Sunday, January 11, 2009

PERJUANGAN MURNI ASPIRASI

Posted on 3:08 PM by ASPIRASI UKM

Kenapa ASPIRASI

Assalamualaikum,sahabat sekalian..

SALAM PERJUANGAN!!!

Semoga semangat membara perjuangan ASPIRASI sentiasa bersama sahabat semua. Kami sangat terharu terhadap sokongan yang diberikan kepada blog ini. Ini cuma salah satu wadah untuk kita, gerak kerja lain juga tetap diteruskan seperti biasa. Jangan gentar,sahabatku semua. Biar badai datang beribu,takkan sekali ASPIRASI berundur walau selangkah. Perjuangan masih belum selesai. Kebajikan semua kita laungkan! JUANG SELAGI DAYA!!!

SAHABAT YANG DIKASIHI,

Seperti yang diketahui umum, banyak juga pihak yang mempertikaikan ASPIRASI dan juga penubuhannya dikaitkan dengan pentadbiran Universiti..

Di sini kita sekadar berkongsi – kongsi pendapat dan cadangan serta komentar yang bermanfaat dan kita boleh berbincang secara professional..

Kenapa ASPIRASI?

Kenapa GM-IPU-MAMPU mengatakan ASPIRASI sebagai alat bagi HEP (atau sekarang JPPel), sebenarnya isu tersebut tidak timbul di kalangan pegawai JPPel kerana ASPIRASI yang di tubuhkan adalah berdasarkan ASPIRASI Univerisiti yang ingin melahirkan masyarakat (Mahasiswa/i) yang DINAMIK, BERILMU, dan BERKETERAMPILAN. Inilah yang di perjuangkan oleh ASPIRASI..

Mendokong ASPIRASI Universiti..

Sebelum itu , apakah yang dimaksudkan dengan DINAMIK, BERILMU dan BERKETERAMPILAN?

DINAMIK bermaksud “ bersifat cergas; bertenaga” – Kamus Pelajar, Dewan Bahasa Dan Pustaka

BERILMU bermaksud “1. berkemampuan utk mengetahui atau memaklumi kenyataan ttg sesuatu; mempunyai ilmu: Hidup tidak ~ seumpama berjalan dlm gelap. 2. berpengetahuan; bijak; pandai.” - Kamus Pelajar, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

BERKETERAMPILAN pula bermaksud “berupaya menjalankan tugas dsb dgn cekap” – Kamus Dewan Edisi Empat

Ketiga –tiga perkataan tersebut telah memeberikan makna yang sungguh jelas dalam usaha unutk membawa dan membentuk seorang mahasiswa yang cemerlang dan boleh berdaya saing di dunia perkerjaan.

Inilah yang di perjuangkan ASPIRASI, Kita melihat jauh ke hadapan dalam membentuk dan melahirkan seorang mahasiswa yang sememangnya DINAMIK dalam melakukan setiap pekerjaan, tidak kira dalam pelajaran, berpersatuan dan kerja – kerja amal, tujuannya adalah bagi menyediakan mahasiswa/i agar bersedia dalam menghadapi cabaran masa hadapan dan dapat berdaya saing, serta dapat berfikiran Kritikal dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Dalam usaha membentuk mahasiswa yang DINAMIK, tidak ketinggalan juga untuk di selitkan atau di masukkan satu elemen yang paling penting iaitu BERILMU, kerana hanya dengan ilmu kita dapat terus maju ke hadapan menghadapi segala cubaan dan dugaaan yang mendatang.. BERILMU.. setiap manusia di dunia ini memepunyai kemahiran atau ILMU yang tersendiri, tidak kira dalam apa bidang sekali pun, apa yang menjadi persoalannya disini ialah bagaimana kita hendak memastikan ilmu tersebut berkembang selaras dengan kehendak pasaran dunia sekarang?

Inilah yang telah diperjuangkan oleh ASPIRASI selama ini. ASPIRASI telah berusaha keras dan bekerja sama dengan beberapa pihak di Universiti sendiri dalam memastikan pelajar terus mengembangkan ilmu yang ada. ASPIRASI yang sering membawa konsep rundingan dan perbincangan berjaya membawa beberapa usul yang akhirnya dilaksanakan di Varsiti kesayangan kita ini demi masa depan mahasiswa. Misalnya..

· - ESZ (English Speaking Zone) telah dilancarkan di peringkat Universiti dalam usaha meningkatkan pelajar berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa tersebut.

