satu per satu pengalaman dan penglibatan mereka, bimbang blog ini akan kehabisan ruang.


Presiden PMUKM masih belum dilantik kerana kesuntukan masa. Cuti pertengahan semester jatuh lebih kurang seminggu selepas Proses Pemilihan MPP. Kebanyakan rakan-rakan berbangsa Cina telah pulang lebih awal ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Tahun Baru bersama keluarga. MPP kita juga tidak berkecuali. Jadi, proses perlantikan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga bilangan ahli MPP kita lengkap.


Benar kata GMUKM, tugas Presiden PMUKM bukannya senang. Perlu ada karismatik yang tinggi. Juga ketahanan fizikal yang tinggi. Serta keupayaan emosi yang stabil untuk berhadapan dengan 12 suara MPP Mahasiswa. Bukan calang-calang orang boleh menjadi Presiden PMUKM kali ini.


Namun begitu, GMUKM tidak perlu susah-susah dan buang masa untuk memikirkan siapa yang akan menjadi Presiden kerana yang pasti Presiden bukan di kalangan anda. Siapa yang menjadi Presiden tidak penting, apa yang penting adalah amanah yang disuarakan oleh pelajar dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

10 Response to "Jawapan Teka-Teki"

.
gravatar
Deniel Ahmad Says....

tak habis2 dgn isu sebegini..

apa pun kpd MPP yg baru dilantik,aspiras ker, GM, ker time untuk bepolitik dah tamat..laksanakan tugas demi mahasiswa..

tak salah nak berpolitik..tapi kerja mau jalan bang/kak oi..Ok..

so skrng harap dapt gunakan medium ini, untuk menyebarkan bahan2, maklumat yang menunjukkan perancangan dan aktiviti yang akn dilakukan..tu yg lagi penting disamping menjawab tomahan politik..

bagi aku kau aspirasi ker, Gm ker, kalau cakap jer lbg tak guna..mulakan tugas..time bercakp time PRK hari tu..ni waktu bertugas..

kalau kau dapat presiden ker, naib ker, adakh tu pntng..aku rasa kalau kau stkt ahli MPP biasa pun kau dah boleh berkhidmat..tak gitu..suara kau still juga boleh didengar oleh TNC..so tunggu apa lagi..buatlah kerja..

menjadi pemimmpin slps PRK ni tidak perlu dikenal sngai aspirasi or GM..kau dah menang..so kena berkhidmat untuk semua..hal2 dalamam mcm ni tak pyhlah nak kepoh2 sngt..aspirasi dgn gm sama jer dlm hal ni..hal2 mcm ni boleh kau org nak sembur dlm meeting korang..

kami mahasiswa hanya nak tngk perkara berkaitan kebajikan dan kemajuan UKM ni..waktu PRK bolehlah nak senbang pasal ni..

ni aku budak biasa, tp aku dah megundi hari tu..so aku ada hak nak becakap..kpd semua wakil2 MPPUKM, jalankan tugas anada..

Anda adalah anda, anda bukan Aspirasi atau GMukm..setakat nama, kalau tak buat kerja, x der baiknya..

Selamat bertugas

.
gravatar
Deniel Ahmad Says....

aku nak cdngkan kat MPPUKM ni, kauorg nnt bnykan progm akedemik ckt bro /sis oi..sblm ni prgrm hiburan ada aku nmpk..tp akedemik kurang sngt..

so aku harap dgn majoriti korang yg lbh tu, n kauorg betul2 nak buat perubahan buatlah perubhn dari sudut sahsiah akedemik stdnt UKM..biar nmpk UKM ni budaknya ilmiah ckt..

sbb aku maaf ckplah kita ukm stdnt sumbngn untk mstrkt luar kurng sgt..asyik2 baktisiswa..tu ok,tp kena pelnagaikan lagi..

yg lain palk,kalau blh jemputlah tokoh yg hebat untuk masuk ukm..dulu mcm jeput tun..tapi sygnya bukan MMPUKM yg buat..tp persatuan bawahan..so jmpt tokoh negara masuk ukm..tak kiralah kerajaan ker, pembnagkang ker, ngo ker..kita kena adil..sbb ukm stdnt ada persepsi minda dan politik masing2

n slbhnya aku tak tau nak ckp mcm mana...blh tak kau org aspiras mpp dgn Gm mpp berbaik..duduk baik2..sembang baik..n rancang dgn baik..sbb aku rasa matlamat kau org sama jer..nak jaga kebajikan mahasiswa, nak bangunkan ukm, dari sudut sahsiah..nak jadi mcm USM...aku rasa tu perlu..sbb kalau korang gm and aspirasi time mcm ni nak gaduh juga, aku x nmpak korang blh bngunkan UKM di dgn baik..sbb asyik tak sehaluan jer..hal2 kecik korang cerita belakang lah..tak gitu bakal presiden..

for th last, aku tau jadi pemimpin ni bukan senang..tu kalau korang nak jadi pemimpin yg benar baik dan seperti saidina Umar tu..Tapi kalau nak jadi pemimpin cikai2 senaglah..duduk, terima ganjaran..tapi aku percaya di pihak aspirasi pun dah nak buat perubhn..sbb aku tau dulu pun aspirasi..tp org yg lain..so korang buktiknlah kauorg mmg aspirasi yg power tu..aku akn sokong mana2 pihak yg buat perkara yg baik..bagi aku time PRK dah tamat..

so guys, kalau kau nak terima aku ckp ni, terimalah..tapi kalau nak anggap ni rubish pun terpulang..bagi aku dah lepas tanggungjawab aku sbg student bagi tau kat kauorg apa yg aku nak, dan hasrat aku..

