Thursday, January 15, 2009

Warkah Dari Pembaca Blog

Posted on 1:33 AM by ASPIRASI UKM

Salam Para Pembaca Blog Sekalian,

Baru-baru ini kita digemparkan dengan risalah KAMI 2009: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen yang mendakwa mereka sebagai satu komponen penting dalam GMUKM dan terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.


Saya tertarik untuk mengulas apa yang diperkatakan dalam risalah itu kerana ia mengandungi fakta-fakta yang telah diputarbelitkan oleh mereka yang bergelar ‘KAMI’ ini. Untuk pengetahuan para pembaca blog, risalah ini ditulis dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Saya merupakan pelajar berbangsa Melayu dan mendapat pendidikan sekolah rendah di SJK(C) Sg Buloh selama enam tahun. Bukan untuk menunjuk atau membangga diri tapi sekadar fakta untuk menyatakan yang saya faham apa yang diperkatakan di dalam risalah itu.


Isu pertama yang dinyatakan ialah berkenaan CCC mengedarkan buku atau sebaran yang berunsur perkauman dan fitnah-fitnah terhadap GMUKM. Untuk pengetahuan para pembaca, buku atau sebaran ini dikeluarkan secara bulanan oleh CCC sebagai buletin atau sumber informasi terkini isu semasa di dalam dan luar komuniti mereka. Apabila saya meneliti dan membandingkan antara edaran risalah CCC dan ‘KAMI’, ternyata risalah ‘KAMI’ telah menyembunyikan fakta. ‘KAMI’ menyatakan bahawa edaran risalah CCC mempunyai unsur perkauman serta mengandungi fitnah-fitnah terhadap GMUKM dan juga agama Islam, walhal risalah tersebut hanyalah memperkenalkan dan membuat perbandingan antara Aspirasi dan GMUKM

Saya ingin memetik sedikit petikan artikel dari ‘KAMI’ yang berbunyi:


“According to Teo Lee Ken, one of the key figures in GMUKM, CCC has been actively inciting the Chinese students to vote against GMUKM by slandering them to be Islamic extremist. He added that CCC has also been threatening Chinese students so that they support the establishment and not involves themselves with the GMUKM students. Teo Lee Ken also voiced out that the allegations made by CCC simply a desperate attempt to ensure that they will keep the Chinese support.”


Pada pendapat saya, setiap mahasiswa baik Melayu, Cina atau India di UKM merupakan mahasiswa yang matang. Mereka mendengar dan berfikir sebelum menerima sebarang ideologi atau kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Jadi tidak perlu timbulkan isu yang mahasiswa dipaksa dan diugut supaya menyokong CCC.


Kalau tidak silap saya, Saudara Teo Lee Ken suatu masa dahulu juga merupakan salah seorang calon bebas yang menyatakan hasrat untuk bertanding pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar lepas tetapi kerana kerusi yang ditawarkan telah penuh, keinginan beliau diketepikan. Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, beliau bertindak menyertai GMUKM sebagai tanda protes terhadap CCC yang sentiasa menyokong Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.


Adakah ini contoh yang mahu ditunjukkan oleh ‘key figure’ kepada semua mahasiswa/I UKM khususnya kaum Cina? Dengan mudahnya beliau beralih arah apabila keinginan peribadi diketepikan. Adakah ini salah satu usaha terdesak oleh GMUKM untuk mengelirukan minda mahasiswa/i UKM?


Saya juga tertarik dengan istilah yang digunakan oleh ‘KAMI’ iaitu CALON MAHASISWA dan CALON SISTEM. Dari kefahaman saya, CALON MAHASISWA merujuk kepada CALON GMUKM manakala CALON SISTEM merupakan calon dari Aspirasi. Apa yang menghairankan saya, mengapakah perlu menggunakan istilah tersebut untuk membezakan calon-calon?


Banyak persoalan yang ingin saya timbulkan tentang risalah ‘KAMI’ tetapi sekiranya saya berbuat demikian, artikel saya mungkin menjadi sebatu panjang dan membosankan. Cukuplah sekadar di sini sahaja. Terima kasih kepada moderator aspirasi-ukm kerana sudi menerbitkan artikel ini. Saya hanya berniat untuk berkongsi bersama para pembaca blog secebis minda saya. Sekian terima kasih.


Dari,

Warga UKM yang prihatin

11 Response to "Warkah Dari Pembaca Blog"

.
gravatar
voice out Says....

you all never play fair since i was 1st year till now.

your action speak louder than your words at this blog.

i am not blind ok? i see through your lie and if i given a chance i will never vote to those who never play fair.

no fair no respect.

.
gravatar
voice out again Says....

to alee

I don’t need your care and you guys are not even sincerely appreciated to those who vote you guys. You guys USE FEAR to gain vote.
I WANT YOU TO KNOW THAT I VOTED YOU GUYS BEFORE BECAUSE I FEAR WHEN I WAS 1ST YEAR!!

from voice out

.
gravatar
Anonymous Says....

to voice out..
don't talk with your knee la, use your brain..
as if aspirasi will know who u vote, as if when voting there was aspirasi guys behind you..
you scared because you aren's smart enough..

blah la..