· -Menjadikan Kolej Kediaman sebagai pusat maklumat atau pusat akademik selepas fakulti. Dalam usaha ini, pihak Akademik Kolej Kediaman merangka satu sistem pembelajaran di luar fakulti atau di Kolej Kediaman yang berkonsepkan santai dan terbuka.

· -Penggunaan Sistem Komprehensif Generik dimana pelajar akan dinilai penglibatnnya di dalam persatuan atau di kolej Kediaman. Ini untuk memeberikan grade atau faedah kepada pelajar yang melibatkan diri dalam program – program di dalam dan luar university. Bagi yang kurang berminat dengan aktiviti berpersatuan, inilah yang cuba di bentuk supaya sekurang- kurang nya semua mahasiswa/i UKM tahu untuk berada dalam sesuatu organisasi. Dalam konteks pekerjaan, bukan sahaja ilmu dalam bidang pengajian sahaja yang penting, ilmu pengurusan dan pembawakan diri juga amat penting. Sebagai contoh, Komunikasi berkesan, keterampilan Diri, Keyakinan dan Perancangan dalam sesuatu bidang atau tugas.

Perkara seterusnya yang di perjuangkan oleh ASPIRASI universiti adalah BERKETERAMPILAN yang memebawa maksud “berupaya menjalankan tugas dsb dengan jayanya”. Selari dengan dua perkara yang di bincangkan diatas, DINAMIK, BERILMU, seterusnya BERKETERAMPILAN menjadikan satu pakej lengkap dalam usaha melahirkan mahasiswa/i yang di pandang tinggi oleh orang luar dan berkemungkinan juga akan “di lamar” oleh majikan sebelum dan selepas tamat pengajian.

Dalam usaha mencapai ketiga – tiga elemen tersebut, sudah semestinya semua perancangan yang dibuat akan memastikan mahasiswa mendapat yang terbaik, dari segi ilmiah, perhubungan yang baik, dan cara bekerja sistematik. Juga akan di terapkan nilai- nilai yang baik seperti TOLERANSI, BERADAP, dan MENGHORMATI antara satu sama lain. Kita cuba jauhkan sikap sikap negative yang akan menjatuhkan maruah pelajar UKM sendiri di mata majikan di luar sana.

Oleh itu, jelaslah bahawa setiap program yang akan di bawa akan menyelitkan ketiga - tiga elemen tersebut dalam memastikan Mahasiwa/i UKM berada di satu platform yang kukuh sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

Jadi saya menyeru kepada Mahasiswa/i sekalian, fikirkan, lihat dengan jelas matlamat misi dan visi UKM dalam memastikan tercapai hasrat dan aspirasi Universiti.. jangan terpengaruh dengan isu remeh temeh yang akan menjadikan anda berada dalam situasi yang bahaya, lihat kemampuan diri kita.. yakin dimana kita... siapa kita....

MARA TETAP MARA..LANGKAH DEMI LANGKAH..
JUANG SELAGI DAYA…KEPADA YANG MAHA ESA KITA BESERAH…

Renung- renungkan lah fikir – fikirkan lah....

Wasalam..

21 Response to "PERJUANGAN MURNI ASPIRASI"

.
gravatar
Chandra Says....

Nice entry,guys!!BRILLIANT!

post-script : what if me or my friends want to share our articles?can we send it to u guys?can arrrr?

.
gravatar
ASPIRASI UKM Says....

Thank you,Chandra. We really appreciate your support. By the way,since you have asked,we do really welcome any articles if you have any.

To Chandra and all,please submit your article to aspirasiukm@gmail.com.

Thank you for your support,everybody!

.
gravatar
syafiqnazmi Says....

Salam. Bukanlah niat untuk berkhutbah. Cuma berkongsi apa yang ada. Sahabat,kepimpinan ummat manusia sejagat adalah satu anugerah Allah s.w.t. kepada kehidupan mereka yang menempuh berbagai suasana dan keadaan. Oleh kerana itu sejak manusia memulakan kehidupan mereka di atas muka bumi ini Allah s.w.t. telah memperkenalkan garis kepimpinan dengan skop dan statusnya yang secara serentak menjadi realiti di dalam sejarah kehidupan mereka. Di samping itu pertarungan di antara kebenaran dan kebathilan berterusan merentasi sepanjang kehidupan mereka dan mewarnai detik-detik sejarah, di mana secara sedar maupun di sebaliknya manusia memilih sikap-sikap tertentu samaada berpihak kepada kebenaran atau pun kebathilan. Namun begitu, tidaklah diajar kepada manusia untuk menghina sesama manusia apatah lagi sesama Islam. Yang salah kita betulkan. Yang silap kita luruskan. Islam tidak mengajar kita melaga-lagakan sesama manusia. Apatah lagi menabur fitnah. Semoga kita semua mendapat petunjuk dari-Nya. Salam perjuangan.

p.s - Tertarik dengan semangat perjuangan sahabat seperti yang dinyatakan dalam entry ASPIRASI di atas :

"MARA TETAP MARA..LANGKAH DEMI LANGKAH..