Ok, aku sekali lagi ucapkan selamat berjaya, dan buktikanlah kaurg ni benar2 pemimpin mahasiswa. Sbb aku percaya dlm soal ni, bukan bertumpu pada kau dari group mana, tp apa yg kau nak lakukan..

.
gravatar
Anonymous Says....

Ak harimau yg dikatakan kambing.. Fikir2kn, siapa ak..

Pelik r korang ny..
Asek2 tembak sesame sndr..
Ak xd r nk backing sape2..
Tapi terang lagi bersuluh bila 1st party buat statement2 palsu..
Korang x rasa ke bodoh n saje nkk populariti murahan..

Nape dorang kuarkn statement2 kat atas ny?? Sebb dorang saje nk porak-perandakan MPP yg baru ny..
Dorang(12) tau dorang x mampu tk ubah ap2 dasar atau keputusan yg korang(21) buat..
Jadi skang, dorang(12) racuni minda pembaca @ students..

Sume skang terpulang cm ne korang nk tepis serangan2 bodoh ny..
Tapi jgn sesekali balas ap yg org buat..
Bak kata pepatah, "BUAT BAIK DI BALAS BAIK".. Xpernh pon pepatah suro balas jahat kalau dibuat jahat..
Jangan jadi bodoh atau 2x5..

Korang ad akal, fikir2kn n renung2kn..
Ak yg dikatakan bodoh berpolitik bagi pendapat..
Sape ak, korang mesti tau nyer r..

Salam.. Sekian..

.
gravatar
Anonymous Says....

hahaha..obviously pengetua tu big boss.takyahla nak bertopengkan dorg sbg ayahnda or bonda.dorg jenguk blok ke blok kat kolej pun susah.harap masa 1st year je jumpa.

.
gravatar
anti Gebang Says....

ye ke big boss? VC bukan lagi besar fari pengetua ke?

klu mcm tu mmg kena tentang semua la ni..

kiranyer kita abaikan pengetua..

ape kata kita serang NC beramai2...

lagi bigboss..

ada bran?

jgn gebang je bro...

.
gravatar
kEkurE Says....

huhuhu... nak reply smula yg "buat baik di balas baik"... bkn ke pepatah tu manusia jgk yg buat... adakah pepatah tu sempurna utk semua perkara? manusia yg buat... mesti ade cacat celanye... tp anda percaya pada perpatah tu... bknkah boleh diwujudkan lg perpatah baru... sbb perpatah yg org buat... so pikir2kan la... huhuhu...

.
gravatar
Anonymous Says....

kpd daniel ahmad..kalo nak tulis ringks 2 pun biar la btl sikit...
yg psl pengetua..jgn fikir dia tiada krj nak bt..wlpn dia bigg boss kat kolej tp dia jg selalu turun pdng kalau ada program kecuali ada hal br dia x trn..

.
gravatar
killer bee Says....

respons pada Anonymous (February 1, 2009 10:08 AM)

'jenguk blok ke blok pon ssh'
waaa ko kata dia big boss..tapi aku rasa ko ni mesti lagi beso dari big boss sebab ko ni sampai tahap pengetua yang kena jenguk ke blok..
peh....lagi tak sedar diri...cakap org pandai...tapi diri sendiri tu yg tak sedar diri....

lagi satu, kompem la ko ni jenis dok blik j tak join program kolej..tu yang tak dapat jumpe langsung pengetua kolej ko tu....
bile da tak jumpe,ko cakap dia tu big boss...tu yang HARAP 1ST YEAR je jumpe..

.
gravatar
Anonymous Says....

ak stuju ngan killer bee.melampau ar kot pengetua nak jenguk blok ke blok.mcm pengetua ni takde kerja lain dah kan.korang tak pk ke..yg diorg tu ade yg jd lecturer gak.sibuk mengajar.urus keluarga lg.itu pn diorg dah sngp korbankan ms bersama keluarga n berehat demi kite semua.turun meting tu meting ni.bkan stakat peringkat program kolej..dgn tnc nc pn ade meting gak.tp takde la plak diorg nak gebang kat student ckp diorg ade byk meting.yg tu pernah kite semua pk kan?pernah kite ucap terima kasih atas pengorbanan diorg buat?mgkn kite tak sedar.biasalah.manusia mmg mudah lupa.bila dah lupe..asik kutuk je n tak pernah nak bersyukur.

.
gravatar
Anonymous Says....

ak nak komen sket pasal deniel ahmad.herm..kat blog aspirasi ko ckp camni.ak harap kat blog gm pn ko ckp camni lah.sbb ak rase..dak2 aspirasi yg jd MPP tak banyak pn nak kecoh2 hal2 mcm ni.semua pn skang mbe tgh sibuk pk program ape nak dibuat utk student ukm.tp yg ak tgk banyak bercakap nye..MPP GM.ak tgk kat blog gm..tak habis2 si fikah ngan hisyam tu bg comment.psal itu la ini la.pd ak la kan deniel..nasihat tu patot bg kat diorg gak la.kat blog gm.ak rase diorg dah terlalu banyak bercakap.dah terlalu banyak statement yg kedengaran seperti nak bawak perpecahan di dalam MPP sndri.lbh kepada nak bawak ketidak puasan hati drpd nak bg idea dan cdgn cara2 nak jage kebajikan student.ak tau la fikah ngan hisyam tu dak FUU..tp jgn kite igt sbb kite amik law n kite pk kite terlalu bjk..smp semua org lain buat tu salah n tak betul.kalau dr dulu smp da menang ni pn asik ckp isu same...bile kerja nak jalan???