.
gravatar
Anonymous Says....

teo lee ken tu racist!cuba menjatuhkan maruah pensyarah undag2 kat ukm dgn menampal risalah 'bodohnya' di notis2 board sekitar fuu..Mempersoalkan hak mereka..Bodohnya..Racist bila hadir kalau ada org nak nafikan hak meeka yg mmg ada dlm perlembagaan..Kalu aku nafi hak ko nak ngundi, baru racist..aku nafikan hak ko nk anut agama ko, baru racist..Jgn lupa yg serah memorandum dulu pon ada gak dari golongan Cina..Sekali perkara dah diwartakan, itu lah yg kamu ada..Dan kami org melayu xkan sekali2 menolak hak kamu itu..Cuma, skrg kamu pulak yg melebih2 hingga bila permintaan kamu xditunaikan, dikatakan kami racist..Aiya..Cakap pon susah, xcakap pon susah loo...

.
gravatar
UIA RULES! Says....

hahahahahahaha

lucu la kau orang ni.

anonymous yang reply kat lee ken tu mesti pantat giler.

buat malu fuu ukm!

.
gravatar
Student Power Says....

Blog ini dah jadi tempat menabur fitnah tanpa segan silu. Memang dah agak dah, kerja budak aspirasi... tak pernah bebas daripada penipuan dan fitnah.

Saya kenal Teo Lee Ken itu dengan baik. Dia merupakan antara pelajar Cina yang paling tidak kenal perbezaan warna kulit. Saya rasa annonymous, seorang pelajar undang2 yang tidak pandai undang2.

Kecelaruannya dalam mengutarakan pandang jelas. Teo Lee Ken tidak pernah berniat untuk menjatuhkan maruah sesiapa.

Saya berpendapat kebodohan anonymous amat menarik, kerana seperti sahaja rakan2 aspirasi yang lain yang hanya pandai menggunakan kekesatan dan hujah-hujah kosong.

Teo Lee Ken melalui risalahnya hanya mempertikaikan pegangan politik Melayu yang pada kiraanya sudah pecah. Dalam risalah tersebut dia sekadar membidas pendapat pensyarah tersebut, yang sebelum itu telah berhujah bahawa politik Melayu sudah terkubur. Teo Lee Ken sekadar menyatakan bahawa tidak pernah wujud politik Melayu, sebaliknya hanya politik kroni kapitalis.

Malah pada hari jika anda perhatikan, hubungan pensyarah tersebut dan Teo Lee Ken amat baik sekali. Mereka sering bertukar pandangan dan idea. Ya memang benar, pensyarah tersebut marah pada awalnya kerana berpendapat tindakan Teo Lee Ken menampal bidasan di umum sebagai tindakan yang kurang ajar. Namun mereka kini lebih bersefahaman.

Anonymous diatas cuba mengkaitkan perkara-perkara yang tidak benar kepada Teo Lee Ken, begitu juga dengan blog aspirasi. Apa yang sewajarnya di utarakan adalah kerjasama yang baik diantara pelajar-pelajar Islam GMUKM dengan Teo Lee Ken dan rakan2 yang berasaskan perasaan saling hormat menghormati dan percaya diantara mereka.

Risalah CCC yang diedar tu dengan jelasnya ada menyatakan bahawa Orang Islam sentiasa cuba mendominasi agama lain. Ini adalah suatu fitnah terhadap agama Islam. Saya rasa jika anda mahu bersekutu dengan orang-orang yang melemparkan fitnah terhadap Islam dengan memutarbelitkan kebenaran,anda musuh Islam. Kami akan perangi anda habis-habisan.

Secara peribadi, saya tidak melihat sebarang putar belit didalam tulisan KAMI 2009. Malah tulisan itu pada pendapat saya adalah suatu usaha yang baik untuk menyatukan mahasiswa berbilang bangsa. Saya suka mengukngkit risalah TSB yang mengutuk CCC, yang saya jumpai pada pagi hari pengundian. Setahu saya TSB adalah komponen Aspirasi. Yang menarik adalah tikam menikam yang berlaku diantara komponen2 Aspirasi.

Teruskan kezaliman anda Aspirasi. Sementara pelajar bukan Islam cuba memahami Islam, anda bersekutu dengan mereka yang melempar fitnah terhadap Islam. Aspirasi sentiasa penuh dengan pelbagai kejutan.

.
gravatar
Anonymous Says....

malu lagi uia..nama saja islam, pelajar2 dia xmacam islam pun sebenarnya..

ha3..

.
gravatar
Anonymous Says....

секс рабство
секс ростов дон
извращенния секса
скачать минутные порно ролики
фото маленких секс девченок