JUANG SELAGI DAYA…KEPADA YANG MAHA ESA KITA BESERAH…"

.
gravatar
hantusoleh Says....

salam..saya sokong dengan syafiq nazmi...dimana kita diamanahkan utk memimpin..kita daciptakan utk menjadi khalifah(pemimpin) dimuka bumi ini...Islam juga ada menggariskan tentang adab dan budi bahasa..saya rase tiada dalam Islam untuk mencapai matlamat,dibenarkan melakukan perkara2 yg hukumnya adalah haram.Islam itu suci...kenapa kita sendiri yang mencemari kesuciannya...bukan kata org lain,saudara se-Islamnya sendiri menjadi mangsa kata2 nafsu,tomahan2 dll..

.
gravatar
JEBAT Says....

BETUL TU HANTUSOLEH...

KALAU BETUL IMAN ADA DIHATI WALAUPUN SEBESAR BIJI BAWANG, SETIAP TINDAKAN KITA PASTI TERATUR,PERIBADI KITA PASTI ELOK.

YANG SEDIHNYA ADA ANTARA KITA UMAT ISLAM YANG MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

BIARKANLAH MEREKA. MASING-MASING AKAN ADA PERHITUNGAN SENDIRI KAN?

.
gravatar
proSARFA Says....

Salam Bloggers,

Saya ingin berpesan kepada penyokong Aspirasi agak menjaga tingkah laku dan kata-kata anda. Jangan memaki, mengata, mengutuk, berbohong atau memfitnah org lain terutama pihak lawan.

Biarlah pihak lawan dengan cara mereka, Aspirasi kena tetap teguh dgn cara tersendiri. Yang penting KREATIF, NILAI YANG BAIK dan TIDAK EMOSIONAL dalam apa jua tindakan.

Jika semua ini diambil serius, saya yakin Aspirasi masih boleh bertahta di bumi UKM.

Ikhlas...

.
gravatar
GM- Says....

salam. kalo btl la korang ni aspirasi univ dan tak de kene mengena dgn hep/jppel, buktikan!!!! nape masa penamaan calon, hnya GMUKM yg gelabah dek kerana notis yg di keluarkan HEP sehari sebelum penamaan. Nape korang rileks jer. Aku rasa, HEP dah maklum awal pada korang kan? sebab tu hanya GM yg kelam kabut. namun syukur, korang dah masuk perangkap sendiri. KEMENANGAN GM SECARA PERCUMA DI KEJUT DAN FPI, ALHAMDULILLAH

Lagi satu, apsal masa nak bantah borang,,,korang calon aspirasi boleh rujuk rosmahayu???? itu maknanya ape??? bukan korang sepakat ke????

.
gravatar
ASPIRASI Says....

Assalamualaikum..

kenapa GMUKM yang gelabah, ASPIRASI nak di salahkan?
mane korang tahu kita org x gelabah?

Kira hebatlah ASPIRASI kerana berjaya menyembunyikan kegelabahan tersebut..

jangan berfikiran sempit, klu kami sepakat dengan PPP, atau JPPel ( dahulu HEP - dah tukar nama, tak tahu ke? )tentu kami dah awal2 sediakan calon untuk fakulti kejut dengan Fpi bagi bertanding kerusi tersebut..

kami faham, mesti korang x akan terimakan.. apa lagi boleh kami jelaskan klu korang dah tutup pemikiran unutk terima pendapat orang lain..

masa nak bantah borang, apa salahnya kami rujuk Pn.Rosma Ayu, dia kan pegawai, lebih tahu mengenai salah atau betul borang, dapatkan kepastian dari pegawai sebelum membantah.. salah ke? dapatkan kepastian.. kepastian.. bukan main bantah je..
klu tidaak tahu bertanya, jgn jadi 'bodoh sombong'

jika ASPIRASI bercakap dengan Pegawai(Pn.Rosma Ayu), ASPIRASI dikatakan ada hubungan dengan pegawai tersebut.. maknanya ASPIRASI tidak boleh bercakap dengan Pegawai la nie?

mane kami tahu kot2 GMukm juga berpakat dengan Pn. Rosma Ayu? kami x tahu pon.. dan sudah pasti GMUKM akan menafikannya.. betul tak?
pastu GMUKM jawab balik.. itu fitnah.. biasala tu..

ASPIRASI jugak yg dilihat salah.. Nasib baik la ASPIRASI x dikira berpakat dengan Mak Cik Cafe untuk sebar flyer ketika membayar makanan di kafe..

klu tidak.. kesian makcik kafe..

harap menjawab persoalan

.
gravatar
Anonymous Says....

nak tanye...salah ke kita merujuk kepada seseorang yang faham akan peraturan???

takkan nak tanye pasal borang penamaan calon tanye kat tauke kiosk??takkan nak tanye pegawai dari Pusat Sukan???pasal borang penamaan calon tanye UNIKEB???

itu satu hal...kenapa bantahan di FST (kerusi FST) ditolak tanpa perhitungan dan perbincangan???adakah staf akademik memainkan peranan disitu??(sekadar bertanya...bukan menuduh...)

.
gravatar
redghost Says....

GM- said...
Asalamualaikum >>>>>>>

kenapa Aspirasi tak mengelabah???
sebb kami xmacm GMUKM. kenapa nak gelabah sedangkan prk setiap tahun diadakn. sepatutnya kita sudah biasa dengan keadaan tersebut. tak macm GM, mungkin sebb selalu kalah dieorang rasa gelabah, ini menunjukan mereka takut dengan Aspirasi.

.
gravatar
laluanmotor Says....

hanya org yg bodoh yang menyokong gerakan pro kerajaan.lihat kerajaan sekarang menerajui malaysia.pemuh dengan projek membodohkan org melayu.same dengan universiti.penuh dengan projek membodohkan budak2 universiti.kah kah kah.budak u jadi bayang.bangun menentang.bangun melawan.tiada apa atau siapa yang rugi.

.
gravatar
bukan bdk law... Says....

laluanmotor..

kenapa anda hanya bercakap tanpa mengeluarkan sebarang fakta..??kenapa hanya omong tapi tiada dalil...

.
gravatar
Alifah Amelya Says....

kepada laluanmotor,

apa kaitan menyokong gerakan pro kerajaan dengan pilihanraya kampus?

anda kena faham, pilihanraya kampus adalah proses pemilihan majlis perwakilan pelajar. dengan erti kata lain memilih pemimpin pelajar yang akan menjadi suara kita dan menjaga kebajikan kita.

tiada sebarang kaitan pun dengan kerajaan. kita bukannya mengundi utk memilih perdana menteri.

berfikir dengan akal bukan dengan emosi
berkata dengan hemah bukan dengan mencaci
itulah ciri-ciri mahasiswa yang matang

.
gravatar
Anonymous Says....

petikan dari blog tukartiub - Hishamuddin Rais

PELAJAR BERILMU HARUS MAMPU TOLAK KEPALSUAN, KATA KHALED

JAKARTA, 22 Sept (Bernama) Para pelajar di universiti dan pusat pengajian tinggi baik di dalam mahupun di luar negara, sebagai intelek dan mempunyai akses kepada pelbagai maklumat, seharusnya menjadi golongan yang menolak kepalsuan dan siapa juga yang menyebarkan dakyah yang tidak benar mengenai negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata mereka yang berilmu dan intelektual seharusnya menjadi orang yang mencintai kebenaran yang digali dengan mengutamakan fakta-fakta yang jelas dan bukan semata-mata laungan pembohongan dan dakwaan yang tidak disokong fakta.

kah kah kah…. ini berita baik beeb… patutlaaa ramai student tak baca utusan lagi… mereka tak tengok rtm, muntah dengan tv3 …. kah kah kah…

sekarang ni student baca malaysiakini, malaysia today, suara keadilan, roket dan harakah dan blog…. baru gua faham … mereka menolak kepalsuan….kah kah kah…

patutlah mereka ketawa bila melihat kardi dari sintok…..kah kah kah
patutlah mereka kah kah kah nila bila mendengar nama shabeery…. kah kah kah
patutlah mereka tak ambil pot kang kong kang kong dari ukm.....kah kah kah
patutlah mereka menguap bila melihat gambar bik mama…..kah kah kah
patutlah mereka berborak bila mendengar ucapan khaled nordin….kah kah kah
nasib baik ada kueh untuk berbuka….kalau tidak satu habuk student tak datang….kah kah kah

kalau ikut cakap khaled ni kumpulan mahasiswa aspirasi adalah kumpulan yang paling bodoh dalam kampus ...kah kah kah….patutla mereka tak ramai…kah kah kah

.
gravatar
laluanmotor Says....

amelia,sendiri mau ingatla.ckp mahasiswa.takkan bnde tu pon tak boleh pikir.inilah hasil projek mereka.memperbodohkan orang melayu termasuk mahasiswa.kah kah kah..

.
gravatar
Alifah Amelya Says....

Saudara/i laluan motor,

mungkin saya ini bodoh, jadi saudara/i yang bijak berfikir bolehlah jelaskan kepada saya dan para pembaca blog ini apa yang saudara maksudkan dengan "bnde tu" dan "projek mereka".

apa yang saudara/i katakan itu terlalu umum dan saya mendapati ianya sukar difahami oleh saya.

minta maaf lah sekiranya saya menyusahkan saudara/i mencari masa dan menaip untuk menjelaskan maksud2 perkataa di atas.

Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang penuh kelemahan. Saudara/i yang lebih sempurna berbanding saya tidak kisah untuk memberi tunjuk ajar kepada saya kan?

.
gravatar
Anonymous Says....

bende tu???projek mereka??

adakah "itu" merujuk kepada fakta???"projek" yg tak tahu amende dinamakan fakta???

inilah org yg nak ngaku mahasiswa...cakap tak gune fakta...omong kosong..putar belit..

memperbodohkan org melayu??abis yg membunuh bangsa melayu tu pandai??intelek??tak bangang??cerdik??

.
gravatar
Anonymous Says....

patut la...otak die letak kat laluan moto..mmg la kene gelek je...inilah mahasiswa yg merempit tu ea...

.
gravatar
laluanmotor Says....

Times Higher Eduacation – QS telah mengeluarkkan laporan 200 buah universiti terbaik dalam dunia.

Nama Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan tidak mucul lagi. Kali terakhir nama UKM muncul ialah pada tahun 2006 – bukan teratas tetapi diangka 185, hampir tercorot.

Nama Universiti Malaya pada tahun yang sama muncul di angka 192.Juga hampir tercorot.

kah kah kah…. ketika saya belajar tahun 70an di UM dulu fakulti kejuteraan adalah no4 yang terbaik dalam dunia….fakulti perubatan UM adalah juga diantara 10 yang tebaik baik dalam dunia….. kah kah kah…. apa sudah jadi…..masih tak nampak lagi?

.
gravatar
hantusoleh Says....

maaf ye..kalo tak silap saya itu adalah 200 TERBAIK...saya ulang...TERBAIK...anda tahu dalam dunia ada 30,000 universiti???200/30,000...anda tanye org matematik...hehehe...

bukan nak menghina...nak bg contoh lain...pada masa UKM berada di tangga ke-185 tu,dimanakah kedudukan universiti selain ukm di Malaysia pada masa itu??adakah atas UKM atau belakang UKM???

(cakap tgk fakta yee....)

haa..saudara nak tau nape UKM masih tercorot???

dengan kemunculan di akhbar2 tentang rusuhan yg berlaku di UKM (karnival ukm kecoh),huru hara dlm ukm disebabkan demonstrasi sana sini...berbalahan antara pelajar dlm ukm nie...atas sebab fanatik dengan politik kampus..

kenapa tidak duduk semeja berbincang???atau sengaja nak mencari sebab nak menyerlah???

.
gravatar
acHap Says....

saudara/i laluan motor,,
anda sndri dh ngaku, pnh blaja kt UM taun 70an,,
dh terang lagi bersuluh, anda bkn merupakan student,,
bley juga dikatekn, anda merupakn org luar,,
knp mst nk sebok2 dgn prk ukm?
biarkn mahasiswa/i sndri pilih berdasarkn pemerhatian mereka,,
mcm taun2 lps, phk mampu sndri, dh membuka pekung di dada, bwt konvoi ke za'ba,,
kata parti berlandaskn islam,, tp dtg rumah org, xde adab, bwt perangai kurang ajar, tendang tong sampah, sound dak2 kolej,, cm2 ke ajaran islam?? jgnla nk jd bodo,, tepok dada, tny hati,, btol ke pe korg dh wat?? cm2 ke keadaan yg korg nk tym pemerintahan korg??
mlm2 bwt reformasi, harga mknn kt kolej naik 20sen pon nk wat mogok,,
mak bpk nk kte msk ukm, nk dptkn segulung ijazah tuh, dia xnk pon ko join mende2 cm2,, pk2 kn la,,
dasar auku tuh dibwt, utk kebaikan bersama,, ssh nk ckp dgn org pendek akal nh,,